SIAPA YANG MAKAN CILI TU?

5/03/2011 12:38:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Kadang - kadang rasa lucu.. Kadang - kadang rasa pelik & kadang - kadang rasa biasa la tu. Hidup ni banyak kebetulan.. Kadang - kadang apa yang kita cakap tu bukan la di tujukan buat sipolan namun contoh cerita yang kita ambil adalah dari sipolan yang lain tapi dah kebetulan sama pula kejadian maka sipolan yang lagi satu terasa kita bercakap pasal dia. Apa kes pulak sang Lekit ni?? Jom Sang Lekit nak kopek isu siapa makan cili dia la rasa pedasnya.

Susulan dari entri canang kisah cinta yang pernah sang lekit tulis dalam blog tadi sang lekit sempat jenguk satu ruangan sembang ni. Selalunya enter jer lepas tu entah kemana - mana sang lekit bawa jari ni merayap ke page lain. Sekali sekala jer jenguk & berbual. Nak di jadikan cerita, mungkin jodoh la kot tetiba asyik dok membaca sepasang manusia ni berbual terperasan sesuatu dari perbualan mereka. Dari ayat - ayat dorang seperti menyindir sang lekit sebab ada di antaranya ayat yang tertulis dalam entri canang kisah cinta tu. Wah.. rupanya entri tu menyentuh perasaan sepasang insan ni. kebetulan pula sepasang insan tu baca blog melekit. Tak tahu pula selama ni dorang sudi jengah kesini. Apapun thanks yer.

Sang Lekit cuma senyum & terus membaca sindiran2 dorang tu tanpa menyampuk walau sepatah pun. Membangkang pun tidak mengiya pun tidak. Macam Sang Lekit cakap awal - awal tadi kadang - kadang contoh cerita tu kita ambil dari sipolan yang lain tapi bukan sesuatu yang pelik kalau sipolan yang lain pula terasa kita sedang bercakap pasal dia. Kebetulan apa yang di tulis dalam entri tu memang berlaku pada sepasang manusia ni so tak pelik la dia terasa.

Biasa la.. Bila terasa sindiran penganti luahan rasa. Tapi Jiwa nan kental lagi kenyal ni takde la touching pun. Lagipun sang lekit menulis secara umum, sekadar memberi pandangan & pendapat peribadi tidak memaki hamun atau menggunakan perkataan kesat mahupun meletakkan nama atau identiti sesiapa sehingga boleh mengaibkan & menjatuhkan air muka dorang (sebab tu la sapa2 jer boleh terasa walau pada asalnya bukan kisah dorang yang menjadi sumber inspirasi ku, kan??). Lagipun itu cuma satu pandangan peribadi. Salah ker? Terpulang la kalau segelintir dari anda menganggap ia salah.

Siapa makan cili dia la terasa pedasnya.. Kalau tak betul apa yang di kata kenapa harus terasa. So, pada mana2 hati yang tersentuh dengan hasil tulisan sang lekit ni dengan rasa rendah diri sang lekit minta maaf yer. Biarpun diri  tak sebaik mana, tapi tak salah saling ingat mengingati sesama kita. Terpulang pada anda untuk terima dari sudut positif atau negatif.

P/S : Dari entri canang kisah cinta tu elok la di baca bersama satu artikel dari harian metro Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

* biarpun sang lekit belum sampai tahap outspoken macam Lensarosak mahupun Nyah zulfikar tapi tetap ada yang sentap gitu. Agaknya kalau sang lekit guna konsep macam lensarosak point tepat batang hidung sapa - sapa yang di maksudkan apa jadi kat blog ni yer??

10 comments:

  1. inilah uniknye dunia maya ni... internet menyebabkan manusia rasa berkuasa... sebab, dengan jemari je boleh mengkondem sesiapa... tapi harus rasional la... banyak hati yang perlu dijaga... tak baik maki hamun... kalau mak saye la.. siap la.. memang kene cili mulut tu...

    ReplyDelete
  2. kadang-kala tak payah letak nama pun d entry tersebut.hanya kasi sedikit hint dah boleh buat si pembaca yang melakukan hal tersebut terasa seolah-olah entry d tuju padanya...

    hehehe

    ReplyDelete
  3. Biasa lah tu termakan cili..agaknya hidup kita ni punyai kisah yang hampir sama sehingga orang lain mudah tersentuh walaupun pada hakikatnya benda yg kita cakap tu bukannya ditujukan pada mereka pun kan..life is universal gitu.

    ReplyDelete
  4. lain kali toksah pakai cili dalam entri cik lekit, pakai je wasabi ke, paprika ke.....

    ReplyDelete
  5. owwhhhh.. isunya 'sapa makan cili dia terasa pedas la ni'?

    ok, kalau ade rezeki aku try la ulas benda ni, tapi kena ada pencetus dulu. jap nak baca2 ape yg patut.. ko sembang kat chatroom mana ni?

    ReplyDelete
  6. heheheh.. ok gak jd pengganti lensa rosak.. sbb belog dia dh private..cer try cer try..leh baca yg terbuka minda ckit..hehehe

    ReplyDelete
  7. sy rs lebih baik lekit kekal begini..menulis tanpa point kat sesapa jd takdalah bergaduh sesama blogger..sapa rs pedas..nasib dialah sape suh makan cili..hehe..nk g baca entri yg berkenaan jap..

    ReplyDelete
  8. setuju dengan belalang hijau dan nancy poh..

    itulah namanya terperasan sendiri sbb diri pun pernah buat kan..ramai org yg macam tu..cepat melatah..kot la nak amik pengajaran ke ape..ni tak..diam2 p hentam pulak org yg menulis cakap org tu bajet bagus..itulah manusia..

    ReplyDelete
  9. telah dibuktikan banyak orang bercerai hanya kerana FB, e-eml dan seangkatan dengannya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com