Showing posts with label kawan sekolah. Show all posts

DAT.. DAMAILAH KAU DISANA, DISISI TUHAN YANG ESA

DAT.. DAMAILAH KAU DISANA, DISISI TUHAN YANG ESA. Aku jarang nak menulis tentang kawan di blog ni.. Tapi entah kenapa aku terasa ingin menulis tentang seorang kawan yang pernah rapat dengan aku dulu, yang kawan2 kenali sebagai 'dat'.

Ismarul shamsidar, atau panggilan kawan kawan pada dia 'dat'.. Aku kenal dia sejak dari tingkatan 1 cuma aku rapat dengan dia semasa di tingkatan 4. Kebetulan waktu tu kami 1 kelas & kami ni antara 'budak nakal' jugak kat sekolah. Biasa la budak sekolah menengah.. zaman tengaha nak explore banyak perkara. Di tambah lagi weekend selalu je lepak kat port yang sama maybe sebab tu jugak kami tetiba rapat.

Dat.. memang la nakal tapi sebagai seorang kawan dia memang sangat menyenangkan. Susah nak tengok dia marah. Dia bukan suka buat lawak tapi perangai dia buat orang terhibur. Dia jenis suka bercerita.. tak kira la cerita betul atau cerita dogeng dia ada adakan.. Tapi cerita dia memang sentiasa buat orang terhibur dengar walau kadang2 tak logik. Bila dia bercerita,tangan dia pun sama2 bercerita. Ada saja dia nak menconteng tak kira atas kertas, buku atau atas meja. Dia seorang yang sentiasa tersenyum Orangnya kurus, kulit hitam manis. Banyak jugak la kenangan aku dengan dia.. pernah pergi camping sama2.. bukan berdua tapi beramai la. Dia tak kedekut tapi bukan selalu berduit. Almaklum budak sekolah masa tu.. Paling aku ingat tentang dia.. dia pernah cerita PKHEM sekolah pernah pergi rumah dia & kejut dia bangun suruh pergi sekolah. ayah dat dulu pembantu makmal kat sekolah aku.. Maybe Ayah dia yang minta cikgu buat macam tu. Almaklum la.. budak sekolah kadang2 memang malas nak ke sekolah sebab malas nak bangun pagi. Dat.. Memang kalau ingat tentang dia.. buat aku tersenyum. Dia seorang yang sangat 'macam macam' perangai dia tapi menghiburkan.

Aku masih ingat masa tingkatan 5 aku tukar sekolah.. bila buka sekolah dia tengok aku tak datang sekolah dia call tanya. Aku cakap aku dah tukar sekolah.. dia macam frust sikit bila tahu aku dah tukar sekolah. dia kata bosan takde aku.. Selepas habis sekolah. Dah lost contact sampai sekarang tapi memang antara kawan yang aku nak jumpa adalah dia. Cuma kekangan masa, jarak & masing2 dah ada kehidupan & komitmen.. buat terbatas untuk aku nak jumpa sesiapa saja.

Dat.. Aku masih ingat macam mana kita kantoi buat salah kat sekolah, kita kena denda berdiri depan bilik pengetua. Aku, hang, adi,siti,faizly berjaya lepaskan diri.. sapa lagi aku dah lupa. Waktu kita masih boleh bergurau & bergelak ketawa.. masih merayu pada cikgu supaya bagi kita ke kantin makan sebab lapar..Dah lama dat aku tak jumpa hang.. Setiap kali balik kampung lalu kat lunas aku harap terserempak dengan hang. Kalau tak dapat bersembang pun cukup aku boleh tengok rupa hang sekarang. Yang ada dalam ingatan aku rupa hang masa sekolah dulu ja.. Masih sama atau berubah, entahlah. Tapi tak pernah ada rezeki tu.

Selepas ni memang aku tak perlu berharap lagi semua tu sebab aku tahu.. Peluang untuk terserempak dengan hang dah tak dak lagi. Aku dah terlepas peluang & aku takkan ada peluang lagi. Semalam... hang pergi. Pergi yang takkan kembali. Tiada lagi kesempatan untuk aku jumpa hang. Ya Allah.. kawan!! Yang pernah wujud dalam kenangan.. Kini tinggal kenangan. Dari info yang aku dapat katanya dia meninggal akibat penyakit tb.. ada jugak yang aku baca katanya kerana buah pinggang dia yang dah rosak.. Apapun asbabnya yang pasti masanya sudah tiba.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. kawan yang baik, Moga disana kau berada di tempat yang terbaik.

Dat.. Damailah kau di sana, disisi Tuhan yang Esa. 


REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN

REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN. Semalam aku ada up status kat FB pasal reunion ni.. Pada pandangan aku yang bukan pakar motivasi jauh sekali ahli ilmuan bijaksana, Dah berkahwin ni aktiviti reunion ni tak join pun tak apa sangat la. Bukan apa bila dah berlaki bini & beranak pinak ni banyak perkara kena jaga demi ke harmonian rumahtangga.
Sumber Google
Reunion melibatkan kawan2 lama.. Mungkin juga kat situ ada bekas boyfriend & girlfriend lama. Nak2 lagi reunion dengan bekas2 kawan sekolah ni. Almaklum la.. budaya cinta monyet ni bukan zaman sekarang je baru wujud malah dari zaman mak bapak kita sekolah pun dah ada cuma tak berleluasa sangat la. Paling ketara masuk zaman 90an.. Time tu mak bapak pun ramai dah sporting. alah.. takat cinta monyet kat sekolah tak ada hal la katanya. Biarlah katanya.

Cinta monyet ni tak semua berakhir atas pelamin sambil di renjis renjis di pilis.. Ada yang belum SPM dah clash katanya. Ada yang habis sekolah masing2 lost contact. Bila berjumpa kat reunion.. Topik paling popular adalah 'Flashback' la. Habis semua memori daun pisang di ungkit cerita. Yang mana aa memori berkasih tu.. confirm la terimbau kenangan semusim lalu.. Tetiba perasaan konon berbunga cinta kembali maka tak mustahil cinta yang ada sekarang mula layu di pusara.

Sebab benda macam ni berlaku.. Bukan sikit dah semakin banyak. Terbaru Isteri kedua kepada Salih Yaakob yang di katakan punca bercerai selepas join reunion dengan kawan2 sekolah. Ada yang kata.. Aku selalu je join reunion.. Ok je. Takde rasa nak curang pun even jumpa bekas awek masa sekolah. Yer betul.. Tak semua orang bila pergi reunion je terus berubah hati. Kalau asal pergi je terus bercerai berai rasanya Reunion pun di haramkan dah kat Malaysia ni sebab memudaratkan semua yang join. Benda semakin menjadi virus ni memang bukan semua orang kena tapi jumlahnya semakin meningkat.

Satu benda kena fikir.. Ia mungkin tak bawa masalah pada kita atau rumahtangga kita tapi tak mustahil ia memudaratkan orang lain. Level kesetiaan & keimanan manusia tu bukan sama. Mungkin dengan sebab penganjuran majlis perjumpaan macam tu membuka pintu2 kecurangan pada orang lain. Tak rasa bersalah ke? Lepas reunion tetiba dengar ada antara kawan2 kita sampai bercerai berai.. Kalau tak curang pun hati manusia ni kadang2 perasaan cemburu pun boleh menjadi pemusnah jugak. Dapat pasangan yang kuat cemburu elakkan la dari join reunion ni.. Sebabnya bila jumpa kawan2 lama faham faham je. Kita punya bercerita memang kadang2 lupa anak/laki/bini dah. Kot2 terlebih mesra tak sengaja orang sebelah mula ketap bibir. Balik rumah jadi perang dunia pulak.

Reunion bukan tak boleh di adakan.. Boleh je. Cuma jangan terlebih aktiviti santai sangat. Bila terlampau santai maka banyak la sembang benda tak berfaedah. Yang tu la mula nak jadi merapu. Apa kata majlis2 reunion kalau melibatkan kawan2 yang beragama Islam ni kita buat dalam bentuk islamik. Buat majlis ilmu ke, bacaan yassin ke hapa.. Jadi kurang la sikit nak merapu. So, syaitan nak mencelah pun ruang tak banyak. Tu cuma cadangan aku jer.. Aku bukan alim sangat. jangan sebab cadangan aku terus ada yang level aku ustazah segera pulak.

Aku ni serius memang tak berapa minat sangat reunion bagai. Kadang2 nak join group whatsapp dengan kawan2 sekolah pun aku malas.Ada la satu group aku join tapi tak rajin sangat la aku nak borak. Tapi bukan la aku nak putuskan silaturrahim dengan kawan2.. cuma aku tak berapa minat sangat dah nak hyper dalam berkawan ni. Zaman remaja & bujang aku dah banyak spent time dengan kawan2 so zaman berumahtangga ni masa untuk family. Salah satu cara mengelak fitnah. Dah berumahtangga ni bukan masa untuk enjoy dengan kawan kawan sangat dah. Sebab Bila berkumpul ramai ramai ni ada yang terbabas. Tepuk tampar & bergurau kadang2 over jugak. Masing2 nak tunjuk sporting & open minded katanya.

Moral of the story.. Aku tak kata reunion tu salah cuma sekarang ni kerana reunion banyak rumahtangga yang musnah. Jadi kalau rasa hati korang jenis tak berapa kuat untuk hadap orang2 yang tak sepatutnya, elakkan dari sertai majlis2 perjumpaan macam tu. Cegah itu lebih baik dari merawati.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com