HADIAH HARI IBU DARI SEORANG ANAK DERHAKA
Bersempena hari ibu ramai anak - anak yang memikirkan hadiah istimewa untuk menghargai jasa ibu & tanda kasih sayang mereka pada seorang insan yang melahirkan & membesarkan mereka namun berlainan dengan sebuah kisah penuh pilu seorang ibu ni.Hadiah yang di terima seorang ibu ni adalah hadiah airmata yang cukup menyayat hati bila beliau di halau anak tunggalnya dari rumah banglo yang di beli oleh arwah suaminya dan rumah itu di pindahkan hakmilik kepada anak tunggal lelakinya atas dasar kasih sayang, kerana menggunakan duit dari akaun bersama arwah suami untuk perbelanjaan seharian & perubatan. Ibu ni terpaksa menggunakan duit simpanan arwah suaminya kerana sejak arwah meninggal dunia anaknya tidak lagi memperdulikan dia. Akibat dari tu si anak menuduh ibu makan duit haram kerana beliau berpendapat sebagai anak tunggal lelaki beliau mendapat bahagian yang paling banyak. Dua beranak ni sering bertengkar & lebih memburukkan keadaan bila si isteri (menantunya) turut campur tangan & menyebelahi suaminya. Sebab terlalu marah si anak menghalau si ibu.
Kini merempat la si ibu di rumah adiknya. Teringat sang lekit pada arrwah ayah. Biarpun arwah ayah dah takde namun dia tak tinggalkan kami adik beradik dalam kesusahan. Dia tak tinggalkan mak dalam kedaifan. Alhamdulillah.. biarpun harta pusaka dah pun di bahagikan kami adik beradik tidak pernah bergaduh pasal harta atau duit peninggalan arwah. Setakat ni kebajikan mak semuanya cukup. apa yang boleh di beri balik pada mak dari hasil titik peluh arwah ayah.. kami sepakat untuk bagi. Mak adalah harta yang paling berharga. Tapi kenapa masih ada anak yang sanggup membuang ibu sendiri hanya kerana harta yang di tinggalkan si ayah?? Sedih kan??
Rujukan : Harian metro