ESSENCE EYEBROW SHADOW BUAT SOLEKKAN PADA KENING LEBIH KEMAS
essence eyebrow stylist set. Ada 2 warna eyebrow, 1 berus kecik & 3 template kening untuk 3 size |
Baru - baru ni aku tertengok satu live video kat facebook.. seorang cik Akak ni. Tak silap aku dia ni pun spesis mak andam jugak ni. Dia tunjuk tutorial nak makeup dari A to Z. Yang paling aku tertarik nampak senang je dia lukis kening dengan eyebrow shadow/powder. Alah yang jenis macam eyeshadow tu. Kewujudan eyebrow shadow ni memang dah lama aku tahu cuma sebelum ni aku tak reti nak guna je. Lagipun aku bukan reti sangat dok lukis kening.. Baru je sejak dua menjak ni belajar lukis kening. Lepas tengok video tu rasa macam best jer guna eyebrow shadow.. Apa lagi ahad lepas.. tergedik la singgah watsons cari stok. Memula ambil yang brand maybeline. Ada 3 warna. Harga dalam RM31++... Sebab tengok tu je yang ada. Tapi bila masuk ke dalam sikit ternampak eyebrow shadow jenama essence. Jenama pun aku tak pernah dengar tapi sebab murah.. RM14.90 ada 2 warna & dia bagi sekali template untuk lukis kening 3 bentuk & size. Terlajak murah kot.. Beli mahal2 pun kalau tak pandai makeup buruk juga hasilnya. Jadi elok la aku beli yang murah2 dulu.. practice sampai pandai...
Ni peralatan yang di gunakan untuk aktiviti menconteng arang ke muka.. ops.. melukis & membentuk kening |
3 hari ok aku cuba lukis kening guna essence eyebrow shadow tu.. Siap guna template. Haram tak menjadinya kening aku. Tak jadi bentuk langsung. Rasa dah fed up memula.. Hari ke 3 aku taknak guna template. Guna kaedah biasa aku guna sebelum ni. Lukis je ikut gerak tangan. Aku lukis bentuk dulu guna eyebrow pensil jenama IN2IT. Tu pun murah jer.. Harga dalam 19++ dapat sekali dengan eyeliner. bila dah lukis bentuk kening tu.. kemudian baru warnakan dengan essence eyebrow shadow. Aku guna warna yang dark brown. Memang hasilnya buat aku rasa 'Wow' dah bagi aku yang baru belajar lukis kening sendiri. Kalau sebelum ni guna eyebrow pencil..kadang2 jadi macam berketul2 kat kening atau warna terlalu pekat & terang. Bila guna jenis eyebrow shadow ni.. warna dia sekata & nampak lite2 jer.. Takde la nampak macam opera cina sangat kan? hehehehehe
Selepas dah siap lukis melukis kat kening.. Bohong la kalau cakap kening kat cukur ni akan terus nampak kemas. Kena la jugak tutup bulu - bulu kening yang tak di ingini dengan concealer. Bawah & atas kening ok kena letak concealer agar nampak bentuk kening yang cantik. Aku guna concealer pun yang murah je. Jenama pun tak terkenal. Beli kat guardian je. Tapi lupa berapa harga dia hehehe.. Lepas tu touch la sikit bawah kening dengan eyeshadow warna putih yang ada glitter2 sikit tu.. Gitu la cara aku rias kening katanya. hehehe
Apapun.. Ok la essence eyebrow shadow tu.. Selain mudah.. kening lebih nampak kemas. Jadi tak rasa menyesal sangat la beli kan.. So bagi mereka yang baru berjinak jinak dalam menconteng muka agar cantik macam retis boleh try essence eyebrow shadow ni..
Kesimpulannya... Bukan je buat benda ni je >> Siapa pemuda-pemuda yang buat lukisan epik muka Neelofa, Harley Quinn & Song Ji Hyo ni? << di kategorikan orang berjiwa seni. Makeup ni pun satu seni jugak ok! Selagi ia perlu guna kreativiti ia tetap di panggil seni. Jadi orang yang minat makeup juga orang berjiwa seni.. hehehehe
wah cantik juga tu suria
ReplyDeletewah..lepas ni boleh asah skill lagi ni...tp sy memang tak pandai nak buat kening...kelakar pulak rasanya..
ReplyDelete