PADERI GAY MALAYSIA BAKAL BERKAHWIN
Kali pertama sang lekit tahu rupanya paderi pun ada yang gay yer.. Mungkin jugak sang lekit yang terlepas flight pasal paderi gay ni.Bila belek2 Kosmo online tadi.. tertarik dengan artikel seorang Paderi Gay Pertama di Malaysia yang bakal menamatkan zaman bujangnya dalam usia 41 tahun dengan pasangannya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.
Dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dia mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.
Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.
Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.