Showing posts with label jenazah. Show all posts

ORANG BUKAN ISLAM BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH ORANG ISLAM

ORANG BUKAN ISLAM BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH ORANG ISLAM. Hari Jumaat ni kita mulakan dengan entri berkonsepkan ilmu keagamaan sikit yer. Mengambil berkat hari Jumaat yang mulia yang menjadi penghulu segala hari. Apa ingat lekatlekit ni reti melazer je ke? Aku pun manusia kot.. Ada la sudut baik & buruknya.. ye dak? hehehehe


Sebenarnya benda ni aku sendiri pun tak pernah tahu, Almaklum la Ilmu aku tak setinggi mana. Masih belajar & terus belajar.. Tadi ternampak Blogger share info pasal ni cuma dia just buat status ringkas je. Tak penjelasan secara terperinci pasal di bolehkan orang bukan Islam memandikan jenazah orang Islam selagi dia tahu cara yang betul melakukan..

Jadi aku try la goggle.. Yer yer aku tahu jangan mengaji dengan google. Sebaiknya cari guru. Sekadar info ringan.. Selebihnya kena merujuk dengan guru guru agama yang lebih tinggi ilmunya. Tapi aku share jugak la hasil dari menggoogle ni untuk kita sama2 dapat point seterusnya mencari ilmu itu dengan mereka yang lebih berkelayakkan...

Dari youtube ceramah Agama dari seorang ustaz ni menjelaskan memang sah jenazah di mandikan oleh orang bukan islam sebab memandikan jenazah tidak wajib membaca niat. Niat cuma sunat.. Jenazah tu memang la dah lepas.. Tapi kita yang sesama islam ni fardu kifayah tu tak lepas la kalau membiarkan orang bukan Islam memandikan jenazah sedangkan masih ramai orang Islam boleh melakukannya. Kita akan di persoalkan & di pertanggungjawab atas perkara tu. Yang dah mati tu memang dia tak ada apa2 dah. Dia dah lulus walau yang memandikan dia orang bukan Islam. Kecuali memang itu sahaja pilihan yang ada.. Maka tidak menjadi masalah untuk orang bukan Islam memandikan jenazah orang Islam..

Boleh dengar penjelasan dari video ni

Ingat tu walau Islam ni mudah jangan di permudahkan.. Kita nak sampaikan ilmu biar lengkap dengan penjelasannya supaya tidak menjadi salah faham kepada orang yang kita sampaikan. Sesetengah orang dia ambil point penting jer.. Macam bila kita kata orang bukan Islam boleh memandikan jenazah orang Islam.. Dia rasa dalam semua situasi pun boleh la. Benda ni kewajiban sesama Islam.. Cuma islam mudahkan umatnya jika berada dalam situasi dimana tiada orang Islam untuk melakukan perkara tersebut maka di bolehkan orang bukan Islam melakukan terhadap orang islam yang memerlukan. Malah dari pembacaan aku di bolehkan orang bukan Islam mengkafankan & mengembumikan jenazah orang Islam jika dalam situasi memang tak ada orang Islam di situ boleh melakukan sebab memandikan, mengkafankan & mengebumikan jenazah lebih bersifat teknikal. Tu kalau betul2 kau tinggal kat tempat yang memang kau saja orang Islam yang lain semua orang bukan Islam la.. Kalau kat Malaysia ni.. Rasa tak sampai kita memerlukan bantuan orang bukan Islam untuk melakukan semua tu kot.

Hope dengan perkongsian yang sedikit ni menjadi jalan untuk anda mengali ilmu tentangnya lebih mendalam. Boleh pakat pergi merujuk kepada guru agama masing masing yer nanti. Kalau ada kesilapan dalam penyampaian ilmu tak seberapa ni.. Mohon teguran secara berhemah memperbetulkan saya yang masih jahil ni..

PERLU ADA LARANGAN BAWA SMARTPHONE DI KAWASAN PERKUBURAN

PERLU ADA LARANGAN BAWA SMARTPHONE DI KAWASAN PERKUBURAN. Sebelum berhujah ala2 pendebat yang mempertahankan kejuaran setiap tahun aku nak ambil kesempatan dalam ruang yang sempit di blog lekatlekit.com ni mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Pelawak terkenal Malaysia, Allahyarham Yus Jambu, Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa beliau & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman. Sesungguhnya semua yang hidup pastikan mati. Tiada yang akan kekal menongkat langit.. Bertabahlah pada mereka2 yang kehilangan orang tersayang. Berdoalah semoga di satukan kembali di alam abadi nanti.


Semalam semua di kejutkan dengan berita pemergian Arwah.. Dan berlaku perkara yang bagi aku sangat biadap bila ramai yang ambil gambar jenazah saat kafan di buka kan sebelum di kebumikan dalam liang lahat. Dah la ambil gambar lepas tu sebarkan pulak. Gamaknya dia pergi melawat jenazah semata mata nak dapat shoot yang menarik la kot. Teknologi semakin canggih tapi perangai manusia semakin jahil & tak bertamadun. Sampai tak tahu batas batas nak berseronok. Sampai tak ada rasa hormat kepada orang yang dah meninggal dunia. Yelah.. yang mati tu mati la katanya. Dia bukan nak rasa apa dah.. Tapi kau tak terfikir ke perasaan ahli keluarga dia.

Ini bukan kejadian pertama cuma mungkin berlaku kepada seseorang yang bergelar artis maka isu dia jadi besar. Yang tak di sebar pun mungkin banyak lagi yang buat. Semua ni sebab 'trend'. Trend nak meraih rating. Nak like, share yang banyak. Nanti jadi viral boleh popular cepat. Silap haribulan david teoh offer berlakon filem seram terbaru terbitan MiG.

Dah tiba masa.. Ada larangan membawa smartphone atau camera ke dalam kawasan perkuburan tanpa alasan yang di bolehkan. Sebab kalau di biarkan rasanya benda2 macam ni akan menjadi jadi. Orang dah meninggal tak harap publisiti.. Dia harap doa2 yang ikhlas dari orang2 yang mengaku sayang dengan dia. So, tak payah nak popularkan dia dah.

Tu baru pakai iPhone belum yang lain. tak tau la macam mana perangai gila nak snap pic orang mati dia macam mana. Silap2 dia buat live streaming lagi saat jenazah di kebumikan. yelah.. jenama smartphone tu katanya ada perjanjian kerjasama dengan youtube yang membolehkan pengguna dia buat live streaming.

Zaman media sosial.. ramai manusia jadi attention seeker. Dah tak kira benda tu baik ke buruk janji boleh tarik perhatian orang lain. Sudah sudah la.. Kalau hangpa tak harap jenazah hangpa jadi bahan share orang lain kat media sosial macam tu jugak dengan orang lain. Jangan sebab anda masih hidup, anda terlupa yang anda jugak akan mati di zaman media sosial. Jadi tak mustahil giliran jenazah anda pulak nanti jadi bahan orang lain meraih perhatian.

Moral of the story.. Jadilah manusia yang moden dengan akal yang bijak bukan manusia moden yang akal buat orang rasa nak pijak2. Peace Yo!

MH17 SUDAH TIBA DI DESTINASI YANG DI TUJU SEBELUM DI TEMBAK

Salam Takziah.. pada semua ahli keluarga mangsa MH17. Seperti semua tahu hari ini hari kepulangan 20 jenazah mangsa trajedi MH17 ke tanah air. Ramai yang melahirkan rasa sedih & simpati. Ternyata umat manusia masih ramai yang punya hati. Biar sekadar ikutan tapi sekurang kurangnya ada rasa hormat pada perasaan orang yang tengah bersedih. Tak perlu kita jadi luar biasa mempertikaikan segalanya.. Hanya perlu jadi manusia seminit dua untuk diam dari berkata kata sebab kita di jadikan dari unsur yang sama, tak salah kita sama2 cuba merasa apa yang orang lain rasakan saat ni.

Jangan hanya menaip Al Fatihah tapi tidak membaca.

Dari pihak saya sendiri.. sememangnya hati seorang manusia biasa akan tersentuh walau hanya melihat upacara menyambut kepulangan jenazah2 MH17. Akhirnya kini mereka sudah sampai ke destinasi mereka sebelum pesawat MH17 di tembak. Biar mengambil masa yang agak lama & mereka pulang tak seperti mereka pergi.. Namun pulang juga akhirnya walau di sambut berjuta air mata.... Tabahlah ayah,ibu,suami,isteri,anak,cucu... Yang belum kembali Insya Allah mereka jugak akan kembali nanti. Ujian Allah pada hamba yang terpilih & berkemampuan untuk memikulnya.. ternyata anda yang di uji semua hebat di mata Allah.

Nukilan dari hati.. Semoga bertabah pada semua mereka yang terlibat. Mereka pergi bukan kerana benci.


GEMPAR! JENAZAH SIAP DI KAFANKAN DI TINGGALKAN DI TEPI JALAN BUKIT MINYAK

Terbaca kat mynewshub satu berita agak seram bagi yang penakut.. agak pelik bagi mereka yang suka berfikir & agak kejam bagi mereka yang berperikemanusiaan. Apa tidaknya.. Satu jenazah yang siap di kafankan di tinggalkan di kaki lima tepi jalan di bukit minyak, pulau pinang pagi tadi.

Tak tau apa motif jenazah yang siap di kafankan tu di tinggalkan di tepi jalan.. Mustahila terjatuh dari van mayat atau kereta mayat kan melainkan sengaja di tinggalkan tapi kenapa di perlakukan jenazah tu macam tu kena tunggu siasatan polis dulu la.

Sumber Mynewshub

Jenazah tu pun tak sure meninggal sebab apa.. samada mati secara semulajadi akibat sakit ke atau di bunuh kena tunggu jugak laporan dari pihak polis.

Pelik2 je kejadian yang berlaku sekarang ni. Rasanya ni kali pertama aku terbaca kes jenazah siap berkafan di tinggalkan di tepi jalan macam ni. Apapun semoga roh si mati tu di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman & semoga di permudahkan urusan perkebumiannya dengan cara terhormat.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com