KELIBAT.. BUKAN SEKADAR SERAM

KELIBAT.. BUKAN SEKADAR SERAM. Anak aku bila internet down atau bapak dia belum topup. Kadang aku saja je tak bagitau bapak dia suruh topup. So kurang la sikit dua beradik ni layan youtube dan main pokki games. Jadi depa buat benda benda lain. Tapi tu la.. Yang sulung dia suka pula bila tak ada internet dia boleh layan koleksi dvd aku kat tv. Sebab tak payah berebut dengan adik dia. Kalau ada internet adik dia suka layan youtube kat tv. 

Habis di explore koleksi dvd filem seram aku tapi aku still filter juga. Ada filem tak sesuai aku tak bagi la tengok. Malam ni dia dok layan dvd filem kelibat. Aku tengok tengok gitu je la sebab semua tu koleksi aku. Tapi bila tengok balik ni buat aku terfikir sesuatu tentang filem ni.. 

Kelibat ni mengisahkan satu keluarga kaya yang jatuh susah. Suami terpaksa larikan anak isteri jauh di kampung menyewa sebuah banglo lama yang agak usang untuk elak di ganggu pemiutang. Isteri & anak anak tak boleh terima terpaksa ubah lifestyle mereka yang biasa hidup senang kepada hidup sederhana. Setiap hari mereka memberontak kepada si suami & ayah ni lah. Dan.. Akhirnya isteri minta cerai & nak bawa anak anak bersama dia. Di situ bermula konflik dan akhirnya berlaku pembunuh. Si suami membunuh isteri & semua anak anak dia. Selepas itu dia terbunuh. Filem ni macam tak tau hujung pangkal sikit bab part part seram. Lepas semua mati tiba2 mayat mereka ghaib. Lepas tu tergantung di situ. Yang menyimpan misteri sebenarnya banglo tu tapi tu la macam tak tau kenapa banglo tu macam berhantu. 

Tapi filem ni cuba untuk memperlihatkan realiti yang berlaku dalam kehidupan dimana bila di uji kesusahan akan berlaku konflik konflik yang di paparkan dalam filem ni dah berakhir dengan trajedi. 

Dalam rumahtangga ni 2 perkara ni je selalu di uji.. Kecurangan dan kesusahan. Dua perkara ni selalu menjadi penyebab runtuhnya masjid yang di bina. 

Nak bagi nasihat rumahtangga untuk orang lain aku tak layak. Ada orang boleh beri peluang kedua, ketiga walau di curangi & ada orang boleh hidup susah bersama walau lahir dari keluarga yang kaya. Ada orang tak boleh terima memilih untuk pergi. Keputusan itu betul atau salah bergantung pada situasi. Apapun sentiasa berdoa semoga rumahtangga yang kita bina kekal bahagia hingga akhir nyawa. Yang namanya hidup pasti ada ujian. Sebab hidup ini umpama dewan peperiksaan. 


Comments