Showing posts with label dendam. Show all posts

ISTERI PEMBUNUH ADIK NOOR AMILA EDRUS, 5 TAHUN BONGKAR PERANGAI SEBENAR SUAMI

ISTERI PEMBUNUH ADIK NOOR AMILA EDRUS, 5 TAHUN BONGKAR PERANGAI SEBENAR SUAMI. Rasanya ramai yang masih belum sempat lupa kes kanak kanak 5 tahun, Nor Amila Edrus Bin Norsyam yang di bunuh abang ipar tiri dengan kejam. Macam2 cerita aku baca.. Katanya berkaitan dengan perasaan cemburu sebab budak tu sangat di sayangi keluarga & ibu mertua dia & ada kaitan dengan hutang so dia terpaksa terpaksa menculik kanak kanak tersebut & berpura2 seperti penculik minta wang tebusan. Tapi dari orang kampung mertua aku kata.. Dia nak duit sebab nak buka bengkel. Mertua aku ni berjiran jugak dengan bapak Adik edrus ni tapi bukan dengan keluarga isteri nombor dua la di mana keluarga yang menjaga adik edrus walaupun adik edrus anak kepada isteri nombor 4.


Apapun alasan bagi aku tak ada satu pun aku rasa boleh terima sebab dia di bunuh kejam oleh abang ipar sendiri. Dia cuma berusia 5 tahun kot... Kalau sebab terlampau di sayangi itu bukan salah dia. Tapi bila baca satu artikel berita yang katanya isteri dia sendiri membongkar perangai sebenar suami dia yang suka dera & pukul dia sampai lebam lebam jadi tak pelik jugak la manusia macam tu boleh bertindak di luar perikemanusiaan pada seorang kanak kanak. Katanya dia memang dendam sebab pernah kena maki dengan mak mertua dia sebab berkasar dengan adik edrus. Memang orang macam tu layak kena maki pun. Malang betul la bertemu jodoh dengan manusia macam tu. Sampai anak dua pun still tak berubah & tak sedar diri.

Tapi yang kesian sebab perangai laki macam syaiton nirrojim, sekali dengan bini kena tempias kejahatan tu bila orang gelar dia bini pembunuh. Ni la susah bila ada hubungan kekeluargaan dengan setan kan.. sekali dengan kita kita orang ibliskan.Kesian jugak la aku dengan bini & anak anak dia. Nitezen sekarang memang kurang perikemanusiaan.. Asal dapat sumber yang boleh di sebarkan tak fikir dah orang2 yang tak bersalah tu. Kau viral gambar dia sudah kot.. sekali bini & anak2 dia pun kau viral dah kenapa. Beragak la nak dapat traffic pun.

Pembunuh adik Nor Amila Edrus ni seorang warga myamar yang dapat Status Penduduk Tetap kat sini. Umur baru 25 tahun tapi sangat merbahaya. Jadi elok la ke tali gantung. Memang terlalu kejam apa yang dia buat. Orang2 macam ni tak payah menyemak dalam Malaysia. Malah kat mana2 pun patut tak wujud. Orang macam ni patut mati kena bunuh dengan Kat myamar je. Memang geram & sakit hati sangat aku dengan manusia macam ni. Nak2 lagi kanak kanak yang di bunuh tu sebaya anak aku. Ya Allah, betapa trauma & takut nya aku bila terfikir keselamatan anak aku bila pergi sekolah. Semoga Allah lindungi anak2 kita dari manusia2 berhati durjana macam tu.

Moral of the story.. Kita dah merdeka jadi berperangai la seperti manusia merdeka jangan berperangai kejam macam zaman jajahan jepun dulu. Jangan terlalu fikirkan perkara yang buat kita sakit hati sebab time tu la syaiton mula nak main peranan hasut kita buat bukan bukan. Alih2 syaiton tak kena dakwa, kita yang berdepan dengan tindakkan undang undang.

RISIKO KENA TEMBAK JIKA POTONG KENDERAAN LAIN KETIKA MEMANDU DI THAILAND

RISIKO KENA TEMBAK JIKA POTONG KENDERAAN LAIN KETIKA MEMANDU DI THAILAND. Aku pernah la jenjalan ke hatyai. Rasanya dua kali kot. Dua2 kali laki aku drive bawak masuk kereta sendiri ke sana. Tak susah pun nak drive kesana. Dengan anak kecik masa tu aku rasa lebih selesa bawa masuk kereta sendiri. Almaklum la nak kemana mana nanti senang. Tak payah nak sewa tut tut bagai. Tambang tut tut pun ta murah sangat nak ke satu satu destinasi.


Tadi terbaca Harian metro online kes rakyat malaysia yang di tembak matI kat Haytai baru baru ni. Katanya punca sebab suspek tak puas hati cara dia bawak motor & potong motor suspek. Sebab terkejut & geram terus sipolan tu tembak dia. Depa jenis tak main bertumbuk dah.. tembak terus je. Seram pulak aku baca kes macam ni.

Sumber Harian Metro

Memang kalau kat Thailand boleh tengok penunggang motorsikal kat sana takde nak merempit bagai. Even tak pakai helmet rilex je dorang bawak. Even jalan dorang memang tak systematic langsung tapi tetap nampak tenang jer. Bila kita kesana jangan la nak bawa motor macam kat Malaysia. Suka2 hati nak cilok sana sini. Kat Thailand sedia maklum depa nak dapat senjata api cukup senang. Malah senjata api di jual merata rata macam jual pistol mainan jer. So jangan nak tunjuk samseng jalanraya sangat la kat sana.

Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau mengaum. Kalau tiba kau me'lembu' dalam kandang harimau memang mati la jawabnya. Kita faham2 je la penunggang motor kat Malaysia ni. Cara depa bawa motor macam jalan tu depa je guna. Kalau tergolek sorang2 tak apa jugak.. ni buat tergolek atas jalan orang lain terlenyek dah melibatkan orang lain pulak.

Kalau setakat naik motor tak payah tunjuk samseng sangat la kan.. Melainkan kau naik benda ni >> anda akan kagum melihat ujian ketahan kenderaan ni << Besar la sikit tu pun tak bermakna kau boleh jadi samseng jalan raya walaupun kereta ni memang jenis kebal & kental punya.

Moral of the story.. Hormati cara & budaya orang lain bila kita ke tempat orang. Itu sangat penting untuk menjamin keselamatan kita selama berada di negara orang.

P/S : Entri ni tidak menuduh arwah bawa motor ala2 mat rempit cuma dari kes ni kita patut ambil pengajaran. Kalau berada di Thailand.. jangan nak merempit macam kat malaysia.

KISAH MISTERI DISEBALIK AIR TERJUN PENGANTIN

KISAH MISTERI DISEBALIK AIR TERJUN PENGANTIN. Kembali bersiaran segmen seram serik lekatlekit setelah kemunculannya sejak dua menjak ni macam biskut. Sekejab ada sekejab tak ada. Baru la nampak macam mistik sikit kan.. hahahaha. Ada bahan ada la kisahnya kat sini. Kalau tak ada bahan, maka bercuti la dia buat seketika waktu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

hari ni nak share satu kisah sebuah tempat yang ada Air terjun. Air terjun memang tak ada kat laut tapi dalam hutan jer. Yang kat laut orang terjun dalam air Je.. Takde adengan Air terjun dalam air ok. Alkisahnya bermula bila seorang pemuda ni membunuh seluruh penduduk kampung kat situ selepas tunangnya di bunuh. Semua mayat2 orang kampung di humban ke dalam kawasan air terjun yang di beri nama Air Terjun pengantin.

Di jadikan kisah.. setelah sekian lama perkara tu berlalu datang sekumpulan anak muda bercuti kat situ. Sebab terpengaruh dengan cerita mitos orang katanya air terjun kat situ sapa2 yang datang hubungan mereka akan berkekalan. Jadi ada pasangan kekasih dari kumpulan anak muda tersebut teruja la nak datang supaya boleh buat hajat untuk hubungan cinta mereka.  Tanpa mengetahui dalam air terjun tersebut penuh dengan tulang & tengkorak manusia. Tapi malangnya bila mereka sampai ke kawasan air terjun tersebut seorang demi seorang di bunuh.. kecuali 2 perempuan je terselamat. Yang membunuh tu adalah seorang Pemuda yang jadi pysko sering pakai topeng lepas tunang dia mati di bunuh. Dia mengalami gangguan suara halus. Suara halus tersebut la yang menyuruh dia membunuh mereka untuk tujuan tertentu. Tapi ending cerita ni dia mati di bunuh oleh perempuan dari kumpulan tersebut yang terselamat. Cerita Filem Air Terjun Pengantin ni..

Serius memang aku rasa filem indon ni ciplak dari filem 13th Friday cuma dia edit sikit2 je. Watak orang jahat yang pysko pakai topeng tu tak jauh beza macam watak pembunuh dalam 13th friday. Cerita ni memang tak ada hantu langsung.. Cuma sebuah kisah pembunuhan kejam akibat dari dendam seorang lelaki.

Best ke tak best yang pasti DVD tetap original. Kepuasan tu penting katanya hahahaha

Filem ni bagi aku kategori boleh layan jer.. Best sangat pun tidak. Rasa nak maki sangat pun tak. Cuma perempuan2 dalam filem ni semua pakai baju wajib tayang lurah dendam. Satu lagi filem ni macam terlampau cepat sangat dari satu babak ke satu babak. Macam hilang suspend sebab kita tak payah nak tunggu fikir apa akan jadi next. Lepas sorang kena bunuh, sorang lagi kena bunuh. So, tak sempat la kita nak buat spekulasi masa tengok filem ni. Pendek kata filem ni ringkas sangat kot jalan cerita dia.

Filem ni filem lama. Saja aku beli sebab ahad lepas singgah kedai dvd tu tak ada cerita baru. macam biasa asal masuk je kat situ pantang keluar tak bawa balik apa2 yang berpuaka. Rembat jugak la 2 filem lama.. Salah satunya Air Terjun Pengantin. Yang satu lagi next time la aku review lepas tengok.

Tapi Air Terjun pengantin ni tak seram sangat la. Malah Filem Air Terjun Pengantin ni bagi aku tak seram langsung la sebab tak ada hantu hahaha. Tapi The Other Side Of The Door aku baca sinopsis memang rasa macam seram sangat dah. Tak caya tengok la Trailer filem tu yer. Bagi yang berani la.

Moral of the story..  ni kira koleksi pertama dvd Filem indonesia aku la. Sebab aku tak suka sangat filem indon ni adalah sebab Kebanyakkan pelakon dia seksi & aksi tak senonoh terlampau banyak dari aksi seram. Buktinya Filem Air Terjun Pengantin ni.. Tapi sebab dah takde cerita lain yang best. Aku sesaja je beli.

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI. Entah kenapa mood nak menulis kisah seram sekarang ni macam on off je.. Maybe sebab dok fikir pasal anak nak masuk sekolah tak lama lagi walau baru masuk tadika. Almaklum la kali pertama nak kena berenggang dengan anak buat seketika waktu.. Kali pertama nak lepaskan anak bawah jagaan orang lain. Gila kau tak risau.. Anak kot. Dengan macam2 kejadian sekarang ni.. Ya Allah moga lindungi anak2 kita dari orang2 jahat & sentiasa adakan bersamanya orang2 yang menyanyangi & melindungi dia.


Tapi sebab ada cerita seram baru nak share rasa bersalah pulak tak tulis dalam blog ni. Takut identiti seram jadi suram katanya maka ku gagah & gigih jugak mengarang cerita seram nan satu ni

Alkisahnya seorang peguam ni.. Dia ada kelebihan deria kedua katanya. Boleh melihat roh orang mati & karma seseorang. Nak di jadikan satu kisah dia kena handle satu kes budak bawah umur yang bawa kereta sehingga menyebabkan kemalangan maut beberapa kenderaan lain termasuk sebuah teksi. Yang lain semua mati tapi budak perempuan bawah umur selamat tanpa kecederaan parah. Almaklum la anak orang kaya.. So, boleh upah lawyer terbaik untuk menang kes dia ni. Peguam tu sebab ada sixsense katanya dapat melihat la roh2 orang yang mati masa kemalangan tu dok ikut budak perempuan ni nak balas dendam. So, dia bagitau la budak tu bahawa orang2 yang mati dalam kemalangan tu ada sentiasa dengan dia. So, budak ni yang mula tertarik dengan sikap caring peguam tu ambil kesempatan bila sentiasa minta peguam tu temankan dia dengan alasan takut

Sehinggalah berlaku satu perkara.. Dimana budak perempuan tu hampir terbunuh akibat perbuatan roh2 yang berdendam dengan dia tapi berjaya di selamatkan peguam tu. Semakin berbunga la perasaan cinta dia kat peguam tu. Pada masa yang sama peguam tu sebenarnya dah ada seorang kekasih. Sebab budak perempuan tu asyik nak peguam tu dengan dia timbul perasaan cemburu pada kekasih peguam tu. Kat situ la terbongkar satu demi satu perkara yang mistik & misteri.

Bila kekasih peguam tu mula di ganggu dengan gangguan mistik yang menyeramkan mereka terpaksa melalukan satu ritual untuk mengakhiri karma yang menyebabkan gangguan tersebut. Dari situ la mula terbongkar bahawa kekasih dia sebenarnya dah mati semasa hari berlaku kemalangan maut yang melibatkan banyak kereta yang di sebabkan budak perempuan bawah umur tu. Dalam kejadian tu kekasih pada peguam tu sedang berjalan di sebuah jambatan & ternampak sepasang pasangan pengantin tengah ambil gambar. Tak semena2 semua mereka di langgar sebuah kereta sebelum terjunam dalam sungai. Sebenarnya kematian kekasih peguam tu adalah karma dari perbuatan mereka sendiri. Dulu masa zaman belajar si peguam ni bercinta dengan kawan baik kekasih dia sekarang tapi dia curang menyebabkan si kekasih zaman belajar tu bunuh diri. Selepas kematian kekasih dia masa zaman belajar.. dia terus bersama dengan kekasih dia sekarang yang pernah menjadi orang ketiga dengan kekasih dia yang lama tu. Akibat dendam.. roh kekasih lama dia yang menyebabkan kematian kekasih dia yang sekarang. Kemalangan yang berlaku tu pun di sebabkan oleh roh kekasih lama peguam tu.

Ending cerita ni.. Peguam ni terjatuh dari bangunan ketika menyelamatkan budak perempuan bawah umur yang nak di bunuh oleh roh bekas kekasih lama dia. Masa nak selamatkan budak perempuan tu dia yang terjatuh tapi nasib baik tak mati cuma cedera. So sepanjang dia sakit budak perempuan bawah umur yang jadi kekasih baru dia yang jaga. Tapi hidup dia terus di hantui dua roh kekasih lama dia & terus di karma sampai habis cerita.

Tak tau hangpa paham tak apa aku cerita ni. Tapi itulah kisah dalam filem The second sight.. DVD filem seram Thailand yang aku beli minggu lepas. Filem ni klasifikasi 18 tapi tahap seram dia bagi aku biasa biasa je cuma klasifikasi 18 tu sebab ada adengan seksi meksi yang tak sesuai di tonton kanak kanak bawah 18 la kot. Nak kata best sangat.. boleh la layan. nak puji melambung2 tu untuk filem ni memang tak dapat la.

Gambar DVD Filem The Second Sight ni aku tak ambil guna DSLR dah macam dulu nak bagi nampak sharp & cantik.. Almaklum dah dapat sematpon baru. So, DSLR sila berehat la. 

Moral of the story.. Memang dalam kehidupan kita tak mustahil ada orang yang ada sixsense tapi bukan bermakna dia boleh lihat roh orang dah mati yer adik adik. Tu cuma dalam filem sahaja.. Yang di lihat mungkin makhluk ghaib jer. Memang takde manusia mampu melihat roh manusia lain yang dah mati. Ingat.. Tengok filem2 macam ni anggap sebagai hiburan semata mata jangan terpengaruh sehingga memesongkan kepercayaan anda.

p/s : Apapun hero filem ni hensem yang boleh buat perempuan jatuh cinta dengan watak romantik & caring dia hahaha

GHOST OVERTIME, PRANK SERAM YANG MEMBUNUH

Orang kata buat apapun berpada pada walau bergurau sekalipun. Bila perkara tu over sangat kita buat boleh mendatangkan kemudaratan pada orang lain. Orang yang berada dalam keadaan takut & panik ni kadang2 tindakkan dia di luar kawalan & boleh jadi bahaya jugak. Macam tu jugak dengan satu kisah ni.. Yang mana prank telah membunuh & membuatkan simati menjadi roh yang berdendam.

 Sumber Google

Dah lama rasanya tak review filem seram.. Dok share kisah2 seram je kan. Ni hasil rembat lepas bayar kat e@curve hari minggu lepas. O.T Ghost Overtime ni filem thailand. Filem ni filem hujung tahun lepas bukan filem baru. Berkisahkan seorang majikan yang buat prank hantu kat staff dia yang berkerja overtime. Tujuan nak menakutkan pekerja dia supaya tak buat kerja overtime sebab dia tak nak bayar gaji lebih masa tu. Akibat dari prank tu dua pekerja dia terbunuh jatuh dari tempat tinggi masa tengah panik. Mengakibatkan majikan nakal ni jadi trauma nak guna lift sebab rasa macam di hantui staff dia yang terbunuh dari prank yang mereka buat. Walau macam tu dia tetap tak serik nak prank orang.

Antara babak prank

Masa syarikat dia mengalami kemerosotan & berisiko bankrup datang seseorang menawarkan projek yang meminta dorang buat satu pengambaran 1 malam di 5 buah hotel paling berhantu. Kat situ la penuh prank yang seram melibatkan hantu staff yang mati akibat prank tu. Memang agak sakit hati sebab banyak babak suspend & seram alih2 prank sampai la babak last baru muncul hantu perempuan yang mati akibat prank majikan dia datang. Sebab masa perempuan ni hidup dia pun pernah kena prank konon bos dia suka kat dia.. So, kononnya roh perempuan ni datang dengan cara baik & nak buat perjanjian untuk kehidupan akan datang supaya mereka dapat bersama. Bila roh hantu perempuan ni tahu tu pun cuma prank dia jadi marah. Akibat dari tu dua majikan yang pernah prank dia pun terbunuh dalam prank yang dorang sedang buat di sebuah hotel yang sedang terbakar.

 Geng prank paling melampau dalam Filem O.T Ghost Overtime ni

Filem ni dari starting sampai ending penuh prank seram. Tapi entah kenapa macam enjoy pulak aku tengok filem ni sebab even prank dia buat kita rasa suspend lepas tu rasa nak pijak TV bila tahu cuma prank. Nak kata filem seram sangat rasa bukan kategori horror sangat tapi nak kata komedi pun kita tengok prank2 yang di buat pun tak berapa lawak sebab mengundang panik jugak. Maybe filem ni klasifikasi prank seram kot. hahaha... pening pulak aku nak kategori genre filem ni. Jangan risau orang penakut pun boleh tengok. Boleh di tonton seisi keluarga even klasifikasi 18 tahun keatas. takde sangat la babak seksi atau romen2.

Untuk koleksi peribadi

Moral of the story.. Jangan nak melampau sangat prank orang. Kadang2 benda yang kita rasa enjoy memberi kesan emosi sangat mendalam pada orang yang terkena.


ROH MAYAT YANG TAK RELA JASADNYA DI JADIKAN BAHAN PENGAJIAN

Kita biasa dengar atau sedia tahu ada mayat yang di dermakan @ di jual dengan tujuan untuk di jadikan bahan pengajian di universiti. Aku pun tak tahu sangat la.. Aku belajar sampai U-turn katanya.. Jadi tak sempat sampai Universiti. Mungkin pelajar2 bidang perubatan ni lebih tahu tentang tu. Yang pasti mayat2 yang di dermakan untuk tujuan pengajian ni takde yang dari kalangan orang islam. Tapi dengan syarat harus di persetujui dengan si empunya badan sebelum jadi mayat. Makna kata dia dah wasiat mayat dia untuk di jadikan bahan pengajian. Tapi macam mana pulak mayat yang tak rela atau tak izinkan jasad dia di jadikan bahan pengajian tapi di ambil secara paksa setelah dia mati?? apa yang berlaku??

Sumber google sekadar hiasan

Yang ni yang aku nak share satu story seram.. Kisah roh yang marah bila jasad dia di ambil & di jadikan bahan untuk pengajian di sebuah universiti tanpa kerelaan dia. Alkisahnya pasal seorang pelajar perubatan bernama Mai.. yang di ganggu dengan kejadian2 seram & misteri selepas membuat eksperimen keatas satu mayat semasa sesi kuliah di universiti dia belajar.  Dia di hantui oleh hantu seorang wanita yang selalu muncul di depan dia dalam keadaan yang menakutkan tapi seolah olah meminta tolong. Akibat dari kejadian tu.. Mai susah untuk menumpukan pelajaran semasa di kuliah & sering ketakutan buat pensyarahnya terpaksa membantu dia dalam mengatasi ketakutannya berdepan dengan mayat ketika sesi pembelajaran. Sehinggalah terbongkar hantu yang menganggu dia selama ini adalah salah satu jasad yang bakal di jadikan bahan pengajian tapi tanpa kerelaan tuan empunya jasad tu.

Di pendekkan cerita kematian hantu tu sebenarnya berkaitan dengan pensyarah Mai.. Pensyarah Mai yang membunuh gadis yang jadi hantu tu untuk tujuan mengambil jasad dia dan di jadikan bahan untuk pengajian. Hantu tu sebenarnya salah seorang penuntut universiti kat situ dulu. Bila terbongkar rahsia tu.. Mai pun cuba di bunuh, tapi malangnya yang terbunuh adalah pensyarah yang jahat tu. Akibat kejadian yang berlaku Mai mengalami tekanan perasaan & di tempatkan di rumah sakit jiwa.

Sumber google

Tu la review secara ringkas filem cadaver, Filem seram thailand yang tak silap di tayangkan pada 2006 kot @ 2007 camtu la. Tak berapa sure. Filem ni banyak babak2 suspend tapi tak banyak sangat babak yang hantu muncul. Kira kalau jantung tak berapa sihat, tak di galakkan tengok sebab dia banyak jugak part terkejut2. Filem ni memang perjalanan cerita dia kita tak dapat teka apa sebenarnya berlaku cuma bagi aku cerita dia slow sikit. Kena tunggu sampai ending. Jadi takde la bosan sangat tengok sebab kita nak tahu apa sebenarnya yang buat hantu2 tu kacau dia. Tahap seram cerita ni.. Senang cakap kalau penakut, dah cukup seram. Kalau macam aku.. Aku dah hilang deria seram jadi susah nak rasa seram. Kesimpulannya boleh layan cerita ni. Not Bad.

P/S : Cerita lama tapi aku baru tengok.. kira cerita baru jugak bagi aku.


SUNGAI SERAM PONTIANAK BERLUBANG

Tu dia dia mai dah cerita hantu... Lama tak mengupas ngopek dan merobek cerita seram kat blog melekit ni.. tetiba pembukaan bulan december muncul balik kisah seram kat blog melekit. Harus la kan.. Kalau ada yang seram nak share mesti tulis dalam blog katanya.

Sumber google

Ni cerita semalam.. tengah2 malam di hantui pontianak berlubang yang mati jatuh telaga @ sungai. Kemudian menjadi pontianak membalas dendam. Tak gila kau tengah malam buta tv3 main filem paling seram di indonesia tahun 80an. Ada yang surrender terus tutup tv tapi yang namanya peminat filem seram ni, takde istilah tutup TV ok. Harus mata yang ngantuk tetiba segar demi nak merasai keseraman yang pernah di rasai waktu zaman kanak kanak dulu ketika menonton filem Telaga Angker (Sundel Bolong) ni.

Sumber google

Malangnya... Tiada lagi perasaan seram tu. Nak2 lagi filem yang tayang kat tv harus la banyak babak kena potong.. Bila di zaman ni tengok filem sundel bolong nampak kelakar pulak bila effect2 dia macam tak real sangat kan? Kalau dulu lagi banyak tutup muka dari tengok sekarang tengok sambil gelak2 pulak. Pun aku tetap gigih tengok sampai habis.

Ada jugak yang tak pernah tau kewujudan filem ni. Nak tau senang jer.. kalau hangpa boleh baca blog aku hangpa pun rasanya reti nak google maka silakan la google. Hahahahaha

Sumber google

Mesti ada yang pelik napa tajuk Sungai Seram Pontinak berlubang.. Yelah semalam tengok sambil baca subtitle. Almaklum bahasa indonesia.. Maka aku pun dapat tangkap la kalau Telaga Angker (Sundel Bolong) ni di translate ke bahasa melayu maksudnya lebih Kurang Sungai seram (Pontianak Berlubang). Kesnya.. Pontianak tu mati bila kereta dia pandu terhumban dalam sungai.. Jadi pontianak untuk balas dendam pada orang yang bunuh dia. Masa dia jadi pontianak belakang badan dia berlubang & berulat.

Sapa yang tengok semalam.. Meh komen? seram lagi ke tak??


PADAH MENULIS STATUS SECARA RAMBANG DI LAMAN SOSIAL

Menjadi seorang aku di alam maya ni rasa berat jugak dugaannya. Yelah.. menjadi seorang yang lancang & lantang bersuara memberi pandangan & pendapat sendiri, kau akan terima kritikan & pujian yang sama banyak. Tapi seperti biasa yang baik, kurang untuk orang highlight tapi yang buruk tu la orang ulang cakap bila ada peluang.

Kadang2 aku tengok bila ada 2 pihak bercakap benda yang sama tapi beza level mereka di mata manusia ada jenis manusia yang terima pendapat tu dengan hati yang terbuka bila keluar dari orang yang level agak tinggi berbanding yang level bawahan. Takde pulak tacing sampai nak bertegur sapa pun tak boleh. Ni bukan aku reka2.. memang aku tengok sendiri kejadian tu & memang berlaku pada aku. Bila aku cakap jadi salah pada dia, bila sipolan yang lebih di kenali cakap benda yang sama boleh pulak dia terima. Kat situ aku nampak betapa dia mengkastakan manusia bila nak menerima teguran. Macam lah yang baik itu semuanya datang dari orang yang ternama & terkenal je.

Ada pulak jenis manusia yang sendiri terasa tapi menyalahkan orang lain dari apa yang di rasa walhal dia sendiri sedia maklum statement yang tak menyebut nama atau identiti sesiapa boleh jadi di tuju pada sesiapa saja. Kenapa sendiri terasa, nak salahkan orang lain. Kalau terasa bermakna memang kita buat benda yang salah orang sebut. Kalau tak rasa salah kenapa nak terasa. Betul tak? Aku pun pernah berada dalam situasi terasa dengan kata2 orang secara rambang tapi Insya Allah takde pulak aku sampai orang tu tegur pun dah tak reply. Tapi benda ni berlaku kat aku bila mereka yang terasa dengan kata2 aku yang sebenarnya tak merujuk pada mereka.. Tapi sebab dia terasa dia macam boikot. Even aku minta maaf & explain pun tetap jangankan nak reply mesej aku kadang2 tegur kat komen box tak kira FB & blog pun orang buat aku macam tak wujud.

Dalam dunia Online ada la beberapa orang (yang aku tahu cuma 2 3 orang jer la) macam terasa hati dengan kata2 aku kemudian buat status sindiran bila aku PM minta maaf bagai.. macam takde harga bagi dorang & seolah olah dosa aku terlalu besar. Ok la.. tak nak maafkan taknak lagi bertegur sapa.. ada pulak aku PM cakap baik siap minta maaf bagai, balas dengan sindiran kat Wall dia. Aku telan je bulat2. Bagi pihak aku apa je salah dorang kat aku, aku maafkan. Bagi pihak dorang aku tak mampu nak buat hati dorang ikhlas maafkan aku cuma aku dah berusaha, jadi biarlah Allah yang tentukan.

Aku akui aku memang ada salah & silap. Kelancangan mulut aku ni pun ada buruk & baiknya. Tapi aku bukan seseorang susah untuk mengucap kata maaf. Aku tak rasa rendah diri pun bila aku perlu meminta maaf. Pada mereka yang pernah marah, pernah anggap aku musuh, pernah pandang aku jahat.. Tanya pada diri korang adakah aku tak berusaha minta maaf kecuali la pada orang yang aku tak perasan aku sakiti hati dia.

Aku cuma manusia.. Jangan anggap aku ni jenis bersuara lantang takde sensitiviti. Seolah olah Hati aku kebal macam besi. Sekuat2 besi.. terhempas berkecai jugak. Memang entri ni dari perasaan aku yang sedikit kecik hati bila sejak dua menjak ni orang bila selisih faham sikit dengan aku akan cakap.. patut la aku suka bergaduh dengan orang.. bla.. bla.. padahal yang betul2 aku nampak anggap bergaduh cuma sorang dua. Selebihnya lebih kepada perbezaan pendapat yang mana dalam isu2 lain kami boleh lagi berbincang & berbual.

Kenapa aku selalu cadangkan orang unfriend aku kat FB bilamana mereka rasa kata2 aku sangat menyakitkan hati.. Bukan aku berlagak tapi aku suka meluahkan pendapat kat laman sosial, aku taknak hanya kerana status2 aku menghidupkan perasaan benci pulak. Lebih baik takde apa2 perasaan dari wujudnya benci.

Dengan rendah diri aku minta maaf pada semua yang pernah terasa hati dengan aku sehingga hari ni pun masih wujud dalam friendlist aku tapi tak lagi bertegur sapa.. Even aku pernah cuba untuk berbaik semula. Aku tak nak sebut nama2.. nanti jadi aib sebab pendapat orang membaca ni berbeza. Kalau mereka terbaca.. harap setelah sekian lama sudi la maafkan aku yang hina ni. Kalau tak boleh pun takpe la.. Terpulang la. Aku pun malu jugak nak terhegeh2 setiap masa padahal puncanya cuma terasa hati pada kata2 aku yang di buat secara rambang hanya untuk satu isu je pun. Walau membuat status secara Umum & rambang di buat oleh ramai orang tapi entah kenapa aku rasa macam jadi salah je kalau aku yang buat. Maybe aku takde geng bisik2 kat online ni kot.. Jadi penyokong tegar takde. Aku jenis berkawan terus kalau tak dari komen2 kat FB atau komen2 kat blog. Nak berlanjutan sms,whatsapp,wechat bagai tu memang takde la. Mungkin tu juga salah satu sebab aku kurang sokongan jadi apa yang datang dari aku semua jadi dosa pada orang lain even orang yang rasa dosa sangat status aku tu pun selalu jer buat status secara rambang macam tu aku tengok ramai jer yang sokong & rasa betul.

Untuk yang baru berkawan.. terima kasih sudi berkawan dengan aku. Aku manusia jadi aku pasti akan buat silap jugak. Andai kelantangan ni memberi kesan sangat pada hati korang, aku minta maaf sebab aku pun sentiasa terkesan jugak dengan kelantangan orang lain tapi yang positif aku semat dalam hati yang mana negatif aku telan & jadi sisa kumuhan je.


P/S : bila berlaku salah faham aku selalu akan delete status atau komen aku yang aku rasa mengundang perbalahan tu untuk tak mengeruhkan keadaan. Kalau aku buat semua tu ketahuilah aku masih ada rasa hormat & anggap mereka sebagai kawan. Aku tak baik, sebab tu aku tak kisah untuk beralah & minta maaf.

** Ini entri yang aku draft beberapa hari yang lepas. Agak panjang.. Aku post sebab aku rasa sangat sesuai dengan keadaan yang berlaku sekarang.**

 P/S : Hari ke 35 (hari ni dah hari ke 37 sebab ni entri draft baru post).. MH370 lenyap dari pandangan kita. Lenyap tanpa tanda.. Lenyap bersama tanda tanya. Moga Allah membongkar semua rahsia menjawab semua soalan & memperlihatkan semua kenyataan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com