Showing posts with label jam. Show all posts

DI SEBALIK PANTUN NEELOFA.. ADA SESUATU YANG BUAT PEMINAT HISTERIA

DI SEBALIK PANTUN NEELOFA.. ADA SESUATU YANG BUAT PEMINAT HISTERIA. Tu dia.. petang2 minggu dah up cpasal histeria pulak. Dah tu ada kaitan pulak dengan pelakon & pengacara cantik lagi kaya raya Neelofa pulak. Aiyo.. panas ni. Bukan kipas level 5 sambil baca entri ni katanya... hehehehe


Alah.. nak hangat hangatkan suasana petang minggu yang mengantuk ni saja la up cerita cerita sensasi & panas sikit. Biar keluar peluh katanya membaca setiap bait bait ayat dalam entri ni. Hangpa kan suka yang suspend.. Kan blog lekatlekit.com ni suka tulis berkonsepkan buat suspend je katanya..

Saja la nak share sejak dua menjak ni katanya Neelofa suka berpantun kat Live Video facebook. Bukan sehari dua.. sampai 4 hari dia dok berpantun kat facebook live video tu. Menurut sumber yang aku baca... katanya pantun yang Neelofa baca tu bukan sebarang pantun ok! Pantun tu boleh menyebabkan peminat dia jadi histeria. Jangan kata peminat yang tak minat pun maybe boleh histeria jugak.

Apa yang di seru atau di sebut dalam pantun neelofa tu gamaknya sampai buat peminat dia histeria.. Ada bait bait menyeru jin ke? Atau sesuatu yang lebih dahsyat dari tu..  Kalau korang nak tahu pantun Neelofa tu ada apa sampai menyebabkan peminat dia histeria korang baca sendiri kat sini >> Ha? Neelofa Buat Ramai Peminat Histeria! Katanya Ada Kaitan Dengan Si _ _ T A _ ? << Memang suspend kan.. Menunggu saat saat tu.. Berdegup jantung ku katanya. hehehhee

Aku tengok pun rasa macam nak histeria jugak ni... Memang kalau dapat boleh buat saka ni. Menangis ok aku tengok. Patut la berpantun sakan neelofa Hahahahaha.

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS. Aku surirumah orang kata takde istilah kau bercuti bagai. Hari2 kat rumah tu bercuti lah.. Yelah.. surirumah memang hari2 bercuti. Ada yang kena ketuk ibu jari dengan sudip katanya. Surirumah pun tak ada istilah cuti kalau kat rumah. Bercuti bagi surirumah kalau sesekali dapat pergi holiday.. ada la sikit certain2 perkara dia dapat bercuti. Mungkin cuti masak, cuti cuci baju, cuti kemas rumah bagai. Tu baru surirumah bercuti yer...


Tak kisah la surirumah ke atau bekerjaya tapi perasaan kita sama je kalau dapat bercuti. Nak2 lagi dapat bercuti & balik kampung. Ya Allah.. bagi anak rantauan ni tak tergambar macam mana perasaan tu. Bayangkan kau terpaksa hadap 10 jam perjalanan pun kau masih boleh berhati girang sebab nak balik kampung punya pasal. Ok aku cakap pasal aku orang lain tak tau la mungkin stress hadap perjalanan yang lama. Dah sampai kampung tu rasa heaven giler.. Seronok sampai ayam2 pun kau tanya khabar.

Tapi bila tiba masa kau perlu pulang kepangkal jalan.. Ya Allah nak lipat sepasang baju pun rasa macam nak lipat jubin lantai punya berat & kerasnya. Apatah lagi nak melangkah keluar dari pintu rumah masuk kereta & bergerak. Rasa macam nak doa supaya tetiba masa terhenti kat situ & boleh enjoy lagi percutian di kampung sampai puas. Bagi orang yang tak ada kampung atau tak pernah tinggal berjauhan dari keluarga mungkin tak pernah rasa 6 perasaan yang paling mencengkam jiwa ni >> 6 Perasaan Paling Trajidis Dirasai bila cuti di kampung dah habis <<

Jadi bila dapat cuti balik kampung berkumpul dengan semua ahli keluarga tu hargailah masa bersama tu sebaik mungkin. Benda2 remeh tu tak payah nak ambil hati atau merajuk sangat. Masa kecik2 bergaduh sampai tarik rambut pun boleh jugak berbaik & lepak ramai2 depan TV takkan dah tua2 dah matang silap sikit merajuk bawa diri macam nak putus silaturrahim. Bila kita semakin dewasa, masa kita bersama keluarga agak terhad sebab masing2 dah ada keluarga sendiri.

MENGEJUTKAN! DI SEBALIK PENGHASILAN 7 PRODUK HANDMADE NI

MENGEJUTKAN! DI SEBALIK PENGHASILAN 7 PRODUK HANDMADE NI. Barangan handmade atau barang hasil kerja tangan bukan guna mesin memang kadang2 harga dia mahal. Sebab penghasilannya cukup rumit. Nak siapkan satu kuantiti tu ambil masa yang lama. Bukan jenis produk yang di hasilkan dengan menggunakan mesin automatik. Satu hari boleh keluarkan dalam kuatiti yang banyak. Jadi harga dia mungkin lebih murah. Nilai seni dia jugak tak sehalus & seunik barangan handmade.


Produk handmade yang biasa kita tengok macam lukisan batik, menenun songket, menganyam beg, tikar bagai. Tu pun kita dah rasa rumit. Tak tengok lagi barangan handmade yang memerlukan ukiran halus. Rasanya kita yang tengok pun tolong rasa susah nak buat. Kerja kerja tangan macam ni bukan semua orang berkebolehan membuat. Kena ada bakat & minat semulajadi jugak. Sesaja nak buat semata mata untuk cari pendapatan memang tak mampu la kalau tak ada minat & skill.

Tu yang biasa kita tengok orang hasilkan produk handmade ada produk handmade yang kita tak pernah tengok orang buat tapi bila kita tahu cara dia menghasilkan produk tersebut tu memang sangat sangat mengejutkan macam barang2 handmade ni >> Ini Memang Kerja Gila Dalam Menghasilkan 7 Barang Handmade ni << Memang orang yang buat ni mempunyai tahap kesabaran & kesungguhan yang tinggi di luar batasan seorang manusia gamaknya. Kalau aku nak jahit butang baju pun kadang2 rasa macam malas sangat apatah lagi nak buat benda2 macam tu. Memang tak la kot. hahaha

Tu la kan kerja seni ni hanya orang yang berjiwa seni & penyabar je boleh buat. Kalau jenis yang takde jiwa seni & buat semata mata untuk keuntungan memang hasil seninya takkan memberangsangkan & hasilnya jugak hasil yang asal siap jer. Moral of the story.. Kalau nak buat sesuatu biarlah ada minat & kesungguhan bukan sekadar melepas batuk di tangga.

BOLEH DAPAT JAM TANGAN JENAMA APPLE SECARA PERCUMA KAT SINI

BOLEH DAPAT JAM TANGAN JENAMA APPLE SECARA PERCUMA KAT SINI. Sapa tak nak barang free ye dak? aku pun nak kalau orang nak bagi.. Yelah free. kat Malaysia ni dah susah nak dapat barang free... Mati pun tak free dah sekarang apatah lagi untuk hidup. Jadi bila ada tawaran dapat barang percuma nak2 lagi barang berjenama macam Apple rugi sangat kalau tak ambil peluang yang ada.


Barang berjenama macam jam tangan ni tahan lasak sikit. benda yang kita guna & pakai hari2 ni tak salah guna yang branded sikit. At least tak payah beli selalu.. Jimat kos katanya. Macam Jam tangan ni bukan benda yang kita tukar tiap2 bulan.. Selalunya orang pakai sampai rosak. Lagi lambat rosak lagi la jimat duit kita ye dak?? Selalunya barang berjenama, kualiti dia pun baik & bila kualiti tu baik maka tahan lama.

Jadi rasanya semua tahu jenama besar seperti Apple. Jenama2 macam ni produk dia bukan murah tapi Ni la namanya rezeki.. rezeki walau datang dalam percuma tapi dia tak datang bergolek2 macam pocong hokay! Kena la rajin sikit.. Alah sikit je kena rajin tu selebihnya doa & tawakal. Kalau korang teringin nak pakai jam tangan berjenama Apple ni tapi nak beli confirm mahal.. Boleh je. Jangan risau anda boleh cuba dapatkan kat sini >> Untuk rakyat Malaysia yang tak kisah Memiliki Jam Tangan Jenama Apple Dengan Percuma <<

Diam tak diam dah lama aku tak pakai jam tangan sejak declare jadi housewife sepenuh masa. Hahahaha.. dulu kalau keluar jam tak melekat kat tangan rasa macam ada benda terbogel je. Ok birthday minggu depan boleh request jam tangan baru... Sambil2 tu nak try jugak la rembat jam tangan free jenama Apple ni. hahahaha

So apa lagi cuba la buat langkah mudah yang di beri untuk berpeluang dapat Apple Watch ni secara percuma. Manalah tau.. ada rezeki. Mencuba tak perlu modal.. so cuba je la. Bukan rugi apa apa pun. Barang baik kita share share ye dak?? rezeki sapa dia dapat.. No hal lah!

BILA TRAFFIC MULA JAM ADA TRAFFIC YANG AKAN SLOW

Wah ramai dah update memulakan perjalanan balik kampung. So, ada la update dari masa ke semesa keadaan traffic di jalan raya. Seperti setiap tahun akan berlaku adalah traffic jam. Syukur orang yang tak balik kampung beraya sebab tak payah mengadap Jam.. hahaha tu statement pujuk hati sendiri.

Sebagai blogger... Saat traffic di jalan  raya mula JAM akan ada traffic lain yang jadi slow sangat iatu traffic blog. Hahahaha.. kelas kau lagi 2 hari nak raya ko still sibuk berblog bagai. Sebab raya ni tak balik kampung so takde baju bajan nak packing rilex je la kat umah macam biasa. Jadi takde benda nak kejar2 sangat.

Takpe.. Pada yang nak celebrate raya dengan family tu jangan dok fikir sangat pasal traffic blog yer.. Lepas raya dia up balik la. Fokus pada raya korang tu. Jangan asyik berkepit dengan gadget.. 24 jam online sampai berkumpul dengan family pun tak dengar segala butir bicara yang orang lain bualkan sebab sibuk dengan pesbuk & blog. Manafaatkan pertemuan tu dengan sebaik mungkin.

Macam den ni sebab sorang2 je kat umah.. so boleh la den terus manafaat masa terluang dengan menghapdet blog. Den terkecuali.. Apapun selamat hari raya maaf zahir & batin.

Naik kereta bas bagai jam.. nak naik kapal terbang takut terhempas.. naik je tikar terbang hope tak kena lastik lah. kekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com