BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH
Alkisahnya 1 mei aritu kan cuti hari buruh. Nak pergi holiday bagai awal tahun ni rasa 2 dua tempat jauh kami berjalan. Bulan Januari dah berjimbaraya kat Sabah.. lepas sabah tu dalam bulan 3 dah bersantai di hatyai jadi 1 mei takde makna nak nak bermalam kat mana2 tempat percutian. Bila dah cuti si asben tu konon rasa nak amik angin sejuk kat Fraser Hill.. alih2.. sampai sana tak sejuk pun. Kalau sebelum ni pergi lala kena pakai sweater jugak untuk langkah keselamatan supaya tak kena selesam tapi 1 mei aritu rasanya kalau bagi pakai singlet pun budak tu takde hal. Memang cuaca biasa je suhunya. Duduk2 kejab.. tak duduk pun. Amik gambar dua tiga keping lepas gerak nak balik. Taknak malam drive kat jalan penuh mencabar dengan hutan tebal kiri kanan.
Dalam perjalanan balik tu.. Ni bermulanya cerita. Sebelum ni kita memang tak pernah menyinggah sungai2 jernih yang ada dalam hutan tu even nampak ada jugak orang singgah. Kalau siapa biasa ke fraser hill maka tahulah ada sungai macam waterfall tepi2 jalan tu. Aku tak tau la apa yang gerakkan hati si asben nak singgah.. tapi time singgah tu dekat nak pukul 6. Konon nak bagi budak lala main air. kebetulan lepas sekejab kami park kat situ ada satu family pun berhenti basuh kereta, nampak macam ada anak dia yang muntah. Almaklum la jalan ke fraser hill berbukit & berliku tu memang ramai tak tahan. Mula2 lala just berdiri dalam air.. tapi bila dia excited.. abis basah seluar terus dia main air. Alang2 basah biar la dia enjoy kejab kat situ. kejab jer tak lama lepas tu kitorang gerak sebelum kereta yang satu lagi gerak.
Balik dari fraser hill tu takde apa yang jadi. Ok jer.. budak lala pun tido tanpa gangguan malam pertama tu. esoknya malam kedua dia tetiba pukul 9 malam demam padahal sebelum tu aktif & takde langsung tanda demam. Kira demam mengejut. Tapi siang sebelum lala demam tu.. ada gangguan bunyi sikit kat umah aku. Gangguan bunyi ni sebenarnya dah lama jadi kat umah ni tapi dah lama jugak takde tetiba petang tu ada balik. Bunyi macam orang seret kerusi kayu atau perabut.. sreetttttt... macam tu. lama jugak. Aku yang dah biasa buat tak tahu la. time tu lala tidur petang.
Lepas malam 3 mei tu dia demam.. bangun pagi 4 mei suhu dia dah turun normal. Tapi malam 4 mei tu dia demam balik.. bangun siang 5 mei suhu dia normal sampai petang pukul 3 suhu badan dia naik balik. Bila suhu naik call bapak dia la bagitau. Bapak dia balik.. dalam pukul 5 tu bawak pergi klinik gomen sebab takut ada jangkitan apa2... Paling risau takut kena kencing tikus sebab itulah kali pertama lala main air sungai. Sebelum ni jangan harap kita yakin nak bagi dia main air sungai atau kolam2 kat theme park. Kedua takut denggi sebab sekarang musim denggi. Kalau pergi private clinic yang biasa ni.. tahu2 la check suhu lepas tu bagi ubat. Pergi gomen.. dia check suhu badan lala tinggi cecah 38.8 darjah.. kena buat ujian darah & masuk ubat bontot. Si bapak lala pelik sikit sebab dia tak pernah tau ada ubat demam masuk ikut bontot dia dia tanya nurse.. kalau orang dewasa ada jugak ke ubat masuk bontot. Aku nak gelak.. & aku memang gelak. Yelah.. anak kami takde sejarah demam dengan suhu tinggi & lama sampai macam ni. selalu lala susah demam kalau demam pun tak sampai 24 jam dah ok. Lepas ambil result darah doktor just cakap lala demam virus jer.. takde jangkitan apa2. demam biasa cuma suhu tinggi sebab tonsil. Biasa la bila suhu tinggi.
Naluri mak bapak ni kan.. even kita bukan jenis taksub sangat dengan benda2 ghaib tapi kita percaya dengan kewujudan dia & kita tahu dia boleh ganggu manusia dengan izin Allah. sebab kita berenti kat sungai yang bukan jadi tempat riadah manusia, dalam hutan pulak tu even tepi jalan.. dengan demam lala on off tetiba. Rasa macam something pelik sangat. Nak balik dari clinic jalan menuju kerumah tu memang jam gila.. jadi tak jadi balik ingat nak pusing2 makan2 dulu.. tetiba asben aku ni dapat hidayah nak terus ke Pusat Rawatan Islam Alhidayah sebab dia was was dengan demam lala ni. Dia rasa macam ada tak kena kat budak tu even lala takde meracau atau menangis tak henti2. Dia banyak tidur bila dia demam.. merengek pun kejab2 jer.
Moral of the story.. korang jangan jadi macam kami even kami tak pernah pun rasa nak bagi anak main kat tempat2 macam tu sebelum ni tapi entah kenapa haritu terbuat kesilapan yang effect pada anak kecik. Tempat yang takde manusia selalu datang tu.. jauhkan dari bawak anak anak kecil kita tak tahu siapa yang berkampung kat situ sebab mata kasar kita takkan mampu nampak alam ghaib sewenangnya. Moga jadi pengajaran.
tapi yelah kan kak.kite ni kdg2 suka suka nk bawak anak main air.even sblm sblm ni xpernah.skali bawak dh terkena.mcm fobia pulak kan kan.hope lala cpt sembuh ye syg =)
ReplyDeleteCpt sembuh ye lala
ReplyDeletehaaa... btul la... dulu Akiff pun penah jadi skali... masa tu lagi la dia kecik... gatal bwk g main air kat sungai... huhuu...
ReplyDeletebudak2 tak elok kuar dari magrib sampai malam...budak2 lemah berbanding org dewasa..even kalau org dewasa balik malam pun jgn terus masuk umah terus..jalan2 kt luar dulu..pastu ludah belah kiri tiga kali..basuh kaki dgn air baru masuk rumah...
ReplyDeletemoga lala cepat sembuh. baru berangan nak pi Fraser hill..
ReplyDeletenice story.. thanks for advice.
ReplyDeletesalam singgah dan follow.
salam mami lala...
ReplyDeletehuhu..kewujudan mereka mmg ada..
alhamdulillah lala dah semakin sihat..
huhuhu..kalo kat umah selalu ada bunyi guli berguling2 dr tingkat atas.
moga lala takde apa2
ReplyDeletejauhkanlah dari apa2 gangguan pun
take care yea
kita p mana pun actually kena sentiasa beringat dan ingatkan diri sendiri dan org lain. sebab tu kita selalu org cakap 'jangan galak sangat' etc ...ai pun jenis sentiasa igtkan diri tambah lagi pegi tempat org...tempat sendiri pun leh tahan inikan tmpt yg kita jarang pegi.
ReplyDeleteblogwalking from grup produk review n follow u
Suria, akk tak setuju Suria hentikan ambil ubat tu.. Suria better bawa Lala jumpa pakar kanak2lah.. risau akk. Mungkin betul kerana gangguan tapi mungkin juga virus.. Suria, akk mintak sgt Suria bawa Lala ke pakar kanak2, pleaseeee..
ReplyDeletedah buat ujian darah memang doktor kata dia cuma demam biasa. setakat hari ni dia dah tak demam & aktif macam biasa. dh minum susu lepas buat rawatan kat Al Qayyum tu. memang ada tanda2 shahila kena gangguan.. saya bukan jenis taksub dengan benda2 ghaib tapi benda ni kan wujud so nak tak nak kita memang kena percaya. Saya dahulukan yg moden sebelum buat rawatan alternatif.
Deletemasa zura g bukit fraser aritu ada gk nmpk kwsn sungai tempat org mandi mandi tepi jalan kan..tp tk berhenti pun..tu la risiko nya kalau singgah kat tempat2 yg kita tk biasa, lagipun masa tu kan dah senja kan, macam2 'makhluk' la yang akan keluar masa tuh...
ReplyDeletekesiannya lala, cepat sembuh ye sayang
ReplyDeletebenda camni kan memang ada walau kita tak nampak
Alahai cian lala, ngeri juga yer.. Kita x sangka tempat2 camtu ada gangguan.. Moga semuanya kembali sediakala..
ReplyDelete