Kita biasa dengar atau sedia tahu ada mayat yang di dermakan @ di jual dengan tujuan untuk di jadikan bahan pengajian di universiti. Aku pun tak tahu sangat la.. Aku belajar sampai U-turn katanya.. Jadi tak sempat sampai Universiti. Mungkin pelajar2 bidang perubatan ni lebih tahu tentang tu. Yang pasti mayat2 yang di dermakan untuk tujuan pengajian ni takde yang dari kalangan orang islam. Tapi dengan syarat harus di persetujui dengan si empunya badan sebelum jadi mayat. Makna kata dia dah wasiat mayat dia untuk di jadikan bahan pengajian. Tapi macam mana pulak mayat yang tak rela atau tak izinkan jasad dia di jadikan bahan pengajian tapi di ambil secara paksa setelah dia mati?? apa yang berlaku??
Sumber google sekadar hiasan
Yang ni yang aku nak share satu story seram.. Kisah roh yang marah bila jasad dia di ambil & di jadikan bahan untuk pengajian di sebuah universiti tanpa kerelaan dia. Alkisahnya pasal seorang pelajar perubatan bernama Mai.. yang di ganggu dengan kejadian2 seram & misteri selepas membuat eksperimen keatas satu mayat semasa sesi kuliah di universiti dia belajar. Dia di hantui oleh hantu seorang wanita yang selalu muncul di depan dia dalam keadaan yang menakutkan tapi seolah olah meminta tolong. Akibat dari kejadian tu.. Mai susah untuk menumpukan pelajaran semasa di kuliah & sering ketakutan buat pensyarahnya terpaksa membantu dia dalam mengatasi ketakutannya berdepan dengan mayat ketika sesi pembelajaran. Sehinggalah terbongkar hantu yang menganggu dia selama ini adalah salah satu jasad yang bakal di jadikan bahan pengajian tapi tanpa kerelaan tuan empunya jasad tu.
Di pendekkan cerita kematian hantu tu sebenarnya berkaitan dengan pensyarah Mai.. Pensyarah Mai yang membunuh gadis yang jadi hantu tu untuk tujuan mengambil jasad dia dan di jadikan bahan untuk pengajian. Hantu tu sebenarnya salah seorang penuntut universiti kat situ dulu. Bila terbongkar rahsia tu.. Mai pun cuba di bunuh, tapi malangnya yang terbunuh adalah pensyarah yang jahat tu. Akibat kejadian yang berlaku Mai mengalami tekanan perasaan & di tempatkan di rumah sakit jiwa.
Sumber google
Tu la review secara ringkas filem cadaver, Filem seram thailand yang tak silap di tayangkan pada 2006 kot @ 2007 camtu la. Tak berapa sure. Filem ni banyak babak2 suspend tapi tak banyak sangat babak yang hantu muncul. Kira kalau jantung tak berapa sihat, tak di galakkan tengok sebab dia banyak jugak part terkejut2. Filem ni memang perjalanan cerita dia kita tak dapat teka apa sebenarnya berlaku cuma bagi aku cerita dia slow sikit. Kena tunggu sampai ending. Jadi takde la bosan sangat tengok sebab kita nak tahu apa sebenarnya yang buat hantu2 tu kacau dia. Tahap seram cerita ni.. Senang cakap kalau penakut, dah cukup seram. Kalau macam aku.. Aku dah hilang deria seram jadi susah nak rasa seram. Kesimpulannya boleh layan cerita ni. Not Bad.
P/S : Cerita lama tapi aku baru tengok.. kira cerita baru jugak bagi aku.
memang seram bunyinya tu, confirm dak tengoklah
ReplyDeletetengok the sisters pastu shutter pun dah takut semacam...hehe
memang penakut pun manusia sorang ni
ingatkan kisah bnr hahaha
ReplyDeletebc review akak je la..saia ta kuaddd nk tgk citer seram.. :)
ReplyDeletekalau akak...memang sampai ke sudah xde nak tgok de...bior la lantak...
ReplyDeleteOh no...3 hari 3 mlm tak naik tingkat atas sesorang nanti...
ReplyDeletex pernah tgk
ReplyDeleteNampak tajuk ni banyak kali tapi memang sah tak pernah tengok. Okeylah, nak pi jenguk jugak cerita ni. Kiranya takdalah seram manakan Suria, boleh lagi menonton sambil makan popcorn so kita consider cerita ni lite-lite seramlah yerk. Nanti malam nak pi tengoklah ada ke tidak kat utube!
ReplyDeletela ingatkan kisah benar. . baru nak feeling feeling seram .
ReplyDeletebanyak sangat tengok filem seram sampai deria seram dah hilang..hehe
ReplyDeleteseram...ada satu citer dulu..dh tak ingat..rasanya citer hostel tapi 18sx skit..psal budak2 makmal bunuh org sebab suka nak bedah mayat...
ReplyDelete