Showing posts with label sampingan. Show all posts

7 CARA ANDA BOLEH DAPAT DUIT SECARA ONLINE

7 CARA ANDA BOLEH DAPAT DUIT SECARA ONLINE. Zaman kos sara hidup semakin tinggi.. dengan GST di mana mana.. harga minyak naik, harga makanan naik.. Memang kena kena cari jalan untuk tambah pendapatan. Dengan merungut.. menghentam kerajaan atau mengeluh dari subuh membawa ke subuh memang takkan mengubah apa - apa. Dok tunggu piliharaya akan datang konon nak mengubah pemerintah sekarang yang belum tentu akan bertukar.. Pun takkan mengubah apa - apa. Kita yang kena mengubah cara hidup. Kalau dulu hanya bergantung dengan gaji setiap bulan.. sekarang kita kena bijak mengambil peluang cari extra income.


Orang kata kalau rajin apapun boleh jadi duit. Kalau malas gunung emas depan mata pun mungkin tak beri manafaat apa2. Harap tunggu orang suap.. Memang sampai bila pun hidup mengais. Merungut, merintih.. sampai akhir hayat hidup dengan simpati & belas ehsan orang sedangkan anda masih ada akal & fizikal yang masih berkemampuan untuk berusaha kearah kehidupan yang lebih baik

Dunia sekarang ni duduk rumah sambil tekan tekan keyboard pun ada orang boleh jadi kaya raya sebab dia rajin,kreatif & bijak mengambil peluang. Macam aku.. Ada la jugak sumber pendapatan sesambil duduk rumah jaga anak & jaga rumahtangga ni. Macam - macam benda boleh buat untuk dapat duit.. Tak semestinya kena jadi blogger.. Tak semestinya kena berniaga online. Tak jadi semua tu pun banyak lagi cara anda boleh dapat pendapatan sampingan secara online ni.

Macam - macam peluang untuk menjana pendapatan secara online sekarang.. Antara yang korang boleh cuba buat adalah >> 7 Cara untuk Dapat Duit Lebih secara online << Dalam 7 cara ni kalau tak dapat buat mungkin salah satu yang korang rasa nak senang & berbaloi.. So cubala. Tak cuba memang sampai bila pun korang tak tahu boleh atau tak buat.

Moral of the story.. Kalau ada kemahuan, disitu ada jalan. Kalau tak ada keinginan yang ada cuma seribu alasan.

CARA NAK DAPAT DUIT SAMBIL UPDATE STATUS KAT FB

CARA NAK DAPAT DUIT SAMBIL UPDATE STATUS KAT FB. Sekarang ni orang yang rajin & kreatif susah untuk ada masalah tak ada jalan nak cari duit sebab peluang & jalan cukup banyak. Nak2 zaman internet..  Macam2 benda boleh buat dengan modal atau tanpa modal selagi korang ada access internet. Sambil dok online bergaduh sindir2 status pun boleh buat duit asalkan kreatif.


Betul.. Aku tak tipu. Sambil korang perang2 status kat FB pun boleh relate dengan benda2 yang boleh buat duit. Cuma selama ni sebab korang tak tahu cara & rahsia tu yang korang tak tau macam mana nak buat duit sambil menyindir orang kat media sosial hahahaa (Amaran!! Tak elok di pratikkan) Sebab benda ni dia banyak berkaitan dengan isu2 semasa & kehidupan seharian kita. Bukan sekadar iklan produk semata mata. Dia ada artikel berkenaan tips, tutorial, info & banyak lagi. Korang share sambil borak2 kosong kat facebook pun boleh.

Bukan je korang boleh dapat duit dengan berkongsi sesuatu yang bermanafaat kepada orang lain malah korang sendiri boleh manafaat info yang korang kongsikan. Nak daftar bukan kena bayar pun. Just sign up kemudian share je apa2 kempen yang di berikan.

Punyalah senang.. Korang yang sehari 48 status update setiap setengah jam sekali elok la sign up benda ni. Tak rugi pun. Nak tahu apa benda senang nak buat duit hanya sambil update status kat FB meh la usya2 kat sini >> Kalau anda ada account media sosial seperti FB & twitter Wajib Tengok <<

rezeki kalau tak di cari tak datang macam hujan turun dari langit. Cuba la.. Benda tak susah pun. Pokok pangkal nak dengan tak nak je. tak guna asyik merungut kos sara hidup semakin tinggi tapi tak ada usaha untuk pastikan keperluan kita sentiasa cukup pun tak mengubah apa apa.

RAJIN SHOPPING DI IKEA PUN BOLEH JADIKAN KERJA PART TIME

RAJIN SHOPPING DI IKEA PUN BOLEH JADIKAN KERJA PART TIME. Kat Malaysia ni orang malas je bagi alasan tak ada kerja. Sebabnya tak ada istilah tak ada kerja nak buat kat Malaysia ni. Sebab tu orang asing yang datang menumpang cari rezeki kat Malaysia ni boleh kaya raya even mula2 dia kayuh basikal jual karpet je tetiba.. Ambik kau! Dia boleh bukan premis perniagaan sendiri. Maybe sebab kita rakyat Malaysia terlalu hidup dalam zon selesa.. So kita jadi malas nak berusaha. Bangun pagi buka tudung saji dah siap cekodok pisang. Asal kenyang tak rasa nak tingkatkan kualiti hidup.


Tak semestinya kau mesti ada segulung ijazah,master, PHD bagai untuk kau jadi seorang yang berjaya tapi jangan pulak tetiba semua nak jadi macam emma maembong tak mau sekolah sebab tak sekolah pun dia boleh berjaya dapat income puluh ribu. Belajar setakat mana boleh pergi.. Yelah, kadang2 tak semua orang ada talent dalam akademi kan? Tu tak di nafikan.. Skill setiap orang tak sama. Ada orang belajar sampai berlubang buku teks.. tapi tetap tak pandai tapi bila masuk dapur dia la macam chef.. So di berjaya menjadi seorang penguasaha makanan even SPM dia dari atas sampai bawah failed je.

Kita boleh dapat sumber pendapatan kalau kita rajin & guna otak. Contoh macam mereka mereka ni.. Kata kunci dia RAJIN. Semua boleh buat duit. Kalau kau dari pagi sampai ke pagi esok asyik melingkar macam ular sawa kenyang jer.. Kau jangan dok mimpi duit turun dari langit macam hujan di musim tengkujuh.


Contoh mereka yang rajin & kreatif untuk cari pendapatan sampingan.

Macam tu jugak cari sumber pendapat melalui blog.. Jangan bagi alasan kita tak dapat join event2 luar, pergerakkan kita terbatas.. so susah sikit nak cari side income. Contoh macam 8share.. dari kau dok meraban jer buat la post iklan2 8share, chrup2.. SEO dia tetap RAJIN ok! ambik kau tijah! SEO terus tu.. mentang2 baru tukar template mesra SEO katanya.. cuba kau tanya aku semah.. SEO tu hapa. Boleh ke tidak aku jawab. hahahahaa

Moral of the story... Zaman teknologi takde istilah tak ada kerja nak buat nak cari income. Macam2 cara boleh buat kalau rajin. Kalau malas asyik dok merintih dari siang sampai ke siang hari esoknya.. Kau kenyang & kaya dengan merintih je la beb!

INILAH AKIBAT BILA BLOG BOLEH BUAT DUIT

Rasanya bukan rahsia kot ramai yang mampu menjana pendapatan dengan blog sampai ada yang sanggup berhenti kerja semata mata nak jadikan blog satu kerjaya. Yang bekerja pun jadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan. Apatah lagi yang memang tak bekerja.. Sambil2 berblog dapat sikit2 tu pun jadi lah dari tak masuk langsung asyik kena keluar bayar bil letrik dengan internet..

Sumber Google

Disebabkan blog boleh jana pendapatan tak kira banyak atau sikit, maka blog & blogger umpama di baja. Tumbuh membiak dengan jayanya.. Bila dah semakin ramai blogger & semakin banyak blog ramai pulak yang berblog bukan sebab nak menulis blog tapi sekadar maybe nak populariti atau nak duit jer. Ok tak salah.. Yang jadi salah. Dah la malas.. lepas tu memang tak berbakat langsung tulis blog tapi gigih jugak la nak adakan blog sebab duit maka guna jalan paling keji..  hari2 kerja dia memburu artikel blog orang lepas tu copy & paste. Tak payah buat apapun.. just create satu blog jer. Tak payah perah otak.. dah jadi blogger.

Tu la kan.. bila berkaitan dengan duit ni orang sanggup buat apa saja. Tak kira dengan cara betul atau cara salah. Ada yang mula2 kemain menentang tetiba boleh jadi sokong sesuatu perkara sebab DUIT. Ada yang memula kemain punya boikot tetiba boleh jadi support bila di bayar dengan DUIT. Ada yang haram tetiba jadi halal sebab DUIT. kekekekeke.. Moral of the story duit bukan setakat boleh beli prinsip sesorang malah boleh beli maruah diri jugak. Peace!

P/S : Aku pun ada jugak dapat hasil dari blog kebanyakkan iklan2 & review tapi bukan banyak sangat pun. Cukup la untuk belanja diri sendiri setiap bulan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com