Showing posts with label asas. Show all posts

HUKUM PAKAI PRODUK DARI LENDIRAN SIPUT BABI

Aku selalu nampak satu produk yang berasaskan lendir siput babi suka muncul kat news feed Fb aku. Nampak macam best je produk tu. parut jerawat berlubang pun boleh hilang.. Tapi aku rasa was was sebab siput babi ni bukan sejenis siput yang halal di makan. Bukan sebab nama dia siput babi tapi memang haram di makan.

Sumber FB

Yang ni memang aku dah lama musykil.. Cuba cari jawapan sebelum ni tak jumpa. Bila jumpa satu info berkenaan perkara ni excited la aku nak share dengan orang lain. Bukan apa kan.. Tak mustahil ada orang yang macam aku was was dengan produk menggunakan lendir siput babi ni. Aku terjumpa satu penerangan yang agak panjang penjelasannya. So bagus jugak la untuk kita sama2 faham hukum menggunakan produk berasaskan lendir siput babi ni.

Sumber & artikel penuh baca kat Islam.gov.my

yelah.. kita je panggil dia siput babi tapi dia bukan babi tetap sejenis siput kan? haram di makan tapi di bolehkan untuk guna lendir dia sebagai bahan kosmetik selagi ianya tak memudaratkan. Jadi terlerailah syak wasangka aku selama ni, Alhamdulillah.

Apapun ini sekadar perkongsian ilmu yang sedikit dengan semua yang sudi baca blog lekatlekit ni. Bukan tunjuk pandai atau terer.. tapi sekadar share sahaja. Selebihnya rujuklah dengan mereka yang lebih arif.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com