Showing posts with label parti. Show all posts

KAU SUKA ORANG EDIT MAK BAPAK KAU BERBADAN BABI

Tu dia.. hot & spicy tajuk entri dengan soalan kau suka? Dah tentu takde yang jawab suka,kan? Sentuh bab mak bapak ni kadang2 lebih sensitif dari orang sentuh pasal diri kita, kan? Ada orang kita boleh hina dia sampai ke urat saraf paling halus tapi sentuh atas kulit mak bapak dia je pun dia sanggup berbunuh sebab nya benda yang takde jual & cuma satu dalam dunia ni adalah mak bapak.

Asal nak menghina atau cerca mesti babi.. babi lagi mulia dari spesis yang suka membabikan orang ni.

Semalam ternampak satu post gambar DS Rosmah isteri kepada perdana menteri kita di edit berbadan haiwan nampak macam babi.. teringat aku Almarhum TG Nik Aziz pun pernah gambar dia di edit macam tu. Tujuan dia semua orang tahu untuk menghina.. Ni semua atas dasar perbezaan fahaman politik. Yang buat dah tentu bukan di kalangan orang2 kat atas.. tapi politikus2 takde masa depan yang taksub pada parti yang di sokong.

Kalau kita melihat mereka2 yang di hina dengan cara macam tu sebagai seorang individu memang kita takde rasa kesian.. Cuba melihat dia sebagai seorang ibu atau bapak orang lain.. Dan bayangkan orang buat macam tu kat mak bapak kau! Kau fikir semua orang suka mak bapak kau ke even kau sayang mak bapak kau! Kalau orang tak suka mak bapak kau hina mak bapak kau dengan cara macam tu, kau rasa kau happy ke tak? Kau rasa bangga ke tak? Macam tu perasaan orang lain tengok mak bapak dia di hina macam tu. Tak tau la kalau kau jenis anak memang suka orang aniaya mak bapak kau..

Orang yang taksub ni bukan jer bila terjebak dalam politik negara je jadi tak berapa manusia.. kalau dalam apa2 perkara pun kalau taksub memang hati lebih di kuasi nafsu dari akal maka tindakkan macam fikir guna tapak kaki bukan otak. Orang yang fikir guna tapak kaki ni memang layak kena pijak je. Jadi.. berpada2 lah dalam menyatakan sokongan pada sesuatu atau seseorang tak payah over sangat. Mati esok orang yang korang sanjung tu tak tolong bagi jawapan dalam kubur.


NAK MATI DALAM POLITIK BUKAN IMAN

Manusia yang taksub politik ni ni.. makan,minum,tidur,bangun,berak,kencing sampai ibadah pun dia akan ambil kira pasal parti & politik. Kiranya dia punya kempen sepanjang zaman bukan musim PRU jer.. Takde cuti 24/7. memang dahsyat la manusia macam ni.. Jangan rasa tak wujud sebab aku pernah kenal manusia2 macam ni la aku jadi takut nak melibatkan diri dalam politik even penyokong je pun. Aku takut aku jadi manusia taksub yang bodoh.

Kematian bukan isu politik.. bukan isu parti.. bukan isu kau sokong sapa.. kau bangkang sapa. Tapi masih ada manusia yang hati & hidupnya hanya untuk berpolitik. siapapun mereka yang pulang kepangkuan Ilahi.. Tak sepatutnya di hambur dengan kata2 kasar apatah lagi keji hanya kerana perbezaan fahaman politik. Siapapun dia even bukan bapak kau atau bapak aku mahupun bapak dia... Kalau tak mampu nak ucapkan kata2 yang baik atau boleh menyedapkan hati mereka2 yang menyanyangi si mati.. cukup diam & tak perlu berkata apa2.


Pemergian Bekas Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz sekali lagi Allah memperlihatkan pada kita manusia2 yang memang hidup matinya untuk politik yang di sokong. Gamaknya.. impian dia nak mati dalam politik bukan iman kot. Nak sampaikan salam Takziah pun tetap nak kaitkan isu politik.. Nak2 lagi statement tu keluar dari seorang menteri... Ya Allah sedih jugak. Sedangkan Dato Seri Najib pun reti bezakan waktu bila nak bercakap soal politik dengan waktu bila tak perlu... kenapa pemimpin bawahan atau penyokong bawahan ni jadi jahil sangat.


Aku nak cakap pasal politik.. aku memang tak pandai. Tapi bila terbaca kenyataan2 macam dari seorang manusia, aku pulak rasa sedih untuk depa. Aku bukan orang baik sangat tapi soal kematian bukan masa yang sesuai untuk jadikan isu politik. Tak boleh ke.. biarkan satu hari di hari perjalanan akhir beliau.. Kita mendoakan & memperkatakan sesuatu yang baik tak kira di dunia kita berbeza fahaman politik dengan mereka. Tak menjadi satu dosa.. & tak kurang kot undi untuk PRU akan datang kalau hanya satu hari kita cakap pasal kebaikkan beliau.


Ni contoh manusia yang hidup mati dia untuk politik & parti dia sokong jer

Kita cuma manusia termasuk Allahyarham.. Kita semua menuju mati. Adakah kita harap orang memperkatakan perkara tak baik tentang kita bila tiba hari kematian kita? Jadilah manusia berakal seperti insan bukan seperti manusia yang pemikiran terkongkong dengan perkara yang kita sokong sehingga tak tahu beza mana yang baik & buruk. Jangan jadi manusia taksub.

P/S : Sama2 kita doakan semoga roh TG Nik Aziz di ampunkan dosanya & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Jika satu dua manusia akal paras buku lali dengan statement politikus belum akil baligh ni bersuara dengan statement tak berapa matang.. Insya Allah lebih ramai lagi mendoakan kesejahteraan TG Nik Aziz di alam sana.

BERPARTI HALLOWEEN DENGAN HANTU MH370

Tahap biadap yang tak cukup di sekolahkan dengan lempang ni. Patut letak depa ni dalam satu pesawat kemudian letupkan kat tengah2 lautan hindi. Tak beragak langsung nak berhibur pun. Manusia berhati syaitan.. Tak payah pakai kostum Halloween dah.. Memang tak nampak manusia spesis macam ni.


Ia bukan pasal agama atau bangsa tapi soal sentiviti & kemanusiaan. Seluruh dunia terasa sedih dengan kehilangan MH370 yang sampai sekarang masih misteri. Hidup mati takde sapa mampu sahkan.. Tapi biasa la tak semua manusia itu manusia. Ada manusia tapi berhati syaitan. Contohnya macam makhluk2 yang tak di kenalpasti dari spesis apa.. Rupa memang nampak manusia.. tak perangai tak berapa manusia

 Sumber asal HarianBlogger

Sumber asal Mynewshub

Dalam pesawat MH370 ada pelbagai kaum,bangsa & agama jugak negara.. Sepatutnya semua kena hormati. Jangan kat Malaysia ada yang teringin nak jadi viral pi tiru pulak. Cukup la dengan kebodohan yang ada segelintir rakyat Malaysia.. Jangan di tambah lagi bodoh yang buat orang rasa nak humban je dalam lautan hindi.

P/S : Doakan Allah membuka jalan untuk temui kebenaran tentang kehilangan MH370..


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com