Showing posts with label asal usul. Show all posts

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU. Kat Malaysia ni memang ramai penggemar laksa lebih2 lagi orang utara macam aku. Bukan saja orang utara pandai masak laksa (statement yang minta kena pijak ramai ramai).. malah orang utara antara pemakan laksa yang tegar terutama di kalangan orang orang melayu la.. Hari ni aku pun masak laksa. Sebab nak buat entri resepi laksa dah pernah tulis dulu. Resepi tak ada berubah apa - apa so takkan nak tulis resepi yang sama ye dak..

Maaf kalau menggugat keimanan penggemar laksa sekalian. Ni air tangan lekatlekit katanya. hahaha

Jadi aku google la nak tahu laksa ni sebenarnya berasal dari mana. Bukan apa.. benda ni pun sekarang boleh jadi perebutan. Dulu pasal makanan pun negara seberang tu nak jugak di iktiraf makanan tu adalah hak milik depa.. Beriya sungguh tu. hehehehehe. Jadi penting jugak untuk kita tahu asal usul sesuatu makanan tu..

Dari apa yang aku baca.. Laksa ni bukan la makanan orang melayu. So orang melayu jangan nak claim laksa ni berasal dari Tanah melayu ok! Ia sebenarnya berasal dari orang cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Cina Peranakan). Perkataan laksa tu berasal dari bahasa sunskrit, Laksha yang membawa maksud banyak merujuk kepada bahan/rempah yang di gunakan tu banyak.

Ada macam macam jenis laksa & rasanya mengikut negeri.. Antaranya

Laksa Penang (asam Laksa)
Laksa Johor
Laksa Kuala Perlis
Laksa Kedah
Laksa Kelantan
Laksa Sarawak
Laksa Terengganu
Laksa Ipoh
Kari Laksa
Laksam

Laksa kedah & kuala perlis ni tak jauh beza tapi laksa lain lain tu memang berbeza cara masak jugak rasanya. Aku dulu masa baru2 nak cuba laksa johor dok bayangkan macam laksa kedah jugak. Tapi sekali order yang sampai depan mata aku jauh beza dari laksa kedah. dia guna mee terus kena kejutan budaya & tak habis makan. Al maklum la tekak orang utara katakan.. Bukan pasal tak sedap cuma tak kena dengan selera je. hehehehe

Walaupun kat Malaysia ni ramai penggemar laksa tapi bukan semua orang suka makan laksa. Yelah.. tekak dia tak taste sangat dengan local food ni.. Dia punya taste semua western gitu. 

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR. Mister Potato.. Rasanya sejak kecik aku kenal dia melalui iklan untuk makanan ringan potato chips. Almaklum la.. junk food yang memang di gemari ramai terutama kanak kanak sampai sekarang even anak aku pun suka juga potato chips ni. Cuma aku tak bagi la selalu.. Sekali sekala jer tapi anak aku jenis makan apapun tak banyak. So, tak risau sangat kalau dia setakat rasa rasa je junk food tu.


Misteri Potato ni sebagai pengenalan adalah salah satu jenama tempatan untuk produk cip kentang (potato chips). Terkenal dengan watak seorang lelaki yang bermisai lentik & berpenampilan macam orang mexico. Memang popular jugak iklan dia di kaca TV satu ketika dulu.. erkk.. rasa sampai sekarang masih ada lagi kan cuma jarang nampak sangat la berbanding dulu.


Sekarang katanya dia dah tampil dengan penampilan & wajah baru. Wow!! gamaknya macam mana kemunculan terbaru Mister potato ni kan? Tapi walau kita kenal watak mister potato yang bermisai lentik tu sebenarnya banyak perkara yang kita masih tak tahu. tapi sekarang dah terbongkar dalam artikel ni >> Terbongkar Siapa Mister Poato yang sebenar <<


Begitu rupa kisahnya Di sebalik Mister Potato ni.. So pada penggemar Misteri Potato mesti excited kan bila tahu pasal Mister Potato ni. Apapun tak salah nak bersantai santai sambil makan cip kentang ni cuma kita sedia maklum ia adalah makanan yang tidak sihat jadi jangan makan melampau lampau pulak yer walaupun Mister Potato dah keluarkan macam macam perasa baru.

YANG ORANG TAK TAHU DI SEBALIK SELFIE DENGAN MUKA DUCKFACE

YANG ORANG TAK TAHU DI SEBALIK SELFIE DENGAN MUKA DUCKFACE. Selfie dengan wajah & memek muka duckface sampai sekarang masih popular. Semua orang suka selfie macam tu tak kira la tua ke muda. Kiranya selfie dengan muka duckface ni mungkin bagi pandangan mata ramai orang nampak comel kot walaupun hakikatnya ada yang comel ada yang comot. hahaha... Tapi yang penting confident katanya . hehehe


Ramai ingat selfie dengan memek muka duckface ni tercetus dari artis2 korea & jepun sebenarnya tidak. Benda ni berlaku sebelum jadi trend lagi cuma kita cuma tak perasan. Bila dah jadi trend kita sendiri susah nak cari siapa orang pertama yang mencetuskan memek muka macam tu.

Maka meh sini aku nak bongkarkan kebenaran tentang Selfie dengan memek muka duckface yang confirm ramai yang tak pernah tahu. Yelah.. orang malas baca memang kurang info katanya. hahaha.. Jadi yang rajin melangut kat blog lekatlekit.com ni korang memang antara orang yang bertuah sebab dapat tahu siapa pencetus memek muka duckface sebenarnya. Memang perkara ni di luar jangkaan anda.

Mesti ramai tak sabar kan nak tahu.. Ok ok tanpa membuang banyak masa yang korang curi masa kerja semata mata nak baca blog lekatlekit.com ni meh sini tengok asal usul selfie dengan memek muka duckface kat sini >> Ini Yang Berlaku Sebelum Tercetusnya Selfie dengan Memek Muka Duckface <<

So para duckface sekalian moga lepas ni anda tidak lagi di selubungi misteriiiiiiiiii.. erkk.. misteri sangat ke? hahahaha

ASAL USUL ORANG KOREA YANG KITA TIDAK TAHU

ASAL USUL ORANG KOREA YANG KITA TIDAK TAHU. Orang Malaysia kenal korea kalau tak sebab artis KPOP mesti pasal drama cinta korea. Yelah depa punya retis muka dah di awet dengan plastik katanya. Semua comel2 & licin gebu belaka. Lain la retis malaysia.. Masih ramai yang terpaksa tempek foundation tebal sebab nak tutup lambakkan jerawat. Ok la tu.. At Least original bukan fake, ye dak? Kita tahu pasal orang korea kebanyakkan sebab hiburan tapi tak ramai yang tahu asal usul orang korea ni.


Orang korea merupakan pendatang yang berbahasa Altaik yang berasal dari Siberia selatan tengah yang tinggal di korea purba sejak zaman neolitik & zaman gangsa. Siberia adalah salah satu kawasan yang terletak di Rusia. Kajian polimorfisme menunjukkan dalam kromosim-Y membuktikan bahawa orang korea ada sejarah yang sangat panjang sebagai kelompok etnik yang tersendiri yang lazimnya mereka berkahwin dengan orang2 yang sekaum dengan mereka. Walaupun berkacukan kaum Asia Timur yang lain tapi kebanyakkan orang korea masih menunjukkan fenotaip yang memperlihatkan asal usul Altai mereka. Contohnya seperti berbadan tinggi, batang hidung panjang & tulang pipi yang tinggi & ada bintik mongolia iatu gentik yang menghasilkan tanda lahir berwarna kebiruan pada parasa bawah badan yang tumbuh sehingga usia awal kanak kanak. Nak baca info penuh pasal asal usul korea baca ke kat Wikipedia. hahaha

Apapun sekarang ni orang bukan takat gila dengan retis korea malah orang gila nak pergi jenjalan jugak kat korea.

Moral of the story.. Pentingnya kita tahu tempat yang kita nak lawati tak kira dari segi sejarah,budaya, cara hidup sampailah tempat menarik & kosnya supaya bila sampai kita dah tahu kat mana tempat yang berbaloi kita lawati. Tapi yang best Air Asia pun ada buat promosi tiket berharga serendah dari RM 319. Aku tengok offer kat sini tadi >> Air Asia Promotion <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com