Showing posts with label sunblock. Show all posts

JENIS JENIS SUNSCREEN YANG RAMAI TAK TAHU TERMASUK FOUNDER PRODUK

JENIS JENIS SUNSCREEN YANG RAMAI TAK TAHU TERMASUK FOUNDER PRODUK. Perlu ke kau highlight founder tu lekatlekit? Kau saja kan nak menganjing depa.. Iskk.. mana ada. Kan sekarang banyak sangat so called 'Founder' atau kebanyakkan cuma ponder jer sebab level & knowledge depa terhadap produk yang mereka keluarkan & pasarkan belum layak di gelar founder.


Yelah.. trend sekarang kan produk rebrand dari kilang OEM. Kau ada duit kau pergi kilang OEM cari je produk apa2 yang kau nak tempek jenama kau sendiri.. lepas tu kau boleh la claim diri kau ponder even kau sendiri tak faham apa2 pasal produk kau. Semua kilang yang buat ka. Dari packaging sampai la pendaftaran untuk di pasarkan. Kau cuma perlu pergi belajar marketing lepas tu buat fb ads sampai sesak news feed FB orang.. dah cukup. Modal lebih sikit kau bayar kat stesen TV ke stesen radio ke untuk iklan kan produk kau. Lepas produk kau dah terkenal tetiba ramai pulak dapat kesan buruk pakai produk kau.. KKM ambil sampel buat analisa di dapati ada racun tidak di benarkan.. Kau claim pulak KKM test fake sampel sampai produk kau di fitnah beracun katanya. Yang pakai dapat kesan buruk tu semua beli fake produk. Padahal kau sendiri masa nak pasarkan produk kau tu.. Kau tak ambil kisah pun pasal ingredient ke hapa.. Dalam otak kau' its about money money money je kan? Tu contoh yang banyak berlaku sekarang. Tak point la sapa sapa.. konsep kau buat kau terasa la. Tak buat kau rilex sudah.

Jadi sebab tu la atas rasa tanggungjawab nak ajak hangpa semua termasuk ponder sama sama belajar. Takpa bodoh dulu tapi jangan buat bodoh sampai sajat mengandung anak sulung dah la. At least bila hangpa ada ilmu sikit pasal produk tak la malu sangat nak mengaku ponder kan? Nampak la high class & bijak sikit. Reputasi sapa yang baik? Hangpa jugak.. ye dak??

Di Sebab ramai ponder/seller/agent produk ni tak ada knowledge pasal produk yang depa jual kerana tu la zaman sekarang muncul claim claim merapu & tak masuk akal bila nak iklankan sesuatu produk terutama kosmetik @ skincare ni. Ikut hukum logik akal depa ja..Tak ikut fakta sebenar. Bila orang pertikai kata orang dengki. Termasuk la ponder/seller/agent yang jual produk sunscreen @ sunblock ni. So yang mana ada jual produk sunscreen ni sedang elok la baca entri ni. Buat apa nak malu.. saya sendiri pun sebelum ni tak tahu. Bila dah tahu kita sama sama la share ilmu tu.

Secara ringkas.. Apa tu sunscreen ni? Kena juga bagitau. Satgi ada yang tak tahu.. terpinga tertanya ku dalam dilema mu pulak kan?

sunscreen ni sejenis skincare atau produk yang berfungsi untuk menjadi Pelindung cahaya matahari, juga dikenali sebagai pelindung kulit yang selalunya di datangkan dalam bentuk losen, semburan, atau produk topikal yang menyerap atau memantulkan sinaran ultraungu matahari demi melindungi kulit. Pelindung cahaya matahari mengandungi satu atau lebih penapis UV yang terdiri daripada tiga jenis yang utama.

Kenapa kita kena pakai sunscreen ni? sebab nak melindungi kulit dari sinar terik cahaya matahari yang boleh menyebabkan berlakunya kesan buruk seperti kulit jadi berjerawat, berjeragat & kanser kulit di sebabkan kulit semakin menipis.

Yang orang tak tahu 3 jenis sunscreen tu. Bagi depa.. sama jer. Sebenarnya tak sama ok. Semalam budak laser & lantang Khairul Yoi ada berkongsi info tentang sunscreen di page dia. Rasa sangat bermanafaat untuk den panjangkan perkongsian ni di blog den yang tak se gah page Khairul yoi sebagai rujukan orang lain.

Physical sunscreen
lebih kepada layering kulit atau senang faham just tempek atas kulit je. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV  berlaku selepas korang apply pada kulit. Perlindungan dia tak kuat sangat. Kurang risikp berlaku kerengsaan kepada kulit. Biasa kalau nampak 'zinc oxide' ngan 'titanium oxide' kat ingredients tu ye la tu. Physical la tu.

Chemical sunscreen 
Sejenis sunscreen yang meresap UV masuk ke dalam kulit, kemudian bertukar kepada haba dan dibuang semula. Kena apply 10-20 minit sebelum terdedah kepada UV. More coverage. Tapi sesetengah orang akan bagi kesan kerengsaan kepada sesetengah kulit. Ada yg pakai kulit nampak gelap, naik biji gatal2 dan sebagainya. Jadi kena cari yang sesuai dengan kulit. Paling famous dalam produk ialah octylcrylene, avobenzone, octinoxate, yang lain korang google je.

Hybrid 
ada pula ada kedua dua kombinasi sunscreen ni iatu physical and chemical.

Cara penggunaan sunscreen @ sunblock
2 fingers rule. Dah terangkan sebelum ni. Untuk yang cair, gunakan sebesar syiling 50 sen lama tu. Kena sapu balik lepas dua atau tiga jam, bergantung kepada spf dan PA rating.

Sumber rujukan info pasal sunscreen kat sini yer

Ni den copy & edit sikit sikit dari artikel di posting Khairul Yoi. Kalau hangpa nak dapatkan info info terkini & pendedahan tentang produk produk boleh follow budak ni. Sebab banyak juga ilmu yang kita boleh dapat dari posting dia even bahasa dia memang la sangat 'outspoken'. Tapi sebab dia 'Outspoken' la berjaya menyampaikan kesedaran kepada orang awam tentang produk produk bahaya di pasaran. Terutama kepada kaum perempuan yang jahil tapi obses nak lawa dengan cepat kan? Yang penting misi perjuangan dia tu.. Menyelamatkan pengguna dari di tipu dengan produk2 beracun, overclaim, merapu & menipu.

Apapun semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada anda yang memerlukan. Ilmu kecantikkan juga salah satu cabang ilmu. Sapa taknak cantik ye dak.. Tapi cantiklah dengan cara bijak bukan main semborono je pakai produk yang tak tahu sejauh mana selamat & berkesan.

AWAS! SPF TINGGI PADA SUNBLOCK BOLEH ROSAKKAN KULIT. JOM BACA TIP MEMILIH SUNBLOCK

AWAS! SPF TINGGI PADA SUNBLOCK BOLEH ROSAKKAN KULIT. JOM BACA TIP MEMILIH SUNBLOCK. Dunia sekarang yang hitam nak putih.. Yang putih takut sangat jadi hitam. Maka penggunaan sunblock pun semakin menjadi keperluan. Bukan setakat nak bercanda dipasiran pantai je orang pakai sunblock ok.. Malang nak selangkah keluar dari pintu rumah pun orang apply sunblock sekarang. Almaklum la takut kena sunburn.. Kulit jadi berbelang. Takut satgi ada yang di tangkap & di hantar ke zoo pulak.. Yelah, ingat kuda belang ke hapa kan... keekeke


Sebab tu penting untuk kita pakai sunblock ni. Nak tahu kenapa kita kena pakai sunblock?

 Kenapa kita perlu pakai Sunblock Setiap hari? 
Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.

 Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari? 
Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.

Bila kita nak beli & pakai sunblock ni.. Kita akan nampak dia tulis SPF kat produk tu.. Ada yang tak tahu SPF tu apa main beli jer. Jadi perlu untuk hangpa tahu dulu apa itu SPF sebelum membeli apa2 produk yang ada SPF...

 Apakah SPF? 

➸SPF adalah singkatan untuk sun protection factor.
➸Spf ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Kalau kita tengok di produk2 sunblock ada tulis spf15, spf30, spf50. So yang mana yang sesuai dengan kita?

Contoh pengiraannya adalah : 

1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita
Kita ambil contoh spf 15.
Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu.
Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv.
Jika spf30, 96%.

2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv.
Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit
Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit
Kulit sawo matang,20 minit
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh kiraan: 

Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15x10=150 minit untuk bertahan.

Untuk kulit sawo matang, 15x20= 300 minit.

Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV ( ultraviolet ) A & B.

UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit.
Ianya menyebabkan kulit menjadi tua ( penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ).

Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.


 Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja? 

PA itu adalah kiraan untuk UVA.
+++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock.
Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.

Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja ( kurang dari 4 jam), spf 15 sudah mencukupi.

Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukam spf50.

Beza pada spf cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing2 adalah lebih kurang sama.

Jadi,tak perlu spf yang tinggi. Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu.

Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air.

Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria 'water-proof'.

Kesimpulan kata, yang terpenting untuk memilih sunlock adalah:

➽1. Spf yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita
➽2. Mempunyai UVA & UVB
➽3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita ( spray/ gel/ krim)

Dan, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.

 Sumber Info asal :Dr. Erna Nadia 

Jadi kalau nak pakai sunblock pepandai la pilih SPF yang mana sesuai dengan keperluan kulit hangpa. Kena sedar diri juga nak pilih sunblock. Yang hitam jangan perasan putih.. Yang putih2 melayu jangan perasan putih minah saleh.. Jangan ingat lagi tinggi SPF pada sunblock lagi tinggi protection dia. Kalau tak menepati keperluan kulit, ia boleh merosakkan kulit juga ok! Paling penting jangan beli sunblock timbang kilo... hikhikhik

RASA MUKA KOSONG BILA PAKAI CHRISZEN MOIST CAKE

RASA MUKA KOSONG BILA PAKAI CHRISZEN MOIST CAKE. lama tak buat produk review ni. Minggu ni ada 2 produk aku baru beli. Beli hokay!! So, takde istilah puji melambung sebab di bayar tulis review sebab ni produk aku kena bayar sendiri. hahaha.. Walaupun ada 2 produk kosmetik den baru beli tapi baru satu je cuba, satu lagi baru keluar kedai semalam so tak sempat nak test lagi. Yang belum test kita letak tepi dulu.. Meh kita cerita pasal yang kita dah cabul.


Sebenarnya dah lama aku dok berniat dalam hati nak try produk ni. Tapi selama ni cuma berniat. Nak menghabiskan stok2 yang ada dulu. Serius walaupun aku suka membeli produk tapi selalunya aku beli ikut keperluan. Nafsu membeli tu tahap terkawal lagi la. Jadi sebab compact powder miyami aku pun dah berkecai sebab anak dara nan sorang ni.. Maka Raya pertama Chinese new year haritu jenjalan la kat wangsa walk. Pucuk di cita, ulam mendatang katanya.. Jumpa pula satu kedai produk kesihatan & kecantikkan ni buka. Sekadar tanya je.. ada ke tidak jual produk tu. Alhamdulillah.. ada pulak. Harga pun rasa lebih murah dari yang aku pernah survey sebelum ni.

Chriszen Moist Cake & Serum

Selepas tanya lebih kurang.. try tester rasa ok la. Tak payah interview banyak2 la orang yang kena kerja hari cuti. Kesian pulak nak buli dia ye dak? Dah la frust tak dapat cuti.. kita pulak memang dah tau serba sedikit pasal produk tu dok gigih sangat beramah mesra lama2. Jadi ambil la seketoi. Sebab dia sejenis mosit cake.. memang sesuai la untuk jenis mak mak ada anak suka selongkar make up ni. Kalau compact powder jatuh confirm berderai.. kalau moist cake jatuh insya Allah selamat lagi.

Chriszen whitening/pore cover moist cake ni ada 3 fungsi.. Foundation, concealer & sunblock. Ada SPF50/PA++ . 3 in 1. Dia juga ada fungsi lain seperti memberi kesan pencerahan,menutup cela2 di wajah macam parut, bintik hitam & pori terbuka.. Yang paling best dia melembutkan kulit & memberi kesan pencerahan yang drastik selepas pakai. Maknanya kita apply kulit nampak cerah sikit la.

Chriszen Moist cake

Aku dah try.. Ya Allah tekstur dia sangat ringan beb! Tak rasa tebal kat muka bila pakai. Rasa macam tak letak apa2 pun kat muka & rasa muka macam kosong bebas kosmetik katanya. Tak bercapuk & nampak sangat natural. Senang nak pakai & memang sekata. Kulit nampak fresh je lepas apply & bila panas dia bagi effect lagi cantik pulak sebab dia tak berminyak tapi bila kita terdedah kat panas. Yang jenis kulit sensitif senang berjerawat elok pakai chriszen moist cake ni katanya tak menyebabkan jerawat. Pendek kata benda alah ni jimat masa kita nak bersolek. Almaklum la aku ni kalau nak keluar memang tak confident langsung dengan muka kosong. Nak make up kena la tutup & procted apa yang patut dulu.. pertama aku sapu day cream yang ada UV protection. Kadang2 aku sapu sunblock. Kalau kulit kering skit kena sapu pelembab dulu. Baru aku sapu foundation lepas tu concealer nak cover dark circle & dark sport bagai kat muka. Last sekali baru nak tenyeh bedak. Banyak kan perkara nak buat. Tapi dengan chriszen moist cake ni.. Satu benda cover 3 perkara. Settle.

Belanja la sekeping gambar testimoni. Kesian pulak asyik dok upload pic juon je tiap kali nak share testimoni kan. hahaha

Kali pertama apply chriszen moist cake ni memang puas hati. Rasa tak menyesal bayar RM53. Walau kat online ada yang jual serendah RM40 tapi hati2 produk ni ada tiruan. Kalau murah sangat better double check sebab harga pasaran dia RM59. Mungkin ada sesetengah pengedar yang main harga mungkin dapat murah sikit. Pandai pandai la hangpa survey yer.. Dengan pembelian dapat sekali dengan serum. Serum ni ni memberi kesan kulit nampak lembab & cerah. Di pakai sebelum kita pakai moist cake. Siap ada 24k gold lagi dalam serum ni. Alah.. macam bio essence 24k bio gold bio water tu. Ada cebisan2 emas. 2 benda ni harga RM53 ok la tu kan..

Chriszen serum. 24k Gold. Untuk melembab & mencerahkan kulit

Wanita bekerja sangat sesuai la produk ni. Pagi2 jimat masa bersolek. Surirumah macam aku pun tak salah nak pakai. Apa ingat surirumah tempek bedak sejuk je ke 24 jam & asyik terperap celah dapur  . Hello... ni surirumah 2016 hokay! Kami berhak nak cantik jugak tau walau duduk rumah je. kepakaran kami bukan hanya buat kerja rumahtangga, memasak,membasuh & mengemas jer.. Malah menconteng makeup ke muka juga. hahaha. Jadi jangan bila status seorang perempuan tu hanya surirumah.. nak muncung2 hokay.

Setelah aku sogokkan dengan gambaran yang indah tentang produk ni hope hangpa terhasut untuk mencuba. Best giler beb pakai menda ni! cuba dulu baru tahu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com