JERAWAT KERING & KECUT SEAWAL 3 HARI LEPAS GUNA AIKEN TEA TREE OIL
JERAWAT KERING & KECUT SEAWAL 3 HARI LEPAS GUNA AIKEN TEA TREE OIL. Baru baru ni saya ke Kota Bharu kelantan untuk hadiri perbicaraan kes saman keatas saya. Hari pertama sampai cik J pun ikut sama singgah ke muka. Almaklum.. bila kesana bukan melepak dalam bilik je.. saya perlu keluar ke mahkamah, pergi makan.. Bermakna balik bilik untuk rehat & tidur. Memang bila keluar dari rumah ni nak treatment muka susah sikit. Almaklum banyak masa muka dengan makeup je. Orang pompuan la katakan.. kekekekeDari sebiji jadi dua biji ada siap bagi pakej berkembar tu jerawat. Allahu.. Terasa diri ku begitu hodoh dengan kehadiran Cik J ni tau. 2 hari berturut turut saya perlu hadir diri ke mahkamah.. So saya rilex dulu. Balik bilik baru saya sapu acne cream tapi macam tak effective pulak acne cream bila sampai KB. dah la sana agak panas.. Kulit pun apa lagi berpesta minyak kat muka menambah baja pada para jerawat untuk membiak dengan jayanya.
Hari ke 4 tu bertolak balik.. Singgah la sekejab kat Guardian nak cari ubat jerawat katanya. Sebelum ni saya pernah guna Acne serum garden of eden memang effective tapi di sebabkan harga dia macam over budget buat masa sekarang.. Sebab saya nak kena berjimat sementara nak bagi laluan selesaikan kos guaman & kos2 lain yang berkaitan kes saman saya ni. Survey la produk yang harga mampu milik.
Ternampak la produk Aiken ni.. Sebab kat rumah memang dah ada Cleanser & toner Aiken ni. Apa salah try Tea Tree Oil dia..
Balik rumah lepas cuci makeup semua.. muka dah terbogel tanpa apa2 baru try sapu tea tree oil ni. Bau dia tak payah mengharap la macam bau pontianak harum sundal malam yer.. Dia memang tak wangi. Bau tumbuh tumbuhan yang maybe ada orang tak tahan tapi bila review kat group.. ramai yang kata ok je sebab bau dia bau dari bahan semulajadi.
Bila kita sapu pada jerawat akan rasa macam berangin (mint) & kalau jerawat tu ada kesan luka mungkin kita tergaru memang akan rasa pedih sikit tapi sekejab je. Yang bestnya Tea Tree Oil ni.. even namanya Oil.. dia tak macam minyak masak seri murni ye tuan tuan & puan puan.. Memang bila apply dia akan meresap dalam kulit kemudian.. kering tanpa kesan berminyak atau melekit. So bila2 masa nak pakai tak jadi masalah. Lebih selesa la bila apply kat muka. Takde la rasa macam orang minyak sangat kan..
Dalam masa tiga hari tu boleh nampak jerawat kecut & kawasan jerawat tu akan sedikit mengelupas & kering. Maybe proses nak matikan jerawat & menyahkan jerawat tanpa meninggalkan kesan kotoran degil (parut) kot. Tapi tak suggest hangpa pi tenyeh 1 muka ok. Satgi satu muka hangpa jadi kering pulak. Cuma sapu bahagian jerawat. Kalau ada masalah kulit berminyak tu.. sangat membantu tea tree oil ni tau. Boleh nampak minyak kat muka mula mengering... Untuk balance pastikan cleanser hangpa guna pun bersesuai juga. Takut kering sangat muka dah macam gurun sahara pulak.
Aiken Tea Tree Oil |
Harga dia memang tak mahal.. RM13.88 untuk 10ml. Boleh beli kat mana2 drugstore macam guardian atau watson. Certain farmasi maybe ada jugak. Lagipun produk Aiken ni rasanya senang cari.
Cara penggunaan
Bersihkan muka & lap sampai kering
Kemudian sapu pada kawasan jerawat
See.. drugstore pun banyak produk mampu milik, selamat & berkesan. Dah kenapa korang mesti pilih produk yang korang sendiri tak tau kat mana kilang memproses, dah menjalani R&D ke tidak, ada di lakukan ujian makmal bagi memastikan bebas bahan terlarang ke tidak... Kat drugstore produk kebanyakkan dah ada clinical & dermatology test sebelum di pasarkan. So, pilih produk yang selamat supaya kulit anda bukan sekadar cantik malah lebih sihat.
Jadi pada jurujerawat sekalian.. Jangan biarkan muka anda di selubungi jerawat. Try atasi masalah tu dengan Aiken Tea Tree Oil ni. Tapi kesan pada setiap kulit mungkin tak sama. Kena try & error.. Review ni cuma untuk memudahkan ada survey produk untuk mengatasi masalah jerawat sahaja.