Showing posts with label transformasi. Show all posts

BANDAR PELIK & BERWARNA WARNI DI KOREA

BANDAR PELIK & BERWARNA WARNI DI KOREA. Sebut pasal korea semua orang fikir artis kpop yang muka comel2 & anti aging katanya.mana tak anti aging kalau dah plastik. Jangankan berkedut ruam pun tak sudi singgah.atas plastik mana subur,ye dak? Hahahaha. Kang ada pulak peminat kpop serang kotak komen aku.



Aku bukan la nak cerita pasal kpop.retis korea yang aku ingat nama pun sorang je Jang nara tu pun pasal dulu aku suka tengok drama my love pazzi. Tapi nak cerita pasal tempat menarik & unik di korea.

Kat korea ada satu bandar yang macam berkonsepkan imaginasi. Bangunan2 kat situ selain dari berwarna warni,design dia pun unik. Jugak terdapat satu perkampungan di kawasan bukit yang pernah menjadi tempat pelarian mendapat perlindungan telah mengalami transformasi & kawasan perkampungan tersebut menjadi tarikan pelancong. Gila kau rak tertarik kalau kampung dah macam dalam kartun disney. Rasa macam di alam fantasi jer. Memang kreatif kementerian kebudayaan,sukan & perlancongan korea ni. Depa ni otak maybe comel2 je hahaha. Yang best ni nama bandar ni ada macam2 gelaran. Ada yang panggil Santorini korea,Machu Piccu korea & Lego Village. Mungkin konsep dia ala2 macam legoland la kot.

Bandar berwarna warni ni terletak di Daerah Busan yang terkenal sebagai bandar kedua terbesar di korea Selatan. Selain bandar unik ni,Busan jugak terkenal dengan pantai,kuil,gunung ganang yang cantik juga makanan laut yang sedap.

Jadi yang ada perancangan nak ke korea tu bolehlah senaraikan Busan sebagai salah satu tempat untuk di kunjungi. Alang alang dah sampai redah je la kesana, ye dak?

DJ ERA BUAT TROLL MAKEUP TRANSFORMASI JADI AZWAN ALI

Sapa tak kenal Azwan Ali memang kategori tak tengok tv la kot. Even tak minat pun sebut nama Azwan Ali sapa tak kenal.. Raja kontroversi. Ada je kontroversi pasal dia. Yang terbaru ni pasal Isu MB selangor.. Aku baca tajuk jer sebab penuh kat news feed aku. Apa cerita malas pun nak amik tau.


Tadi jenjalan kat news feed FB terserempak pulak dengan page Era Fm & Era Tv yang share gambar troll make up transformation yang tengah hot sekarang. Yang jadi troll biasa la retis & publick figure la termasuk Datin Rosmah pun kena jugak. Ada jugak orang buat make up transformasi jadi dia. Tapi yang Dj Era ni buat agak berani mati.. Kau make up transformation jadi Azwan Ali. tak takut kena lahar dengan AA ker?? Hahahahahahaha

Sumber Fanpage Era Fm & Era Tv

Hope Azwan Ali tak touching & boleh gelak je tengok. Kalau dia touching siap la korang dia hambur secukup rasa. Tak cukup dia tweet.. dia sambut melahar dalam melodi. Tapi rasanya takkan kot Azwan Ali nak kesah usik2 camni... Hope dia tak kesah la yer..

Benda2 camni kalau sikit2 mungkin la jadi lawak kalau over sangat sampai macam mengaibkan, mengejek & menjatuhkan maruah orang tu dah tak berapa nak lawak. Nasihat aku simple.. Buat apa pun biar berpada sebab penerimaan setiap orang tak sama. Ada yang tak kisah, ada yang resah & tak kurang ada yang marah.

BABI HALAL DI MAKAN KALAU MELALUI TRANSFORMASI

Sejak isu cadbury kantoi ada DNA babi aku rasa hukum halal haram pun makin tunggang langgang di buatnya manusia. Dari mula2 ada babi.. tetiba jadi takde babi kemudian babi pulak boleh jadi halal kalau melalui proses transformasi @ perubahan zat.

Gambar sekadar hiasan. sumber google

Ni kecoh pulak pasal statement seorang Ulama katanya benda haram boleh jadi halal kalau melalui proses perubahan zat. Tu pendapat dari Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.


Aku terbaca artikel dari sinar harian lagi komen Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tetap kata benda tu haram walau melalui proses transformasi @ perubahan zat sekalipun. Benda halal bercampur benda haram tetap akan jadi haram. Kita bukan di tempat yang darurat sehingga menghalalkan kita makan benda haram tapi kat Malaysia ni banyak lagi kot benda halal kita boleh dapat untuk makan.

 Sumber Sinar Harian

Sekarang yang menjadi persoalan aku la kan.. yang kecoh sangat dok cari fatwa untuk menghalalkan babi tu kenapa? Adakah benar dalam cadbury tu memang ada DNA babi & sebagai nak mengembalikan keyakinan orang untuk makan cadbury maka statement2 camni di cari gali kemudian di sebarkan?? Kalau betul cadbury tu takde babi.. tak timbul isu babi jadi halal kalau melalui proses perubahan zat bagai. Ni buat aku semakin syak sesuatu ni...

Jadi, seperti biasa moral of the babi story..Islam je tak boleh makan babi atau benda yang ada unsur babi.. Tapi agama & bangsa lain takde larangan jadi biarlah mereka yang berhak makan je memakannya. Tak payah beriya sangat nak mempertahankan coklat bernama cadbury.. Bukan kita tak makan cadbury tak boleh jual langsung. Jual je la tapi klasifikasi sebagai makanan tak halal sudah. Peace!

P/S : So, pada uolls semua.. Samada halal atau haram, ada babi atau tak produk yang kontroversi tu pilih la jalan selamat.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com