DILEMA ORANG DEWASA YANG BERSAIZ KAKI AWET MUDA

5/27/2014 12:53:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Umur dah meniti kebangkaan.. tapi size kaki maintance awet muda selalu. Dari kecik sampai kecik size kaki tak membesar. So, How?? Satu adegan airmata tiap kali nak membeli belah kasut bagi golongan bersaiz kaki agak luar biasa dari orang lain. Jenuh bertawaf dalam Mall.. Jenuh mentry macam2 kasut sampai salesgirl pun malas layan.. semua tak ngam. Tapi hakikat tak mungkin dapat di ubah.. sebab size kaki takde ubat boleh selesaikan.

Masalah nak beli kasut bagi aku bukan masalah baru malah sejak aku kecik lagi. Aku still ingat masa nak masuk darjah satu..  Takde size nak beli kasut sekolah Uolls.. terpaksa aku pakai kasut raya warna putih yang ala2 doll pakai tu pergi sekolah. Setahun jugak la.. masuk darjah dua baru pakai kasut sekolah tu pun letak kertas depan kasut. Tetap kasut besar gitu.

kasut sekolah aku masa darjah 1 design dia lebih kurang macam ni jugak tapi ni size baby.. besar sikit la. 

Dah makin membesar masuk alam remaja pun sama.. Kasut masih jadi masalah. Yelah.. dah remaja kau.. Takkan nak pakai kasut budak2. Tak stylo la beb! Ok.. dah abis remaja masuk alam dewasa.. Pun masalah cari size kasut. Nasib baik sejak berhijrah ke kotaraya ni.. Banyak tempat & banyak choice. Ada jugak tempat2 yang boleh aku dapat kasut size 3 macam kat sg wang. Pun macam tu jangan berangan la kat memana tempat senang cari kasut size aku. ada juga pernah aku rembat je la kasut budak yang design tak jauh beza macam kasut orang dewasa. Tapi kalau heels senang sikit nak cari cuma sekarang aku dah resign pakai heels sebab aku dah boleh terima hakikat yang aku tetap pendek even pakai heels pun.. (kekekekeke... sebenarnya nak jaga kesihatan kaki je. Taknak nanti tak sempat bercucu dah kena sakit lutut) Jadi aku memang lebih suka beli sandal  yang flat atau flat shoes jer. Nak2 lagi anak dah kuat berlari macam Watson nyambek jadi aku pun kena turut jadi atlik trek jugak la.. so heels dah tak relevan aku pakai kalau nak kejar anak yang berdesup perginya tiap kali pijak lantai mall.

Bagi yang ada masalah kaki size 3 macam aku jom la share kat mana tempat yang boleh dapat kasut yang cecantik size 3 ni. Kalau aku jelly bunny kat One Utama ada size kaki aku dengan kat sg wang.. ada certain2 kedai kasut yang jual kasut size kecik.  Yang lain2 tempat tu.. ikut nasib je la kadang2 sesetengah brand kasut ni size 4 dia kecik.. so boleh pakai tu kira bonus la bagi aku yang kaki size 3 ni. Online.. ada jugak aku pernah beli kat Qhammer. Tapi ntah napa lepas beli aku tak minat nak pakai pulak. hahahaha..  Korang yang size 3 jugak kat mana korang dapat stok kasut comel2? Ke korang pakai kasut letak kertas kat hujung jari kaki?? hahahahahahaha


Kat Jelly bunny kasut2 dia selain wangi, design2 dia pun comel2 jugak. Yang penting ada size kecik macam kaki aku. Korang boleh la try cari kasut kat sana. Boleh jugak korang usya2 kat FB Jelly Bunny Malaysia
P/S : Kalau la size kaki boleh membesar macam badan rasanya dah banyak koleksi kasut aku sekarang ni. hahahahaha
P/S : Sebab Yuyu Zulaikha ni nampak macam lebih kurang besar aku jer.. aku selalu tertanya size kaki dia berapa? kalau kecik jugak macam aku kat mana yer dia beli kasut cecantik?? hahahaha

11 comments:

  1. nasib kita sama nasib sis bg tau kedao tu smlm .. lompat2 suka tau nanti nk ke sana

    ReplyDelete
  2. Salam mami lala..

    hahah.. bab letak kertas kat ujung kasut tu pernah buat.. mak beli size besar sbb kalo ngam2 nnti rugi cepat kecik..kekeke.. :)

    kat butik nose or guess ade size kecik rasenye..coz beberape bulan lepas ade carik kasut.. ternyata size 8 kat 2 kdai ni mmg tak sesuai dgn cma..

    ReplyDelete
  3. serius ke pakai saiz 3
    kecil no tu, mmang susah nak cari kasut
    teringat ada kawan gitu dulu
    dia selalu p seksyen bebudak sebab nak beli kasut, kesian

    ReplyDelete
  4. Sy mnjual kasut saiz 4. Foot link. Harga offer rm 170. BaruBaru. Blum pernah pakai. Berminat boleh pm. Boleh chek di link bawah
    http://www.mudah.my/vi/50037197.htm

    ReplyDelete
  5. Sy lg la kecik kaki 19 cm jer....pkai sz 3 pun still lebih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMA SAYA JUGA FOOT LENGTH 19CM JA.. SUSAH NAK CARI KASUT BERTUTUP... :(

      Delete
  6. Same dgn sy saiz 3 tq ye sbb bgthu kedai mne nk cri kasut. Suka sgt tau.

    ReplyDelete
  7. La ingat aku sorang je mssalah mcmni..

    ReplyDelete
  8. Jumpa jgk ngn org senasib saiz 3...thank for info. Footlink ade saiz 3 utk kaki ukuran 21.2 cm

    ReplyDelete
  9. Tadi tengah google brand kasut yg ada size 34, terus jumpa post sis ni 😅 Ada jugak org sama ngan kita rupanya, alhamdulillah saya tak keseorangan 😂 Kalau charles n keith pun ada 34 sis, tapi kalau jenis kasut bertutup dia 34 tu masih lagi besar sebab kakak saya yg size 35 pernah beli 34 untuk kasut convo dia.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com