KAUM WANITA MALAYSIA KENA MAIN DENGAN VINCCI

10/03/2015 11:18:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

KAUM WANITA MALAYSIA KENA MAIN DENGAN VINCCI. Rakyat Malaysia antara manusia yang tak boleh dengar perkataan sale semua pakat kena histeria. Nak2 lagi jenama terkenal macam Vincci buat warehouse sales dengan tawaran semua jenis kasut berharga RM15. dengar RM15 kasut jenama Vincci apa lagi macam perhimpunan bersih la para makcik,akak & adik berkumpul depan warehouse tu. Dari elok beratur terus jadi berebut. Ada yang jatuh tergolek sebab berebut rebut.


Dalam celah2 ramai yang nak tunggu giliran masuk ke dalam warehouse tetiba pihak Vincci announce terpaksa tutup atas faktor keselamatan. Sampai ada yang sanggup panjat pagar tu. Gigih sungguh. Kalau jatuh patah tulang temulang tak berbaloi kot sebab kasut RM15. Katanya ramai yang dok berebut nak beli kasut RM15 tu terdiri dari peniaga sebab depa beli murah jual harga lebih mahal so untung berganda ganda.

Lepas tu sepatutnya ada beberap hari jualan gudang tu berlansung tapi di batalkan jugak. Hahahaha... ambil kau! kena game macam tu je dengan Vincci. Mungkin Vincci tak jangka kot sambutan macam tu sekali sampai tak stanby awal2 untuk langkah keselamatan. hancur berkecai la impian makcik2, kakak2 & adik2 nak pakai kasut Vincci RM15 tu. Kalau aku tak kuasa sangat nak bersesak macam tu even dia jual sepasang singgit pun. Lagipun aku bukan jenis kasut collector pun. walau dulu aku pun suka beli kasut Vincci sebab ada size 3.



Dari makcik2 & akak2 yang dah osteoporosis dok berebut nak beli kasut ada lebih baik berebut hadiah make over rumah kat sini >> Untuk Rakyat Malaysia Yang Nak Hadiah Make Over rumah Meh Tengok Sini << Badan tak penat, tak sakit & tulang pun tak berisiko patah & mungkin rumah pun jadi cantik. Dari setakat dapat kasut sepasang harga RM15 jenama Vincci tu. Alah.. tunggu je sales, mesti ada jualan murah lagi setakat sepasang kasut tu.


Kadang2 rasa kesiannya orang yang berebut2 hanya untuk sepasang kasut. Macam ayam yang di tabur dedak atas tanah.. berebut2 sesama sendiri nak makan. Sampai abaikan keselamatan diri & orang lain semata mata nak dapat sesuatu yang bagi aku tak penting sangat pun. Kat situ jelas nampak tahap kesopanan rakyat malaysia masih level yang memalukan. Orang Malaysia memang suka berebut dari berbaris ikut giliran.

Moral of the story.. Tak kisah la jualan gudang ke, jualan kilang ke tak payah mengambil risiko  keselamatan diri sendiri. Kang ke jualan kubur demi sepasang kasut terus jadi nostalgia yang di kenang sepanjang zaman. Makcik Senah mati demi sepasang kasut Vincci atau Mak Jemah tak kesampaian beli kasut Vincci RM15 selepas mati di pijak pengunjung yang berebut nak masuk gudang Vincci. hehehehe

6 comments:

  1. mcm jualan dr mondeles sblm ni la kak..trus kensel utk hari berikutnya.. kahhhh..

    ReplyDelete
  2. vincci bukan nya produk yang sangat berkualiti. amat sedih dan memalukan.

    ReplyDelete
  3. memalukan kaum wanita hanya kerana sale .

    ReplyDelete
  4. apa nak hairan dengan jenama Vinci tu..beli saja kat pasar malam pun ada ..cuma ori dengan tidak sahaja lagi..

    ReplyDelete
  5. Watdehekkk!!!! Ape benda la diorang ni tak faham sungguh la betol gak ckp suria kalau dah patah kaki tu kat mana pulak nak di sarungkan kasut? Kat otak ka??? Vincci je kottttt T__T

    ReplyDelete
  6. Oh..ini ke ceritanya..
    1. Kena prepare betul2 kalau nak buat sale zaman wassap ni.
    2. Mereka yg pergi pikir alang2 nak masuk juga wpun memanjat tu agak keterlaluan.
    3. Mungkin ekonomi gawat menyebabkan barang sales/murah.. diserbu wpun hanya vinci..vinci?
    ..entahlah.

    ..expect the unecpected pd akhir zaman ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com