DATO VIDA SEMAKIN MELAMPAU PROMOSI PRODUK DI SEKOLAH
Menurut sumber yang aku baca katanya Sebuah sekolah ni nak adakan mesyuarat PIBG yang menjemput Dato Vida untuk perasmian penutupan mesyuarat. Dalam surat tu siap tulis pakaian formal dengan tema pink. Lepas tu ada pulak promosi produk dia. Amboi macam buat hari kantin sekolah dah nak berjual beli kat sekolah. Ingat dia bekas guru.. dapat kelonggaran la kot. Tapi mula2 guru besar sekolah tu pun macam pak turut jer.. Membenarkan aktiviti tu kat sekolah dia tapi tetiba NUTP warning tak tau apa jadi pulak.
Sumber Beautifulnara. Pinjam jab yer.. Siap Warning tu Beautifulnara. Sapa Printscreen IP address di record. Sampai macam tu sekali yer Abang Nara hahaha |
Sekali kena warning.. Supaya dia tidak menganggu sesi pembelajaran dengan membuat promosi produk dia kat situ. Siap mention dalam surat suruh ajak jiran tetangga, kenalan semua datang memeriahkan promosi produk dia.
Hello.. Dato vida tak cukup lagi ka stesen TV kau dah beli, pasukan bola sepak kau dah jadikan badut sebagai duta produk kau.. Sekarang sekolah pun kau nak tawan dengan kuasa pink kau tu. Sudahlah.. Dato vida Ooi.. tau kau terlajak kaya. Boleh sponsor juta2. Tapi ingat sama yang Maha Kaya kat atas sana boleh ambil semua kekayaan kau sekelip mata. Aku tak jeles pun dengan kejayaan Dato Vida.. Aku pun kagum dengan kejayaan dia tapi serius aku cukup tak berkenan dengan perangai over limit dia tu. Sebab selama ni apa dia nak.. Semua orang ikut maka dia rasa kat mana2 pun dia boleh guna untuk promosikan produk ni. Hope.. tak melarat sampai ke masjid la.
Dalam hidup jangan anggap kita berduit sentiasa bertuah & apa kita nak selalu dapat. Bukan semua orang boleh di beli dengan duit. Tapi semua orang boleh dapat tuah walau tak berduit banyak sekalipun. Cuma kena tahu caranya.. Nak tau cara untuk lebih bertuah tahun 2016 ni meh tengok kat sini >> Nak Lebih Ong 2016, Ini Petua Yang Korang Kena Ikut <<
Moral of the story.. Itulah Ujian Orang yang di Uji dengan kekayaan. Syukur la kita hidup seadanya.. Tak ada aset berjuta juta tapi cukup makan minum pakai semua. Ada tempat tinggal.. ada kenderaan nak bawak kemana mana. Kalaulah kita sekaya Dato Vida.. tak tau la perangai kita jadi macam mana. Entah2 lagi over dari dia siapa tahu.
over !
ReplyDeletemne ade pak pak pakai baju pink.
beban je kne beli baju baru =.=
Mcm² jer dsv ni eh?
ReplyDeleteIni memang melampaulah. Akak pun mulanya memang tak berkenanlah dengan DV ni tapi bila banyak cerita tentang amalam kebaikannya, bersedekah, menjamu anak yatim, solat sunat blahblahblah, rasa okeylah bagus juga dia ni. At least dah kaya melampau pun masih lagi ingat pada Allah! Tapi bila dia start over dok potpet itu ini, start balik rasa meluat tu. Semua benda dia taja nak ikut tema produk dia, memang tak boleh blahlah. Nasib baik pasukan bola Johor tak kena taja dek DV ni. Kalau tidak, malu akak nak ngaku orang Johor. But then, Sultan kita kaya tau awak ^_^ Eh, tetiba...
ReplyDelete