Showing posts with label mercun. Show all posts

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN. Di Malaysia ni tak kira apa jenis sambutan perayaan mesti nak kena main mercun. Dah macam jadi satu budaya semua kaum. Asal raya mesti nak kena bakar mercun. Baru meriah katanya. Yelah.. kemeriahan selalu nak kena ada bunyi bunyian yang menggamatkan suasana. Kalau sunyi basi je kurang rasa kemeriahan tu katanya.

Saya antara manusia anti mercun jenis yang bunyi terlalu kuat dan bahaya. Terutama jenis macam bom atau jenis yang terbang. Pengalaman pahit berjiran dengan manusia yang tiada adab & menghormati orang lain buat saya jadi benci dengan mercun. Setakat main sikit sikit untuk berseronok nak sambut raya tu ok la.. Ni dah rasa macam duduk di negara yang sedang berperang. Korang bayangkan la sampai tengah malam bunyi macam bom dok meletup atas bumbung rumah hangpa. Boleh tahan ke kalau hampir setiap tahun macam tu? Susah berjiran dengan orang yang tak ada sivik ni. Report polis pun tak menyelesaikan apa apa pun masalah.

Nak main tu biarlah berpada pada. Jangan sampai menyusahkan orang sekeliling. Lagipun kebanyakan mercun yang bahaya kat Malaysia ni di jual secara haram. Sebab di Malaysia ni yang hanya di luluskan untuk jual cuma jenis mercun bunga api atau pop pop. Tak tau mercun pop pop tu macam mana? Mercun yang kena baling kat atas permukaan lantai kemudia dia akan mengeluarkan bunyi pop. Anak saya pun suka main.

Mercun tu tak payah hangpa nak cucuh guna api bagai. Semua peringkat umur boleh main. Asal ada bunyi sudah la kan. Lain lain jenis mercun yang terbang, yang bunyi mengalahkan bom atom. Yang boleh menyebabkan kebakaran & kecederaan.. semua mercun tu tiada kelulusan untuk di jual atau di mainkan yer. Tak payah la nak guna terma.. Alah setahun sekali. Masalah kat Malaysia ni semua jenis raya nak kena bakar mercun dah tak jadi setahun sekali. Saya boleh bertolak ansur lagi kalau jenis mercun papan orang cina selalu bakar setempat untuk tahun baru cina tu. Sebab dia cuma bising sikit tapi tak berterbangan atau di baling ke sana sini. Setakat bakar awal waktu tu ok la. Selepas pukul 12 tengahmalam tu jangan nak extreme sangat main mercun.

Apapun setiap kali menjelang musim perayaan ni isu mercun ni macam tak ada penyelesaian. Memang la ada undang undang cuma perlaksanaan tu tak setegas mana. Jadi bertimbang rasa lah kalau nak main pun. Kena ingat kita hidup kiri kanan ada manusia lain yang mungkin terganggu walau kita rasa seronok. Dalam hutan pun.. binatang pun tak selesa kalau bunyi meletup sana sini. Jadi janganlah jadi bodoh lebih dari haiwan yang tak berakal.

Moral of the story.. buat apa nak bakar duit banyak banyak hanya nak beli mercun. Beli je pop pop pun mercun juga.murah pun murah.

BEZA LETUPAN DI MALAYSIA DAN PALESTINE (#PrayForGaza)

Tersentuh hati aku bila terbaca satu caption yang simple tapi sangat2 mendalam.. Di Palestine mereka bersahur di dunia tapi berbuka di syurga. Betapa mengambarkan apa yang berlaku di sana. Nyawa seolah jaraknya dari sahur hingga berbuka. Kalau disana mereka tak berani lelapkan mata sebab takut bahaya datang tiba2.. Tapi kita kat sini bersengkang mata layan piala dunia. Kalau di sana.. kedengaran riuh suara tangisan meratap kematian.. kita kat sini riuh suara jerita Gol di pagi buta layan bola.

Even kat Malaysia sekarang dah makin kedengaran bunyi letupan macam kat Palestine beza cuma letupan kat Malaysia konon nak bagi meriah.. Tapi di Palestine letupan yang dahagakan darah insan2 tak berdosa demi tamakkan kuasa. Kalau kat Malaysia kita dah mula boleh dengar & baca ada yang putus jari, hancur tangan bagai sebab letupan mercun tapi di Palestine sekarang kita boleh lihat di laman sosial ramai nyawa yang terkorban akibat dari letupan bom & bedilan peluru tak berperikemanusiaan. Kalau di Palestine bunyi letupan menjadi trauma penduduk di sana.. tapi kita kat sini lagi kuat meletup mercun lagi meriah katanya. Sebab kita masih tak nampak musuh datang mengacu senjata di kepala jadi kita terus leka.


Betapa kita masih mampu hidup selesa & kita masih ada daya untuk membantu mereka di sana walau kita tak mampu berjuang dengan senjata berjuanglah dengan apa adanya.

Atas rasa tanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta..ayuh Malaysia dan seluruh dunia..salurkan bantuan utk saudara saudara kita di sana..

BANK ISLAM: 12029010047880
MAYBANK: 562263010787
CIMB: 8600460353
BANK MUAMALAT: 12070005133717
RHB BANK: 21245760004907
BANK RAKYAT: 220806195922

Akaun Bank atas nama: AMAN PALESTIN BERHAD


#PrayForGaza


TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG HILANG ANGGOTA BADAN KERANA MERCUN

Ucapan aku pada mereka2 yang menjadi mangsa mercun.. Tahniah! Kalau ada saki baki jari yang masih tak terputus/hancur/cedera tahun depan boleh la letupkan jari dengan mercun yer... Kalau dah abis semua jari kaki & tangan... Harap insaf la yer...

Tahniah yer dik. Baru putus 3 jari.. banyak lagi jari simpan tahun depan pulak yer

Kejam kan ucapan aku?? memang kejam. Aku memang manusia yang takde rasa simpati pada mereka yang tercedera parah sebab main mercun. Aku memang benci pemain mercun. Ni semua sebab jiran sebelah rumah aku kat kampung. Dah berpuluh tahun... & setiap tahun akan berlaku benda yang sama & aku rasa tahun ni jugak tetap sama. Depa akan tembak mercun menghala kerumah aku. Meletup atas bumbung.. kena cermin.. meletup kat tempat kakak & adik aku parking kereta. Dari malam sampai tengah malam kadang2 berlanjutan sampai 2 3 pagi. Nak2 lagi dekat raya & malam raya. Tengok TV pun dah tak dengar butir bicara TV.. mengalahkan duduk kat negara berperang. Bertalu talu bunyi tembakkan mercun. Tak tau mercun apa.. semua jenis meletup macam bom.

Report polis... Aku rasa polis2 cawangan padang serai kedah tu semua adik beradik depa kot. Berpuluh tahun report takde penyelesaian. Report jer.. polis datang round2 dalam kampung lepas tu balik. Bila kita call lagi bagitau.. dia kata masa dia datang dorang lari & takde orang main mercun. Ok.. setttle la kerja polis. Yelah.. yang report bukan anak menteri, anak sultan @ anak orang kenamaan...  Buat kerja lebih kurang pun ok, ye dak?? Pernah jadi satu kes terpaksa merujuk ke balai.. anak jiran aku boleh cakap depan polis, salah ke main mercun depan rumah sendiri. Wah.. polis tu tak cakap salah pun siap backing. Yang aku tau bukan takat jual mercun jer salah, main mercun pun salah. Benda dah di haramkan takkan jadi tak salah pulak.

Dan kerana tu aku benci mercun.. kadang2 hari raya ni yang buat aku hilang mood nak balik beraya adalah kerana jiran aku tu. Dan aku memang benci sapa2 jer main mercun yang jenis meletup macam bom tu. Yang cedera parah even mati sekalipun sebab main mercun memang aku tak simpati sangat la.

Moral of the mercun story... Mercun ni bukan setakat di haramkan & merbahaya malah mampu mencetuskan pergaduhan & permusuhan dengan orang2 sekeliling. Jadi pada mak bapak yang still mengamalkan budaya main mercun bila nak dekat raya ni.. Fikirkan semula. Dengan ganggu ketenteraman orang untuk korang berseronok best ke? Hidup dengan sumpah seranah orang maybe bahagia bagi korang kot.

P/S : dah berapa tahun aku buat entri pasal mercun & aku akan buat selagi rasa benci aku pada pemain mercun ni wujud.
P/S : Di Palestine mungkin bunyi letupan menjadi trauma pada mereka berbeza kita di sini rasa meriah pulak dengan letupan sebab kita disini meletupkan bukan di letupkan. Fikir fikirkan lah.. #PrayForGaza


SELAGI TAK KENA BEDIL DENGAN MERCUN

Tu la sikap segelintir manusia dalam masyarakat kita yang tak dapat kita nafikan kewujudan mereka apatah lagi memupuskan sikap macam tu di muka bumi ni. Selagi tak kena batang hidung sendiri.. selagi tu la tak mengapa, katanya. Yang main orang lain.. Jadi biarlah. Kalau kena pun orang lain bukan depa.. katanya lagi.

Apa kes ko meroyan ni sang lekit?? Meroyan tak berapa meroyan la.. tapi ni entri lepas geram sambil memberi kesedaran pada makhluk2 Tuhan yang masih lagi tak berapa sedar tentang bahaya mercun ni. Ye betul.. bukan kau yang main. Ye.. betul.. setahun sekali raya, bagi peluang la depa enjoy. Betul la apa kau cakap bagi penilaian ko sendiri tapi tak berapa betul bagi orang yang rasa benda tu tak patut di buat main & cara enjoy.

Dah benda tu di haramkan.. ko nak halalkan jugak dengan alasan bagi change (peluang) untuk orang lain menikmati perayaan dengan cara yang bukan saja merbahaya pada si pemain tegar jugak pada orang lain di sekitarnya. Ok.. yang terbaru depavali, ada yang kata time depavali kaum yang menyambutnya main mercun kita bising, time raya (orang islam) main mercun takde lak tak bising. Samada kau dok dalam gua atau ko memang buta atau ko tak pernah baca paper, tengok berita  memang la kau takkan dengar rintihan,rungutan, kutukan atau apa2 saja bentuk kemarahan orang pasal mercun ni tak kira raya siapa & raya apa. Aku sendiri mengutuk ganas tiap kali tiba raya bila manusia2 tak bertamadun ni main mercun sampai mengganggu & membahayakan orang lain. Ko cari je la entri2 aku yang lepas.. rasanya ada 2 3 entri pasal mercun ni.

Ada jugak yang cakap.. Ok jer.. walau kami tak main mercun, tapi tak kisahlah sebab kami sekeluarga tak terganggu pun dengan bunyi mercun tu. Lagipun kalau kena mercun bukan kami.. tapi depa2 yang main tu. Ni lagi spesis yang ketinggalan segala jenis isu. Agaknya dia tak pernah baca berita orang yang tak main mercun buta mata terkena mercun orang lain, rumah orang terbakar sebab budak2 main mercun. Atau dia nak tunggu semua benda tu hempap atas kepala dia.. jadi kat family dia dulu baru dia kisah kot. Tapi kalau dah putus anggota badan.. melecur sana sini.. nasib tak baik mati rentung sebab mercun, ko menyesal pun anggota yang hilang tak tumbuh balik apatah lagi nyawa yang melayang dah confirm takde sparepart.

Kenapa kerajaan haramkan mercun?? Fahamlah wahai makhluk2 yang menjadi penyokong pada aktiviti main mercun ni. Sebab benda tu merbahaya pada semua orang tak kira yang main atau yang tak main. Sekarang kau ada paham mak enon, pak pandir & kak andeh juga abang meon sekalian?? (Nama sekadar watak rekaan yer ). Istilah bagi peluang tu cuba kau guna pada sesuatu yang membawa kebaikan & manafaat sikit. Setakat bagi peluang main mercun.. tu bukan namanya bagi peluang tapi bagi jahanam.

Di akhir rancangan ni jom kita tengok sedutan dari komen2 mereka2 yang masih tak berapa rasa mercun tu bahaya atau depa rasa mercun tu hanya bahaya pada orang yang main je

Dari kes komen status yang kedua tu sipolan tu macam tak puas hati terus serang status sang lekit lak bagi mencari salah orang untuk buat dia julang kemenangan jugak. Biasa la tu.. macam komen2 kat blog ni jugak. Bila dorang takde point nak point maka dari isu mercun jadi isu aurat. Jom kita baca serang balas tu..


Well.. hadapi dengan senyuman je orang macam ni. Dah lali dah.. bukan sekali berdepan dah berpuluh2 kali. Cuma bezanya.. kalau kat blog jenis2 macam ni spesis yang tak pupus iatu Anonymous, kalau kat FB kita tau tuan punya hujah tu je bezanya

P/S : Maaf penulisan entri ni agak keras. Pada yang terasa.. ada bagusnya sebab tu bermakna korang masih memiliki akal yang waras & hati yang masih berfungsi untuk merasa maka gunakan pancaindera tu untuk membuat keputusan dengan bijak sebelum mengeluarkan sebarang pendapat.


BERHENTI JADI SETAN DI BULAN RAMADHAN

Menjelang raya je mesti ada berita pasal putus.. buta.. melecur & mati. Mesti ada punya tiap2 tahun. Macam kalau takde tu rasa tahun tu memang takde raya. Macam dah jadi benda wajib.. mesti ada. Kalau takde tak boleh. Macam tak lengkap biarpun takde sapa yang nak semua tu berlaku ketika tengah seronok nak meraikan hari raya, kan??

Sebelum membebel panjang takut ada yang garu2 kepala fikir apa benda yang putus, buta, melecur & mati tu terpaksa la sang lekit bagi penjelasan kontot sikit. Semuanya berkaitan mercun. Main mercun sampai ada yang putus jari.. buta mata.. melecur anggota badan & ada juga yang mati. Tiap2 tahun surat khabar.. TV.. radio bagai menyiarkan berita bahana mercun ni tapi malangnya masih takde keinsafan selagi makhluk jenis tu rasa dia pro dalam aktiviti memercun & belum pernah mengalami sebarang kecederaan akibat mercun & mercun masih di jual @ ada sesetengah anggota tu yang ambil kesempatan bawak balik mercun hasil rampasan buat mainan anak2 (Bukan semua anggota **tutttttttt*** tu jenis macam tu tapi tetap ada & sang lekit bercakap dari apa yang sang lekit tahu je).

Sang Lekit memang cukup benci pada orang yang main mercun ni. Takat main mercun meletup ala2 bunyi kentut tu, daku boleh la terima kalau benda tu tak merbahaya pada si pemain & bukan pemain jugak tapi kalau dah rasa macam kat Iraq jer walhal kampung daku nun di kedah darulaman & bertempat di negara yang di iktiraf aman (Malaysia) memang la mengundang api dalam hati.

Terpaksa terima akibat dari kegiatan haram orang lain main mercun. kesian kan??
Mercun ni bukan saja mengundang bahaya.. menganggu ketenteraman orang lain tapi seolah2 korang bakar duit jer. Ada pula yang komen kata kalau takde bunyi mercun rasa tak meriah pulak raya. Bagi orang yang suka main mercun memang dorang rasa meriah dengan meletupkan mercun tapi bagi yang tak suka & terganggu dengan mercun.. spoil semua mood raya tau!! Meriah tu bukan datang dari mercun, ok! Meriah atau tak.. datang dari dalam diri kita sendiri. Korang rasa meriah ke bila orang maki hamun, menyumpah seranah korang? Korang rasa gembira ker menganggu orang sekeliling? Kalau korang rasa happy boleh buat macam tu bermakna korang la setan2 yang tak kena jail masa bulan ramadhan. Sebab setan je happy kalau boleh menyesatkan orang & menganggu manusia. Kenapa korang setaraf setan.. sebab korang, orang lain dah buat 1 dosa dok menyumpah seranah korang. Dah merosakkan iman orang.

Berhenti la jadi setan menjelang raya ni.. Tak payah tunggu sampai rentung separuh badan, buta sebelah mata, putus anggota badan sebab kalau masa tu baru nak pong pang kat TV, paper bagai cakap insaf pun anggota badan yang putus tak tumbuh balik dah.. yang rentung tetap tinggal kesan rentung kat badan & yang buta tu takkan tiba2 jadi celik balik dengan airmata insaf korang tu. Senang cakap cegah tu lebih baik dari merawati.


MOGA KAMPUNG KU AMAN DEKAT NAK RAYA NI

Kalau seminggu lagi nak raya tu.. Tak balik kampung pun takpe kot. Kalau balik hari raya lagi bagus sebab masa tu dah confirm aman sikit. Seminggu sebelum raya memang kampung sang lekit akan jadi kacau bilau umpama kampung yang di landa perang.

Lepas buka puasa jer.. rasa macam tak berani la nak keluar rumah. Takut terkena bom lak. Yelah time2 tu la bunyi tembakkan akan kedengaran sana sini. Mesti semua tertanya - tanya kat mana sebenarnya kampung sang lekit ni?? Masih kat malaysia ker? Kat malaysia lagi.. nun di utara tanah air, kedah darulaman. Yang tak amannya bukan seminggu sebelum raya Jepun datang menjajah atau komunis serang kampung tapi manusia yang tak berapa bertamadun hidup di kampung sang lekit mula membuktikan tahap ketidak tamadunan mereka pada masyarakat kampung yang lebih maju & bertamadun yang lain.

Setakat main mercun meletup kebabom depan  rumah sendiri ok lagi.. boleh tahan walau mercun dorang mengalahkan bom tangan punya bunyi. Tapi jenis manusia yang menjadikan orang lain sebagai risiko untuk mereka berseronok ni yang mengundang rasa tak puas hati tahap kritikal. Perang mercun antara dua rumah yang boleh di panggil jiran sang lekit jugak memang tiap2 tahun rumah sang lekit jadi sasaran. satu duduk sebelah rumah.. satu lagi depan rumah (seberang jalan). Bayangkan dua buah rumah ni buat pesta mercun sambil perang. Mercun pulak jenis terbang2.. selalu meletup atas bumbung rumah sang lekit. Pernah kena tingkap.. pernah jugak meletup atas kereta kakak sulung sang lekit.

Bila tegur @ marah.. si mak bapak pula bagi semangat suruh main lagi. Bila report polis pun.. polis just datang round2 dengan motor lepas tu balik. Masa polis datang round sunyi sekejab. Lepas tu polis pun cakap.. Masa kitorang datang takde main, jadi kitorang tak boleh nak buat apa2. Jadi apa la kami penduduk yang bertamadun ni nak buat dengan masyarakat yang kurang bertamadun. Tegur lagi menjadi.. report polis dah itu pulak kata polis. Apa yang sang lekit harap tahun ni dorang ada kesedaran & jadi manusia bertamadun je.

Tahun ni rasanya suasana tetap macam biasa jugak.. Kalau nak gaduh pun rasanya dah takde ayat power nak cakap jadi sang lekit doakan dorang sekeluarga dari mak bapak sampai cucu cicit mendapat hidayah &insaf tak menganggu ketenteraman orang lain lagi. Tak tau la hidayah tu dapat setelah putus 3 4 jari.. buta sebelah mata.. melecur separuh badan.. Tapi di harap mereka & keluarga mereka dapat keinsafan sebelum terjadinya perkara2 buruk tak kira pada pemain mercun itu sendiri ataupun orang yang tidak terlibat langsung dalam aktiviti haram dorang tu. Aminnnnnnnn...

Salah sorang member sekampung yang juga terkesan dengan perang mercun  yang berlaku tiap kali menjelang raya tak kira raya apapun semua dorang celebrate.


ISU PUTUS TAK BUAT DORANG SERIK

Baru jer hari ke empat umat Islam berpuasa dah keluar berita orang putus sana sini. Putus apa?? Bukan putus cinta, bukan putus tunang, bukan putus urat perut.. Ni kes putus anggota badan. Bukan kes kena bunuh, kerat bagai.. Ni kes penyakit cari sendiri.

Angkara mercun la apa lagi. Tiap2 tahun mesti ada kes putus anggota badan sebab mercun. Kalau sendiri main sendiri terima padah ucapannya padan muka, kalau tak insaf lagi tak tau la nak cakap apa. Kalau yang terima padah sebab orang lain punya angkara.. Ini yang mendatangkan marah ni. Jangan nak tunding kat takdir untuk menutup salah sendiri yang menyebabkan kecederaan orang lain pula.

Carian Google

Sang lekit memang benci sangat orang yang main mercun ni sejak dulu lagi. Semua ni angkara jiran2 sang lekit yang tak tahu hormati orang lain. Ni cerita masa kat kampung. Jiran sang lekit depan belakang suka sangat main mercun. Dari anak sampai mak bapak. Kalau mak bapak tak main pun dia akan bagi sokongan moral pada anak - anak dia membuat onar dengan mercun. Bising satu hal.. satu hal lagi jenis suka tuju mercun kat rumah orang. Bayangkan mercun tu jatuh atas bumbung rumah korang. Hangin tak korang? Bila di tegur menjadi - jadi pula. Bila lapor kat polis.. Datang la buat rondaan tapi gitu - gitu je la.. Setiap tahun pun macam tu la. Alasan dorang bagi, bila dorang datang semua cabut lari. Habis tu takkan nak tunggu polis & ajak main sekali.

Hilang 3 jari akibat mercun. Ada lagi 7 jari harap jaga elok2 yer

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com