MOGA KAMPUNG KU AMAN DEKAT NAK RAYA NI

8/11/2012 01:31:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Kalau seminggu lagi nak raya tu.. Tak balik kampung pun takpe kot. Kalau balik hari raya lagi bagus sebab masa tu dah confirm aman sikit. Seminggu sebelum raya memang kampung sang lekit akan jadi kacau bilau umpama kampung yang di landa perang.

Lepas buka puasa jer.. rasa macam tak berani la nak keluar rumah. Takut terkena bom lak. Yelah time2 tu la bunyi tembakkan akan kedengaran sana sini. Mesti semua tertanya - tanya kat mana sebenarnya kampung sang lekit ni?? Masih kat malaysia ker? Kat malaysia lagi.. nun di utara tanah air, kedah darulaman. Yang tak amannya bukan seminggu sebelum raya Jepun datang menjajah atau komunis serang kampung tapi manusia yang tak berapa bertamadun hidup di kampung sang lekit mula membuktikan tahap ketidak tamadunan mereka pada masyarakat kampung yang lebih maju & bertamadun yang lain.

Setakat main mercun meletup kebabom depan  rumah sendiri ok lagi.. boleh tahan walau mercun dorang mengalahkan bom tangan punya bunyi. Tapi jenis manusia yang menjadikan orang lain sebagai risiko untuk mereka berseronok ni yang mengundang rasa tak puas hati tahap kritikal. Perang mercun antara dua rumah yang boleh di panggil jiran sang lekit jugak memang tiap2 tahun rumah sang lekit jadi sasaran. satu duduk sebelah rumah.. satu lagi depan rumah (seberang jalan). Bayangkan dua buah rumah ni buat pesta mercun sambil perang. Mercun pulak jenis terbang2.. selalu meletup atas bumbung rumah sang lekit. Pernah kena tingkap.. pernah jugak meletup atas kereta kakak sulung sang lekit.

Bila tegur @ marah.. si mak bapak pula bagi semangat suruh main lagi. Bila report polis pun.. polis just datang round2 dengan motor lepas tu balik. Masa polis datang round sunyi sekejab. Lepas tu polis pun cakap.. Masa kitorang datang takde main, jadi kitorang tak boleh nak buat apa2. Jadi apa la kami penduduk yang bertamadun ni nak buat dengan masyarakat yang kurang bertamadun. Tegur lagi menjadi.. report polis dah itu pulak kata polis. Apa yang sang lekit harap tahun ni dorang ada kesedaran & jadi manusia bertamadun je.

Tahun ni rasanya suasana tetap macam biasa jugak.. Kalau nak gaduh pun rasanya dah takde ayat power nak cakap jadi sang lekit doakan dorang sekeluarga dari mak bapak sampai cucu cicit mendapat hidayah &insaf tak menganggu ketenteraman orang lain lagi. Tak tau la hidayah tu dapat setelah putus 3 4 jari.. buta sebelah mata.. melecur separuh badan.. Tapi di harap mereka & keluarga mereka dapat keinsafan sebelum terjadinya perkara2 buruk tak kira pada pemain mercun itu sendiri ataupun orang yang tidak terlibat langsung dalam aktiviti haram dorang tu. Aminnnnnnnn...

Salah sorang member sekampung yang juga terkesan dengan perang mercun  yang berlaku tiap kali menjelang raya tak kira raya apapun semua dorang celebrate.

8 comments:

  1. kdg2 tue time org solat pn diorg main perang2

    ReplyDelete
  2. biasanya, sudah terhantuk, baru terngadah. semoga saja untuk kedepannya kejadian ini tidak terus-terusan terjadi...

    ReplyDelete
  3. tapi aidilfitri tanpa mercun macam x kena je kan .. ekkke

    anak2 akk pun main bunga api malam tadi .. tapi bukan mercun lahh ;))

    ReplyDelete
  4. budak2 sekarang kreatif sgt dok buat
    mercun sndiri.. kebanyakannya yang kena
    tu bila dorang buat@ ubahsuai.. hhu

    Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.

    ReplyDelete
  5. Kg aku pun sama. Kdg2 nk lg hebat pakai meriam. Tak faham la...

    ReplyDelete
  6. setakat bunga api besi tu berani la jugak bagi anak2 main..tp mercun yg meletup bagai nk runtuh flat tu mmg nk kena sumpah seranah je..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com