QU PUTEH WHITENING PRO 9 DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM. Tu dia.. Hot from Oven katanya. Tetiba terbaca satu artikel berita kat Berita Harian Online katanya Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan.
Lepas stop guna katanya baru pulih dari masalah yang di hadapi maka BPFK telah membuat ujian terhadap produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Hasil ujian tersebut menunjukkan, satu produk iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.. Ni la masalah produk tempatan atau produk Asia. Mesti masalah merkuri tinggi. Patut la adik aku kata pakai set Qu Puteh ni rasa belengas. Jadi dia tak suka.. dia tak pakai. Beli 1 set harga RM100++ jugak. Normally produk yang ada merkuri ni memang melekit, belengas & berminyak. Tu dari apa yang aku baca la. Aku pakai bio essence memang cream dia jenis tak berminyak & cepat meresap dalam kulit.
Akibat dari perkara tu maka notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta-merta. Selain itu, katanya, syarikat itu juga diarah menarik balik produk itu daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.
Patuh la putih ye dak.. hehehe sebab produk yang ada merkuri ni kebiasaannya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan. Memang la berkesan tapi ada kesan sampingan. boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri juga boleh dialami oleh orang sekeliling apabila produk kosmetik mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak, yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik itu.
|
Ada yang komen KKM dengki orang melayu berniaga.. Kalau dah bahaya tak kira la produk melayu ke cina ke india ke tetap la bahaya. Dah KKM pulak di tuduh dengki |
So berhati hati lah nak guna apa2 produk pun. Jangan sebab keluar masuk TV 24 jam sehari dari pagi sampai ke pagi kita confident produk tu selamat. Belum tentu... Bukan nak kondem produk tempatan tapi memang banyak produk tempatan yang ada merkuri yang tinggi. Bukan kata aku kaya guna produk Bio essence.. aku dulu pun pernah jadi mangsa produk zaman bodo bodo.. Baby face pun aku pernah try walau perit nak mampu masa kulit mengelupas. Cantik sekejab jer.. lepas tu kembali hodoh seperti sediakala. nasib baik tak kena kanser kulit jer. Sekarang sebab aku dah dapat hidayah.. aku memang tak berani sangat ber eksperimen dengan produk bukan bukan sangat kat muka aku. Jadi elakkan guna produk2 yang berisiko. sebab tu pentingnya pengesahan dari KKM sebab kita tak boleh tahu ingredient sesuatu produk tu selamat ke tidak tanpa pengesahan KKM.
Moral of the story.. Bertabah la kepada pengasas produk ni. Anggap je cuma teguran kecil dari Allah. Mungkin dia rasa makcik dah macam terawang tak jejak kat bumi sekarang ni. Peace Yo!
P/S : Pelik jugak kan.. macam mana produk ni boleh lepas di pasaran.. Lepas pengguna buat aduan baru ujian di jalankan & mendapati mengandungi merkuri yang tinggi. Sebelum ni memang KKM tak pernah check ke cream tu atau memang tak pernah apply pengesahan KKM??
Sumber : Berita Harian
Fans2 dato seri vida @ peminat Qu Puteh bertabah yer. entri ni maybe buat korang nangis bawah bantal katanya tapi hakikatnya memang harus la bagi ucapan sepatah dua kata jugak bil tengok promosi Qu Puteh ni makin hari makin melampau over nya.
Sebelum ni dia taja juta2 kat Anugerah Juara Lagu.pakat habis orang kena morning sickness katanya dok dengar promosi Qu Puteh. Ni dia taja pulak rancangan bintang bersama bintang yang semalam rasanya baru 1st episod.Dah dengar rungutan yang naik pening dengan iklan QU puteh sepanjang rancangan tu.over sangat kot. Ikut dia nak sepanjang rancangan tu pada setiap persembahan 5 minit sekali kena sebut Qu puteh. semak tau tak? Kalau nak iklan Qu Puteh kau beli je la semua slot iklan kt tv3 tu kan senang. Bila kau taja rancangan hiburan macam tu kau nak juta ratus kali orang sebut Qu Puteh dah tak nampak macam pertandingan lawak tapi macam rancangan iklan produk kau.
Benda macam ni merosakkan kualiti rancangan hiburan. tau la kau taja,kau keluar duit tapi jangan sampai orang dah tak terhibur dengan lawak pelawak sebab rasa annoying dengan iklan produk ko yang melampau sangat menonjol dalam rancangan tu. tv3 pun jangan asal orang tu keluar budget juta juta sampai dah tak fikir keselesaan penonton. Aku tau dato vida ni suka orang kutuk dia sebab boleh jadi viral tapi kalau viral benda yang negatif tu tak berapa elok sangat kot.
hope dato vida tak beli lagi rancangan hiburan atau majlis anugerah untuk jadikan slot iklan produk dia.meluat pulak rasanya kalau over sangat.jadi semak nak tengok rancangan yang ada tajaan dari dia.confirm rasa nak mencerca.
Moral of the story, sebab pentingnya beserderhana & berpada pada. Kalau over sangat pun jadi bahan keji orang je.
kang ada la komen yang kata aku dengki la,rezeki dia la,kesian dengan kisah hidup dia la.hope paham entri ni takde kena mengena dengan dengki atau kisah sedih hidup dia.sila bagi komen ikut topik perbincangan.
p/s : hari ni update live dari tab guna pakej internet 150mb untuk 1 hari. sebab streamyx tetiba je down.nak kata kena bar dah bayar.tu pun minta kena cerca 500 patah perkataan jugak tu.hahahaha