RAMAI YANG GEMBIRA DENGAN PENGUMUMAN PERDANA MENTERI SEMALAM
RAMAI YANG GEMBIRA DENGAN PENGUMUMAN PERDANA MENTERI SEMALAM. Tanggal 31 bulan lapan 57... Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 60. Negaraku, Sehati Sejiwa. Rasanya hari ni ramai rakyat malaysia sedang bergumbira bukan sebab sambut hari kemerdekaan yang ke 60 tapi happy sebab pengumuman Perdana Menteri semalam kan.. Ngaku je la.Macam la hangpa tu patriotik sangat nak excited pasal hari kemerdekaan. Hangpa excited nak tengok bunga api & sambutan kemerdekaan kat Dataran merdeka tu ja... hahahaha... Amboi jangan la marah melawak ja.. Tapi betoi kan? hikhikhikhik.. Tapi yang mana kurang patriotik dalam diri.. Sila sedarkan diri anda.
Cuti & sambutan hari kemerdekaan ni setiap tahun ada.. So takde apa yang rare sangat. Cuma pengumuman perdana menteri semalam semasa majlis penutupan sukan Sea & ambang merdeka tu buat ramai excited sampai lupa habis rega minyak, GST bagai.. Yelah. Kat Malaysia ni paling orang suka selain dapat BR1M.. cuti la.
Sempena Atlit Malaysia berjaya meraihkan banyak wang emas... ops pingat emas maka Perdana Menteri mengumumkan cuti umum pada Isnin 4 september. Kesian la sapa2 yang dah booking tiket bas balik ke tempat masing masing tak kira la yang bekerja atau belajar pada hari lebih awal. Tapi takpe jangan sesedih.. Balik awal atau tak tetap dapat cuti juga.
Jadi boleh la sambung raya lebih 1 hari kan? Boleh makan daging korban puas puas tapi jangan Selasa tu tetiba banyak pulak yang MC ok... Cukup cukup la tu bercuti. Kau nak bercuti sampai mereput ke camna??
Apapun selamat Bercuti & selamat meraikan hari raya aidiladha.. Cheq tak tau la. Nampak gaya tak sampai kedah kot raya korban ni. Raya kat sini je la sambil menyambung misi mencari dana untuk kos guaman bagi saman sivil yang cheq dapat tu. Manatau hangpa dapat duit raya banyak boleh la sama sama menyumbang untuk cheq na...