Showing posts with label Bollywood. Show all posts

PERKARA YANG ADA KAITAN DENGAN SHAH RUKH KHAN

PERKARA YANG ADA KAITAN DENGAN SHAH RUKH KHAN. Kat Malaysia ni bersepah peminat pelakon bollywood bernama Shah Rukh Khan sampai dapat title dato la kat Malaysia ni. Peminat Shah Rukh Khan ni memang setia dari zaman 90an sampai la sekarang. Hero yang di mata mereka sentiasa hensem & romatik. Untung kan pelakon lelaki hindustan ni. Selagi tak boroi selagi tu dok dapat watak hero walau heroin depa dulu dah tukar watak jadi mak mak jer.


Yang mengaku peminat setia shah rukh khan.. Apa yang anda bayangkan bila sebut Shah Rukh Khan.. lesung pipit dia ke? Rambut dia yang kekal fesyen yang sama dari dulu sampai sekarang? Tapi ada perkara yang korang tengok & baca je confirm perkara pertama teringat adalah shah rukh khan. Nak tau apa benda tu meh tengok kat sini >> Yang Ada Kaitan Dengan Shah Rukh Khan Mesti Anda Tahu << Confirm! Peminat Shah Rukh Mesti Ada Impian Nak Kesini

tak bollywood la kalau takde impian nak ke tempat di mana lahirnya bollywood star kan? Tu bukan peminat setia namanya.. Kalau peminat setia selalu dia minat apa saja yang tak salah untuk di minati yang ada kena mengena dengan orang yang dia minat. Sebab tu la.. kadang2 kita tengok peminat fanatik sampai sanggup ubah gaya rambut, fesyen pakaian ikut macam artis yang dia suka. Semua tu sebab terlampau minat sampai apa yang dia nampak pada artis kesukaan dia semuanya cantik.

Bila dah suka ni kita tak boleh nak cakap apa la.. Kadang2 benda buruk pun tetap dia suka sebab dah terlampau suka dia tak boleh nak bezakan benda baik & buruk orang yang dia suka buat. tetap dia nak menyokong. Tu yang bahaya kalau obses. Sebab tu la apapun kita buat secara sederhana agar kita boleh menilai mana yang buruk & mana yang baik di ikut.

SHAH RUKH KHAN HISAP 100 BATANG ROKOK SEHARI

Seratus batang gamaknya berapa kotak rokok? Aku pun tak sure.. Pasal duit tak payah pertikai la kot. Bukan shahul khan kerja kontrak kat tapak pembinaan.. Ni shah rukh khan actor bollywood terkenal di dunia. Satu filem pun gamaknya boleh cover setahun kos rokok dia.. tu pun ada lebih lagi boleh buat joli katak.

Sumber google

Satgi ada pulak yang tanya mana hang tau shah rukh khan hisap 100 batang rokok sehari.. Jangankan jumpa, hidu bau shah rukh khan pun tak pernah, pepandai ja dok buat spekulasi. Aku sedar aku bukan suria khan.. (hahaha takde kena mengena, pulak!) tapi aku tak berani buat cerita kalau takde sumber yang bagitau. Aku terbaca kat ladylista cerita ni..

Katanya shah rukh khan mengaku hisap 100 batang rokok sehari sebab tak mampu control ketagihannya akibat susah untuk tidur. Tapi katanya sekarang dia mula kurang merokok. Bagus la.. niat yang baik kita bagi moral support, ye dak. Apapun shah rukh khan sendiri tak bangga dengan record 100 batang rokok sehari yang mampu dia buat sebab dia sendiri akui benda tu adalah tabiat yang tak bagus.

ARTIS BOLLYWOOD Aamir KHAN TUNAIKAN HAJI

Sebelum ni memang sang lekit tak pernah dengar mana2 lagi artis bollywood yang mengerjakan ibadah haji tapi sang lekit tak berani cakap Aamir Khan artis pertama buat macam tu. Yelah... mungkin sebelum ni tak perasan mana2 surat khabar tulis pasal artis bollywood yang pergi haji, kan??

Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.(rujuk kat SINI untuk artikal penuh)

Apa yang best sangat kalau dia pergi haji sampai kau nak up entri ni sang lekit?? Kau gila traffic blog ker?? Gila la jugak.. sebab konsep menulis blog nak ada ramai yang membaca. Jadi setakat gila pengunjung blog tu normal la bagi setiap blogger tapi apa yang sang lekit nak komen momen pasal Aamir Khan pergi haji ni lebih dari itu la..

Ok.. kita sedia maklum kalau artis bollywood ni yang muslim ke non-muslim ke kalau berlakon kena buat semua watak. Kebanyakkan watak2 dorang beragama Hindu walaupun artis tu muslim. Dorang tetap melakonkan adengan menyembah berhala & upacara keagamaan agama lain. Memang dorang tak sensitif & kisah sangat pasal tu, kan??

Aamir Khan yang menemani Mak dia sekaligus membuat ibadah haji tu harap lepas ni kalau berlakon takde lagi ambil watak2 macam tu la. Dah pergi sana, tunaikan ibadah haji, dah mohon keampunan dari Allah atas dosa2 silam.. Harap Allah pun bagi petunjuk & hidayah kepada dia la sekembalinya dia dari mengerjakan ibadah haji tu.

Bila kita tengok filem2 hindustan ni.. yang muslim pun dok berlakon sembah Berhala bagai memang meremang jugak bulu roma atas ketaksuban dorang meraih populariti & kekayaan. Mujur kat Malaysia tak terbuka sampai macam tu sekali Kalau tak.. tak mustahil ada artis yang konon open minded sangat sanggup buat macam tu. Mana kita tahu kan.. sebab tak di bolehkan ia tak berlaku. Cuba di bolehkan macam bollywood sana.. alih2 keluar komen "saya cuma buat kerja & memberi sepenuh komitmen pada kerjaya saya & tak berniat melakukan semua tu sebab nak sakitkan hati mana2 pihak"... betul tak??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com