Showing posts with label kasut. Show all posts

BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI

BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI. Dah habis cuti untuk Tahun baru cina mungkin sekarang ramai dah mula membeli belah untuk keperluan persekolahan anak anak yang akan bermula bulan march nanti, kan? Ada yang memilih untuk membeli terus di kedai fzikal ada yang malas nak bersesak memilih untuk beli secara atas talian. Sekarang ni banyak pasaraya yang membuka kedai atas talian di platform macam shopee, lazada tapi tiktok aku tak pasti sangat. Jadi memudahkan para ibu bapa untuk membuat persiapan persekolah mengikut apa yang mereka selesa.

Aku dah pun siap membeli barang barang asas untuk persekolahan anak aku. Macam biasa setiap tahun kami beli di pasaraya hari hari sahaja. Yelah.. sesetengah orang dengar... hari hari? takde kelassssss!! Kisah pulak aku dengan kelas tak kelas kau! Yang penting bagi aku di pasaraya hari hari menawarkan harga keperluan persekolahan yang sangat berbaloi dan mampu milik. 

Setiap tahun aku akan membeli pakaian sekolah dari jenama Jony&Jeny. Setiap tahun ok! Sebab apa? Sebabnya jenama ni bagi aku kualiti pakaian sekolah dia memang sangat terbaik. Setiap tahun aku memilih pakaian dari material cotton. Kain yang tebal dan tidak panas. Selain warnanya tidak mudah bertukar jadi kekuningan walau lama di pakai. Setiap tahun kondisi baju sekolah anak aku tak pernah rosak atau warna berubah jadi kekuningan & buruk. Biasa kalau tukar baju baru hanya sebab size sahaja. Yelah.. budak budak tengah membesar kan. Setiap tahun akan berubah saiz.

Ni baju tahun lepas. Masih elok. Kain tak bertukar kuning. Sebab tu aku suka baju sekolah jenama johny & jenny ni. 

Tahun ni aku habiskan sebanyak RM200 bagi aku dah paling bajet untuk beli sepasang baju sekolah menengah, 3 pasang tudung sarung, 1 pasang kasut sekolah, 2 pasang anak tudung, dua pasang seluar sukan/koko dan 1 pack stoking yang ada 3 pasang. Selebihnya kena tunggu hari bersemuka untuk beli baju sukan/kokurikulum dan lain lain keperluan sekolah yang perlu di beli di koperasi sekolah nanti. 

Tahun ni ramai yang mengeluh kerana harga barang keperluan mula naik, tarikh buka sekolah untuk darjah/tingkatan baru tak jauh dengan puasa seterusnya raya. Jadi agak kelam kabut masing masing nak kira bajet kan.. Itulah hidup sekarang makin keras. Kita tak ada pilihan lain selain berusaha juga untuk mencukupkan segala keperluan hidup. Terpaksa utamakan yang mana lebih penting. Macam keperluan sekolah. Mungkin tahun ni ramai memilih pakai semula baju raya yang tahun tahun lepas. OK jer sebenarnya. Aku ni last beli baju raya tahun bila pun dah tak ingat. Bagi aku baju raya ni selagi baju tu masih elok, masih baru masih berseri seri di pakai di hari raya tak perlu pun nak baru setiap tahun melainkan untuk anak anak. Anak anak dalam fasa membesar selain faktor saiz kita kena letak diri kita di tempat mereka. Itu salah satu perkara yang mereka nak rasai. Hari raya pakai baju raya baru. Kita dulu lalui perkara yang sama. Kita pun akan sedih kalau tak ada baju raya. Selagi mampu tak salah adakan baju baru untuk anak anak kan?

Jadi yang mana ada pakaian sekolah atau baju baju raya yang lepas lepas dah tak muat untuk di pakai boleh la di sedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka di samping benda tu tak jadi satu pembaziran di buang macam tu sahaja. Dalam nak memberi tu tak perlu la banyak kriteria sangat di letakan pada bakal penerima. Aku pernah baca orang nak sedekahkan baju terpakai. Di sebabkan baju baju dia yang katanya berjenama mahal.. kriteria dia Allahu.. Takkan la lepas bagi kau nak follow up setiap bulan tanya keadaan baju kau bagi tu di jaga dengan elok ke tidak. Aku mudah.. sebab aku bukan jenis pakai barang berjenama terutama pakaian. Jika ada yang masih baru elok.. Aku kumpul packing elok elok aku pergi letak kat bawah apartment aku ni siapa memerlukan ambil la. Selepas dia ambil.. macam mana dia jaga terpulang la. Kalau nak bersedekah pun banyak songeh sangat, simpan je la biar jadi harta karun dalam rumah kau.

Jadi yang belum buat persiapan persekolah.. dahulukan persiapan persekolahan dari persiapan raya. Sebab pendidikan tu lebih penting. Insya Allah ada rezeki lain untuk sambut raya nanti. Jangan terlalu bersedih.. Ingat bukan kita sahaja yang susah sekarang ni malah ramai lagi. 


RASA BENCI TENGOK KASUT CANTIK

RASA BENCI TENGOK KASUT CANTIK. Memang aku selalu rasa macam tu bila tengok orang pakai kasut cantik cantik. Atau nampak kasut yang cantik2 display kat kedai kasut. Rasa macam di robek2 jantung aku ni. Kadang2 aku cuba menipu pandangan mata aku cakap tak cantik pun kasut tu. Atau mengutuk dalam hati.. Buruknya kasut tu walau hakikatnya memang cantik.


Aku benci tengok orang pakai kasut cantik. Sebab tu aku tak banyak koleksi kasut. Bukan tak mampu beli tapi ada sesuatu yang tak mampu aku ubah. Bukan aku tak ada kaki. Bukan sebab kaki aku cacat tapi aku mempunyai size kaki yang unik sikit. Dalam umur macam sekarang kaki aku masih tak membesar. Size 3. Ingat senang ke nak cari adult size 3 ni. Normally aku beli kasut kids size je tau. Kalau jumpa sandal @ kasut adult size 4 yang muat dengan kaki tu rasa macam keajaiban sangat. Aku pelik kenapa Yuyu Zulaikha kecik jugak macam aku tapi kaki dia size 4. Kenapa kaki aku size 3?? hahahaha

Apapun syukur la walau size 3 aku tak pernah sampai kena berkaki ayam sebab kasut tak banyak size di pasaran. Masih lagi berkasut walau tak banyak koleksi kasut. dulu masa nak masuk darjah satu aku pakai kasut raya je pergi sekolah sebab masa tu tak ada size kasut sekolah. Time tu aku tak tau size baby ke hapa kaki aku. Darjah dua baru aku ada kasut sekolah. Maybe sebab kaki dah besar sikit & ada size.

Kalau cerita pasal kasut memang kenangan pahit sangat la. Dulu Asyik kena letak kertas je depan kasut nak bagi muat. Benci sungguh bila aku kenang. Hahaha.. Apatah lagi tengok benda ni >> Ni la kasut paling stylish & selesa di pakai << Rasa nak menangis bawah bantal tau. Kenapalah dunia terlalu kejam untuk orang dewasa kaki size 3 ni?hahaha

Moral of the story.. aku tengah cari kasut raya ni. Sesapa ada jual kasut raya cecantik size 3 boleh la tinggalkan link kat kotak komen. Biar takde baju raya asalkan ada kasut raya katanya. hehehehe

KAUM WANITA MALAYSIA KENA MAIN DENGAN VINCCI

KAUM WANITA MALAYSIA KENA MAIN DENGAN VINCCI. Rakyat Malaysia antara manusia yang tak boleh dengar perkataan sale semua pakat kena histeria. Nak2 lagi jenama terkenal macam Vincci buat warehouse sales dengan tawaran semua jenis kasut berharga RM15. dengar RM15 kasut jenama Vincci apa lagi macam perhimpunan bersih la para makcik,akak & adik berkumpul depan warehouse tu. Dari elok beratur terus jadi berebut. Ada yang jatuh tergolek sebab berebut rebut.


Dalam celah2 ramai yang nak tunggu giliran masuk ke dalam warehouse tetiba pihak Vincci announce terpaksa tutup atas faktor keselamatan. Sampai ada yang sanggup panjat pagar tu. Gigih sungguh. Kalau jatuh patah tulang temulang tak berbaloi kot sebab kasut RM15. Katanya ramai yang dok berebut nak beli kasut RM15 tu terdiri dari peniaga sebab depa beli murah jual harga lebih mahal so untung berganda ganda.

Lepas tu sepatutnya ada beberap hari jualan gudang tu berlansung tapi di batalkan jugak. Hahahaha... ambil kau! kena game macam tu je dengan Vincci. Mungkin Vincci tak jangka kot sambutan macam tu sekali sampai tak stanby awal2 untuk langkah keselamatan. hancur berkecai la impian makcik2, kakak2 & adik2 nak pakai kasut Vincci RM15 tu. Kalau aku tak kuasa sangat nak bersesak macam tu even dia jual sepasang singgit pun. Lagipun aku bukan jenis kasut collector pun. walau dulu aku pun suka beli kasut Vincci sebab ada size 3.



Dari makcik2 & akak2 yang dah osteoporosis dok berebut nak beli kasut ada lebih baik berebut hadiah make over rumah kat sini >> Untuk Rakyat Malaysia Yang Nak Hadiah Make Over rumah Meh Tengok Sini << Badan tak penat, tak sakit & tulang pun tak berisiko patah & mungkin rumah pun jadi cantik. Dari setakat dapat kasut sepasang harga RM15 jenama Vincci tu. Alah.. tunggu je sales, mesti ada jualan murah lagi setakat sepasang kasut tu.


Kadang2 rasa kesiannya orang yang berebut2 hanya untuk sepasang kasut. Macam ayam yang di tabur dedak atas tanah.. berebut2 sesama sendiri nak makan. Sampai abaikan keselamatan diri & orang lain semata mata nak dapat sesuatu yang bagi aku tak penting sangat pun. Kat situ jelas nampak tahap kesopanan rakyat malaysia masih level yang memalukan. Orang Malaysia memang suka berebut dari berbaris ikut giliran.

Moral of the story.. Tak kisah la jualan gudang ke, jualan kilang ke tak payah mengambil risiko  keselamatan diri sendiri. Kang ke jualan kubur demi sepasang kasut terus jadi nostalgia yang di kenang sepanjang zaman. Makcik Senah mati demi sepasang kasut Vincci atau Mak Jemah tak kesampaian beli kasut Vincci RM15 selepas mati di pijak pengunjung yang berebut nak masuk gudang Vincci. hehehehe

RAHSIA DI BAWAH TAPAK KAKI SEPASANG KASUT

RAHSIA DI BAWAH TAPAK KAKI SEPASANG KASUT. Kita ni biasa la di lahirkan dengan sikap yang ingin tahu & kadang2 sikap ingin tahu tu ter over orang gelar menyibuk. Bukan kata orang lain, aku pun sama jugak kadang2 memang ingin tahu & kadang2 ingin menyibuk jugak. Bila orang cakap pasal rahsia... memasing kemain menyendeng2 merisik khabar katanya.. Apa yang rahsia sangat tu?? Dah nama rahsia kan.. Semua orang nak tahu. Tapi kalau semua orang dah tahu bukan lagi rahsia namanya... hahahaha

Tapi Ini Rahsia.. Rahsia terbesar aku. Rahsia yang terletak dia bawah tapak kaki aku sendiri. Kalau aku angkat je kaki dari sepasang kasut ni confirm semua orang tahu. Terbongkar segalanya.. Tapi rahsia yang aku rasa tak kisah nak share dengan sesapa saja. Alkisah tentang sepasang kasut yang aku beli semalam...

 Setelah menjelajah 2  pasaraya.. Aku redha je la. Sebab kasut yang di cari tak jumpa. Tapi yang lain pulak di beli. Bukan takde yang berkenan tapi takde size. macam Biasa la.. size kaki aku terlalu awet muda sampai tak membesar bersama usia. Destinasi last singgah kat sungah buloh nak minum2 sebelum balik. Ternampak satu kedai kasut hyper shoes Aku ni memang tak pernah putus asa mencuba walau aku tahu harapan sangat tipis.. Sambil membebel memberi peransang kat diri sendiri.. Aku cakap kat asben aku. Kita kena try semua kedai kasut yang kita jumpa even memang harapan nak jumpa size kaki aku tu peluangnya cuma 10% sebab kadang2 ada je size 4 tapi cutting dia kecik. Macam kat verns.. walau bukan setiap masa ada kasut cutting kecil tapi kalau nasib baik ada jugak. Asben aku cakap pergilah mencuba nasib kat hyper shoe tu dinda... kanda bersama anakanda tunggu je kat kedai makan biasa tu. Ok la.. aku biasa je shopping sorang2 sementara laki aku jaga anak.. No problem lagi senang hati tak payah terjerit panggil anak yang tak reti diam.

Maka dapatlah sepasang kasut... Boleh la kasut kat hyper shoes tu bukan mahal bebeno. Tapi sebab jumpa size kaki aku & dapat pulak 10% diskaun.. Memang la rasa nak cium untie yang jaga cashier tu. Macam nak sujud syukur dalam kedai kasut katanya.. Merasa la aku pakai kasut baru di bulan kelahiran aku ni.

Tak payah la cakap.. Alah kasut simple je. Aku ni golongan yang tak berapa ada pilihan kasut jadi cukup la yang mana ada size kaki aku & design dia takde nampak macam alien sangat.

Tapi... Ada satu rahsia di sebalik kasut ni?? Hangpa nak tau?? Amboi.. semua kemain tekebil2 bijik mata sambil angguk2. Menyibuk bebeno kome yer... Kalau sibuk sangat scroll je kebawah kalau nak tau apa yang rahsia sangat tu.




















Rahsianya... kalau pakai maybe takde sapa perasan. tapi kalau bukan maka terbongkarlah segala rahsia...

tengok label kat tapak kasut tu kids ok! Kau hado pakai kasut size kids?? hahahaha

Kasut budak uolls.. Nak tau macam mana aku boleh beli kasut kids ni. Sebabnya mula2 aku survey bahagian adults la. Takkan terus nak terpa bahagian kids pulak even aku tahu size kaki aku size budak je. Kasut yang aku nak tu memang macam biasa la takde size aku. So, aku sesaja tengok kasut budak2. Erkk... dari design sampai harga sama je macam kasut yang aku nak tadi. Miracle sangat Uolls. Aku tanya last size berapa. Dia kata 35.. aku suruh dia ambil tapi dia ambil 34 pulak. Tapi try ngam2 pulak kaki aku dengan size 34. Siap catwalk tanya pendapat jurujual & cashier kat situ ok tak?? nampak kanak kanak ribena sangat tak?? Depa pun rajin pulak melayan aku. Sebab aku confident tak nampak kasut budak sangat sebab dia sama je macam design yang bahagian kasut orang dewasa. Harga pun sama... so takde nak pinjam calculator bagai nak kira budget terus rempat lepas bayar dengan jayanya.

Alah.. sapa tahu kasut budak kalau aku pakai kat kaki melainkan aku buka & ada orang rajin sangat nak membelek kasut aku tu. Tapi ada ku kesah kalau orang tau aku pakai kasut budak?? Kalau aku kesah takdenya aku cerita kat blog. Hidup ni simple... Takde masalah tak boleh selesai yang penting solution setiap masalah tu even masalah yang sama tapi tak sama penyelesaiannya bagi setiap orang.

Moral of the story.. Setiap apa yang Allah jadikan tu ada kurang & lebihnya namun tak ada satu pun yang sia sia. dari dulu aku memang hadapi masalah cari size kasut tapi alhamdulillah sepanjang hidup aku tak pernah berkaki ayam sebab takde size kasut. Jadi jangan anggap kekurangan kita satu masalah besar sangat. Hadapi dengan senyuman Insya Allah ada penyelesaian. Yang penting jangan putus asa. Perkara biasa zaman sekarang golongan bersize macam aku pakai size kids.

P/S : kaki aku ni kalau heels tu ada jugak la kat vinci size dia.. Tapi kalau flat shoes memang susah sangat nak cari. hanya orang yang bersize 3 je tahu macam mana susah nak beli kasut.

BLOGGER YANG TAK MAMPU PAKAI KASUT CANTIK WALAU KASUT PASAR MALAM

Sedihnya tajuk.. Siapa gamaknya blogger tu yer sampai nak pakai kasut cantik pun tak mampu even kasut pasar malam sekalipun. Yang dia dok ber blog bagai mampu pulak.. Hello... Tak semua orang yang bersosial di laman sosial tu berkemampuan dalam semua benda ok. Better la korang baca dulu entri ni sebelum mencebik dengan spekulasi tak berasas.. kekekeke

Kasut paling hodoh hahahaha

Hope ramai la bersimpati dengan blogger ni yang tak berkemampuan nak pakai kasut cantik macam orang lain. Nak buat camna kekurangan dia miliki buat kasut2 yang nak di beli sangat sangat terhad. Ni la kekurangan bila kaki size kanak kanak terperangkap dalam sekujur tubuh dewasa. Jangankan kasut mahal.. kasut pasar malam pun susah nak dapat size. Bukan takde langsung tapi size camtu tak banyak di pasaran. Size 3 (20cm).

Setiap kali nak beli kasut mesti nangis jugak la dalam hati.. Tapi satu keajaiban berlaku hari minggu haritu.. kedai kasut Verns kat Selayang Mall tengah offer. Beli sepasang kasut.. kasut kedua boleh di beli dengan harga RM1.10... Biarpun blogger ni tahu size kasut dia sangat rare tapi dasar perempuan tak sedar diri kaki tu size kanak kanak rebina tetap la nak masuk. Biasa la tipikal perempuan yang tak boleh tahan nafsu serakah bila tengok perkataan sales kan.

Ya Allah macam nak sujud syukur dapat jugak 2 pasang kasut.. satu flat (sandal) satu wedges even tak de la cantik sangat tapi boleh la bukan la buruk sangat design dia. Nak demand sangat kena la sedar diri.. Untung ada jugak size kat situ even size 4 tapi cutting dia kecik. Kalau tak kau ikat plastik kat kaki jer tak pun pi la cari kasut hello kitty. Niat berbulan lamanya nak ke sunway pyramid cari kasut kat kedai payless shoe tu  tak jadi la pulak. Cukup la dah dapat 2 pasang tu dulu.

Dulu bujang2 feeling nak tinggi suka jugak pakai heels ada jugak la size 3 kat vinci.. sejak ber Anak ni tak kuasa mak jah nak pakai heels dah. Heels yang beli sebelum ni pun ada yang tak pernah sempat pakai. Anak aku dah la macam lipas kudung.. kalau dia mula berlari macam watson nyambek. So, amatlah tak sesuai pakai heels.

Begitulah kisah sedih seorang blogger yang tak mampu pakai kasut cantik walau kasut pasar malam sekalipun sebab bersize kaki kanak kanak. Tempat2 tertentu je ada kasut size kaki aku ni. Kalau orang lain tak kesian.. tapi tang kasut aku cukup kesian kat diri sendiri.


DILEMA ORANG DEWASA YANG BERSAIZ KAKI AWET MUDA

Umur dah meniti kebangkaan.. tapi size kaki maintance awet muda selalu. Dari kecik sampai kecik size kaki tak membesar. So, How?? Satu adegan airmata tiap kali nak membeli belah kasut bagi golongan bersaiz kaki agak luar biasa dari orang lain. Jenuh bertawaf dalam Mall.. Jenuh mentry macam2 kasut sampai salesgirl pun malas layan.. semua tak ngam. Tapi hakikat tak mungkin dapat di ubah.. sebab size kaki takde ubat boleh selesaikan.

Masalah nak beli kasut bagi aku bukan masalah baru malah sejak aku kecik lagi. Aku still ingat masa nak masuk darjah satu..  Takde size nak beli kasut sekolah Uolls.. terpaksa aku pakai kasut raya warna putih yang ala2 doll pakai tu pergi sekolah. Setahun jugak la.. masuk darjah dua baru pakai kasut sekolah tu pun letak kertas depan kasut. Tetap kasut besar gitu.

kasut sekolah aku masa darjah 1 design dia lebih kurang macam ni jugak tapi ni size baby.. besar sikit la. 

Dah makin membesar masuk alam remaja pun sama.. Kasut masih jadi masalah. Yelah.. dah remaja kau.. Takkan nak pakai kasut budak2. Tak stylo la beb! Ok.. dah abis remaja masuk alam dewasa.. Pun masalah cari size kasut. Nasib baik sejak berhijrah ke kotaraya ni.. Banyak tempat & banyak choice. Ada jugak tempat2 yang boleh aku dapat kasut size 3 macam kat sg wang. Pun macam tu jangan berangan la kat memana tempat senang cari kasut size aku. ada juga pernah aku rembat je la kasut budak yang design tak jauh beza macam kasut orang dewasa. Tapi kalau heels senang sikit nak cari cuma sekarang aku dah resign pakai heels sebab aku dah boleh terima hakikat yang aku tetap pendek even pakai heels pun.. (kekekekeke... sebenarnya nak jaga kesihatan kaki je. Taknak nanti tak sempat bercucu dah kena sakit lutut) Jadi aku memang lebih suka beli sandal  yang flat atau flat shoes jer. Nak2 lagi anak dah kuat berlari macam Watson nyambek jadi aku pun kena turut jadi atlik trek jugak la.. so heels dah tak relevan aku pakai kalau nak kejar anak yang berdesup perginya tiap kali pijak lantai mall.

Bagi yang ada masalah kaki size 3 macam aku jom la share kat mana tempat yang boleh dapat kasut yang cecantik size 3 ni. Kalau aku jelly bunny kat One Utama ada size kaki aku dengan kat sg wang.. ada certain2 kedai kasut yang jual kasut size kecik.  Yang lain2 tempat tu.. ikut nasib je la kadang2 sesetengah brand kasut ni size 4 dia kecik.. so boleh pakai tu kira bonus la bagi aku yang kaki size 3 ni. Online.. ada jugak aku pernah beli kat Qhammer. Tapi ntah napa lepas beli aku tak minat nak pakai pulak. hahahaha..  Korang yang size 3 jugak kat mana korang dapat stok kasut comel2? Ke korang pakai kasut letak kertas kat hujung jari kaki?? hahahahahahaha


Kat Jelly bunny kasut2 dia selain wangi, design2 dia pun comel2 jugak. Yang penting ada size kecik macam kaki aku. Korang boleh la try cari kasut kat sana. Boleh jugak korang usya2 kat FB Jelly Bunny Malaysia
P/S : Kalau la size kaki boleh membesar macam badan rasanya dah banyak koleksi kasut aku sekarang ni. hahahahaha
P/S : Sebab Yuyu Zulaikha ni nampak macam lebih kurang besar aku jer.. aku selalu tertanya size kaki dia berapa? kalau kecik jugak macam aku kat mana yer dia beli kasut cecantik?? hahahaha

ADA MANUSIA SANGGUP BERKAKI LEMBU DEMI FESYEN

Oh fesyen.... Yang boleh buat manusia cantik dan jugak pelik. Baru2 ni kecoh pasal fesyen sorang retis bertudung ala2 teletubies. Tu antara manusia mangsa2 fesyen yang maybe dia tengok kat cermin nampak cantik tetiba dia upload gambar kat laman sosial orang nampak pelik. So, jadikan pengajaran.. jangan sapa2 lagi yang nak nampak comel dok pakai costum teletubies.. Satgi orang kutuk menangis 7 hari 7 malam bawah bantal.

Yang tu fesyen baju.. Ni satu lagi fesyen kasut aku jumpa kat FB ada orang upload. Nak gelak pun ada.. tak tau la kot2 hangpa nampak macam lawa. Berkenan nak buat koleksi tapi bagi diri aku yang bukan la berfesyen tahap mania rasa tak tergamak aku nak keluar duit beli kasut2 mengarut macam ni.

Sapalah jadikan kaki lembu sebagai inspirasi nak cipta kasut ni. Dah takde design ke nak buat? Tak lama lagi kaki ayam pun jadi kasut walau selama ni kita biasa dengar kaki ayam tu membawa maksud orang yang tak pakai kasut jangan pelik satu hari kaki ayam pun jadi kasut. Takpe lah.. aku pakai kasut jelly bunny je pun takpe. Aku bukan attention seeker & aku pun tak suka orang pandang2 aku kalau ada kat tempat awam jadi aku memang tak boleh hadam fesyen2 yang terlebih fesyen macam ni.

credit to Nizam Nasir

Semakin moden dunia semakin mengarut pulak aku rasa fesyen... Yelah kang ada kata pulak aku ni tak stylo la.. tak reti fesyen la.. Ok ok.. aku orang kampung. Selalu tengok lembu bebas kesana sini. Aku tak rasa kaki lembu tu menarik pun. kekekekeke

P/S : hope takde orang buat kasut kaki gajah takut ada orang tacing... hehehehe

** Dalam kita masih mampu bergelak tawa, masih ada insan yang tak mampu mengukir senyum. Menanti jawapan yang masih samar.. Marilah kita doakan buat semua yang terlibat dalam misteri kehilangan MH370 yang dah masuk hari ke 48. Moga Allah bukakan jalan untuk kita temui jawapan.**

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com