Showing posts with label lukis. Show all posts

INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER

INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER. Sebagai tipikal perempuan bab bab makeup ni aku tak terkecuali terjebak dalam trend lukis kening tanpa perlu di cukur. Bermakna just guna eyebrow & concealer je nak membentuk kening tu. Gigih tau aku belajar sendiri kat rumah berpandukan video2 tutorial kat online ni. tu pun belum tahap cantik sangat cuma boleh la.. Nampak la sikit bentuk dari kening asal yang memang takde shape. Bukan semua orang di lahirkan dengan bentuk kening yang tak makeup pun dah cantik & lentik. Aku kategori jenis kening yang memang tak ada bentuk.


Sebab aku agak obses dengan kening sekarang.. so aku dah ada koleksi eyebrow pencil & eyebrow jenis powder. Kalau dah nama koleksi of course la lebih dari satu. Berapa banyak tu tak sebanyak la orang lain. Ada 3 - 4 gitu katanya. Semua berlainan jenis & warna. Terbaru aku beli Maybelline Fashion Brow Duo Shaper, gray color. Sebab color gray memang aku belum ada. Tengok orang pakai gray color ni kening nampak natural macam lawa pulak. Sebab aku memang suka jenis natural makeup.. Jadi aku pun tak nak kalah jugak. Nak jugak kening kaler gray katanya... hahahaha

Maybelline Fashion Brow Duo Shaper

Yang jenis Duo Shaper ni dia ada dua mata la. Satu eyebrow jenis pensil tapi pensil yang jenis crayon tu. Bukan cream pensil jenis kayu. Yang satu lagi mata dia jenis powder. Dia ada span hujung dia.. Sebab jenis pen takkan la dia nak letak macam dalam palette tu kan.. So, agak practical bila dia buat span ala2 bentuk oval kat hujung memudahkan kita nak pakai.


Aku sebenarnya tak reti nak lukis bentuk kening guna eyebrow pen yang jenis crayon macam tu. Serius sampai sekarang jadi buruk giler.. So rasa macam tak berapa berguna pulak fungsi eyebrow pencil untuk duo shaper ni. Lagipun kalau lukis kening dengan warna gray & warnakan dengan gray rasa macam pelik pulak dengan warna kulit aku yang sawo matang jadi apa aku buat.. Aku lukis bentuk kening menggunakan fashion brow yang jenis cream pensil warna hitam & aku warnakan dengan fashion brow powder gray color tu.

Maybelline Fashion Brow Duo Shaper gray color & cream pencil black color

Pada pandangan mata aku.. Gabungan warna tu kening aku nampak natural & sesuai la dengan kulit aku yang sawo matang. Warna hitam tu tak pekat sangat sebab aku guna gray color untuk warnakan. Cuma guna warna hitam tu lukis bentuk kening. Takde la nampak janggal sangat kening aku.

Ni la hasil menconteng arang di kening aku guna Maybelline Fashion Brow Duo Shaper & cream pencil. Tak payah la nak kira garis garis halus bawah mata tu.. Dah masuk zon makcik makcik ni katanya hahaha. Otai tak otai tengok la fesyen kain batik tu ok! Feeling mahsuri nak menyumpah sesapa je yang mengumpat lepas tengok gambar puaka ni.. hahahaha

Walaupun aku rasa rugi juga salah satu fungsi fashion brow duo shaper sebab yang pencil dia aku tak reti guna tapi aku rasa berbaloi sebab yang eyebrow powder dia di buat dalam bentuk pen ber span macam tu. Lagi senang nak apply & senang nak bawa kemana mana. Kalau jenis eyebrow powder dalam palette tu.. nak kena guna berus kan.. Yang ni tak payah.. terus sapu je settle.

Sangat practical untuk guna bila dia di datangkan macam ni. tenyeh terus tak payah nak pakai berus bagai lagi

Harga dia maybelline fashion brow duo shaper gray color ni RM27.90 & yang maybelline Fashion Brow Cream Pensil Black color tu RM8.90. Maybelline ni banyak boleh dapat. Yang ni aku beli kat guardian je. Not bad bagi aku hasil menconteng eyebrow guna maybelline fashion brow duo shaper ni.

INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL

INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL. Perempuan & kecantikkan memang tak dapat di pisahkan walau ada jugak perempuan yang tak kisah pasal makeup, skincare bagai.. Tapi tipu la kalau dia taknak cantik. Cuma beza samada rajin nak membelai muka atau tak je kan.. Macam aku bab ni memang kategori tipikal perempuan la.. Aku suka nampak cantik & aku juga nak jadi cantik.
Maybelline Fashion Brow Cream Pencil, black color

Aku kategori yang memang suka makeup.. Jadi tak pelik kalau aku review produk kosmetik. Ahad lepas sempat singgah guardian. Macam biasa la.. Kalau menyinggah tu memang jarang keluar tanpa hasil tangkapan even masuk tu sebenarnya nak cari syampoo je kan. Terrrrrrr.. ambil la Maybelline fashion Brow cream pencil, black color. Sebab eyebrow pencil aku yang hitam tu nampak macam tak berapa best je nak guna. So, cari yang creamy sikit supaya senang nak melukis & mewarna kening.

Harus la esok hari tu terus cuba ok!! Sambil mengasah bakat membentuk & melukis kening. Aku pun bab conteng2 kening ni masih level amatur. Nak2 jenis kening serabut macam semak samun ni memang perlukan kesabaran & ketelitian untuk di bentuk tanpa perlu mencukur kening. Tapi sebab aku ni memang gigih belajar setiap hari.. Rasa macam lembut sikit jari jemari aku nak membentuk kening guna eyebrow pencil sekarang ni. Tu nampak dah skill MUA katanya hahahaha... (sila muntah).

Dengan Maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni.. Sebab jenis cream so lembut sangat. Warna dia pun kita calit2 dengan tekanan sederhana pun dah boleh melekat. Warna dia pun natural.. Ok suka. Yelah.. Hitam warna semulajadi bulu kening kan.. Kau selama ni dok conteng kening dengan dark brown feelling anak mat saleh kena sapu arang tu.. Memang la tak nampak natural warna kening cuma takde nampak janggal sebab benda tu ramai yang buat. Still masih cantik katanya. hahahaha

Dah test ok! Tak berketul2 eyebrow pencil dia bila kita apply kat kening. Kalau orang expert bab2 makeup ni mungkin hasil dia lebih cantik la kot.. hehehehe

Kita boleh sapu lite2 (nipis) kalau tak nak kening tu terang benderang sampai boleh nampak kening je dari jarak jauh.. Atau nak nampak garang macam ahli sihir boleh je tebalkan & pekatkan warna dia. Bergantung macam mana yang anda rasa nampak cantik la. Macam aku memang suka yang tak terang sangat & tak terlalu nipis warna ni. At least nampak kening tu dah cukup.. Jangan tak nampak langsung nanti kena tangkap masuk dalam sangkar pulak. Yelah orang ingat burung hantu ke hapa takde kening kan. hehehehee

Selain memberi hasil yang memuaskan.. Ni paling penting. Walaupun maybelline katanya harga tak la menjuling biji mata sangat nak membayar. Kat guardian aku beli cuma RM8.40 je Uolls... Rasanya yang fake lagi mahal selalunya fake cosmetic ni eyebrow ke eyeliner RM10 kan. Buat apa beli fake.. Beli ke original jenama maybelline ni tak sampai RM10. Tidak berisiko pada kulit anda.

Sapa kata cosmetic ni mahal sangat sampai kena skip sebab nak jimat perbelanjaan. Yelah.. sekarang ni zaman ekonomi macam musim hujan.. Turun je tak naik naik katanya.  Sebenarnya kita masih boleh mencantikkan diri dengan membeli kosmetik yang harga mampu milik.. kita ada pilihan samada nak beli yang harga lebih murah & kualiti dia baik. Kalau level2 amatur tu kau pakai yang murah2 dulu sudah... hehehehe

Jadi pelukis pelukis kening sekalian.. Kalau berminat nak cuba maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni memang aku rekemen jugak la. Harga murah tapi hasil & kualiti dia memuaskan. Selamat mencuba hehehehe

AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID

AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID. Satu benda yang aku memang tak boleh hadam kalau ada manusia yang buat adalah perkara - perkara macam ni. Tak kira la kau bukan muslim.. bangsa apa sekalipun. Darah haid tu kotor & kadang2 ada bau hanyir bagi sesetengah orang. Kita pun takkan simpan bekas darah haid apatah lagi nak gunakan dia sebagai pewarna untuk menghasilkan satu seni kemudian di simpan sebagai kenang kenangan. Bukan tu je siap tayang kat satu dunia. Bagi aku darah haid pun satu aib jugak. Memang tak lah nak tayang2 kat orang. Orang barat tak tau la.. Depa terlebih open sampai telanjang bulat pun depa rasa biasa kan.


Darah haid ni pun salah satu makanan jin jugak ok. Sebab tu wanita yang sudah akil baligh kalau ikut cara orang Islam memang sebelum buang tuala wanita yang ada kesan darah haid kita perlu mencuci dulu kesan tu. Tak boleh main buang terus je. Takut berlaku perkara perkara yang tak di ingini. Dengan kesan darah haid ni pun orang boleh buat sihir keatas kita. So, Jangan rasa alah.. darah haid je pun... Ia bukan sesuatu yang boleh di pandangan remeh.

Bila ternampak satu viral pasal seorang wanita minah saleh.. Yang menghasilkan satu lukisan macam Embrio menggunakan darah haid dia sepanjang 9 bulan untuk mengekspresikan perasaan sedih dia yang tidak mempunyai anak. Budaya & agama dia mungkin memandang tu cara dia meluahkan perasaan tapi jangan ada pulak orang Islam yang nak ekspresi kan perasaan macam tu. Manalah tau.. kot2 lelaki dia tak de period tapi mengalami masalah sembelit nak ekspresi kan perasaan sakitnya & susahnya dia nak berak dok guna taik pulak melukis kan. Memang minta kena pijak beramai ramai sampai terkoyak usus besar la tu...

Lukisan ini di hasilkan selama 9 bulan & di beri nama The Diary of My Period

Tapi biasa la.. Bila kita bagi komen benda tu sesuatu yang jijik & tak sepatutnya di lakukan dan jadi ikutan ada yang konon merasai perasaan sedih tu akan menyokong. Ayat acah acah mulia.. pandang dari sudut positif katanya. Positif hek kau benda - benda macam ni. Orang2 yang terlampau positif tak kena tempat ni adalah manusia berisiko nak buat benda2 tak masuk akal & merapu macam ni. Benda2 kotor ni jin & syaitan jer suka.. manusia yang rasa menarik dengan benda2 kotor dia pun maybe jelmaan jin & syaitan jugak kot.

Aku rasa perempuan ni dulu dia ada kekeliruan masa pilih course ni. Mungkin dia belajar medic tapi dia berjiwa seni.. Maka terhasilah karya dari darah haid hahahaha... Sebab penting memilih course (bidang) yang anda suka & boleh carry masa nak sambung belajar. Jadi mana2 adik yang tengah plan nak sambung belajar kena test dulu sebenarnya apa minat korang kat sini >>Kuiz Ini Akan Memberitahu Bidang Yang Paling Sesuai Untuk Anda Sambung Belajar << supaya korang tahu course apa yang paling sesuai korang ambil nanti.

Merapu sungguh la manusia akhir zaman ni kan.. Dah orang ciptakan pelbagai warna... setakat nak lukis guna warna merah darah macam tu bukan susah pun. Sanggup dia dok tenyeh2 darah haid semata mata nak hasilkan satu lukisan yang konon rare la. Gamaknya dia tadah ke camna darah tu masa nak guna untuk melukis. Takkan dia nak kangkang depan kertas lukiskan lepas tu calit2 kan.. entah la.. susah nak teka manusia yang suka buat benda2 di luar kewarasan ni. hahahaha

Moral of the story.. Tak perlu untuk jadi lain dari lain sehingga kita nampak macam orang pelik & gila. Banyak cara kita boleh meng ekpresikan perasaan melalui seni..

ESSENCE EYEBROW SHADOW BUAT SOLEKKAN PADA KENING LEBIH KEMAS

ESSENCE EYEBROW SHADOW BUAT SOLEKKAN PADA KENING LEBIH KEMAS. Tetiba je mula berjinak jinak dengan niche beauty blogger.. Bukan la baru minat makeup cuma baru serius dalam arena solekkan. hahahaha.. Dari dulu pun aku sejenis perempuan yang suka makeup tapi tak pandai makeup.. sekarang ni pun bukan pandai sangat tapi boleh la takat nak tenyeh tenyeh muka sendiri ni kan? Kalau muka orang tak berani la.. Tapi muka adik beradik aku tu confident ok! Sebab mereka antara yang pernah jadi mangsa menggunakan khidmat jejari sakti aku men touch up muka depa dulu. Tapi masa zaman duduk serumah dulu la. Sekarang almaklum la aku dah kahwin.. adik aku pun ada yang dah kahwin so masing2 membawa diri bersama suami masing2. hehehehe...

essence eyebrow stylist set. Ada 2 warna eyebrow, 1 berus kecik & 3 template kening untuk 3 size

Baru - baru ni aku tertengok satu live video kat facebook.. seorang cik Akak ni. Tak silap aku dia ni pun spesis mak andam jugak ni. Dia tunjuk tutorial nak makeup dari A to Z. Yang paling aku tertarik nampak senang je dia lukis kening dengan eyebrow shadow/powder. Alah yang jenis macam eyeshadow tu. Kewujudan eyebrow shadow ni memang dah lama aku tahu cuma sebelum ni aku tak reti nak guna je. Lagipun aku bukan reti sangat dok lukis kening.. Baru je sejak dua menjak ni belajar lukis kening. Lepas tengok video tu rasa macam best jer guna eyebrow shadow.. Apa lagi ahad lepas.. tergedik la singgah watsons cari stok. Memula ambil yang brand maybeline. Ada 3 warna. Harga dalam RM31++... Sebab tengok tu je yang ada. Tapi bila masuk ke dalam sikit ternampak eyebrow shadow jenama essence. Jenama pun aku tak pernah dengar tapi sebab murah.. RM14.90 ada 2 warna & dia bagi sekali template untuk lukis kening 3 bentuk & size. Terlajak murah kot.. Beli mahal2 pun kalau tak pandai makeup buruk juga hasilnya. Jadi elok la aku beli yang murah2 dulu.. practice sampai pandai...

Ni peralatan yang di gunakan untuk aktiviti menconteng arang ke muka.. ops.. melukis & membentuk kening

3 hari ok aku cuba lukis kening guna essence eyebrow shadow tu.. Siap guna template. Haram tak menjadinya kening aku. Tak jadi bentuk langsung. Rasa dah fed up memula.. Hari ke 3 aku taknak guna template. Guna kaedah biasa aku guna sebelum ni. Lukis je ikut gerak tangan. Aku lukis bentuk dulu guna eyebrow pensil jenama IN2IT. Tu pun murah jer.. Harga dalam 19++ dapat sekali dengan eyeliner. bila dah lukis bentuk kening tu.. kemudian baru warnakan dengan essence eyebrow shadow. Aku guna warna yang dark brown. Memang hasilnya buat aku rasa 'Wow' dah bagi aku yang baru belajar lukis kening sendiri. Kalau sebelum ni guna eyebrow pencil..kadang2 jadi macam berketul2 kat kening atau warna terlalu pekat & terang. Bila guna jenis eyebrow shadow ni.. warna dia sekata & nampak lite2 jer.. Takde la nampak macam opera cina sangat kan? hehehehehe

Selepas dah siap lukis melukis kat kening.. Bohong la kalau cakap kening kat cukur ni akan terus nampak kemas. Kena la jugak tutup bulu - bulu kening yang tak di ingini dengan concealer. Bawah & atas kening ok kena letak concealer agar nampak bentuk kening yang cantik. Aku guna concealer pun yang murah je. Jenama pun tak terkenal. Beli kat guardian je. Tapi lupa berapa harga dia hehehe.. Lepas tu touch la sikit bawah kening dengan eyeshadow warna putih yang ada glitter2 sikit tu.. Gitu la cara aku rias kening katanya. hehehe

Jangan kecam saya budak baru belajar makeup. Ni la yang termampu di hasilkan oleh jari jemari lekatlekit katanya.Fokus kat kening sudah la. Sebelum ada yang buat spekulasi.. Kening tidak di cukur ok! Cuma guna teknik solekkan jer.

Apapun.. Ok la essence eyebrow shadow tu.. Selain mudah.. kening lebih nampak kemas. Jadi tak rasa menyesal sangat la beli kan.. So bagi mereka yang baru berjinak jinak dalam menconteng muka agar cantik macam retis boleh try essence eyebrow shadow ni..

Kesimpulannya... Bukan je buat benda ni je >> Siapa pemuda-pemuda yang buat lukisan epik muka Neelofa, Harley Quinn & Song Ji Hyo ni? << di kategorikan orang berjiwa seni. Makeup ni pun satu seni jugak ok! Selagi ia perlu guna kreativiti ia tetap di panggil seni. Jadi orang yang minat makeup juga orang berjiwa seni.. hehehehe

MEMBENTUK & MELUKIS KENING JADI MUDAH DENGAN SILKY GIRL HI-DEFINITION BROW LINER

MEMBENTUK & MELUKIS KENING JADI MUDAH DENGAN SILKY GIRL HI-DEFINITION BROW LINER. Hari ni kita jadi beauty blogger kejab yer.. Aku ni jarang sangat la nak review produk kosmetik sebab aku ni jenis suka makeup tapi bukan pandai makeup sangat pun. Sekadar menconteng warna kemuka tu boleh la. Tapi di sebabkan suka tu aku kadang2 study jugak la kat youtube cara makeup yang simple. Kalau nak suruh makeup smoke eyes tu tak mampu la kot walau pernah cuba tapi aku berani apply lite2 jer. Kalau menyerlah sangat aku takut jadi rupa panda pulak kan. hahahaha


Weekend (ahad) lepas sempat singgah guardian.. Anak aku ni susah sikit sekarang bawa masuk guardian habis semua tester makeup di cubanya. Keluar guardian muka jadi warna warni. So, kena cepat - cepat beli apa yang memang dah ter list dalam otak. Memang aku nak beli eye brow liner ni. Guardian sekarang tak tau la banyak barang kosmetik dah habis tapi tak topup. Mana2 guardian aku pergi sejak dua menjak ni macam tu. Belek jugak la beberapa jenama tapi last2 aku ambil yang brand silky girl jugak. Feeling muda remaja katanya kalau guna produk silky girl ni selain murah. hehehe

Baru sempat cuba brow liner hari ni.. Gigih la melukis kening sorang2 kat rumah. Sebelum ni aku pakai jenis pensil kayu yang kena asal guna sharpener tu. Keras sikit la mata dia. Yang ni jenis lembut macam cream sikit. Ntah orang panggil jenis crayon ke hapa.. Aku pun bukan tahu sangat istilah untuk kosmetik ni. Yang aku beli Silky girl Hi-Definition Brow liner 02 Dark Brown. Kena sedar diri jugak nak pilih warna brow liner ni. Kulit kau bukan putih kuning langsat macam minah saleh nak pakai light brown.. Dark brown tu tak la janggal sangat kan orang pandang kening. Nampak natural je jugak.

Aku memang suka lukis lite2 jer sebab takut over sangat nampak pelik. Gigih touch up kening je tau. Yang lain2 memang tak touch up. hehehe Silky Girl Hi-Definition Brow Liner Dark Brown Testimoni

Memang senang nak membentuk & melukis kening guna Brow liner silky girl jenis ni sebab mata dia empat segi leper macam tu (boleh rujuk gambar paling atas). Kalau jenis pensil kayu kalau asah dia jadi tajam kat hujung kat. Nak lukis tu agak rumit la. Tapi yang jenis ni senang.. selain liner dia bersifat macam cream/crayon ni, bentuk mata dia membantu kita mendapat bentuk yang cantik masa melukis kening. Almaklum la zaman sekarang, orang tak main cukur2 kening dah. Semua bentuk guna brow liner & concealer jer.

Ni antara yang aku guna untuk touch up kening. Silky Girl Brow liner Dark Brown, Pimple & Blemish Concealer IN2IT sebab dia macam pen senang aku nak bentuk bawah kening tu,Berus jenama Naked yang Fake punya untuk kemaskan concealer. Catrice camouflage cream tu aku guna untuk kelopak mata. Semua ni produk yang murah jer.

Aku ni bukan pandai sangat pun lukis kening.. Takat yang hangpa tengok kat gambar tu je kemampuan aku. Tak perfect la. Level2 amatur jer. Yang pasti aku tak suka makeup kening nampak tebal macam kening sin chan tu. Mungkin apply kat kening orang lain nampak lawa tapi kalau muka aku.. aku nampak hodoh. hehehehe


Harga untuk Silky Girl Hi-Definition Brow Liner Dark Brown ni RM20.61. Include sekali dengan berus kening tu untuk memudahkan anda mengemaskan kening yang dah di lukis. Harga tu dah kira mampu milik la. Almaklum la budak2 sekarang sekolah rendah pun kemain dia punya makeup. Depa punya koleksi makeup mengalahkan kita orang tua2. Yang perempuan dah mula pandai makeup confirm la kumpul makeup. Jadi harga kosmetik jenama Silky Girl ni sesuai la buat budak2 yang belum ada income sendiri yang minat pada make up ni. Untuk kali pertama cuba memang rasa ok la.. Not bad. Jimat masa nak bersolek katanya. Tenyeh2 siap. hehehehe

Jadi bagi golongan amatur yang baru belajar lukis & bentuk kening boleh cuba silky girl hi-definiton brow liner ni. Insya Allah puas hati jugak.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com