Showing posts with label pengasas. Show all posts

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI. Assalamualaikum.. Dengan rendah diri saya ingin memohon semua membaca & menyebarkan entri ini untuk membantu saya insan yang tiada kemampuan kewangan & memerlukan bantuan kewangan di saat ini.


Seperti ramai yang dah tahu, saya telah di saman oleh pengasas produk kecantikkan kerana menulis artikel berkaitan mereka di blog saya. Cukup la setakat tu penjelasan saya.. Bagi yang tahu jalan ceritanya, maka tahu la. Sebab saya tidak boleh mengulas lebih detail tentang perkara tu.

Ada yang salah faham.. Bila saya minta tolong untuk mencari bantuan mencari dana bagi menampung kos guaman untuk saman yang di kenakan kepada saya.. Ingat den ni nak minta orang sponsor semua kos guaman tu..Sebenarnya saya masih lagi sedar diri.. Siapalah aku ini kan sampai ada yang sanggup nak taja semua kos guaman tu..

Hangpa tau dak.. Saya di saman sebanyak RM3 juta.. Di Ulangi 3 juta kerana penulisan kami berkaitan dengan satu produk tu. Blog lekatlekit kalau di ikutkan bukan level blog popular macam beautifulnara, OhBulan bagai tu.. Mana nak cari RM3 juta tu nak Ooi.. Mati hidup semula 10 kali pun belum tentu dapat. Income dari blog pun cukup2 untuk beli keperluan sendiri jer.. Bukan macam income blog beautifulnara atau OhBulan..

Risiko jika saya tak membela diri adalah.. saya akan berhutang RM3 juta selain di mufliskan.. Tapi kalau cuba membela diri menang atau kalah, Memang takkan dapat la tuntutan sebanyak 3 juta tu. Semua tu mahkamah yang akan tentukan mengikut apa yang selayaknya sahaja. Sebab tu la saya terpaksa mohon bantuan & sumbangan dari semua.. At least dapat bayar kos guaman sampai untuk permohonan tukar mahkamah yang berhampiran dengan saya pun dah OK.. Sekurang kurangnya dapat hadir & membela diri. Di wakili peguam atau tak.. At least datang mahkamah & di bicarakan dulu sebelum di jatuhi hukuman bersalah atau tak. Kalau saya tak hadir ke mahkamah.. risikonya saya akan di kenakan perintah ingkar & pihak menyaman akan menang tuntutan mereka termasuk gantirugi sebanyak RM3 juta tu tanpa perbicaraan.

Bagilah peluang saya yang tidak berkemampuan ini membela diri. Saman di Failkan di mahkamah nun jauh di sebuah negeri pantai timur. Nak ulang alik kesana memerlukan kos yang banyak di samping saya ni bukan la bekerja. Hanya surirumah & penulis blog. Nak2 lagi ada seorang anak Mild Autisme yang masih menjalani terapi & bersekolah. Benda tu menyukarkan saya untuk hadirkan diri ke mahkamah nun jauh di pantai timur.

Di sebabkan tidak berkemampuan saya terpaksa memohon bantuan & sumbangan dari orang lain biarpun ada yang menyindir, menghina & bertepuk tangan dengan apa yang sedang berlaku pada diri saya tapi saya relakan & izinkan semua tu untuk sesiapa rasa nak bersorak gembira. Insya Allah.. Saya tak simpan dendam untuk anda.. Saya cuma nak cari penyelesaian & mencari bantuan.

Atau nak bantu dengan cara mengambil review di blog saya. Saya tidak mengenakan bayaran yang tinggi, Insya Allah walau saya memerlukan kewangan yang banyak sekarang ni. Jika berminat boleh whatsapp di 0172429610.

Saya terpaksa merayu bantuan dari orang lain atau kalau anda nak menganggap saya mengemis sumbangan pun saya tak kisah. Sememangnya saya benar benar memerlukan bantuan dari semua pihak, Tak kisah la sumbangan anda banyak atau sikit At least mampu membantu saya sampai ke stage boleh mohon tukar mahkamah. Moga jasa baik & keikhlasan semua membantu saya Allah membalas dengan seribu kebaikkan & rezeki yang melimpah ruah bagaikan air laut yang tidak pernah kering.

SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA

SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA. Assalamualaikum.. Saya yakin ramai di antara kawan2 blogger & pengamal media sosial dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. Saya tak boleh mention siapa produk apa & siapa pengasasnya secara umum. bagi yang tahu.. Mungkin sedia maklum.


April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka. Berita tersebut bukan sahaja di sebarkan di media sosial, blog, page2 popular malah berita TV & radio juga menyiarkan berita tersebut. Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan produk tersebut merbahaya malah Kementerian kesihatan 2 negara jiran (Singapura & Brunei) terlebih dahulu mengharamkan produk tersebut dari di jual di negara mereka kerana mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar & bukti pengakuan pengguna. Penulisan saya sememangnya berbentuk santai & tidak formal.

Akibat dari perkara tu saya di saman fitnah/malu oleh pihak mereka. Saya merujuk kepada beberapa peguam sebelum ni untuk memastikan penulisan saya samada ada unsur fitnah atau tidak & kesemua peguam memberi pandangan tiada unsur fitnah. Penulisan saya lebih kepada 'fair comment' namun pihak mereka menggunakan alasan ulasan saya bersifat melampau sebab itu saya di saman. Saman sivil sesiapa sahaja boleh memfailkan.. Namun yang menentukan betul atau salah hanya bila proses perbicaraan di jalankan. Jadi pihak yang di saman terpaksa juga membela diri samada berasas atau tidak tuduhan tersebut. Untuk membela diri juga perlukan kos yang tinggi.

Di sebabkan saya tidak berkemampuan dari segi untuk menyediakan kos bagi mengambil peguam untuk membela diri, saya terpaksa berkerja keras mencari bantuan sehingga ke hari ini. Saya tahu saya tidak menulis fitnah dan saya takkan berputus asa. Saya akan terus berusaha mencari apa saja yang boleh membantu saya selagi Allah memberi kemampuan saya berbuat demikian. Saya masih berusaha, Doakan Allah permudahkan urusan kes saman ini.

Sebagai seorang manusia & sebagai rakyat malaysia walau saya bukan orang kaya tapi saya tetap berhak untuk membela diri. Apa yang saya perjuangan bukan hanya untuk membela diri , malah pengguna yang teraniaya tanpa pembelaan juga. Jadi saya perlukan sokongan dari semua pihak. Sama - sama kita membenteras produk beracun yang masih di jual secara berleluasa di pasaran tempatan.

Saya harap entri ini dapat di panjangan (share) jika anda sudi membantu saya mencari bantuan untuk saya membela diri di mahkamah nanti. Kes ini di failkan di sebuah negeri yang sememangnya jauh dari tempat tinggal saya. Kekangan kewangan & masalah anak saya yang masih perlu perhatian rapi kerana dia seorang kanak kanak mild autisme yang sedang bersekolah membuatkan pergerakkan saya semakin terbatas. Jadi saya terpaksa mencari solusi supaya saya boleh hadir di mahkamah membela diri walau tanpa di wakili peguam. Sekurang kurang saya dapat hadir di mahkamah.

Saya ingin membela diri & saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usaha saya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana2 pihak sudi membantu.

Setiap pertolongan walau hanya share artikel ini adalah sangat membantu saya. Selain itu saya mengharapkan doa dari semua.. Sebab saya percaya kuasa doa adalah senjata paling kuat untuk berjuang. Terima kasih pada semua yang sudi share artikel ini. Moga Allah membalasnya dengan seribu kebaikkan.


DOA ADALAH SENJATA. MOHON DOA DARI SEMUA

BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN

BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN. Lagi 2 hari kita akan menyambut ketibaan hari raya.. Tak terasa sungguh ramadhan dah nak berlalu. Rasa sekejab je. Rasa baru macam semalam aku bangun sahur hari pertama puasa.. Tup tup dah penghujung puasa dah. Time ni ramai dah berdesup balik kampung masing masing la kan.. Tapi aku Almaklum la.. Musibah datang sehari sebelum puasa, Jadi raya kali ni di korbankan la.


Malas la nak berkias kias dah.. Rasa ramai blogger tahu kes aku kena saman dengan pihak **tetetttetetttt*** tu.. Ni sebut **tetttetettt** boleh ke tidak? Siapa dia jangan tanya siapa.. Yang tahu maka tahu la. Surat saman tu sampai sehari sebelum puasa.. Tarikh sebutan kes sepatutnya  20 Jun lepas tapi di sebabkan aku buat rayuan untuk tangguhkan kes.. Alhamdulillah mahkamah yang baik hati luluskan rayuan tu. Pengurusan Kes akan berlangsung pada 20 july nanti pulak. Yelah.. dekat2 nak raya nak meronggeng ke kota bahru kelantan sana.. Banyak kekangan terutama kewangan la. Dengan lawyer hapa pun aku takde lagi ni.  At least di tangguhkan tu ada la masa aku untuk terus usaha mencari bantuan guaman.  Usaha je la.. Kalau ada rezeki ada la. Takde mungkin Allah dah aturkan yang lebih baik untuk aku kan.

Dalam proses mencari bantuan guaman ni.. Aku pernah hampir hampir kena tipu dengan manusia yang aku syak dia punya deria perikemanusiaan dah rosak gamaknya. Dah tahu aku ni bukan orang kaya.. Nak ambil lawyer pun tak mampu, still masih nak ambil kesempatan menipu. Konon datang nak membantu, gunakan lawyer dia untuk wakilkan aku kat mahkamah nanti. Kononnya pada hari sebutan kes tu lawyer dia akan minta mahkamah batalkan saman & dengan confident cakap boleh settle semua pada 20 Jun tu. Mula2 aku hampir terpedaya jugak bila dia cakap Lillahitaala dia nak tolong aku sebab kesian aku tak mampu nak hire peguam. So dia nak tolong aku mudahkan urusan. Kos lawyer dia akan tanggung katanya tapi kos mahkamah nanti aku kena bayar sekiranya saman dapat di batalkan.

Ok la aku setuju la..  Sebab aku ingat bila dah settle semua baru aku bayar. Kalau banyak dia kata aku boleh bayar secara ansuran dengan dia. Bermakna ada surat menyurat yang membuktikan kes aku tu dah di gugurkan bagai. Tapi bila dia minta aku bank in kat dia sejumlah wang katanya untuk stanby sekiranya saman dapat di batalkan kena terus bayar kat mahkamah aku mula tak berapa percaya. Tapi aku tak nak buruk sangka. Yelah.. orang datang nak tolong katanya. Aku minta nak jumpa dengan lawyer dia yang kononnya nak tolong aku. Dia kata lawyer kat sebuah negeri di selatan tanah air memang tak ada area kl. Nanti dia terus ke KB jer untuk wakilkan aku. Aku tak perlu pergi. Minta contact number lawyer tu pun berbuih juga la baru nak bagi. Bila dapat aku cuba call lawyer tu tak jawab. Aku whatsapp tanya dia pasal kes aku jawapan tak berapa lawyer sangat buat aku makin curiga. Nak2 lagi yang kononnya lawyer tu cakap.. Urusan pembayaran semua nanti refer dengan sipolan yang konon nak tolong aku. Segala detail cara dia kendalikan kes pun suruh tanya sipolan tu. Nampak dah krik krik kat situ. Sepatutnya sebagai lawyer dia yang kena jelaskan. Dia yang ambil kes tu kan.

Di pendekkan cerita.. 3 hari sebelum tarikh court tu dia tanya samada boleh bank in ke tidak duit tu kat dia. Siap takutkan aku kalau aku tak bayar time tu aku boleh kena gari terus kena jail. tatut titew dengar ok! Aku cakap kalau dia boleh dahulukan & lepas settle aku akan bayar ok. Kalau tak memang tak boleh la. Bayar tanpa black & white ni.. Kalau kena tipu memang kira halal je la kan. Akhirnya dia blocked aku & pasal nak tolong tu terus hanyut bersama mimpi je la. Masa tu aku pasrah je.. Tapi aku tak putus doa minta Allah bantu aku. Memang walau di ambang wati sangat time tu.. Tetap masih harap ada keajaiban berlaku. Memang aku tak putus asa.

Mujur la dalam saat getir dengan tarikh court tinggal tak berapa hari.. Allah hadirkan seorang insan yang bagi aku sangat2 membantu. Dia suruh aku buat surat rayuan ke mahkamah untuk tangguhkan kes. Benda ni tak pernah mana2 peguam yang aku pergi untuk dapatkan khidmat nasihat suggest pada aku. Kebanyakkan private lawyer ni cakap kalau tak mampu tak payah hadir ke mahkamah & perintah ingkar akan di keluarkan & aku akan kalah tanpa perbicaraan. Sebab saman sivil je katanya.. Paling2 aku kena muflis. Yelah.. kau dah tak mampu sapa nak layan kes kau kan. Nasib baik la dalam saat2 akhir tu Allah hantar seorang individu yang bukan lawyer tapi seorang computer programmer yang dah biasa dengan kes2 mahkamah ni. Dia seorang aktivis yang memperjuangkan & menegak keadilan. Menentang korupsi bagai. Orangnya memang sangat lantang & berani. Ni tips untuk hangpa jugak. Bila hangpa ada masalah maybe kena saman macam aku.. Tak payah cari yang imej bawah lindungan kaabah sangat la kan. Serius.. jenis nampak gud gud ni dia takkan hingin nak tolong hangpa. Yang mempergunakan nama agama pun sama. Lebih kepada nak nama jer. Tapi carilah mereka2 yang lantang & berani memperjuangkan kebenaran. Golongan macam ni dia tak takut apa2. Asalkan dia yakin apa yang dia perjuangkan itu benar dia akan tolong. Sebab ada 2 individu yang jenis lantang ada sedang membantu aku sekarang. Memang depa tak bagi duit selopok kat aku tapi bantuan mereka memang sangat membantu. Yang konon positif tu kebanyakkan makan popcorn & tonton masalah kita macam movie jer. Yang paling penting hangpa kena tahu.. Kawan sama2 melantang dulu time camni semua akan jaga kepentingan sendiri. Gila kau.. sorang dah kena saman! Kau takkan ada lagi kawan2 yang akan perjuangkan kau secara terang terangan. Maka merangkak la kau cari pertolongan sendiri. Tapi jangan sesekali kau putus asa ok! Hidup kita ni bukan sendirian. Selagi kita ada Allah.. Kita tak perlu rasa down sangat. Ramai lagi manusia dalam Malaysia ni.. Carilah la. Insya Allah ada yang akan membantu. Yang penting kita sendiri kena kuat & kena usaha. Pertolongan takkan datang bergolek kalau kita tak cari.

Bayangkan aku pos surat rayuan tu pada hari ahad guna pos laju cawangan sungai buloh. Mujur Isnin tu sempat sampai & selasa tarikh sebutan kes. Alhamdulillah.. Rayuan di luluskan & aku ada sebulan lagi untuk cari jalan membantu. Dalam masa sebulan ni moga ada sesuatu yang dapat membantu aku la kan.. Sapa2 ada cadangan untuk membantu sangat sangat di alukan. Terus terang aku cakap.. Aku memang ada masalah kewangan. Jadi jangan la hangpa dok suggest benda yang di luar kemampuan aku nak nak lagi melibatkan duit yang banyak.

Apapun.. Allah masih ada untuk aku mohon pertolongan. Insya Allah aku yakin Allah sedang membantu aku. Konsep minta tolong ni kita kena sedar diri... Orang nak tolong dia akan tolong. Orang taknak tolong kita tak boleh paksa. Terus je usaha.. Insya Allah.. pasti ada jalan terbaik yang Allah akan lorongkan untuk kita.

Moral of the story dari kisah aku ni.. Walaupun kita dalam kesempitan tapi tetap kena bijak. Biar miskin jangan bodoh. Orang jahat ni dah namanya jahat memang la dia tak ada perikemanusiaan. Walau dia tahu kau susah.. Tetap dia nak ambil kesempatan atas kesempitan kau. Walau kita terdesak sekalipun jangan tunjuk kita bodoh. Macam aku memang lepas dia kata kalau tak bank in dia batalkan bantuan dia nak bagi kat aku.. Time tu aku dah redha. dari aku kena tipu.. kes tak settle adalah lebih baik aku kalah kat mahkamah dari kena tipu dengan dia. Tapi tu la.. Allah tu maha berkuasa.. Maha Adil.. dalam saat akhir dia tolong aku jugak. Bagi aku ia satu keajaiban.. Bila kita meletakkan pergantungan pada Allah, Insya Allah.. Dia tak kejam. Usaha & doa bersungguh sungguh. Allah lorongkan jalan terbaik untuk kita.

P/S : Hangpa boleh baca jugak macam mana permulaan aku boleh kena saman kat sini >> BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG <<

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT. Berhenti memberi pendedahan pada orang awam? Oh.. Mustahil. Sebagai penulis even aku ni bukan la baik sangat tapi tidak la sejahat syaiton nirrojim.. Aku rasa apa yang penting untuk aku sampaikan, aku kena sampaikan. Aku bukan tulis blog personal kan.. Blog aku kategori blog santai yang macam macam ada. Aku akan terus menulis selagi aku boleh menulis. Apa yang sedang berlaku kat aku sekarang aku anggap cara Allah menegur & mengajar aku bagaimana untuk lebih berhati hati bila menulis tak bermakna aku akan berhenti menulis yer..


Notifikasi KKM pada produk kosmetik.. Ni yang selalu di jadikan modal kebanyakkan pengasas produk kosmetik untuk mengelirukan pengguna. Mereka akan guna Notifikasi (NOT KKM) ni untuk menyakinkan pengguna produk mereka selamat kerana mendapat kelulusan KKM. Aku ada terbaca kat satu Group Masyarakat Kena Tahu.. Aku copy paste balik yer supaya info tidak bercanggah..

Di Malaysia mengikut undang-undang, Kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna. Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.
Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.
Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN bagi mana-mana produk kosmetik. Perkara yang sama seperti produk makanan...KKM tidak pernah memberikan sebarang kelulusan.

Korang kena faham.. NOT KKM pada produk kosmetik bukan jaminan produk tu selamat ok! Jadi tak pelik la kalau kebanyakkan produk kosmetik sebelum ni yang ada NOT KKM ni tetiba KKM keluarkan laporan yang mengatakan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri & sebagainya yang bahaya kepada kesihatan manusia. Sebab NOT KKM bukan bermakna produk tu mendapat apa apa kelulusan dari KKM. Ia sekadar sistem notifikasi dan PMS sebagai kawalan regulatori dalam negara. Dengan adanya sistem ini sekurang-kurangnya banyak kes kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan. Tu dah terbukti bila semakin banyak local produk yang KKM keluarkan laporan mempunyai bahan terlarang & merbahaya. Tapi Itu yang kita selalu keliru sebab kita anggap NOT KKM ni bukti produk dah di analisa & terjamin selamat. Hope lepas ni kita tak 'Tipah Tertipu lagi yer' hehehe.

Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan. Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta, membuat panggilbalik produk tersebut daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan melupuskan produk kosmetik terlibat. (Yang ni kebanyakkan pengeluar produk tak buat. tetap jual macam biasa )
KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar mereka memberhentikan serta merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka. Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my

Tujuan Notifikasi KKM di berikan kepada sesuatu produk kosmetik ni adalah sekiranya berlaku produk tersebut memberi kesan buruk pada pengguna at least pihak KKM mempunyai informasi lengkap terhadap syarikat terlibat dan mudah untuk KKM ambil tindakan dan pihak yang menjadi mangsa boleh mengambil tindakan.

Korang boleh tengok video dari rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan isu ni & boleh baca penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut. kat sini https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/videos/1380794008677760/

Jadi sebelum menggunakan sesuatu produk jangan hanya menilai dari NOT KKM. Aku sendiri pun pernah buat kesilapan macam ni. Bila tengok ada Notifikasi KKM pada produk aku claim.. produk tu memang ada kelulusan KKM & terjamin selamat. Rupanya.. Aku pun di perbodohkan selama ni sebab kurang ilmu. Orang kata bodoh biar sekali.. Kalau berkali kali tu bukan bodoh lagi dah. Tahap bangang mungkin. hehehehe

Kalau Not KKM bukan jaminan sesuatu produk tu selamat di gunakan bermakna kita kena lebih bijak la lepas ni. Nak selamat guna produk yang dah lama di pasaran & tiada kontroversi kesan sampingan.

Jadi kalau korang terguna produk yang tidak selamat atau melihat produk yang masih di jual even KKM dah keluarkan laporan produk tu tidak selamat korang boleh buat pertanyaan & aduan kat sini >> http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms << kalau tak tau macam mana cara nak buat aduan.. next time aku buat tutorial kat hangpa noh.. hehehehe

Moral of the story.. Allah dia bagi rezeki pada sesiapa sahaja tak kira cara kita mencari rezeki tu cara baik ataupun salah. Orang jahat pun ramai hidup senang lenang dalam dunia ni. Allah tetap bagi rezeki kat dia. So, pada peniaga produk ni.. Kena ingat, rezeki yang melimpah ruah Allah bagi tak bermakna Allah redha dengan jalan kita mencari rezeki. Kita dapat kenikmatan & kemenangan dunia.. Tapi akhirat belum tentu. Peace Yo!

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAKAL TUNAI UMRAH & RASA TERANIAYA?

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAKAL TUNAI UMRAH & RASA TERANIAYA? Amboi Puan lekatlekit puaka gunung gondol ni.. Kemain meriah kan hang dok up entri pasal Produk ni. Tak ada apa la.. Pengasas dia pun dah macam selebriti kat media sosial sejak dua menjak ni kan. Almaklum la produk dia semakin popular & hangat di perkatakan.. Mesti ramai nak tahu apa aktiviti dia kan. Lumrah public figure memang ramai peminat maka sebagai penyampai.. Den menyampaikan khabar jer..

Terbaca kat satu pos di Page Pengasas Produk tati Skincare ni. Tapi dia tak buat la post pasal nak pi umrah cuma dia buat post something yang krik krik krik.. Seolah2 sedang memberi tahu tentang apa yang sedang melanda diri dia sekarang. Yelah.. Semoga bertabah buat Puan. Dok baca la jugak komen2 follower dia.. tengok ramai jugak dia reply. Kat situ dia ada bagitau dia bakal pergi menunaikan umrah pada 15 - 24 April. Alhamdulillah.. Rezeki dia menjadi tetamu Allah, Insya Allah. Bukan semua orang di rezeki kan kesana even harta berkoyan koyan macam jamal pak tongkol saudagar unta tu. Hanya insan - insan terpilih jer Allah jemput jejak kaki ke tanah suci ni.


Dalam banyak banyak komen dok bagi kata2 semangat tertarik dengan satu komen ni.. Hangpa baca la noh cheq screenshot kat bawah tu. hehehehehe


Cuma masalahnya kita tak tahu sapa menganiaya & sapa teraniaya. Hanya pengasas Tati Skincare je tahu dia di pihak teraniaya atau menganiaya kan? Bukan apa.. pasal kontroversi produk tu kalau kata satu khianat & sabotaj.. Apa yang di laporkan walau bukan dari akhbar malaysia tapi di sahkan oleh pihak yang di iktiraf. Bukan dari bekas pengguna.. Kalau baca dari komen2 bekas pengguna pun terlalu banyak feedback yang kurang baik tentang produk tu. So, berhati hati la kan.. Takut kita dok pretend teraniaya sedangkan sebenarnya orang lain yang di aniaya. hehehehe

Tapi statement teraniaya tu bukan la dia buat secara direct to the point oleh pengasas dia.. Cuma hint2 dari kiasan kata kata tu ada gambaran sedang di uji dengan dugaan yang hebat takhkala ni. Cuma komen dari pengikut dia je yakin macam orang menganiaya produk tu.

Pasal kontroversi produk tati skincare tu hope ada campur tangan dari kementerian kesihatan Malaysia untuk buat ujikaji terhadap produk tu & dapat keluarkan keputusan supaya pengguna tahu samada ia betul - betul bebas bahan merbahaya atau sebaliknya. Sebab produk tu pun tak tau kat mana kilang dia.. Kat mana ujikaji di buat.. So, boleh timbul macam2 spekulasi tak baik. Jadi adalah yang terbaik pihak kementerian kesihatan campur tangan.

Moral of the story.. Zaman semua orang berlumba lumba nak cantik ni memang ada yang sanggup ambil risiko dengan guna produk2 yang merbahaya padahal boleh ja nak cantik ikut guna produk yang di jual di farmasi. tak berisiko & berbaloi untuk cantik ok! better la dari guna produk yang mempunyai tahap chemical & merkuri yang tinggi kan? Biarlah nampak lambat kesan dia dari merosakkan kulit hangpa.

P/S : Gamaknya pengasas produk yang jadi kontroversi ni depa pakai ka dak produk yang depa juai tu?? Tanya ok bukan spekulasi hehehehe

DATO SERI VIDA NAK JADI PENYANYI LEPAS BERCERAI

DATO SERI VIDA NAK JADI PENYANYI LEPAS BERCERAI. Tak ada angin tak ada ribut tetiba dengar khabar dah bercerai Dato seri Vida ni kan.. Tak semua orang suka mencanang masalah peribadi.. Mungkin mereka dah lama hadapi masalah cuma tidak di tunjuk atau di canang kepada umum.. Mustahil la tak ada masalah tetiba nak bercerai ye dak. Walaupun sebelum ni kita nampak mereka bahagia selalu bersama.. Kalau dah itu yang terbaik untuk kedua belah pihak.. Kita doakan saja yang terbaik buat depa.

Dato Vida bersama bekas suami

Pun macam tu Dato Vida masih tak mau mengulas atau komen isu cerai berai untuk perkahwinan ketiga dia ni. Dia kata sampai masa dia bagitau.. So hangpa paham paham je la. Normally kalau mengiya pun tidak.. menidak pun dia memang betul la tu tapi kita hormati je la keputusan dia. Mungkin ada sebab dia tak nak umumkan pasal tu.. Mungkin kes masih dalam perbicaraan mahkamah.. Mungkin depa masih menjalani sesi kaunseling ke hapa.. kan?

Tapi yang best katanya sekarang Dato Vida nak hasilkan lagu nyanyian dia sendiri untuk peminat dia.. Amboi.. Kemain dato vida nak jadi penyanyi pulak. Tak dapat nak bayangkan macam mana Dato Vida feel bila menyampaikan lagu dengan dua jari kat tepi dagu tu.. Tak dapat nak bayangkanjugak kalau dia sponsor apa2 rancangan TV atau kelab apa - apa semua di paksa hafal lagu dia hahahaha... Sapa la bagi idea dia suruh menyanyi ni Hoi!! hehehehe


Dato Vida Ooi.. hat nak keluar dari rancangan Mentor Milenia 2017 tu pun tak tau ada tempat ke tidak dalam industri seni hiburan tanah air ni.. Bersepah sangat penyanyi. Tambah jutawan kosmetik pulak nak jadi penyanyi.. meriah la industri seni suara. Lepas ni retis tak boleh demand sangat la kan.. Banyak persaingan dengan ekonomi negara yang tengah bergelora sekarang ni. hehehehe

Apapun.. Semoga berjaya buat Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, jutawan produk kesihatan & kecantikkan berusia 46 tahun. Apa yang baik kita jadikan inspirasi yang buruk kita jadikan peringatan buat diri sendiri. Peace Yo!

D'HERBS TERLAJAK LARIS DI DAPATI BERSALAH KERANA MENGIKLAN PRODUK DENGAN AKUAN KESIHATAN YANG MENYALAHI UNDANG UNDANG

D'HERBS TERLAJAK LARIS DI DAPATI BERSALAH KERANA MENGIKLAN PRODUK DENGAN AKUAN KESIHATAN YANG MENYALAHI UNDANG UNDANG. Semua orang tahu kot pemilik syarikat D'Herbs Ni adalah Dato Aliff Syukri Terlajak laris tu. Yang selalu mencetuskan kontroversi dengan perangai perangai tak semegah dia kat media sosial atau media elektronik. Pun macam tu walau nampak macam lemah lembut orangnya sangat kental sehingga mampu membuka sebuah empayarnya sendiri dengan jenama D'Herbs & tagline dia Terlajak Laris. Bagus dia buat tagline macam tu sebab kata2 tu kan satu doa. Bila orang sebut jadi la doa2 yang baik melariskan jualan produk dia. heheheehe


Terbaca kat astro awani katanya Syarikat D'Herbs di denda RM11,000 oleh mahkamah majistret atas kesalahan mengiklankan kenyataan yang mempunyai akuan kesihatan yang bertentangan dengan akta makanan. Ada 2 produk dari syarikat D'herbs ni di saman..

Yang pertama produk Jus perawan Gold di mana dia menggukan kenyataan iklan 'Membantu meningkatkan sistem Imuniasasi. Di denda sebanyak RM5,000. Yang kedua Air Masyur dengan menggunakan kenyataan iklan membantu meningkatkan peredaran darah" dan "membantu melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan kerana terdapat gingko biloba di dalam madu. Di denda sebanyak RM6,000.


Pengeluar produk kesihatan atau apa2 produk makanan ni sila ambil perhatian yer... tak boleh simply2 nak buat kenyataan iklan macam tu. Macam Dato Terlajak laris ni apalah sangat RM11,000 dia nak bayar katanya. Dia duit berkepok kepok.. kalau yang usahawan kecil baru nak menapak dalam dunia perniagaan tu please la penting untuk anda tahu garis panduan sebelum membuat sebarang kenyataan iklan.

Moral of the story.. Ambil je apa2 moral yang korang rasa baik. Ok bai... hahahaha

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT. Sebagai blogger kena la adil. Kita tak boleh post untuk sebelah pihak.. Kena post untuk kedua dua belah pihak katanya. Semua rasanya sedia maklum kan dua hari ni hangat di perkatakan tentang local produk yang tengah popular ni. Walau tak di mention oleh bekas pengguna tapi sebab mungkin ramai yang mengalami perkara yang sama bila berhenti atau skip menggunakan produk tu untuk tempoh lebih kurang seminggu maka ramai yang dapat meneka produk apa.

Jadi di sebabkan benda tu dah jadi viral serata alam maya.. Maka pengasas produk tu tampil memberi penjelasan di laman facebook beliau. Menurut Puan Nurhayati Hashima pengasas produk Tati Skincare.. dia kata ia salah satu konspirasi untuk menjatuhkan perniagaan beliau. Bab2 konspirasi ni aku tak mau buat spekulasi apa apa la.. Sebab benda tu kena ada siasatan dalaman. Yang aku tau bekas pengguna produk ni tidak membayar aku menulis tentang apa yang berlaku kepada dia selepas berhenti guna produk tu. Aku sendiri yang minta nak kongsi kat blog. So, antara dia dengan aku memang tak ada sebarang konspirasi berbayar untuk menjatuh sesiapa.


Pasal katanya ada produk lain cuba mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka dari viral tersebut.. Biasa la kan. Strategi marketing katanya. Masa ni la nak membuktikan produk siapa paling bagus mampu menyelesaikan masalah kulit pengguna yang terkesan dari penggunaan produk yang mungkin tidak selamat untuk kulit.

Pada pandangan peribadi aku la.. Aku tak nampak apa yang jadi viral ni satu konspirasi menjatuhkan pihak yang di tuduh tu sebabnya aku sendiri try google & cuba baca semua pendedahan dari pihak pengguna. yer.. ada yang berpuas hati dengan kesan selepas penggunaannya.. Tapi ramai jugak yang memberi feedback yang negatif bila berhenti menggunakan produk tersebut. Aku ni memang suka tukar2 produk.. Sebab aku banyak guna produk jual kat farmasi je sekarang.. Memang kalau aku stop guna apa2 produk yang aku guna sebelum tu memang tak bagi apa2 kesan buruk kepada kulit aku. Yelah.. aku kalau datang musim malas aku pakai cleanser jer... Yang lain2 aku skip. Aku jarang pakai 1 set produk dari brand yang sama.. Skincare aku sekarang ada 2 3 brand. Sebab produk tu kebanyak natural produk memang tak bagi apa2 kesan buruk walau aku mempunyai kulit yang sensitif & silap pakai produk memang akan berjerawat.

Tapi tak tau la kan.. Sebab katanya ada fake Tati Skincare ni.. mungkin boleh terima alasan sebab produk tiruan cuma yang musykil ada yang cakap beli direct HQ pun sama juga. Bila stop muka terus jadi bukan bukan. Entah la.. Mungkin pihak Tati Skincare boleh membuktikan produk mereka selamat dengan lampiran pengesahan dari pihak2 yang pernah membuat ujikaji terhadap produk mereka. Mungkin dengan cara tu dapat mengembalikan kepercayaan pengguna.

Apapun... Semoga ada penyelesaian yang baik. Jika terbukti produk tu selamat hope ada la lampiran bukti yang sahih.

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE. Ni tetiba buat entri pasal pengasas Tati Skin Care kau pun terjebak guna produk yang katanya berkesan dalam masa 3 hari & jerawat settle dalam masa 7 hari. Bukan kau shopping skincare kat guardian je ke? Rasanya guardian takde jual produk Tati Skincare ni kan.. Yer betul. aku guna skincare yang jual kat Guardian je. Aku bukan salah seorang pengguna Produk Tati Skincare pun & aku sesungguhnya tidak berani nak ambil risiko guna produk ni.. hahahaha. Hanya yang berkulit kental & kenyal je boleh guna produk ni. Yang berkulit lemah semangat macam kulit aku tak payah la nak cuba - cuba hahahaha


Produk ni sesungguhnya feedback pengguna yang aku baca ada Pro & contra. Ada yang kata kesan dia memang sangat memuaskan hati & ada yang komen sangat mengecewakan.. Sebab aku tak pernah guna komen aku cuma menakutkan je baca feedback dari bekas bekas pengguna produk ni.


Mungkin ramai yang tak kenal siapa pengasas produk yang tengan 'In trend' sepanjang 2016 ni & bakal jadi kontroversi untuk tahun 2017 katanya hehehehe... Pengasasnya bukan seorang lelaki berpewatakkan lembut tapi perempuan original yang bertudung. Perempuan melayu jugak. Nama pengasas produk ni adalah Nurhayati Hashima. Mengikut hasil siasatan aku melaui Facebook.. Beliau berasal dari Pasir Mas Kelantan & menetap di sana jugak. Katanya belajar kat UM Kelantan.


Tu je la yang aku tahu. Bila dia mula mengeluarkan produk Tati skincare ke hapa tak jumpa pulak info pasal tu. Jadi pada mereka mereka yang tertanya tanya siapa gamaknya pengasas produk yang meletop bagaikan pop corn baru masak ni hope dah berkenal kenalan yer. Putih gebu orangnya. Padan la jadi pengasas produk kecantikkan pun. takde la orang pertikai dia keluarkan produk skincare pun hahahaha. Macam aku kalau jadi pengasas produk kecantikkan mungkin kena kecam. Almaklum.. even bebas jerawat pun takde la gebu gebas lagi. Masih banyak perlu di repair kat muka aku ni hahahahaha.. Jadi sapa nak berkolabrasi untuk review kat blog lekatlekit.com ni & ada produk best nak suruh aku test, manatau aku boleh jadi testimoni berjaya kalau betul2 produk korang tu berkesan kan. Jadi boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com. Syarat produk korang bukan produk yang banyak chemical & mercury, ada pengesahan KKM, GMP, Halal (kalau ada salah satu daripada 3 tu pun ok. Tapi paling penting KKM & Halal la) yang sah bukan setakat print sticker kat kotak produk bila di semak tak pernah pun dapat pengesahan atau kelulusan KKM, GMP atau Halal JAKIM.

Kalau korang nak share untuk orang lain mengenali siapa pengasas produk Tati skincare ni pun boleh.. share je pada button2 social media yang ada kat sebelah kiri & bawah artikel ni. Manalah tau ramai lagi yang masih tercari cari siapa sebenarnya pengasas produk ni. Mungkin depa ada urusan nak kenal juga siapa pengasas produk tati skincare kan.. hehehehe

P/S : Ramai kan orang kelantan yang jadi pengasas produk kecantikkan ni. Senang dapat stok kot hehehehe

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA. Tadi dok tengok TV tertengok berita terkini pagi tadi. Terdengar jugak la tajuk berita tentang kematian Ayah pin yang dulu pernah mengembarkan negara dengan ajaran sesat yang di bawa. Konon dia memimpin kerajaan Langit. Bila majlis agama Islam & pihak berkuasa cuba tangkap dia lari menghilangkan diri. Tak tau la bila dia kembali ke terengganu semula.. tup tup dengar dah meninggal dunia je.


Ajaran sesat yang di bawa Ayah pin ni  berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit tu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai Agama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan. Tak tau la ilmu apa dia guna kan.. Memang bukan calang2 orang berjaya mempengaruhi berbagai golongan dari dalam & luar negara.

Dulu masa kecoh kes Ayah Pin ni tengok jugak video2 dia yang pergi ke serata tempat & di sembah dari pelbagai agama. Kira ayah pin ni bukan berjaya menyesatkan orang2 melayu Islam je.. bangsa & agama lain pun dia berjaya sesatkan.

Kalau ikutkan ayah pin ni bukan dari golongan educated pun.. malah baca pun tak reti.Kategori buta huruf tapi berjaya jugak meraih ramai pengikut & dia gunakan untuk membangunkan kerajaan langit dengan replika teko,pasu & banyak lagi la yang besar2 depan rumah dia. Tapi selepas 10 tahun mengasaskan & menyebarkan ajaran sesat tu akhirnya pihak berkuasa & jabatan agama Islam tempatan dapat mengesan aktiviti dia & ramai jugak pengikut dia di tahan & di dakwa di mahkamah. Ayah Pin yakin dia tidak boleh di dakwa sebab dia dah mengistiharkan keluar dari Islam sejak 1998 lagi.

Selepas pihak berkuasa buat serbuan kerumah dia.. Ayah pin terdahulu melarikan diri. Lari ke langit ke kemana tak tau la. hehehe. Ada kata dia ghaib. Ada kata dia lari ke selatan Thailand. Yang penting dia lari la. Di bawa sekali 4 bini dia ketika tu. 

Sebelum meninggal dunia katanya dia menderita strok lama jugak la. Jenazah dia di kebumikan di satu kawasan perkuburan khas di terengganu. tak tau la khas yang macam mana just kita bersangka baik sudah. Orang tu pun dah meninggal katanya. Semoga sebelum meninggal dia sempat memohon keampunan dari Allah & kembali ke ajaran Islam.

Apapun kita yang mempunyai akal & didik dengan ajaran Islam sejak kecil walau tak expert pun jadikan pengajaran. Jangan terpengaruh dengan ajaran2 sesat ni. Aku yang masih jahil ni pun rasa merepek sangat ajaran ajaran sesat yang ada macam la golongan profesional & educated boleh terjebak. Tu la.. kadang2 pandai dalam akademi je tak menjamin seseorang tu pandai untuk membuat penilaian sesuatu perkara.

Moral of the story.. Anak muda korang jangan mudah terpengaruh dengan ajaran & budaya yang tak elok. Benda2 macam ni la kadang2 buat senang orang nak mempengaruhi kita mengikut ajaran bukan bukan. 

DATO VIDA SEMAKIN MELAMPAU PROMOSI PRODUK DI SEKOLAH

DATO VIDA SEMAKIN MELAMPAU PROMOSI PRODUK DI SEKOLAH. Dia ni spesis kaduk naik junjung.. atau lebih senang orang kata bagi betis nak peha.. bagi peha dia nak kepala. Mentang2 la dia ada duit.. Sampai sekolah pun dia nak buat tempat nak promosikan produk dia.


Menurut sumber yang aku baca katanya Sebuah sekolah ni nak adakan mesyuarat PIBG yang menjemput Dato Vida untuk perasmian penutupan mesyuarat. Dalam surat tu siap tulis pakaian formal dengan tema pink. Lepas tu ada pulak promosi produk dia. Amboi macam buat hari kantin sekolah dah nak berjual beli kat sekolah. Ingat dia bekas guru.. dapat kelonggaran la kot. Tapi mula2 guru besar sekolah tu pun macam pak turut jer.. Membenarkan aktiviti tu kat sekolah dia tapi tetiba NUTP warning tak tau apa jadi pulak.

Sumber Beautifulnara. Pinjam jab yer.. Siap Warning tu Beautifulnara. Sapa Printscreen IP address di record. Sampai macam tu sekali yer Abang Nara hahaha

Sekali kena warning.. Supaya dia tidak menganggu sesi pembelajaran dengan membuat promosi produk dia kat situ. Siap mention dalam surat suruh ajak jiran tetangga, kenalan semua datang memeriahkan promosi produk dia.


Hello.. Dato vida tak cukup lagi ka stesen TV kau dah beli, pasukan bola sepak kau dah jadikan badut sebagai duta produk kau.. Sekarang sekolah pun kau nak tawan dengan kuasa pink kau tu. Sudahlah.. Dato vida Ooi.. tau kau terlajak kaya. Boleh sponsor juta2. Tapi ingat sama yang Maha Kaya kat atas sana boleh ambil semua kekayaan kau sekelip mata. Aku tak jeles pun dengan kejayaan Dato Vida.. Aku pun kagum dengan kejayaan dia tapi serius aku cukup tak berkenan dengan perangai over limit dia tu. Sebab selama ni apa dia nak.. Semua orang ikut maka dia rasa kat mana2 pun dia boleh guna untuk promosikan produk ni. Hope.. tak melarat sampai ke masjid la.

Dalam hidup jangan anggap kita berduit sentiasa bertuah & apa kita nak selalu dapat. Bukan semua orang boleh di beli dengan duit. Tapi semua orang boleh dapat tuah walau tak berduit banyak sekalipun. Cuma kena tahu caranya.. Nak tau cara untuk lebih bertuah tahun 2016 ni meh tengok kat sini >> Nak Lebih Ong 2016, Ini Petua Yang Korang Kena Ikut <<

Moral of the story.. Itulah Ujian Orang yang di Uji dengan kekayaan. Syukur la kita hidup seadanya.. Tak ada aset berjuta juta tapi cukup makan minum pakai semua. Ada tempat tinggal.. ada kenderaan nak bawak kemana mana. Kalaulah kita sekaya Dato Vida.. tak tau la perangai kita jadi macam mana. Entah2 lagi over dari dia siapa tahu.

DATO VIDA MINTA JARING GAWANG GOL TUKAR WARNA PINK

DATO VIDA MINTA JARING GAWANG GOL TUKAR WARNA PINK. Hahahaha... kena gelak dulu sebab aku memang nak tergelak sangat. Aduhai.. pening kepala KAFA nak melawan kerenah pink Dato Seri Vida ni tau. tak habis2 dengan pink. Sebenarnya dia nak menaikkan reputasi Pasukan Bola Sepak The Red warrior ke dia nak jual produk dalam stadium ni?? Permintaan rasanya dah makin merepek.. Lebih kepada bisnes dia bukan untuk menaik taraf mutu Pasukan The Red Warrior.


Aku rasa kalau di layan kehendak Jutawan nan sorang ni.. Tak mustahil ada lagi benda merepek dia akan minta nak buat. Gamaknya masa baby dulu orang kena demam kuning dia kena demam pink kot. Kesian la kat lelaki lelaki gagah perkasa di tengah padang tu wei.. Semua pink depa pun dah nampak sweet sangat. Bagi la something yang menyerlahkan sikit 'warrior' tu. takkan semua pun nak pink. Jangan nanti tetiba bila dia tengok jaring gawang gol warna pink tak matching dengan rumput warna hijau.. Dengan rumput2 pun dia nak cat warna pink jugak.

Sumber Mstar

Aku rasa nanti dia akan sponsor kasut bola pink untuk the red warrior.. Sebab dia nak warna tema produk dia tu menyerlah di setiap pemain pasukan The Red warrior. Tapi takpe la.. kasut je kot katanya. Mesti penyokong dato seri vida akan cakap camtu. Stadium je kot.. jersi je kot.. jaring gawang gol je kot.. Alih2 sudahnya semua tukar warna pink. The Red Warrior hilang Red nya. hehehee. Yelah.. sapa je dia taja auto semua kena kerah jadi duta produk dia. Memang tak ada pilihan lain dah la..

Dato Vida.. Berpada pada dalam meletakkan syarat atau membuat permintaan. Sudah sudah la dengan kontroversi murahan.. tak berapa kena dengan imej jutawan tu. Tapi kalau dia nak sponsor sorang sebijik kereta ni kat pemain The Red Warrior ok la jugak kan. Bila depa bawak kereta dia sekaligus mempromosikan produk dia. Ada berani ke Dato taja kereta ni kat The red Warrior >> Trade In Kereta Lama & Dapatkan Mana2 Kereta Baru Ni <<

Dato alif syukri bakal taja pasukan kedah hope tiada syarat atau permintaan yang merepek & tak masuk akal. Jangan sesekali tukar tema hijau kuning tu yer.. Tu lambang negeri kami bukan sahaja lambang pasukan kedah. Identiti kami jangan di ubah tapi boleh di buat pembaharuan dari segi lain.

KERANA 16 JUTA THE RED WARRIOR DI BULI KAW KAW PUNYA

KERANA 16 JUTA THE RED WARRIOR DI BULI KAW KAW PUNYA. Nak stadium pink.. Ok dah lulus. Nak jersi pink ok la.. jersi je apadahal kan.. Tapi kesian pulak aku nampak Pasukan The Red Warrior kena buli dengan Dato Vida. Ya Allah 16 juta punya pasal.. Terpaksa jugak la kan? Tu la bos depa selama 2 musim ni. Katanya Dato Vida Taja The Red Warrior.. Ops Pamoga Qu Puteh The Red Warrior selama 2 musim. 2 musim tu lama mana aku pun tak sure sangat.

Sorang je pakcik yang tak posse comel hello kitty nampaknya. Mungkin tercabar naluri kejantanan dia kot hahaha

Terbaca status pelakon, pengarah & penyanyi Afdlin Shauki yang agak tak berapa gemar dengan cara Dato Vida ni. Terbaru di keratan Akhbar Harian Metro tengok pasukan Red Warrior yang kena buat posse comel dua jari kat pipi ala2 trademark Dato Vida tu.. Alahai kesian pulak. Ni memang kes buli kerana 16 juta ni. The Red Warrior pun nampak macam The Hello Kitty Warrior dah. Comel sangat dengan jersi pink memasing di tambah pulak posse camtu. Geram rasa nak cubit pipit sengsorang sampai berlubang jadi lesung pipit.


Alahai Dato Vida Ooi... Betul2 business minded ni. Kot mana pun apa yang di taja mesti dia nak lebih menyerlah dari tema asal sesuatu perkara. Dia dah kata dari awal sapa nak dia taja kena ikut cara dia. Kau main bola ke hapa ke dia tak peduli. Janji produk dia lebih menyerlah dari yang lain2. gamaknya kalau dia taja rancangan wrestling la.. Semua wrestler mesti pakai spender pink. Bayangkan ahli wrestling yang badan bak badang posse jari kat pipi. Kecut habis muscle katanya. hahahahaha Tak kira la rancangan TV atau pasukan bola sepak. Asal dia boleh tukar semua jadi duta produk dia.. Dia boleh bayar. Bertabahlah.. 16 juta beb! Tu baru replika cek 16 juta sebenarnya jumlah tajaan 20 juta. kau hado 20 juta. Takde 20 juta dok dendiam katanya. Yang ada 20 juta je boleh buat apa saja dia nak.

Kalau ada lagi pasukan bola sepak yang terima tajaan dari kalangan jutawan produk kesihatan & kecantikkan lagi lepas ni tak tau apa nak jadi lagi. The Red Warrior dah jadi hello kitty lepas ni tak tau mungkin ada yang jadi barbie boy ke.. The Teddy boy ke.. Janji nampak cute & comel. Orang jual produk kecantikkan gila kau nak letak warna2 gagah perkasa. Ingat produk makjun kuat salasa ka? hahahaha

takpe la.. rezeki dia ye dak? cakap lebih2 kau ada sponsor budak tahfiz? Ada sponsor anak yatim? Ada buka sekolah Tahfiz? Takde kan.. Jadi jangan banyak bunyi kalau kau tak mampu nak buat semua tu. Dia tukarkan the red warrior jadi hello kitty pun dia dah buat macam2 amal kebajikan sebelum ni.. so apapun dia buat tak jadi salah dah. Semuanya akan jadi mulia di mata masyarakat. Kita tangan yang menerima ni kalau cakap lebih2 ni nanti di cop dengki sebab kita tak mampu memberi sebanyak yang dia mampu beri. Takat mampu bayar zakat setahun sekali dok tepi.. Tak layak nak komplen hokay! hehehehe

Tu la bila kita terdesak tak ada duit orang boleh ambil kesempatan keatas kita. Macam staff dari OhBulan ni. Punya la excited bos bagi RM4000 suruh pergi shopping rupanya shopping untuk ni jer >> Mungkinkah ini kejutan paling EPIK seorang bos kepada pekerjanya? <<

Moral of the story.. Bila duit menjadi Raja memang manusia menjadi hamba.

TAJA PASUKAN SELANGOR SEKADAR GIMIK DATO VIDA NAK DAPAT PUBLISITI

TAJA PASUKAN SELANGOR SEKADAR GIMIK DATO VIDA NAK DAPAT PUBLISITI. Aku bukan anti Dato Vida.. serius! Aku nak mention awal awal. Tapi semua boleh tengok bagaimana dia sanggup buat apa saja termasuk buat kontroversi semata mata nak produk dia orang kenal. Semalam ada la baca pasal kononnya kalau Pasukan The Red Warrior tak setuju dengan syarat tajaan dia.. dia akan taja pasukan bola sepak selangor tapi rupanya dia saja je cakap.. Takde pun sebarang offer atau perjanjian tentang perkara tu dengan pihak pasukan bola sepak selangor. Maybe nak bagitau kalau TRW taknak ada orang lain yang menunggu.


Alahai dah jutawan pun masih perlukan publisiti murahan ke? memang orang yang suka jadikan kontroversi sebagai tangga untuk dia naik ke puncak sudah semestinya seseorang yang berjiwa kental. Bukan calang2 orang mampu hadap kritikkan bertubi tubi tanpa ada rasa apa dia buat sangat Annoying walaupun Annoying pada pandangan ramai orang. Bab tu aku salute jugak la dengan dato Vida ni. Sebab tu dia boleh berjaya & glemer macam sekarang. Apa dia buat mesti mencetuskan kontroversi. Samada dia sengaja atau kebetulan.. Wallahualam.. Tapi kalau asyik cetuskan kontroversi kita nak positif fikir berlaku secara tak sengaja pun rasa  macam menipu diri sendiri pulak kan.


Bila cakap orang kata dengki.. Tapi kalau over sangat kita yang tengok memang nak tercakap jugak la kan. Takpe la.. Bila aku tulis kat blog selain mengkritik aku pun penyumbang pada publisiti yang dia nak tu. Memang motif dia nak publisiti pun. So kalau publisiti macam ni dia maka meh kita bagi. hehehe.. Dato Vida tak mau minta blogger pulak ke promosi produk dato? Bak Mai la stock qu puteh 3 bulan nak try nanti boleh review dengan tajuk entri penuh kontroversi katanya hahahaha.

Pun macam tu katanya pasukan bola sepak selangor ada prinsip mereka sendiri. Mereka takkan gadaikan prinsip semata mata untuk dapat tajaan. Well.. Dato Vida pengajaran buat anda. tak semua orang boleh di beli dengan kekayaan yang Allah pinjamkan untuk anda yer..


Apapun Dato Vida.. Anda sememangnya seorang berjaya dari segala sudut termasuk berjaya menjadi pengasas produk paling kontroversi. Tahniah atas semua kejayaan anda.. Peace No war!

Moral of the story.. Tak semestinya perlukan kontroversi untuk kita lebih berjaya & di kenali. Tak semestinya dengan menjadi orang yang terkenal sahaja boleh berjaya. Contoh macam wanita ni.. Bukan orang kenal sangat pun berbanding Dato Vida.. Tanpa kontroversi pun dia buktikan dia masih boleh dapat title orang kaya >> Pernah di anggap Gila sanggup berhenti kerja yang stabil semata mata untuk buat perkara ni << Jadi.. Kita boleh pilih samada berjaya dengan cara bermaruah atau sebaliknya. peace no war.

DATO VIDA SEOLAH OLAH CUBA MEMBELI MARUAH THE RED WARRIOR

DATO VIDA SEOLAH OLAH CUBA MEMBELI MARUAH THE RED WARRIOR. Bersyukur wahai umat kita bukan di kalangan orang2 yang ada duit & harta berjuta juta sebab kita sedar level kita memang tak layak nak demand tinggi2 sangat. Kita tak berapa ada kepentingan pada orang lain. Kalau Allah uji kita macam Dato Vida pengasas produk kecantikkan & kesihatan popular yang glemer tu mungkin kita pun jadi lupa diri sekejab.


Aku dok baca jugak isu yang tengah Viral pasal syarat dia bagi untuk menaja pasukan bola sepak The red warrior.. salah satunya nak suruh tukar warna tema depa dari merah ke pink. Kalau tukar ke pink dah tak tagline The Red Warrior la.. kena tukar the pink warrior atau Tukar je Pasukan red warrior jadi pasukan Sailormoon je. Gila ke hapa Dato Vida ni bagi syarat yang tak berapa masuk akal. Tak payah budget gugirl sangat la Dato Vida sampai nak stadium pun warna pink. even tegang, ketat macam mana pun kalau dah tua tu buat la cara orang tua sikit. Benda2 serius macam ni dia bagi syarat macam budak2 baru akil baligh nak konsep warna bilik agar nampak remaja yang comel & sweet. Kang ada pulak kata.. Warna je kot takde isu besar sangat. yer.. warna je bukan isu. tapi ko agak2 la beb.. Pasukan The Red warrior tetiba stadium bola warna pink. Takkan nak tukar The Pink Warrior.. Kau ingat ni kumpulan Geng Maharajalawak ke hapa.

Aku bukan anti Dato vida.. Takde sebab dia over gila glemer tu aku boikot produk dia walau aku tak pernah guna pun tapi serius aku rasa dato Vida ni semakin hari semakin tak nampak profesional langsung. Ada duit kalau fikir macam budak2 baru belajar cukur bulu ketiak pun.. Alahai orang tua kot. Kalau kat Tv tu.. Cuma tengok tak terkata apa dah. Tak tau la dulu aku tengok dia tak over macam sekarang cuma aku perasan lepas trajedi Banglo asrama pekerja dia terbakar & mengorbankan 2 orang anak dia tu makin menjadi jadi pulak perangai pelik & gedik dia ni. Yelah.. Allah ambil balik 2 nyawa kesayangan dia & Allah gantikan dia dengan rezeki yang bagai air bah tapi dia pulak jadi gelabah sampai macam orang lupa diri.

Sumber BHOnline

Kang ada dok ungkit pasal pusat tahfiz la.. zakat dia bayar la.. duit dia derma la.. Benda2 macam tu aku tak pertikai. Cuma yang aku pelik.. dengan perangai tak masuk akal dia sekarang. agak2 la kau nak membeli pasukan bola sepak tu pun jangan la sampai macam nak beli maruah depa pulak. Ingat.. walaupun Dato Vida banyak duit orang lain pun ada prinsip & harga diri. Depa pemain pasukan bola sepak bukan bola jaring kot.. tak beragak la nak suruh tukar warna & nama pasukan tu. Yang main bola tu lelaki.. bukan pondan atau pengkid.

Aku harap jika Dato Vida bertegas dengan syarat dia.. Pasukan red Warrior tolak je sponsor dia tu. Jangan bagi dia rasa duit yang dia ada tu boleh beli segala galanya macam dia beli koleksi crown dia. Ada situasi lelaki memang nampak janggal dalam warna pink. Lelaki normally lebih nampak gagah & macho dalam warna2 macam ni jer >> Kita Tak Boleh Nafikan warna ini memang membuatkan lelaki nampak hero << So,warna juga mainkan peranan untuk lelaki lebih bersemangat ketika beraksi. Kalau warna yang buat depa hilang keyakinan diri & rasa janggal.. Kau bayang masa main bola confirm depa rasa macam orang gelakkan depa jer walaupun yang pink tu cuma stadium. Macam mana nak fokus ye dak?? dah tu nak nama produk dia ada dalam nama pasukan tu. Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW). Tak gila ke syarat tu. Cukup la sekadar letak nama penaja kat jersi kot.. tak perlu nak tukar nama pasukan bagai.

Moral of the story.. Dato Vida, harta ni pun bukan hak kita sebenarnya. Dalam rezeki kita tu sentiasa ada hak orang lain. Bila dah nama hak orang lain.. Kita ni sebagai perantaraan jer. Walaupun kita hanya perantaraan tapi benda tu bakal jadi penentu samada ada ia menjadi bekalan kita ke syurga atau negara. So, simpan sikit over tu yer. Peace!

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA. Sambil santai tengahari aku memang suka jugak tengok rancangan talk show macam Wanita hari ni. Sebab banyak jugak topik2 yang best di bincangkan dalam rancangan tu. Topik hari ni 'Apa Saja Demi Anak'. Best dengar Dato Terlajak Laris ni berkongsi cara & pengalaman dia membesarkan anak. Walaupun dia jutawan kosmetik tetap dia membesarkan anak secara sederhana. Dia lebih menekankan pendidikkan agama & akademi. Yang best tu katanya mainan anak anak dia pun dia beli kat kedai2 2 ringgit atau kedai2 borong biasa yang murah2 je. Paling mahal pun dia kata RM10 je mainan anak anak dia. Sangat2 low profile. yelah.. dia pun membesar sebagai orang susah kan.


Dalam celah2 perbincangan topik terkeluar pulak pengakuan Dato Aliff Syukri bahawa dia seorang disleksia. Dia yang mengaku ok bukan aku yang buka rahsia dia. Katanya ada seorang anak dia juga mewarisi genetik tu. Dia sendiri pun sebenarnya tak faham apa tu disleksia sampai dia pernah tanya doktor tu penyakit terencat akal ke hapa.. Memang slamber sungguh Dato terlajak Laris ni kan? hahahaha... Tapi dia positif terima kekurangan dia terus berusaha sampai dia di level sekarang. Yang lawak tu.. dia nak sebut disleksia pun tak reti. Bini dia yang kena tolong explain. Betul2.. ting tong Dato terlajak laris ni tau. Gelak aku tengok dia dok pot pet kat Wanita Hari ni. Selalu dok tengok dia cakap pasal produk dia jer.

Kalau dato Aliff Syukri tak cakap tak siapa tahu dia seorang pengidap Disleksia sebab seorang pengidap disleksia memang takkan nampak dengan pandangan mata kasar. Ciri2 dia bukan nampak dari fizikal pun.. Kalau yang tak tahu apa tu disleksia ni secara ringkas tentang disleksia..

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Disleksia bagi aku bukan kecacatan cuma kekurangan kecil yang bukan penghalang pengidapnya untuk hidup normal macam orang lain. Saiful Nang juga seorang disleksia.. dia juga kategori orang yang berjaya. Jadi pada mereka yang ada anak disleksia atau pengidap disleksia tak payah rasa rendah diri sangat. Anggap je ia satu anugerah dari Allah..

Tu la kan.. Nak berjaya atau nak jadi kaya tak semestinya kena cemerlang dalam akademi jer tapi kena rajin berusaha untuk capai matlamat. Hidup tanpa matlamat memang takkan berjaya & matlamat tanpa usaha takkan kemana.

Moral of the story.. Setiap kekurang & kelebihan dalam diri seseorang tu Allah jadikan tidak ada yang sia sia. Ia sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Manusia takkan mungkin jadi sempurna 100%. Jadi jangan rasa rendah diri dengan kekurangan yang kita ada..

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC. Sedang asyik menggoogle pasal petrosains yang terletak di bangunan KLCC yang menjadi kebanggan orang2 kl katanya tetiba terserempak pulak dengan satu kisah seram,misteri lagi mistik yang pernah berlaku di Petrosains awal pembukaannya dulu. Maka secara rasminya segmen seram serik lekatlekit kita akan membongkar satu kejadian misteri yang pernah berlaku kat situ.


Dari sumber yang aku baca katanya Tapak KLCC sekarang adalah bekas tapak tempat perlumbaan kuda. Tempat judi & maksiat macam tu apa nak pelik kan kalau banyak jin, syaitan & manusia yang perangai macam setan. Normal la tu.. Mana ada orang baik main judi, ye dak? Orang jahat memang BFF setan. hahaha.


Nak dijadikan kisah seram.. Pada satu malam yang sepi pi pi.. Seorang ustaz di jemput untuk membantu memulihkan kejadian2 mistik,pelik & seram yang berlaku kat situ. Kalau korang pernah ke petrosains mesti korang tahu satu tempat dimana ada pameran haiwan2 pra sejarah & replika gunung berapi. Suasana dalam tu agak suram.. Ditambah dengan sound effect bunyi bunyian haiwan purba & letusan gunung berapi.. Mungkin agak menyeramkan bagi sesetengah orang. Pada malam ustaz tu di jemput untuk menghalau makhluk ghaib yang masih bermastautin kat situ.. Ada kejadian misteri berlaku di bahagian pameran haiwan purba tersebut. Sebaik dia melangkah masuk ke tempat tu.. tiba2 lampu terpasang & haiwan kat situ mula bergerak. Sound2 effect jugak tiba terpasang seperti pameran tu beroperasi semasa kehadiran pengunjung. Walhal masa tu dah pukul 1 pagi. Sebab ia menganggu fokus ustaz tersebut untuk berzikir & membaca ayat2 suci al quran yang kebiasaannya dia buat untuk merawat gangguan jin dia meminta petugas petrosains yang mengiringi dia tutup semua lampu & mematikan semua alat audio visual yang sedang di mainkan. Malangnya bilik kawalan tersebut di kunci & pegawai yang pegang kunci bilik tersebut tak ada pada malam tu. Semua jadi pelik kalau bilik kawalan tu di kunci siapa yang mengaktifkan semua audi visual & lampu sejurus mereka masuk. Ternyata ia memang perbuatan makhluk ghaib yang cuba menganggu fokus ustaz tu untuk menghalau mereka dari situ. Selepas pertempuran antara ustaz & makhluk ghaib kat akhirnya semua penghuni ghaib kat situ berjaya dia keluarkan dengan izin Allah. Yang pelik selepas semua makhluk ghaib yang ada disitu di keluarkan lampu, audio & visual serta merta terpadam. - sumber Pemindahan jin di Petrosains -

Sumpah aku tak pernah tahu tapak klcc asalnya tapak lumba kuda. Mungkin kassim selamat & sabariah pernah main kuda kat situ jugak. Mungkin pernah di miliki oleh Ismet Ulam Raja.. siapa tahu. Hahahahaha... Tapi cerita seram yang berlaku kat petrosains tu tak berapa buat jiwa kita meracau sangat memikirnya sebab kita tahu ia perbuatan jin & syaitan.. Ada yang lagi menguji mental & fizikal sampai sekarang masih berlaku kat petrosains. Nak tau meh tengok kat sini >>  Ilusi Paling Gila Yang Berlaku Di Petrosains <<

Moral of the story.. kesahihan cerita ni memang tak dapat di pastikan. Mungkin orang yang pernah bekerja di petrosains sekitar tahun 2004 boleh sahkan samada pernah berlaku kejadian mistik atau tidak. Tapi cerita ni aku dapat dari blog pusat rawatan alhidayah. Diceritakan oleh pengasas pusat rawatan Alhidayah, Hj Lokman. Alah bapak kepada Dr Dayana Isteri pertama Pelakon Ashraff Muslim tu. Cuma kita perlu tahu tempat banyak replika dari makhluk bernyawa ni apa nak pelik tetiba ada yang menumpang di sudut kamar hati kat situ, kan? Tambah2 tempat yang di ceritakan tu.. aku pernah masuk petrosains beberapa kali memang kat tempat pameran tu suasana dia agak gelap.. lampu samar2.. sound effect bunyi haiwan2 purba tu agak menyeramkan. Kalau tengah malam kesitu memang la seram walau tak ada jin pun.

IKLAN PRODUK TERLAJAK TAK MALU GUNA PEREMPUAN BERHIJAB

IKLAN PRODUK TERLAJAK TAK MALU GUNA PEREMPUAN BERHIJAB. Sekarang ni ramai pengasas produk kesihatan & kecantikkan tempatan take over iklan kat TV. Apa lah sangat nak bayar iklan tv kalau dah jadi jutawan muda ye dak?? Celah jari je boleh keluar duit. Siap boleh jadi penaja untuk rancangan hiburan. Ada yang melabur sampai juta ringgit Malaysia untuk sponsor rancangan hiburan kat TV. Ada yang guna rancangan realiti TV berunsur keagamaan untuk mempromosikan produk. kalau kau takde duit kau takkan mampu buat semua tu. Kata kunci dia tetap kau kena ada duit,hokay!

Eei... gediknya kau. Ada ke produk hilangkan kesan gedik kat Malaysia ni??

Apapun depa nak buat sebagai promosi produk tu hak masing masing la kan tapi tolonglah jaga kemaluan sikit. Kemaluan yang aku maksudkan bukan la tang tet.. & tut.. je. Kemaluan meliputi perangai depan camera jugak. Iklan yang aku rasa paling gedik dalam Malaysia adalah iklan2 D'herbs. Aku bukan anti Dato Terlajak laris tu.. Setakat dia nak jual gedik dia kat TV lantak la.. Bila dia guna perempuan bertudung tu please la jangan suruh depa beraksi over gedik sangat. Imej muslimah yang di bawa tu tak sesuai. Pakai tutup litup tapi perangai Na'uzubillah.. gedik macam sangap nak cari jantan sangat. Yang Terbaru katanya Syasya Salero yang pernah jadi viral dengan video macam cantik je.. macam comel jer.. tu berlakon iklan lipstick D'Hers. Serius aku tengok aksi budak tu dalam iklan tu macam kena miang rebung je. Memang terlajak gedik. Macam minta kena cium dengan tapak kaki je gayanya.

Aku tahu memang Dato Terlajak Laris sengaja je buat macam tu. motif dia memang nak orang perkatakan pasal iklan & produk dia walau orang sekadar nak mengutuk. Tu salah satu startegi marketing orang berniaga. Tapi yelah.. Kau memang jenis suka kena hina,kutuk & keji kot asalkan matlamat kau tercapai. Bila matlamat tercapai kau jugak yang kaya raya.. reta melimpah ruah di bumi Allah.

Entahlah.. Memang trend sekarang kot. Pengasas2 produk tempatan ni memang tak kisah kena keji asal produk dia meniti dari mulut ke mulut. Kalau depa je kena keji ok la... Tapi kesiankan pelakon & imej muslimah yang di bawa pelakon iklan tu. Seolah2 mempersendakan penganut agama tersebut. Pakai tutup litup.. size pinggang pun tak nampak alih2 depan camera macam kera dapat lipstick.

Nak berjaya tak perlu kot dengan buat benda benda bodoh yang menampakkan betapa low class cara kau nak berjaya. Tengok pakcik ni meniaga cendol je pun boleh berjaya. Tak perlu nak buat iklan guna perempuan pakai tudung gedik2 makan cendol pun boleh berjaya buka gelanggang futsal & berpuluh courts badminton kat Malaysia. Tak payah keluar TV pun. Tak caya tengok kat sini >> Kisah Benar Seorang Peniaga Cendol Yang Berjaya Bukan 4 Gelangang Futsal & 24 badminton courts << Walau dia tak sekaya Dato terlajak Laris tapi harga diri dia mungkin lebih mahal dari kau wahai Dato. Takde kontroversi pakai jubah jarang nampak boxer bagai pun boleh berjaya katanya. Ops!

Moral of the story Untuk Dato Terlajak laris tu.. Sudah2 la buat iklan yang mencetuskan kontroversi murahan walaupun kau jutawan. Rugi jadi orang kaya kalau suka menghasilkan karya yang low class. Kalau nak buat iklan2 macam tu tolong la jangan guna perempuan berhijab. Kesian tercemar imej muslimah yang di bawa. ambil je tasha shila berlakon. hehehehe. Yang baik ambil sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Peace Yo!

BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH

Tajuk entri bukan tajuk gimik semata mata yer.. Ini adalah pengalaman yang terjadi pada kami 3 beranak yang mungkin boleh di jadikan pengajaran pada semua yang sudi baca entri ni. Perkara ni masih baru lagi berlaku.. jadi ni bukan kisah dahulu kala. Kalau minat nak tau kisahnya.. rajin rajin la baca entri ni sampai abis bukan baca tajuk kemudian buat cerita dari imaginasi sendiri.

Alkisahnya 1 mei aritu kan cuti hari buruh. Nak pergi holiday bagai awal tahun ni rasa 2 dua tempat jauh kami berjalan. Bulan Januari dah berjimbaraya kat Sabah.. lepas sabah tu dalam bulan 3 dah bersantai di hatyai jadi 1 mei takde makna nak nak bermalam kat mana2 tempat percutian. Bila dah cuti si asben tu konon rasa nak amik angin sejuk kat Fraser Hill.. alih2.. sampai sana tak sejuk pun. Kalau sebelum ni pergi lala kena pakai sweater jugak untuk langkah keselamatan supaya tak kena selesam tapi 1 mei aritu rasanya kalau bagi pakai singlet pun budak tu takde hal. Memang cuaca biasa je suhunya. Duduk2 kejab.. tak duduk pun. Amik gambar dua tiga keping lepas gerak nak balik. Taknak malam drive kat jalan penuh mencabar dengan hutan tebal kiri kanan.

Dalam perjalanan balik tu.. Ni bermulanya cerita. Sebelum ni kita memang tak pernah menyinggah sungai2 jernih yang ada dalam hutan tu even nampak ada jugak orang singgah. Kalau siapa biasa ke fraser hill maka tahulah ada sungai macam waterfall tepi2 jalan tu. Aku tak tau la apa yang gerakkan hati si asben nak singgah.. tapi time singgah tu dekat nak pukul 6. Konon nak bagi budak lala main air. kebetulan lepas sekejab kami park kat situ ada satu family pun berhenti basuh kereta, nampak macam ada anak dia yang muntah. Almaklum la jalan ke fraser hill berbukit & berliku tu memang ramai tak tahan. Mula2 lala just berdiri dalam air.. tapi bila dia excited.. abis basah seluar terus dia main air. Alang2 basah biar la dia enjoy kejab kat situ. kejab jer tak lama lepas tu kitorang gerak sebelum kereta yang satu lagi gerak.

Balik dari fraser hill tu takde apa yang jadi. Ok jer.. budak lala pun tido tanpa gangguan malam pertama tu. esoknya malam kedua dia tetiba pukul 9 malam demam padahal sebelum tu aktif & takde langsung tanda demam. Kira demam mengejut. Tapi siang sebelum lala demam tu.. ada gangguan bunyi sikit kat umah aku. Gangguan bunyi ni sebenarnya dah lama jadi kat umah ni tapi dah lama jugak takde tetiba petang tu ada balik. Bunyi macam orang seret kerusi kayu atau perabut.. sreetttttt... macam tu. lama jugak. Aku yang dah biasa buat tak tahu la. time tu lala tidur petang.

Lepas malam 3 mei tu dia demam.. bangun pagi 4 mei suhu dia dah turun normal. Tapi malam 4 mei tu dia demam balik.. bangun siang 5 mei suhu dia normal sampai petang pukul 3 suhu badan dia naik balik. Bila suhu naik call bapak dia la bagitau. Bapak dia balik.. dalam pukul 5 tu bawak pergi klinik gomen sebab takut ada jangkitan apa2... Paling risau takut kena kencing tikus sebab itulah kali pertama lala main air sungai. Sebelum ni jangan harap kita yakin nak bagi dia main air sungai atau kolam2 kat theme park. Kedua takut denggi sebab sekarang musim denggi. Kalau pergi private clinic yang biasa ni.. tahu2 la check suhu lepas tu bagi ubat. Pergi gomen.. dia check suhu badan lala tinggi cecah 38.8 darjah.. kena buat ujian darah & masuk ubat bontot. Si bapak lala pelik sikit sebab dia tak pernah tau ada ubat demam masuk ikut bontot dia dia tanya nurse.. kalau orang dewasa ada jugak ke ubat masuk bontot. Aku nak gelak.. & aku memang gelak. Yelah.. anak kami takde sejarah demam dengan suhu tinggi & lama sampai macam ni. selalu lala susah demam kalau demam pun tak sampai 24 jam dah ok. Lepas ambil result darah doktor just cakap lala demam virus jer.. takde jangkitan apa2. demam biasa cuma suhu tinggi sebab tonsil. Biasa la bila suhu tinggi.

Naluri mak bapak ni kan.. even kita bukan jenis taksub sangat dengan benda2 ghaib tapi kita percaya dengan kewujudan dia & kita tahu dia boleh ganggu manusia dengan izin Allah. sebab kita berenti kat sungai yang bukan jadi tempat riadah manusia, dalam hutan pulak tu even tepi jalan.. dengan demam lala on off tetiba. Rasa macam something pelik sangat. Nak balik dari clinic jalan menuju kerumah tu memang jam gila.. jadi tak jadi balik ingat nak pusing2 makan2 dulu.. tetiba asben aku ni dapat hidayah nak terus ke Pusat Rawatan Islam Alhidayah sebab dia was was dengan demam lala ni. Dia rasa macam ada tak kena kat budak tu even lala takde meracau atau menangis tak henti2. Dia banyak tidur bila dia demam.. merengek pun kejab2 jer.


yang ni gambar aku sendiri la. tapi malas nak letak watermark. bukan cantik sangat pun. hahahaha

Maka terus ke Pusat Rawatan Alhidayah kat setiawangsa.. sampai dah dekat pukul 10 tapi orang masih ramai. Tanya boleh ke buat rawatan kalau tak buat appointment.. dia kata boleh maka register ambil nombor tunggu sampai pukul 12.30 malam baru sampai turn. Tu pun family kami orang terakhir tapi sebab anak aku budak lagi.. Ustaz yang merawat tu minta izin pesakit sebelum tu nak dahulukan budak lala. Yelah dah tengok malam, dengan demam tinggi. Lala totally memang weak tahap takde level dah. Bila Tuan haji lokman.. alah Ayah kepada Dr Dayana isteri kepada Asyraff muslim tu. dia kan pengasas Alhidayah.. dia jugak la yang rawat lala semalam. Bila dia scan dengan kaedah rawatan Islam.. ternyata memang ada gangguan kat budak kecik tu tapi katanya gangguan tu datang dari luar. So, kesimpulan tempat extreme paling terkini kami pergi tu sungai kat hutan tepi jalan masa turun dari fraser hill tu la. Yelah.. kita sedia maklum tempat2 macam tu memang jadi penempatan jin. aku rasa dari situ la kot puncanya sebab Tuan Haji tu tak jelaskan secara detail dari mana datangnya gangguan tu & aku pun tak tanya banyak memandangkan dah terlampau lewat malam kang banyak pulak discussion jadinya sebab aku ni kalau mula tanya boleh buat forum. Takpelah next check up nanti aku tanya la.

Dr Dayana memang ada iras2 bapak dia kan?? Anak beranak la katakan.. (sumber gambar google. Tak kuasa pulak aku nak suruh Tuan Haji Lokman berposing untuk aku semata mata nak letak dalam blog. Hahahahaha malu kot)

Semalam sampai subuh memang badan dia panas lagi tapi bangun bagi ni dah ok & sampai sekarang setakat ni dia takde demam lagi & suhu dia pun normal cuma risau malam nanti la takut dia demam balik. Follow up dengan Alhidayah dalam hujung bulan ni. Hope.. lala cepat2 la sembuh & segala benda yang ganggu dia cepat2 la hilang. Memang susah hati sangat tengok anak sakit... hari ni minum susu pun sikit sangat berbanding semalam. Bagi ubat muntah.. antibiotik pun muntah aku amik keputusan tak nak bagi sebab antibiotik amik kat clinic gomen ni rasa pahit aku pun nak muntah. apsal lain benar rasa ubat2 klinik gimen dengan swasta?? maybe sebab harga, gomen bayar singgit je berbanding swasta 30-40 hengget.

Moral of the story.. korang jangan jadi macam kami even kami tak pernah pun rasa nak bagi anak main kat tempat2 macam tu sebelum ni tapi entah kenapa haritu terbuat kesilapan yang effect pada anak kecik. Tempat yang takde manusia selalu datang tu.. jauhkan dari bawak anak anak kecil kita tak tahu siapa yang berkampung kat situ sebab mata kasar kita takkan mampu nampak alam ghaib sewenangnya. Moga jadi pengajaran.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com