Showing posts with label musim bunga. Show all posts

NAK PERCUTIAN PALING BAJET DI JEPUN TAHUN 2018, TENGOK PAKEJ JBT

NAK PERCUTIAN PALING BAJET DI JEPUN TAHUN 2018, TENGOK PAKEJ JBT. Dah berakhir 2017.. Tak bermakna berakhirnya impian kita nak menjelajah ke luar negara ye dak. Maybe 2017 terlalu banyak komitmen & kita tak sempat nak plan bercuti kemana mana.. Apa kata 2018 kita plan balik untuk percutian. Kalau ada yang merancang nak ke negara Jepun, sedang elok sangat baca entri ni.

Kalau yang nak percutian bajet.. Korang boleh try Pakej Percutian Bajet dari Japan Budget Trip (JBT). Jangan risau tak reti cakap jepun.. Sebab Trip ni di handle oleh orang melayu Islam bukan orang jepun. Orang Malaysia juga jadi senang la korang untuk berinteraksi dengan Travel Agent bila di jepun nanti.

Antara Pakej yang di tawarkan untuk 2018 ni.. JBT Snow & Sakura Trip 6 hari 5 malam Untuk Bulan Mac & April 2018.


Yang best untuk Trip ni adalah korang berpeluang menikmati dua musim dalam 1 trip. 2 in 1 okay. Musim2 ni of course la musim yang tak ada di Malaysia. Korang dapat merasai & nikmati Musim Bunga Sakura di Tokyo & Pada masa yang sama boleh merasa main salji di Gala Yuzawa.


Keistimewaan Gala Yuzawa ni adalah merupakan sebuah pusat peranginan yang senang orang nak kunjungi sebab di ada Stesen keretapi Shinkansen yang menghubungkan perjalanan terus ke Tokyo. Sebab tu korang boleh nikmati dua musim berbeza dalam satu masa. Dari Tokyo boleh ke Gala Yuzawa. Best tak? Boleh buat day trip..

Bukan tu jer dengan Trip ni.. Korang berpeluang melawat sekitar Mt. Fuji tempat yang menjadi lambang kemegahan rakyat Jepun. Boleh la tengok puncak gunung yang di seliputi sajli putih semasa musim bunga. Confirm korang akan terpesona tengok permandangan Indah ciptaan Tuhan ni.

Untuk Trip ni akan menggunakan pengangkutan keretapi & keretapi bawah tanah. Memang sangat bajet. Lagipun kalau ke negara orang memang lebih baik naik pengangkutan awam.. Baru kita dapat merasai banyak pengalaman di negara orang. Lebih lebih di negara maju seperti jepun.. Pengakutan awam mereka tak la daif. Selain kita boleh belajar budaya & cara hidup rakyat tempatan.

Untuk Trip ni.. Pakejnya adalah seperti berikut

JBT Snow & Sakura Trip : 6D5N / 5D4N (Mac/April 2018)

Ringkasan Pakej :
Pakej 6 hari 5 malam

JSST6D5N : 30 Mac – 4 April 2018
Pakej 5 hari 4 malam
JSST5D4N : 31 Mac – 4 April 2018

Maklumat Pakej :

Pakej 6D5N (kod : JSST-6D5N)
Tarikh : 30 Mac – 4 April 2018

✇ Lawatan sekitar tempat-tempat menarik di Tokyo
✇ Lawatan ke Gala Yuzawa Ski Resort dan Karuizawa (Premium outlet & Ski Resort) dengan ✇ menaiki Shinkansen (keretapi laju)
✇ Lawatan ke sekitar Lake Kawaguchi sambil menikmati permandangan Mt. Fuji.

Harga 
$➧ dewasa (12 tahun dan keatas ) : RM2,790 seorang
$➧ kanak2 (7 hingga 11 tahun) : RM2,490 seorang


Pakej 5D4N (kod : JSST-5D4N)
Tarikh : 31 Mac – 4 April 2018

✇ Lawatan sekitar tempat-tempat menarik di Tokyo
✇ Lawatan ke Gala Yuzawa Ski Resort dan Karuizawa (Premium outlet & Ski Resort) dengan menaiki Shinkansen (keretapi laju)

Harga 
$➧ dewasa (12 tahun dan keatas ) : RM2,390 seorang
$➧ kanak2 (7 hingga 11 tahun) : RM2,090 seorang

Pilihan (optional) :
✈ Tiket penerbangan : Harga sekitar RM1,500 – RM2,000 (tertakluk kepada syarikat penerbangan)
☯ Pocket Wifi : RM18 sehari untuk seunit.

Cadangan Perjalanan Trip (JSST-6D5N) :

Hari 1 : Ketibaan dan berkumpul di Lapangan Terbang Haneda (Tokyo) pada pukul 11.00 malam. Daftar masuk hotel

Hari 2 : Trip ke Lake Kawaguchi (Mt. Fuji)

Hari 3 : Trip ke Gala Yuzawa Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen)

Hari 4 : Hanami di Shinjuku-gyoen serta lawatan ke Odaiba

Hari 5 : Lawatan sekitar Tokyo (Tokyo Tower, Camii Mosque, Harajuku & Shibuya)

Hari 6 : Lawatan sekitar Tokyo (Asakusa,Ueno & Akihabara). Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Haneda.

Cadangan Perjalanan Trip (JSST-5D4N) :

Hari 1 : Ketibaan dan berkumpul di Lapangan Terbang Haneda (Tokyo) pada pukul 11.00 malam. Daftar masuk hotel

Hari 2 : Trip ke Gala Yuzawa Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen)

Hari 3 : Hanami di Shinjuku-gyoen serta lawatan ke Odaiba

Hari 4 : Lawatan sekitar Tokyo (Tokyo Tower, Camii Mosque, Harajuku & Shibuya)

Hari 5 : Lawatan sekitar Tokyo (Asakusa,Ueno & Akihabara). Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Haneda.

Nota :
 Sila ke Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip. ✍

☛Trip bermula dan berakhir di Haneda Airport

☛Had umur minima untuk meyertai pakej ini adalah 7 tahun

☛Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan.

☛Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)

☛Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online.


TRip kedua yang korang boleh cuba JBT Kansai Sakura.

Kansai pun banyak tempat menarik untuk di lawati. Antara tempat yang best di lawati adalah Osak, Kyoto, Kobe & Nara. Lebih lebih lagi di musim bunga.. So korang boleh melihat kecantikkan permandangan pohon pohon sakura di sekitar Osaka & kyoto. Memang ia salah satu tarikkan pelancong yang datang ke Jepun. Dengan JBT.. korang boleh dapat pakej jimat.


Sebab JBT dah rancangkan satu plan perjalanan yang menjimatkan untuk anda. Memang di dalam kemampuan kita yang bajet rendah ni. Tapi jangan la expect yang 5 star semua.. Perjalanan yang di aturkan adalah menggunakan pengangkutan awam. Nama pun bajet Trip kan..


Untuk JBT Kansai Sakura Trip ini pakej yang di tawarkan adalah percutian 6 Hari 5 Malam untuk bulan April 2018.

Maklumat Trip :
Tarikh : 6-11 April 2018
Jangkamasa trip : 6 hari 5 malam (6D5N)

❧ Bilik tidur dengan bilik air (hotel/guesthouse)
❧ Deposit RM200 seorang
❧ Pengangkutan : tren/subway
❧ Minima umur : 7 tahun dan keatas sahaja

Harga :
$➧ Dewasa (12 tahun keatas) : RM2,490 seorang
$➧ Kanak kanak (7 - 11 Tahun) : RM2,290 seorang

Harga Termasuk :
✓ Penginapan
✓ Pengangkutan awam (Shinkansen, keretapi, bas dll)
✓ Insuran perjalanan
✓ Jurupandu

Harga TIDAK Termasuk :
✘ Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
✘ Makan dan minum
✘ Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)

Cadangan Itinerari :

✇ Hari 1 : Tiba di Kansai Airport. Free & Easy

✇ Hari 2 : Kyoto ( Arashiyama & Fushimi Inari) & Nara (Nara Dear Park)

✇ Hari 3 : Kyoto (Kiyomizudera, Higashiyama & Gion) & Osaka (Namba & Shinsaibashi)

✇ Hari 4 : Hanami di Osaka Castle. Tenpozan & Osaka Port

✇ Hari 5 : Himeji (Himeji Castle & Kokoen) & Osaka (Umeda Sky Building)

✇ Hari 6 : Free & Easy (Optional : Rinku Premium Outlet). Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Kansai Airport.

Nota :
 Sila ke Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip. ✍

☛Trip bermula dan berakhir di Kansai Airport

☛Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan.

☛Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)

☛Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online.

☛Had umur minima untuk meyertai pakej ini adalah 7 tahun

☛Untuk sebarang maklumat lanjut, sila Hubungi JBT.

Misi JBT ialah untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat agar dapat melawat Jepun dengan trip dengan harga yang berpatutan dan murah. Trip ini direka khas agar ianya menjadi satu trip yang jimat dengan harga yang murah dan didalam kemampuan kebanyakan orang.Jadi jangan la expect Trip jimat ni serba mewah macam 5 Star punya pakej yer. Nak tidur hotel 5 bintang & nak naik private car untuk ke setiap destinasi. Perjalanan menggunakan pengangkutan awam yang semua orang sedia maklum lebih murah. Barulah namanya bajet.. ye dak??


Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :
 Whatsapp : japanbudgettrip.com.my/0133417178 
 emel :  japanbudgettrip@gmail.com 

Layari facebook :
  Japan Budget Trip 
untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.

Atau boleh ikuti JBT di social media
 Twitter : Japan Budget Trip 
 Instagram : japanbudgettrip 

INILAH MUSIM PENUH DENGAN NIKMAT DUNIA DI KOREA

INILAH MUSIM PENUH DENGAN NIKMAT DUNIA DI KOREA. Sedikit info pasal korea. Korea ni ada 4 musim tau.Ada musim bunga, musim luruh, musim sejuk & musim panas. Tapi kat korea takde musim durian hokay! Sebab tu korea tak special macam Malaysia. Tak tau la akhir zaman ni tetiba korea ada musim durian pulak kan.. Semua tu kuasa Allah.. tapi setakat ni rasanya orang tak jumpa lagi la pokok durian kat korea kan.. Macam mana tetiba nak ada musim durian kat sana. hahahaha


Contoh Musim bunga.. kebiasaanya berlaku akhir bulan mac sehingga awal bulan Mei. Time ni la kalau sapa2 nak menari tarian para para sakura boleh berbuat demikian kat korea sebab musim bunga la.. bunga sakura akan berkembang mekar bagai dara sunti yang sedang elok di pinang. Nama pun musim bunga kan.. tetiba sakura berkembang masa musim sejuk pun pelik jugak. Elok2 ada musim dia.. nak jugak tumpang musim orang. hahahaha...

Tapi ada satu musim katanya sesuai untuk kita melawat korea.. sebab bukan semua musim best kalau pergi korea. Musim ni di katakan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. So boleh la melaram. Tak payah pakai baju tebal atau baju terlalu nipis. Nak berjalan jalan pun rasa best jer. yang kaki selfie pun mesti suka musim ni sebab permandangan dia pun cantik sangat bila tiba musim ni.

Pada musim ni jugak korang boleh jumpa sayur sayuran yang fresh sangat. Musim ni jugak strawberry akan jadi merah & rasa manis sangat. Wah.. celup2 coklat ni confirm balik Malaysia badan lagi besar dari bagasi hahaha. Tapi yang ni paling menitik air liur.. Katanya musim ni la korang boleh makan makanan laut yang fresh.. Bukan seafood jer.. Malah musim ni juga terdapat belangkas yang fresh. Peminat makanan eksotik mesti berjujuran air liur dengar berita ni. Sabar yer...

Tapi mesti korang tertanya tanya.. Musim apakah yang ada semua nikmat dunia tu kat korea. Nak tahu musim apa paling ramai pelancong di korea meh baca kat sini >>  Inilah Musim Paling Sesuai Melawat Korea <<

Jadi pada yang merancang percutian ke korea jangan salah pilih musim yer.. Pastikan musim tu sesuai dengan kita yang beriklim panas ni. Bukan apa kalau pergi pada musim yang sejuk sangat mungkin badan kita kena kejutan budaya sikit terus jatuh sakit dah tak best nak jenjalan. Dah la jauh pergi korea tu.. Bukan tiap2 bulan boleh travel ke sana.. Rugi la kalau pergi tetiba jatuh sakit sebab tak serasi dengan cuaca.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com