SUNGAI SERAM PONTIANAK BERLUBANG

12/01/2014 03:53:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Tu dia dia mai dah cerita hantu... Lama tak mengupas ngopek dan merobek cerita seram kat blog melekit ni.. tetiba pembukaan bulan december muncul balik kisah seram kat blog melekit. Harus la kan.. Kalau ada yang seram nak share mesti tulis dalam blog katanya.

Sumber google

Ni cerita semalam.. tengah2 malam di hantui pontianak berlubang yang mati jatuh telaga @ sungai. Kemudian menjadi pontianak membalas dendam. Tak gila kau tengah malam buta tv3 main filem paling seram di indonesia tahun 80an. Ada yang surrender terus tutup tv tapi yang namanya peminat filem seram ni, takde istilah tutup TV ok. Harus mata yang ngantuk tetiba segar demi nak merasai keseraman yang pernah di rasai waktu zaman kanak kanak dulu ketika menonton filem Telaga Angker (Sundel Bolong) ni.

Sumber google

Malangnya... Tiada lagi perasaan seram tu. Nak2 lagi filem yang tayang kat tv harus la banyak babak kena potong.. Bila di zaman ni tengok filem sundel bolong nampak kelakar pulak bila effect2 dia macam tak real sangat kan? Kalau dulu lagi banyak tutup muka dari tengok sekarang tengok sambil gelak2 pulak. Pun aku tetap gigih tengok sampai habis.

Ada jugak yang tak pernah tau kewujudan filem ni. Nak tau senang jer.. kalau hangpa boleh baca blog aku hangpa pun rasanya reti nak google maka silakan la google. Hahahahaha

Sumber google

Mesti ada yang pelik napa tajuk Sungai Seram Pontinak berlubang.. Yelah semalam tengok sambil baca subtitle. Almaklum bahasa indonesia.. Maka aku pun dapat tangkap la kalau Telaga Angker (Sundel Bolong) ni di translate ke bahasa melayu maksudnya lebih Kurang Sungai seram (Pontianak Berlubang). Kesnya.. Pontianak tu mati bila kereta dia pandu terhumban dalam sungai.. Jadi pontianak untuk balas dendam pada orang yang bunuh dia. Masa dia jadi pontianak belakang badan dia berlubang & berulat.

Sapa yang tengok semalam.. Meh komen? seram lagi ke tak??

5 comments:

  1. dah lama x layan cerita seram dr indonesia

    ReplyDelete
  2. Mummy....
    Nasib x tgk...
    Ibu penakut mummy oiiiiii...
    Huwaaaaaaaaaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  3. lama juga da tak layan cerita seram dari seberang ni...yang ada sekarang ni pun cerita seram kelakar je...bantai gelak je tengok...hehe

    ReplyDelete
  4. Haha..ni citer zaman video tape besar gedabak tu..

    ReplyDelete
  5. Saya pun sekarang ni dah banyak berubah. Kalau dulu tengok cerita seram tutup dengan selimut. Bila dah semakin tua ni, tengok cerita seram dengan gaya santai sambil makan kacang duduk silang kaki, sesekali ketawa geli hati.

    Tapikan betul tau. Kalau kita tengok cerita seram ni, dulu rasa macam seram sejuk sangat tapi bila tengok balik sekarang cerita yang sama, seram tu dah takda. Tinggal sejuk kena air cond je!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com