Showing posts with label sambal merah. Show all posts

RESEPI BIHUN SUP UTARA MELEKAT LEKIT

RESEPI BIHUN SUP UTARA MELEKAT LEKIT. Rasanya selama aku dok tayang gambar bihun sup utara yang aku masak belum pernah pulak aku share resepinya kat blog. Pelik pulak aku.. kenapa resepi bihun sup utara je aku tak tertulis kat blog. Nak kata aku ni perahsia bab2 resepi tak jugak. Alah resepi je kot.. Nak kedekut apa, ye dak. Sebab aku rasa banyak kali & banyak orang request resepi bihun sup utara aku ni maka tanpa berlengah lagi elok la sementara free & sementara dok ingat meh la aku karang resepinya.


Resepi aku ni resepi mudah mudah je walau tengok gambar macam gah sangat padahal resepi kategori campak2 jugak. Walaupun aku masih tak khatam nak buat bunjut untuk sup tapi takpe bunjut Instant banyak. Menyesal jugak dulu malas masuk dapur & tak sempat nak mencedok resepi arwah ayah yang memang terkenal dengan bihun sup utara dia. Tiap kali raya orang mesti datang rumah kebanyakkan nak makan bihun sup ayam dia. Tapi walaupun masa arwah ada anak2 dara semua malas masuk dapur.. aura cheft tu tempias sikit sikit la kot.. tu yang boleh masak jugak. hehehe..

Ok ok.. tanpa membebel lebih panjang dari resepi jom la kita tengok apa bahan yang nak guna masak bihun sup ayam versi utara ni..

Bahan bahannya

1. Ayam (tak perlu potong kecik. Kalau seekor cukup belah dua)
2. Bawang besar
3. bawang putih
4. Bunjut (aku guna bunjut Adabi 2 ketul. Misal kata memang tak jumpa sangat bunjut tu boleh 5. je tukar kepada serbuk rempah sup @ soto)
6. Bunga lawang
7. Buah pelaga
8. Kulit kayu manis
9. Jintan manis
10. halia
11. kiub pati ayam (tak wajib)

Bahan tumis

1. Bawang besar (aku guna sebiji sebab aku tak masak banyak. Kalau yang nak masak banyak agak2 sendiri la yer)
2. Buah pelaga
3. Bunga Lawang
4. Kulit kayu manis

Bahan kisar

1. Bawang besar
2. bawang putih
3. sedikit halia,
4. jintan manis
5. bunga lawang.
* Semua bahan ni Blend halus ok!

Cara memasak..

1.Panaskan minyak masak dalam periuk & tumiskan bahan tumis tadi sehingga naik bau. Jangan hangus ok!. Kalau guna serbuk rempah sup masukkan jugak.
2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi biar dia masak sampai naik bau sekejab. Bila semua bahan dah naik bau sampai korang naik hantu..
3. Maka masukkan la air, ayam, bunjut, halia & kiub pati ayam kalau ada. Halia tu ketuk2 sikit supaya jus dia keluar masa merebus. Biar la dia rebus dalam periuk tu sampai la bau sup ayam yang menggugat nafsu serakah keluar & sehingga ayam lembut.
4. Bila semua dah masak masukkan garam secukup rasa.

Ni step cara masak dengan gambar. Kalau mak aku bahan2 tumis tu kecuali bawang selalunya dia tumbuk halus & letak dalam bunjut. tapi sebab aku tak ada kain nak buat bunjut tu yang aku guna bunjut segera. Bahan dalam bunjut tu aku jadikan bahan tumis je.

Bahan ulam ulaman

1. Daun bawang
2. Daun sup
3. Lobak masin
4. Bawang goreng

Yang bahan ulam2 dia tu hiris je la takkan tu pun tak reti hahaha. Untuk sambal merah dia walau sebelum ni aku dah pernah share tapi almaklum la resepi cili merah aku ni macam2 versi. Aku share jugak la versi paling senang korang nak masak

Bahan bahan untuk sambal merah

Cili kering atau cili serbuk

cara memasak sambal merah

Kalau guna cili kering macam biasa blend halus dulu. Kalau guna cili serbuk just bancuh dengan air je macam pes. Lepas tu panaskan minyak.. masak cili sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak tu tanda cili dah masak. masukkan garam & gula secukup rasa. Atau dalam versi lain masak sambal merah ni korang boleh tengok resepinya kat sini >> RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA <<

Bihun kuning tu sebelum ada yang pi cari pewarna nak kuningkan bihun adalah lebih baik aku mention siap siap. Bihun kuning tak perlu pewarna tiruan ok. Korang rendam je bihun dengan serbuk kunyit lepas tu rebus maka jadi la kuning. Bukan apa.. sebab ada seorang blogger bagitau aku ada orang gigih pi cari pewarna nak kuningkan bihun. Jadi atas khidmat masyarakat aku bagitau la siap siap.

Siap semangkuk bihun sup utara

Begitulah alkisahnya resepi bihun sup utara melekat lekit. Tak susah nak masak kalau versi lekatlekit ni. Semua simple2 je. Tapi rasa memang kalau ikut tekak aku dah sedap la. Seperiuk pun aku boleh habiskan tapi dalam masa 2 hari la. hahaha

Pada yang dah lama tertunggu tunggu resepi bihun sup utara versi melekat lekit ni hope boleh la mencuba kalau nak tau sedap ke tidak.

RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA

RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA. Aku kalau buat tajuk mesti melampau kan? Sambal merah kosong tiga rasa kau. Tak tau apa hangpa bayang sambal merah kosong tiga rasa ni tapi memang betul pun sifat dia macam tu. Sambal merah ada tiga rasa tapi kosong jer.. Bukan aku tipu pun. Gamaknya macam mana rupa sambal merah kosong tiga rasa ni. Apa rasa yang dia ada??

Asal usul dia cuma sambal merah yang kebiasaan orang utara buat untuk makan dengan bihun sup. Sebenarnya lain orang kadang2 lain cara masak sambal merah ni. Aku sendiri pun ada dua cara masak sambal merah. Kalau guna cili serbuk lain caranya. Kalau guna cili kering lain pulak bahanya. Tapi sambal merah yang aku nak share resepi dengan hangpa ni aku guna cili kering. Sebab ada yang tanya resepi sambal merah ni, maka insan pengasih,penyanyang & prihatin macam aku terpaksa jugak share resepi rahsia ni. rahsia la sangat kan??? hahaha

Bahan bahan nak buat sambal merah ni
cili kering
bawang putih
kicap masin
kicap manis
garam
gula

Simple je bahan dia. Nama pun sambal merah kosong kan. Cara nak masak sambal merah ni..

1. Rendam dulu cili kering dalam air panas. Cili dah kembang sikit masukkan dalam blender bersama bawang putih blend sampai halus sehalusnya.

2. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blend tadi. Masak sehingga pecah minyak baru masukkan sedikit kicap masin,kicap manis,gula & garam secukup rasa. Biar sekejab. Kalau rasa dah cukup masak tutup la api.

Pekat melekat kau memang da'bom sambal merah aku ni. terliur?? jemput la ke dapur

Aku suka masak cili tu lama sikit baru kurang risiko sakit perut & sambal merah tahan lama. Sebab sambal merah ni kita boleh simpan untuk makan dengan nasi ke, roti ke atau jadikan pes untuk masak nasi goreng ke bihun goreng ke mee goreng ke atau apa2 korang rasa bersesuaian la nak campur dalam masakan korang. Atau boleh di jadikan cili kicap macam orang johor selalu makan dengan pisang goreng. Multifuction kekdahnya sambal merah kosong 3 rasa ni.

Sebab apa aku namakan dia tiga rasa. Sebab dia ada tiga rasa la.. pedas,masin & manis. Almaklum la orang utara ni memang jenis selera pedas pedas jer tapi aku bukan kategori pengemar pedas yang extreme lagi la. Ada orang lagi teruk selera pedas dia sampai seram aku tengok depa makan. Nak tau ciri2 orang yang suka makan pedas tahap extreme hangpa boleh tengok kat sini >> Ini baru penggemar makanan pedas tahap extreme << adakah hangpa tergolong dalam golongan suka makan pedas tahap menyeramkan atau tidak, lepas baca hangpa tau la result dia. hehehe.

Apapun selamat mencuba resepi mudah sambal merah kosong tiga rasa original resepi lekatlekit katanya. Kalau sedap share entri ni kalau tak sedap meh bisik2 kat aku. hahahaha.. kalahkan orang meniaga pulak. tapi tekak aku rasa sedap je

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com