Showing posts with label perjalanan. Show all posts

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN. Curi masa jugak nak update blog.. Walau dalam keadaan tak berapa sihat hari ni tapi rasa blog dah on off update harus jugak ada something kena bebel. Mesti ada nak tanya pasal kes saman tu kan? Apa progress sekarang? Tak dak progress apa - apa lagi. Misi mencari bantuan masih di teruskan.. Almaklum blogger semekin ni banyak keterbatasan dia. Terutama faktor kewangan la. Tapi tak pa.. Usaha, Doa, Tawakal & Insya Allah.. Allah lorongkan jalan penyelesaian yang terbaik.


Macam mana keadaan Suria Lekatlekit sekarang? Mesti ada yang nak tanya kan.. Almaklum la kena saman ni hidup masih bahagia ke? Alhamdulillah.. takde la mengalami 360 darjah perubahan dalam hidup even ada juga la perubahan. Selain struggle cari duit, Tak boleh nak shopping dah. Nak beli shawl RM7 pun sampai hilang nombor kat calculator tu tekan buat kira kira katanya hahahaha. Menipu sangat la kan. Takde la.. Berjimat la. Simpan mana tau duit cukup untuk menampung kos mahkamah nanti.

Sepanjang terima surat saman ni.. Tak tau la banyak juga Allah tolong. Benda yang aku tak terbayang boleh berlaku dalam keadaan aku yang tak berduit kepok kepok.. tak ada pengalaman dengan kes kes mahkamah.. Tapi sebab usaha cari solution, tebalkan muka minta tolong sana sini, tanya orang tu ni.. Akhirnya ada juga jalan yang boleh di usahakan agar tak terus kalah tanpa perbicaraan setakat ni. Akan datang tak tau samada masih mampu atau tak, Wallhualam. Tapi selagi ada masa & peluang tu memang aku akan terus cari sesuatu yang boleh membantu la.

Sepanjang misi mencari bantuan ni.. hampir kena tipu la.. hampir tak di kenakan perlaksanaan ingkar sebab tak dapat hadir ke mahkamah.. Banyak perkara yang hampir hampir buat aku kalah tanpa perbicaraan. Tapi tu la.. Kuasa Allah, dalam kemampuan yang sangat terbatas tetap ada bantuan di saat akhir tiba. Yang aku sendiri rasa macam satu keajaiban sangat. Kat situ aku belajar.. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Perkara yang kita tak pernah terfikir boleh berlaku pun boleh terjadi. Sebab tu Allah suruh kita usaha sebab dengan cara tu je boleh mengubah nasib. Biar la orang nak hina ke hapa sebab mengemis bantuan.. Tu salah satu jalan kita berusaha.

Ramai yang anggap bila aku minta bantuan harap orang taja peguam untuk aku bagai.. Tu yang sampai ada sanggup hina & sindir aku kat facebook.. Padahal, bantuan ni banyak cabang. Bantuan khidmat nasihat, bantuan bagi aku job secara online, bantuan kenalkan saluran yang boleh aku mohon bantuan.. Banyak sebenarnya. Tapi ada juga la menyumbang berbentuk kewangan so boleh la tampung kos untuk first step ni. Untuk next step kena struggle lagi kumpul modal.

Ada yang anggap aku ni tak padan dengan poket nak berlawan dengan orang yang dah sah sah mampu dari segala sudut.. Apa aku nak kata lagi kan. Yang dah berlaku dah pun berlaku.. Yang mana rasa nak tolong sangat aku harapkan. Yang mana rasa tak nak tolong tak ada paksaan. Aku izinkan je la yang mana2 rasa nak mengumpat ke, menyindir ke, mengecam ke. Biasa la dunia media sosial.. perkara yang mesti kita hadap hahahaha.

Bagi blogger yang support tanpa prejudis tu aku ucap terima kasih. At least sokongan tu buat aku rasa kuat. Dan terima kasih buat 2 insan yang aku nak rahsiakan dulu nama dia. Sebab aku akan buat satu entri penghargaan khas untuk depa nanti. Yang banyak membantu aku dari sejak awal sampai sekarang. Tak pernah menolak dari kali pertama aku cuba minta bantuan. Takde nak sindir atau nak kutuk aku dengan apa yang berlaku walau imej dorang di media sosial nampak agak lantang & mempunyai ramai followers & haters. Dorang bagi aku seorang pejuang.. Berani! Sebab tu bila aku minta tolong dorang tak de alasan untuk tak cuba tolong berbanding yang berimejkan setaz setazah ni.. Time tu juga la dia nak sebut kejahatan kita selama ni tapi menolongnya haram. Seolah olah nak bagitau orang ni la balasan untuk orang macam aku.  Pun ada jugak spesis macam tu. Padahal selama ni jarang sangat bertegur sapa dengan aku. hehehehe. Tapi yang bagus sikit dia pm.. tegur. Aku ok jer.

Bukan nak berlawan tapi misi aku mencari penyelesaian.. Bukan nak menang tapi juga tak harap terus kalah cuma berjuang selagi mampu. Aku tak nak berhenti berusaha selagi ada jalan yang boleh aku guna. Kecualilah aku betul betul tak mampu... Maka aku pasrah & redha dengan ketentuan Ilahi. Aku percaya apa yang Allah aturkan untuk aku tu adalah yang terbaik.

Apapun aku masih mencari bantuan.. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai goreng garing dalam kuali ye dak. Alang2 dah sampai stage ni tak boleh nak konar dah.. teruskan je la. Apa yang berlaku akan datang.. aku redha je. Redha bukan bermaksud tak buat apa apa.. Redha aku adalah dengan usaha dulu. Kalau dah di luar kemampuan kena redha la. Ikhlaskan semua yang berlaku & teruskan hidup dengan mencari misi kebahagian pulak. hehehehe

Apa aku harap adalah Doa dari semua.. Sebab aku masih percaya doa akan menjadi senjata & perisai untuk aku. #prayforsurialekatlekit hehehehe


AWAS! PASTIKAN 5 PERKARA NI TAK BERLAKU SEBELUM BALIK BERAYA

AWAS! PASTIKAN 5 PERKARA NI TAK BERLAKU SEBELUM BALIK BERAYA. Dah masuk minggu terakhir ramadan ni mood raya dah mula activated katanya. Minggu terakhir juga bagi mereka yang bekerja & bersekolah. Semua mula rajin siapkan macam - macam kerja sebelum bercuti. Supaya hari terakhir kerja tak kelam kabut dah.


Aku ni excited la jugak nak sambut raya sebab almaklum la anak rantauan. Excited tu lebih kepada nak balik kampung sebenarnya. Tadi pun mak aku dah call, katanya mak aku sorang lagi (makcik aku) dah tanya. Katanya asyik dok mimpi aku jer. Faham dah mak aku yang sorang tu.. Yelah dia yang jaga aku masa kecik, manjakan aku, rapat dengan aku sebelum aku berhijah kesini.. Masa nak datang pun macam2 drama dia buat tak bagi aku datang. Tapi sebab nak ubah nasib katanya, terpaksa melangkah pergi. Kalau duduk kat kampung tu jadi malas kerja. Yelah.. selesa la katakan. Sewa rumah tak payah bayar, makan minum semua tak payah fikir. Bila hidup sendiri auto semua tu kita akan fikir. Nak malas2 memang dah tak boleh. Niat datang nak kerja alih2 jodoh memang dok tunggu kat sini katanya. hahaha

So, bila menjelang raya orang2 macam aku memang excited la. Tapi dalam dok excited nak balik kampung beraya tu, kena pastikan jugak 5 perkara ni tak berlaku. Bukan apa kalau berlaku memang akan spoil mood raya korang. So sebelum korang termelakukan 5 perkara ni, baik korang check it out sekarang kat sini sebagai peringatan >> 5 Perkara ni Kalau Berlaku Memang Spoil Mood Beraya Korang. Jadi Pastikan Ia tidak berlaku << Jadi sebelum korang bercuti untuk balik beraya make sure 5 perkara ni settle, ok!

Moral of the story... Sebelum mula bercuti & mulakan perjalanan balik kampung pastikan buat apa yang perlu di buat supaya memudahkan anda sepanjang perjalanan. Jangan sampai kena patah balik, atau kereta kena toing di tengah highway. hehehe

AWAL PERKAHWINAN RAMAI YANG TIDUR TAK BERTILAM

AWAL PERKAHWINAN RAMAI YANG TIDUR TAK BERTILAM. Kalau nak di cerita kisah di awal perkahwinan setiap orang tak sama pengalaman dia. majoriti dari zaman mak bapak kita dulu takde dari hari pertama kahwin terus hidup senang lenang kecuali mereka2 yang berkahwin dengan pasangan yang berada & kaya raya atau time tu memang kewangan & kehidupan dia memang dah stabil. Tu rezeki masing masing la kan... Tapi Jodoh tu bukan untuk orang yang dah stabil je. Sebab Allah nak kita belajar dari susah baru kita boleh menghargai nikmat senang. Kalau dah celik2 mata tak pernah ada masalah hidup.. memang hilang nikmat hidup.

Sekadar Hiasan. Sumber Google

Walaupun ada yang kahwin tak pernah rasa hidup susah, naik perlahan lahan tapi sebenarnya ramai yang bermula dengan nothing to something. Bagi aku kalau mula2 kahwin &  hidup sendiri.. tidur tak bertilam tu perkara biasa sangat. Tak ada benda yang rare pun. Aku dulu masa mula2 kahwin pun tak berkatil bagai. Malah masa mula2 kahwin bukan hidup senang lenang cuma aku syukur la tak perlu berlapar atau tidur bawah jambatan. Masih ada rumah sewa yang boleh tinggal & masih ada makan minum untuk alas perut kalaupun masih tak mampu beli katil. Tilam pun tilam nipis ala2 toto jugak la. Bila fikir balik setakat baru2 kahwin tidur tak bertilam tu apalah sangat. ada orang sampai beranak pinak pun tidur atas tikar lagi. Pun dia tak rasa dia dah benar benar di uji.

Ada orang lebih hebat di uji di awal perkahwinan. Mungkin ada yang terpaksa ikat perut.. ada yang terpaksa meredah hujan panas sebab waktu tu hanya mampu pakai motor atau guna transport awam jer.. Sebenarnya banyak lagi dugaan orang lain yang lebih hebat berbanding kita cuma kita mungkin terlepas pandang & rasa ujian untuk kita dah cukup mencabar berbanding orang lain sebelum mengecapi apa yang kita ada sekarang.

Setakat tidur tak bertilam.. Aku tak rasa benda benda macam tu bukan satu kisah hebat sangat la. Perkara yang normal ramai orang hadapi. Setakat baru kahwin rumah kosong, takde katil tilam, rumah sewa pun kecik.. Tu perkara biasa je. malah aku rasa kisah awal perkahwinan aku di uji lebih dari tidur tak bertilam. Aku di uji fizikal & mental yang aku sendiri tak mahu ingat & ceritakan pada sesiapa. Tapi aku syukur berkat kesabaran & ketabahan yang aku ada.. aku mampu bertahan & bahagia bersama suami. Segalanya banyak berubah selepas lahirnya shahila, anak aku. Dari segi kewangan, kehidupan, kebahagian,ketenangan.. semuanya aku dapat lepas lahirnya shahila. Alhamdulillah.. Rezeki yang Allah janjikan.

Masa awal awal kahwin tu memang kewangan agak terbatas. jangankan nak bermewah2 hoenymoon & shopping kat tempat macam ni >> Inilah 6 Tempat Syurga Shopping Buat Kaum Wanita Di Korea <<  Duit pun time tu cukup cukup makan, bayar sewa rumah, duit tol & minyak pergi balik kerja. Nak shopping pun tak meriah macam sekarang la shoppingnya. Pendek kata cukup la tapi tak boleh mewah sangat.

Perkahwinan aku baru je berusia 6 tahun & aku masih tak berani nak bercerita perjalanan perkahwinan aku untuk di jadikan motivasi pada orang lain sebabnya aku tak rasa aku dah cukup di uji. Masih jauh perjalanan & entah apa yang bakal aku hadap. Tak tentu lagi aku kuat untuk hadapi. Jadi aku belum cukup hebat & layak nak berkongsi perjalanan kisah perkahwinan aku. Tunggu la sampai 20 - 30 tahun lagi. Kalau masa tu aku masih bergelar isteri pada orang yang sama.. Barulah aku rasa aku layak berkongsi kisah perjalanan perkahwinan aku yang penuh siku liku tu. Setakat setahun dua kahwin.. memang fasa yang semuanya masih manis walau hidup susah. Tunggu la 10 & 20 tahun lagi kalau Allah masih uji dengan kesusahan time tu la nak tengok kau hebat atau tak mempertahankan rumahtangga kau.

Bagi aku.. usia 6 tahun perkahwinan ni baru je melepasi fasa pertama.. Banyak lagi fasa fasa yang lebih menguji kesabaran & kesetian seorang isteri. Tak berani mendabik dada cakap aku boleh tepis semua ujian tu cuma sentiasa berdoa Allah sentiasa berikan aku kekuatan, kesabaran & kesetian dalam hati untuk pastikan rumahtangga yang kami bina sekarang kekal hingga akhir hayat.

Moral of the story.. kalau kita rasa kita susah ada orang lain lebih susah jadi sentiasa ingat kalau kita rasa kita melalui perjalanan hidup yang sukar masih ada orang yang lebih berliku perjalanan hidup dia. dari situ kita akan sentiasa rasa kita masih belum cukup hebat & bersyukur sebab ujian kita masih kecil berbanding orang lain.

P/S : Sebab tu masa wedding jangan membazir sangat. Mana yang tak penting budget tu simpan buat beli tilam katanya. Jangan majlis je grand lepas kahwin kena tidur atas tikar mengkuang. Macam aku lain la.. kawen pun semua budget. hehehe

MAYAT PERTAMA NAHAS HELIKOPTER DARI BETONG KE KUCHING DI TEMUI

MAYAT PERTAMA NAHAS HELIKOPTER DARI BETONG KE KUCHING DI TEMUI. Semalam kita di gemparkan dengan kehilangan satu pesawat  jenis Eurocopter AS350 yang membawa orang kenamaan dari Betong ke Kuching hilang kira2 jam 4.12 petang.


Dalam pencarian mula2 yang di temui cuma cebisan pesawat yang di percayai milik Helikopter yang di naiki mereka. Tadi pasukan penyelamat berjaya menemui satu mayat wanita di tebing hulu 15 kilometer Sungai Batang Lupar kira-kira jam 12 tengah hari. Mayat di temui tersangkut di tebing sungai.

Bermakna lagi 6 orang mangsa masih belum di temui. Kita doakan semoga yang masih hilang di temui dalam keadaan selamat. Walaupun berkemungkinan mangsa2 tu masih hidup sangat tipis.. kita doakan la yang terbaik buat mereka.

Semoga ahli keluarga mangsa yang menanti dengan penuh debaran di beri kekuatan & ketabahan dalam menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku.

Kadang2 trauma jugak kan bila terdengar atau terbaca berita2 kemalangan pengangkutan udara ni walaupun kita selalu je hadap dengan berita2 kemalangan2 di darat. Dah namanya kemalangan.. Perkara yang di luar jangkaan manusia. Mungkin ada yang takut nak naik kapal terbang lama2 sampai sanggup skip dari bercuti di negara eropah katanya. Tapi takpe.. Tak payah pergi negara eropah dalam Asia pun ada tempat ala2 negara eropah jugak macam kat sini >> Teringin nak travel ke Eropah tapi tak cukup modal? Tengok tempat ni, macam lagi best je! << Tapi tu tak menjamin pun kita selamat dalam perjalanan. Kita hanya manusia yang sekadar boleh merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.. Jadi mohon la perlindungan dari Allah.. sesungguhnya Allah sebaik baik pelindung untuk setiap makhluk di dunia ni.

PORT BULAN MADU PALING SEMPOI PENGANTIN BARU KENA TAHU

PORT BULAN MADU PALING SEMPOI PENGANTIN BARU KENA TAHU. Amboi tajuk entri hipster katanya. feeling style hadek hadek bila borak. Aku pun kategori hadek hadek jugak kan kalau di ukur dari segi size.. Apa salahnya sekali sekala jadi tak sedar diri dua tiga minit. Nak ambil mood rumaja katanya.. Mana tau boleh merembeskan collagen dalam badan seterusnya menjadikan aku awet muda tahap melampau. Hahahaha


Cuti2 sekolah ni memang ramai orang suka buat acara batal air sembahyang. Walaupun cuti sempena Thaipussam aku tengok ramai jer yang kawen termasuk seorang blogger yang menggelarkan dirinya Falling Angle. Tahniah Dik.. maaf walaupun kita tak jauh mana tapi sebab asben akak kerja jadi akak tak boleh nak attend kenduri kawen awak. Next time mana tau awak tetiba buat majlis bersanding sempena anniversary ada rezeki boleh la merasa merenjis renjis awak atas pelamin yer..

Macam tu nasib seorang bini mithali. Laki takde memang tak keluar rumah la. Yelah.. selangkah kita nak keluar perlu izin suami walaupun nak ke kedai beli belacan. Takpe.. Mana2 pengantin baru yang invite aku makan kenduri tapi aku tak dapat hadir.. Akak hadiah info port2 bulan madu paling sempoi punya untuk korang. Mana tau korang suka tempat2 ni.. Nak2 lagi tempat no.9 yang di cadangkan. Yang nombor 9 tu paling special.. Mungkin jugak bulan madu anda menjadi bulan madu paling rare & dapat mengumpul pahala. Nak tau port bulan madu paling sempoi ni kat mana meh tengok kat sini >> 9 Tempat Paling Sempoi Yang Mungkin Anda & Pasangan Boleh Anda Lawati Sebelum Mati <<

Tempat - tempat tipikal macam paris.. langkawi bagai orang dok pergi honeymoon dah tak rare. Sesekali kita perlu cipta kelainan untuk kita rasai pengalaman yang lebih menarik yang mungkin tak sama dengan orang lain. Tak salah kita pilih 9 tempat ni sebagai destinasi bulan madu atau percutian kita.

AWAS! SMARTPHONE MAMPU MEROSAKKAN PERCUTIAN ANDA

AWAS! SMARTPHONE MAMPU MEROSAKKAN PERCUTIAN ANDA. Teknologi banyak dah merosakkan keseronokkan yang pernah kita rasa sebelum wujudnya smartphone. Kalau dulu pergi bercuti memang fokus bercuti je la. Fokus nak melawat atau berkunjung tempat best best. Paling2 pun bawa camera je nak simpan gambar buat kenangan. Tak sibuk nak buat live update bagai.. Setengah jam sekali update & upload gambar.. Tak tau la apa nikmat bercuti kalau asyik melekat dengan telefon je.


Sebab tu aku bersyukur jadi diri aku yang tak kaya.. tak bekerjaya & tak kejar teknologi smartphone ni. Dengan Galaxy Y yang aku masih guna sampai sekarang aku tak jadi sangat manusia anti sosial yang kat mana2 saja asyik nak online & buat live update. Keluar jer dari pintu rumah aku selalunya akan terpisah sekejab dari dunia maya. Sebab tu kalau nak tau aku ada kat rumah atau tak.. Kalau tak aktif kat media sosial tu aku memang berada di luar la. Aku masih old school yang kalau nak online banyak depan pc & tab jer... Tab tu sebab ada whatsapp & instagram. Tapi ada jugak aku install facebook & Blogger Android tu. Kalau pergi bercuti nak ambil gambar aku usung je dslr gedabak tu. Jadi smartphone aku fungsi untuk call je la. Aku memang tak langgan apa2 mobile internet sebab tu aku sentiasa ada masa bersembang dengan asben aku bila dalam perjalanan kemana mana tak kira jauh & dekat. Kat rumah pun aku letak pc aku sebelah TV jer.. Supaya aku boleh layan anak & bersembang dengan laki aku sesambil menghapdet blog.

Apatah lagi kalau pergi holiday.. Kalau aku nak online sangat pun guna wifi hotel time2 dah lepak atas katil. Tu pun jarang sangat la aku nak online bila pergi holiday ni. Memang aku nikmati sebaik baiknya percutian tu. almaklum la.. Aku ni surirumah yang banyak duduk dalam rumah. Seminggu sekali je keluar. So bila di luar takkan aku nak online jugak. Dah la susah nak keluar...

Tapi travel blogger atau blogger yang terlibat dalam percutian yang di taja atau di bayar jangan pulak terasa. Bagi aku kalau blogger yang buat live update masa mereka bercuti tu sebenarnya walaupun digambar kan macam satu percutian sebenarnya mereka bekerja. Tu aku pun paham.. Takde pertikaian la sebab mereka bekerja bukan bercuti semata mata. Ni yang memang ambil cuti, keluar budget sendiri konon nak tenangkan fikiran. Nak melawat tempat best.. Nak rest pun tak lekang dengan smartphone apa beza kau duduk rumah dengan pergi holiday. Beza mungkin gambar selfie kau je la kat lokasi berbeza yang lain2 sama je tetap masa kau habis dengan alam maya. Tu baru pakai iPhone dah melekat je atas tapak tangan 

Sebenarnya nak buat live update ke hapa tak salah bagi yang kebal tak takut dengan penjenayah yang bersepah kat mana mana.. Cuma korang tak rasa sia sia ke percutian korang kalau banyak masa korang hanya habis dengan smartphone. Tiket flight, duit minyak,duit tol,hotel, tiket masuk kat tempat2 berbayar semua tu pakai duit bukan pakai bulu kaki atau bulu ketiak. Rugi kalau tak nikmati percutian tu. Jangan biarkan smartphone merosakkan percutian anda & orang yang pergi bercuti dengan anda pun rasa spoil tengok perangai korang yang tak abis belek smartphone.

KISAH PENGALAMAN SERAM NAIK TEKSI BERHANTU

KISAH PENGALAMAN SERAM NAIK TEKSI BERHANTU. Akibat cerita seram di blog lekatlekit.com berjaya di senaraikan dalam artikel says haritu maka semangat nak memomokkan pembaca blog lekatlekit semakin melekat lekit katanya. Maka malam ni segmen seram serik lekatlekit nak share satu kisah yang jarang2 kita dengar atau baca kat memana. Selalunya orang dok cerita driver teksi terbawa penumpang hantu la, pontianak la tapi kali ni pengalaman penumpang pulak ternaik teksi hantu katanya. Alkisahnya bermula...

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Kisah dua adik beradik ni balik dari membeli belah. Tiba2 sampai di satu jalan kereta depa rosak. Almaklum la orang perempuan ni. Dia tau bawa kereta je.. Nak tengok apa yang rosak memang tak reti la. Kadang2 masalah simple pun depa memang tak boleh selesaikan kalau berkaitan kereta. Almaklum la kepakaran seorang perempuan tak berapa kearah otomobil katanya. Jadi sebab depa pun tak tau nak buat apa.. cuba call abang depa tapi si abang pulak kerja malam tak boleh nak tolong jemput depa. Maka terpaksa survive la jalan kaki & tunggu teksi. Kereta rosak terpaksa di tinggalkan dulu tepi jalan.

Nak di jadikan cerita seramnya.. bila dah penat berjalan dua beradik ni berhenti la rehat sekejab & berharap ada teksi yang lalu di kawasan tu. Tapi sampai sejam.. jangankan teksi.. bekas tayar teksi pun tak nampak atas jalan. Tu dia punya nak bagitau kelibat teksi pun tak lalu time tu. Dalam keadaan letih & bosan tiba2 sebuah teksi muncul depan depa dua beradik. Pelik jugak.. yelah takde pulak depa tahan. macam mana nak tahan tak nampak pun teksi tu datang dari arah mana tiba2 je macam magic muncul kat depan depa.. Ni kalau magic dengan sebiji teksi macam ni memang pelik jugak la. Nak kata David Copperfield ada buat show dekat2 area situ takde la pulak sebab david je boleh buat magic hilangkan kenderaan besar. Kalau kapal terbang dia boleh hilangkan apalah sangat dia nak buat magic munculkan teksi memalam buat, kan? Ops termelalut pulak. Kita teruskan cerita

Sebab dah sangat buta malamnya.. (tengah malam) dua beradik ni malas nak fikir bukan2 sangat. Dah ada teksi depan hidung tak payah banyak soal siasat sangat la dari mana dia datang tiba2 je muncul. Rupa teksi kot.. takde rupa keranda ke hapa. Maka naiklah dua beradik tu tanpa was was. Dasar perempuan kan.. masuk teksi terus borak tak ingat. Bila sedar macam lama sangat je depa dalam teksi si adik tu tengok la jam. Baru dia sedar yang depa dah duduk dalam teksi tu hampir satu jam tapi tak sampai2 jugak ke destinasi. Sepatutnya perjalanan ke tempat yang dituju tak ambil masa lama macam tu. Selalunya 20 minit jer. Sebab macam pelik je jalan yang pemandu teksi tu bawak si adik ni cuit la si kakak. Kakak faham apa yang adik maksudkan maka di suruh adik ambil langkah keselamatan dengan membaca apa saja ayat2 Al quran sebagai pendinding.

Si kakak beranikan diri tanya pemandu teksi tu kat mana dia bawa depa dua beradik sedangkan depa nak pergi tempat lain. Pemandu teksi tu cuma angguk je tak cakap apapun. Semakin takut la dua beradik ni sebab tengok suasana sepanjang jalan memang lain sangat. Mereka terus membaca ayat2 suci al quran. Tiba tiba je teksi tu macam keluar dari satu alam lain. Teksi tu membelok ke tempat yang dua beradik ni nak pergi tanpa perlu depa tunjuk arah. Dengan tanpa di beritahu teksi tu berhenti betul2 depan block rumah depa. Kau rasa depa nak tunggu beramah mesra dengan pemandu teksi tu lagi ke? Mungkin tidak la lepas melalui perjalanan yang agak panjang & menakutkan. Rasanya kalau boleh lompat ikut tingkap tak jadi juara lompat kijang pun tetiba boleh melompat macam pelompat profresional katanya. Tapi dah naik teksi tetap la kena bayar walau ko takut tahap parkinson menggigil. Si adik tu bagi la pakcik teksi tu RM10. Masa dia nak bagi duit dia nampak pemandu teksi tu tua setua tua manusia. Kedut tak payah cakap. Tapi tetap tak nampak wajah sebenar dia. Duit yang di beri, di tolak pemandu teksi tu tanpa bersuara sepatah pun. Dalam keadaan bingung, takut & kelam kabut si kakak cepat2 suruh adik dia keluar dari teksi. Tak sampai beberapa tapak dua beradik ni melangkah tiba2 teksi tu terus ghaib.

Lepas teksi tu hilang si kakak mula buka cerita lepas adik dia keluar dari teksi.. tiba2 kakak dia nampak teksi yang dorang  naik tu bertukar jadi kereta buruk. Time tu dah pukul 11.30 malam.. perjalanan 20 minit mereka menjadi 3 jam hanya kerana ter naik teksi berhantu.

Kemusykilan aku sejak dari dulu.. kenapa kalau hantu je mesti berkaitan benda buruk, usang bagai. Taste hantu memang benda2 buruk je ke? baju buruk.. kerete buruk.. & banyak lagi la benda buruk berkaitan hantu termasuk muka buruk & buruk perangai. hehehehe

Moral of the story... Pada yang suka naik teksi malam2 tu berhati2.. kalau teksi berhantu ok lagi. Paling2 dia bawak round2 alam ghaib je 2 3 jam je lepas tu dia hantar balik. Tu kalau dia nak hantar balik la tapi kalau naik teksi yang pemandunya perangai macam hantu tu yang paling seram. Silap2 dia hantar kita terus ke alam barzakh.

Sumber : Koleksi Kisah Seram

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com