CAMCA CUCUK

3/13/2012 12:00:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Camca cucuk?? Macam mana rupa camca tu? Camca tu apa? Mungkin ada orang yang tak tahu apa tu camca sekaligus tak terbayang macam mana rupa camca cucuk kan?? Lama rasanya tak sebut @ guna perkataan camca cucuk ni. Zaman budak2 hingus tak kering dulu memang itulah nama yang di sebut.

Ni kes adik sang lekit hari minggu haritu datang dari kedah lepak2 rumah sang lekit sementara Isnin tu dia ada interview kat cheras. Tengah kitorang makan2 tu dia ambil garfu sambil mengungkit 1 perkataan yang dah lama orang tak guna walau kat kedah pun sekarang dah tak ramai panggil garfu dengan camca cucuk. Sekaligus buat sang lekit terperasan jugak benda tu. Ah.. ha la dulu kecik2 kita panggil garfu camca cucuk. Kenapa camca cucuk?? Entah la sebab dia ada jari2 tajam kat hujung kot & di gunakan untuk mencucuk makanan. Sudu pula di panggil camca. Sampai hari ni penggunaan camca tu masih di sebut camca cuma camca cucuk je tak banyak dah orang sebut.

camca cucuk @ garfu (carian google)

Banyak perkataan loghat2 kedah yang dah hampir pupus sekarang. Tak tau kenapa mungkin sebab perkahwinan campur dengan lain2 negeri kot.. Yelah, contoh terdekat diri sendiri. Nak cakap loghat kedah selalu tak boleh. Kena jumpa geng dulu.. Kalau kat rumah ni takde orang kedah datang maka loghat2 kedah pun takkan kedengaran. Macam sang lekit cerita dalam entri yang dulu2.. asben daku tak berapa faham loghat kedah & dia tak bagi sang lekit cakap dengan dia dalam loghat kedah. Interaksi dengan shahila pun dalam slang yang sama dengan dady dia.

Walaupun kadang2 tercampur slang KL dengan loghat kedah bila balik kampung tapi sang lekit takde la lupa daratan sangat sampai lupa terus loghat daerah yang menjadi bahasa harian sang lekit sejak lahir. Cuma tersasul je kadang2 sebab bila berborak ramai2 termasuk dengan asben kita daku terpaksa tukar2 slang.. bila dengan asben daku kena jadi tukang translate kalau ada orang tua2 yang loghat kedahnya amatlah pekat manis berkrim sebab asben kita susah nak tangkap apa yang di ceritakan. kekekekekeke

P/S : Nak minta tolong pada yang sudi Vote untuk shahila

Clik http://bit.ly/AsmdRQ untuk vote. Thanks

16 comments:

  1. sama gak lah ngn saya... dah kawen ngn org jb... slangnya dah hilang bila kat sinbi... tapi kalau balik kompem campuq2... sbb hubby pun tak faham...hahahha
    dah lama tak sebut camca.. hehe
    kedah tang mana... kita dr Baling

    ReplyDelete
  2. Rafshila Romli.. saya kedah kat kulim. Org JB kalau dengar org baling ckp bertambah2 la x paham kan sbb slang dia lain skit kan dr org kedah lain..

    ReplyDelete
  3. hehe..masih kenai camca cucuk tu ape..

    ReplyDelete
  4. ohh.. ini dia camca cucuk. ingt apa tadi. hehe (: baru tau. bgaus juga buat post psal ni.

    ReplyDelete
  5. saya masih panggil camca. tapi garpu tetap garpu. hakhak xpenah lagi panggil camca cucuk :P

    ReplyDelete
  6. oh..baru tahu . kalau dgr sepintas lalu macam nama makanan . camca cucuk .. teringat satay / otak2 . haha .. nice ...thanks for sharing sis suria .

    ReplyDelete
  7. garpu dan camca ni asalnya perkataan potugis

    ReplyDelete
  8. ooo bru tau pasl camca cucuk hehe. comelnye lala!

    ReplyDelete
  9. first time aku dgr weyh :)

    ReplyDelete
  10. org2 tua je masih sebut kot camaca cucuk ni..arwah tok dulu suka ebut..la ni lama dah tak dengaq..suma dok sebut gerpu je..hik3..

    ReplyDelete
  11. first time dengar camca cucuk tu.. garfu rupa2nya hihi

    ReplyDelete
  12. hehehe.. akak soal husband, apa tu camca cucuk, dia tataw.. garfu kot, jawabnya. Laaa.. tak pasti... tu orang Kedah tu, dah pupuslah kot penggunaannya perkataan tu.

    Dalam family akak camca tu merujuk kepada sudu kecil..

    ReplyDelete
  13. saya ingatkan sialp taip tadi, rupanya memang garfu tuh diorang pggil camca cucuk. agaknya kalau orang tak tau mesti terpinga2 kan.

    ReplyDelete
  14. Hehe..
    menarik ni,
    roomate yg dah hidup hampir 6
    tahun ni pun tak pernah sebut even dia orang jati kedah :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com