FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN?
FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN? Dah tengok ke filem badang? Jangan tanya den la dah tengok ke belum.. Last tengok wayang rasanya masa filem Boboiboy The Movie lepas tu kami berwayang je kat rumah kalau nak tengok apa2 filem pun. Behavior anak den tu tak berapa mengizinkan nak bawa dia tengok wayang. Setakat filem2 superhero yang dia suka boleh la.. Kalau badang ni takut anak den jadi badut dalam pawagam tu nanti hehehehe..Actually.. Memang tak ada niat pun nak tengok filem badang ni. Even dvd cetak rompak pun den tak terfikir nak beli untuk filem ni. Almaklum la den cuma minat filem seram & zombie je. Normally filem luar la.. Bukan kata filem tempatan tak bagus cuma tak banyak yang bagus dari yang memang boleh bagi Thumbs up.
Tak nak komen apa apa pasal filem Badang tu.. Kita tak layak mengkritik kalau tak menonton kan cuma tengok kecaman hebat yang di hamburkan tanpa perikemanusiaan di social media terhadap Filem Badang Arahan Datuk Profesor Madya Dr A Razak Mohaideen yang heronya Jutawan Kosmetik yang memang sangat di kenali di Malaysia Dato Aliff Syukri Terlajak Laris terbayang teruk sangat ke filem ni. Satu pujian pun tak nampak.
Kalau kat Facebook Search #Badang boleh tengok macam2 komen,posting & troll yang di buat netizen termasuk page2 terhadap filem badang. Alahai.. Kesian pulak kan? Nak buat filem ni modal bukan seratus dua.. Paling2 ratus ribu ada yang juta juga. Gamaknya filem ni boleh cover balik modal tak?? tanya je pun jangan sentap!
Sebab filem ni jadi viral baca juga la sinopsis.. Kisah apa sebenarnya badang pakai kostum ni. Sebab kalau cerita rakyat dulu dulu.. Badang ni seorang yang lelaki melayu yang gagah perkasa yang mendapat kekuatan selepas makan muntah jin. Tapi badang versi telajak laris ni dia macam mana pulak.. Jadi gagah pekasam.. ops perkasa lepas makan produk ke camna..
Katanya filem badang mengisahkan seorang lelaki lembut yang tetiba dapat kuasa luar biasa kemudian menjadi superhero di tengah bandar kuala lumpur untuk membantu orang yang dalam kesusahan & menentang penjenayah2. Tapi dalam pada masa yang sama dia juga berusaha untuk membalas dendam atas kematian ibunya. Gitulah kisahnya..
Ada terbaca juga, sebelum terima watak Badang Isteri Dato Terlajak Laris ni memang tak setuju takut di kecam orang ramai. Firasat Isteri dia memang betul.. Bila sekarang ia benar benar berlaku kekekeke. Saya rasa isteri Dato Aliff memang seorang penasihat yang baik & bijak cuma mungkin Dato Aliff ni mempunyai satu level confident yang tinggi kadang2 overlimit yang membuatkan dia nak cuba semua perkara dalam hidup dia termasuk berlakon jadi Badang. Ada baik & ada tidaknya..
Rasanya.. Untuk kerja kerja seni macam lakonan ni bagi la pada mereka yang betul2 talented sebab itulah harga yang penonton nak bayar. Kesian penonton.. bila bayar sesuatu yang tak indah khabar dari rupa. Tiket wayang pun bukan murah.. Kalau angkut satu family kau beratus habis kat tiket je belum masuk popcorn bagai.
Apapun.. Ni cuma pandangan peribadi & kupasan isu semasa. Takde niat pun nak menjatuhkan mana2 pihak.
Moral of the story.. Seni sesuatu yang halus & unik bukan sampah. Jadi penggiat seni jangan jadikan seni itu sampah semata mata untuk meraih keuntungan. Hargai seni..