BLOGGER YANG TAK MAMPU PAKAI KASUT CANTIK WALAU KASUT PASAR MALAM

1/29/2015 11:23:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

Sedihnya tajuk.. Siapa gamaknya blogger tu yer sampai nak pakai kasut cantik pun tak mampu even kasut pasar malam sekalipun. Yang dia dok ber blog bagai mampu pulak.. Hello... Tak semua orang yang bersosial di laman sosial tu berkemampuan dalam semua benda ok. Better la korang baca dulu entri ni sebelum mencebik dengan spekulasi tak berasas.. kekekeke

Kasut paling hodoh hahahaha

Hope ramai la bersimpati dengan blogger ni yang tak berkemampuan nak pakai kasut cantik macam orang lain. Nak buat camna kekurangan dia miliki buat kasut2 yang nak di beli sangat sangat terhad. Ni la kekurangan bila kaki size kanak kanak terperangkap dalam sekujur tubuh dewasa. Jangankan kasut mahal.. kasut pasar malam pun susah nak dapat size. Bukan takde langsung tapi size camtu tak banyak di pasaran. Size 3 (20cm).

Setiap kali nak beli kasut mesti nangis jugak la dalam hati.. Tapi satu keajaiban berlaku hari minggu haritu.. kedai kasut Verns kat Selayang Mall tengah offer. Beli sepasang kasut.. kasut kedua boleh di beli dengan harga RM1.10... Biarpun blogger ni tahu size kasut dia sangat rare tapi dasar perempuan tak sedar diri kaki tu size kanak kanak rebina tetap la nak masuk. Biasa la tipikal perempuan yang tak boleh tahan nafsu serakah bila tengok perkataan sales kan.

Ya Allah macam nak sujud syukur dapat jugak 2 pasang kasut.. satu flat (sandal) satu wedges even tak de la cantik sangat tapi boleh la bukan la buruk sangat design dia. Nak demand sangat kena la sedar diri.. Untung ada jugak size kat situ even size 4 tapi cutting dia kecik. Kalau tak kau ikat plastik kat kaki jer tak pun pi la cari kasut hello kitty. Niat berbulan lamanya nak ke sunway pyramid cari kasut kat kedai payless shoe tu  tak jadi la pulak. Cukup la dah dapat 2 pasang tu dulu.

Dulu bujang2 feeling nak tinggi suka jugak pakai heels ada jugak la size 3 kat vinci.. sejak ber Anak ni tak kuasa mak jah nak pakai heels dah. Heels yang beli sebelum ni pun ada yang tak pernah sempat pakai. Anak aku dah la macam lipas kudung.. kalau dia mula berlari macam watson nyambek. So, amatlah tak sesuai pakai heels.

Begitulah kisah sedih seorang blogger yang tak mampu pakai kasut cantik walau kasut pasar malam sekalipun sebab bersize kaki kanak kanak. Tempat2 tertentu je ada kasut size kaki aku ni. Kalau orang lain tak kesian.. tapi tang kasut aku cukup kesian kat diri sendiri.

9 comments:

  1. sama jugak.. yan pon payah nak cari saiz kasut.. bukan sebab kaki kecik.. tapi kaki besar.. sedihh.. kalau ikut kepanjangan kaki saiz 40 / 9.. tapi sebab kaki besar,lebar lagi.. 41 / 10 @ 42 / 11 baru okey.. x dpt nak pakai kasut fancy2 comel2..

    ReplyDelete
  2. ihhihi... sama la kita... tak mampu beli kasut mahal.. beli kasut 1, lenjan sampai jahanam then, br beli bru.. =D

    ReplyDelete
  3. kesiannya sis..mcm akk size senang carila actually..tp saiz jenis cepat habis jugak pun ye..saiz 7-8...standard kot kan?

    ReplyDelete
  4. Ohhh kisah diri sendirilah ni yeh hihi....Tak apalah Sue, mungkin kita kekurangan dari segi kaki tapi banyak kelebihan dari segi lain...Tak gitu? Sue pakai saiz apa? Kena tempahlah dengan Jimmy Choo hihi

    ReplyDelete
  5. Ingatkan blogger tu papa kedanalah sangat sampai kasut pun tak boleh beli. Rupanya tak ada saiz. Haha

    ReplyDelete
  6. haha akak ni..
    akak kaki kecik, kite pulak kaki gabak walaupun tak la tinggi bebeno..
    dah macam hobbit kot!!grr~

    ReplyDelete
  7. Saya adik-beradik kaki semua sama saiz. Kalau balik kg asyik bertukar selipar ja..hehehe

    ReplyDelete
  8. Ya Allah! Akak sedih sangat sampai tersembur hingus bila baca kisah blogger ni, Suria. Malangnya nasib. Tapi okeylah tu saiz kaki comel jerk. Akak fikir mak dan kakak sulung akak je yang pakai size kecil, size 4. Rupanya ada lagi yang nangis-nangis, guling atas lantai bila masuk kedai kasut... Alahai, isk, isk, isk.... sedihnya hati nih....

    Suria, kenapa tak tempah je? Dulu-dulu zaman tok kaduk, akak selalu ikut kakak pi tempah kasut kat satu cina ni tapi jangan tanya akaklah, dah akak kata zaman tok kaduk, haruslah akak dah lupa whereabout cina ni. Hehehe....

    Kalau kat Vincci ada high heels size 3, flat shoes takda ke size 3?

    Takpalah Suria, tabahkan hati ya. Jalan-jalan survey ajelah walaupun tak dapat beli, terubat juga lara di hati kalau window shopping :)

    Adoi! Akak salah cakap ke???? Hahahaha!

    ReplyDelete
  9. i pun kaki gajah jugak.. i beli kasut kat insta page @domesticplussize
    design kasut dia smua elok elok

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com