Showing posts with label garfu. Show all posts

CAMCA CUCUK

Camca cucuk?? Macam mana rupa camca tu? Camca tu apa? Mungkin ada orang yang tak tahu apa tu camca sekaligus tak terbayang macam mana rupa camca cucuk kan?? Lama rasanya tak sebut @ guna perkataan camca cucuk ni. Zaman budak2 hingus tak kering dulu memang itulah nama yang di sebut.

Ni kes adik sang lekit hari minggu haritu datang dari kedah lepak2 rumah sang lekit sementara Isnin tu dia ada interview kat cheras. Tengah kitorang makan2 tu dia ambil garfu sambil mengungkit 1 perkataan yang dah lama orang tak guna walau kat kedah pun sekarang dah tak ramai panggil garfu dengan camca cucuk. Sekaligus buat sang lekit terperasan jugak benda tu. Ah.. ha la dulu kecik2 kita panggil garfu camca cucuk. Kenapa camca cucuk?? Entah la sebab dia ada jari2 tajam kat hujung kot & di gunakan untuk mencucuk makanan. Sudu pula di panggil camca. Sampai hari ni penggunaan camca tu masih di sebut camca cuma camca cucuk je tak banyak dah orang sebut.

camca cucuk @ garfu (carian google)

Banyak perkataan loghat2 kedah yang dah hampir pupus sekarang. Tak tau kenapa mungkin sebab perkahwinan campur dengan lain2 negeri kot.. Yelah, contoh terdekat diri sendiri. Nak cakap loghat kedah selalu tak boleh. Kena jumpa geng dulu.. Kalau kat rumah ni takde orang kedah datang maka loghat2 kedah pun takkan kedengaran. Macam sang lekit cerita dalam entri yang dulu2.. asben daku tak berapa faham loghat kedah & dia tak bagi sang lekit cakap dengan dia dalam loghat kedah. Interaksi dengan shahila pun dalam slang yang sama dengan dady dia.

Walaupun kadang2 tercampur slang KL dengan loghat kedah bila balik kampung tapi sang lekit takde la lupa daratan sangat sampai lupa terus loghat daerah yang menjadi bahasa harian sang lekit sejak lahir. Cuma tersasul je kadang2 sebab bila berborak ramai2 termasuk dengan asben kita daku terpaksa tukar2 slang.. bila dengan asben daku kena jadi tukang translate kalau ada orang tua2 yang loghat kedahnya amatlah pekat manis berkrim sebab asben kita susah nak tangkap apa yang di ceritakan. kekekekekeke

P/S : Nak minta tolong pada yang sudi Vote untuk shahila

Clik http://bit.ly/AsmdRQ untuk vote. Thanks


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com