KISAH SERAM JELMAAN ROH KAKAK BALIK RUMAH
Alkisah seorang adik ni tengah tengok tv di malam hari. Tiba2 di kejutkan dengan bunyi orang ketuk pintu. Bila dia buka pintu, terkejut dia tengok kakak dia dengan keadaan berlumuran darah berdiri depan pintu. Dalam keadaan panik & terkejut si adik ni tanya la si kakak kenapa dia jadi macam tu tapi si kakak tak menjawab hanya menangis & terus lari masuk ke bilik air. Si adik yang panik ni terus pergi bagitau mak ayah dia yang ada dalam bilik.
Bila si kakak tiada dalam bilik air mereka sekeluarga bergegas ke tempat kemalangan memastikan kebenaran khabar yang di bawa kawan si kakak tadi. Ternyata sememangnya kakak terlibat dalam kemalangan & meninggal dunia di tempat kejadian tapi semasa mereka sampai kakak telah pun di bawa ke hospital untuk bedah siasat.
Akibat dari kejadian tu adiknya jadi trauma & bingung memikirkan siapa yang dia nampak dalam rupa kakak pulang kerumah malam tu. Setiap kali bunyi ketukkan pintu si adik sentiasa merasakan seperti kakaknya pulang. Dia terpaksa di bawa berubat untuk pulihkan diri dari trauma. Sekarang ni tak tahu la samad si adik dah pulih atau belum. Namun si adik sempat berpesan untuk kita semua untuk sama2 sedekahkan al fatihah kepada arwah kakaknya Noor Lynne Qistyna Binte Ahmi. Semoga Allah mengampuni dosa arwah & semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Kisah ni rasanya dah dekat 7 - 8 tahun dah kot berlaku.
Moral of the story.. Mungkin apa yang si adik nampak adalah jelmaan jin yang mungkin mahu menyesatkan manusia kerana manusia yang meninggal takkan mungkin kembali ke dunia dalam apa juga bentuk atau jelmaan.
sumber : portal kisah best
uit..seram
ReplyDeletengeri..
ReplyDeletengeri .... seram....
ReplyDeleteHmmm.. Menakutkan betul la sis..
ReplyDeleteWah, ini barulah seram-seram sejuk sikit! Bayangkan ajelah situasi tu. Dah nampak memang kakak dia yang balik rumah nangis-nangis masuk bilik air tetiba orang kata kakak dia dah takda. Ada sedikit keseraman di situ....
ReplyDelete