SELAGI TAK KENA BEDIL DENGAN MERCUN

11/15/2012 10:35:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Tu la sikap segelintir manusia dalam masyarakat kita yang tak dapat kita nafikan kewujudan mereka apatah lagi memupuskan sikap macam tu di muka bumi ni. Selagi tak kena batang hidung sendiri.. selagi tu la tak mengapa, katanya. Yang main orang lain.. Jadi biarlah. Kalau kena pun orang lain bukan depa.. katanya lagi.

Apa kes ko meroyan ni sang lekit?? Meroyan tak berapa meroyan la.. tapi ni entri lepas geram sambil memberi kesedaran pada makhluk2 Tuhan yang masih lagi tak berapa sedar tentang bahaya mercun ni. Ye betul.. bukan kau yang main. Ye.. betul.. setahun sekali raya, bagi peluang la depa enjoy. Betul la apa kau cakap bagi penilaian ko sendiri tapi tak berapa betul bagi orang yang rasa benda tu tak patut di buat main & cara enjoy.

Dah benda tu di haramkan.. ko nak halalkan jugak dengan alasan bagi change (peluang) untuk orang lain menikmati perayaan dengan cara yang bukan saja merbahaya pada si pemain tegar jugak pada orang lain di sekitarnya. Ok.. yang terbaru depavali, ada yang kata time depavali kaum yang menyambutnya main mercun kita bising, time raya (orang islam) main mercun takde lak tak bising. Samada kau dok dalam gua atau ko memang buta atau ko tak pernah baca paper, tengok berita  memang la kau takkan dengar rintihan,rungutan, kutukan atau apa2 saja bentuk kemarahan orang pasal mercun ni tak kira raya siapa & raya apa. Aku sendiri mengutuk ganas tiap kali tiba raya bila manusia2 tak bertamadun ni main mercun sampai mengganggu & membahayakan orang lain. Ko cari je la entri2 aku yang lepas.. rasanya ada 2 3 entri pasal mercun ni.

Ada jugak yang cakap.. Ok jer.. walau kami tak main mercun, tapi tak kisahlah sebab kami sekeluarga tak terganggu pun dengan bunyi mercun tu. Lagipun kalau kena mercun bukan kami.. tapi depa2 yang main tu. Ni lagi spesis yang ketinggalan segala jenis isu. Agaknya dia tak pernah baca berita orang yang tak main mercun buta mata terkena mercun orang lain, rumah orang terbakar sebab budak2 main mercun. Atau dia nak tunggu semua benda tu hempap atas kepala dia.. jadi kat family dia dulu baru dia kisah kot. Tapi kalau dah putus anggota badan.. melecur sana sini.. nasib tak baik mati rentung sebab mercun, ko menyesal pun anggota yang hilang tak tumbuh balik apatah lagi nyawa yang melayang dah confirm takde sparepart.

Kenapa kerajaan haramkan mercun?? Fahamlah wahai makhluk2 yang menjadi penyokong pada aktiviti main mercun ni. Sebab benda tu merbahaya pada semua orang tak kira yang main atau yang tak main. Sekarang kau ada paham mak enon, pak pandir & kak andeh juga abang meon sekalian?? (Nama sekadar watak rekaan yer ). Istilah bagi peluang tu cuba kau guna pada sesuatu yang membawa kebaikan & manafaat sikit. Setakat bagi peluang main mercun.. tu bukan namanya bagi peluang tapi bagi jahanam.

Di akhir rancangan ni jom kita tengok sedutan dari komen2 mereka2 yang masih tak berapa rasa mercun tu bahaya atau depa rasa mercun tu hanya bahaya pada orang yang main je

Dari kes komen status yang kedua tu sipolan tu macam tak puas hati terus serang status sang lekit lak bagi mencari salah orang untuk buat dia julang kemenangan jugak. Biasa la tu.. macam komen2 kat blog ni jugak. Bila dorang takde point nak point maka dari isu mercun jadi isu aurat. Jom kita baca serang balas tu..


Well.. hadapi dengan senyuman je orang macam ni. Dah lali dah.. bukan sekali berdepan dah berpuluh2 kali. Cuma bezanya.. kalau kat blog jenis2 macam ni spesis yang tak pupus iatu Anonymous, kalau kat FB kita tau tuan punya hujah tu je bezanya

P/S : Maaf penulisan entri ni agak keras. Pada yang terasa.. ada bagusnya sebab tu bermakna korang masih memiliki akal yang waras & hati yang masih berfungsi untuk merasa maka gunakan pancaindera tu untuk membuat keputusan dengan bijak sebelum mengeluarkan sebarang pendapat.

5 comments:

  1. berasap jugak telinga mlm kelmarin.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. setuju !! dengar je bunyi mercun tak kesahlah raya apepun, saket hati tetap jugak saket hati . semua terganggu. nak tengok tv pon tak senang, ade ank kecik pon tetiba aje budak tu menangis sebab takut & terkejut. silap-silap ikutkan hati nak aje sound sebijik-bijik depan muke !!

    ReplyDelete
  3. x payah nak meroyan sgt lah korang ni....org kutuk ko, ko marah...habis yg ko dok copypaste comment org then mcm nk bg 1 dunia taw xpe la.
    Aku tgk bl ko kutuk org sedap bahse je, time org tu bg fakta kat ko, ko xleh terima...
    Byk lg lah isu dlm M'sia ni yg patut ko cerita kat blog ko.
    Cth:- Isu murtad di kalangan org melayu
    Cth lagi:- Isu keruntuhan akhlak di kalangan muda mudi sekarang
    nak cth lagi ke?
    Byk lg isu2 lain yg blh bg pgajaran utk mbangunkan rakyat M'sia yg patut ko kupas drpd "isu mercun" ni sbb mende ni mmg tiap2 thn cerita yg sama jgk.
    Cukup2 sudah nk mroyan sgt, blog tu toksah lah tlampau nk syok sendiri. lgsung xde pekdah.

    ReplyDelete
  4. ayat mcm kenal je Anonymous ni.. takpe la dik. ko buat la isu tu kat blog ko. akak tetap nak jd org yg Anti mercun.. :D

    ReplyDelete
  5. jaga gepren ko bebaik yer Anonymous.. jgn lama2 sgt bergepren.. kang teruntuh akhlak lak. Peace

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com