Showing posts with label entri. Show all posts

BLOGGER SURIRUMAH BUKAN HANYA MENGANGKANG DEPAN SKRIN

BLOGGER SURIRUMAH BUKAN HANYA MENGANGKANG DEPAN SKRIN. Hari ni macam tak ada idea nak update sebenarnya. So aku biar je la blog kosong tanpa sebarang entri baru sejak pagi tadi. Sesambil tu scroll FB jer la kot2 ada cerita best. Memang pun kat FB selalu memberi sumber idea untuk update blog.


Orang kata nak komen tu fikir juta kali pun tak apa.. Jangan main sembur tak kaji selidik langsung. Bukan apa takut kena sembur balik termalu celah keyboard smartphone tu. Bengang jugak la bila aku up satu status yang berbunyi macam luahan seorang isteri bergelar surirumah.. Bukan meluahkan perasaan kecewa ke apa. Saja jer.. tetiba benda tu tercetus bila tetiba rasa nak pergi bercuti je. Memang rasa nak ajak laki aku jenjalan & bermalam kat mana2 sempena cuti sekolah nanti kalau dia tak busy. Maka aku pun tulis la kenapa surirumah perlu jugak pergi bercuti sekali sekala. Sebab time pergi holiday tu je seorang surirumah bercuti dari masak,membasuh bagai.

Tetiba datang satu komen lebih kurang mempertikaikan blogger surirumah. Katanya "hari hari hang blogger ja.. bila masa buat kerja rumah?" maksud dia hari2 dok update blog bila masa aku buat kerja rumah. Ok.. menyirap sampai ke otak bila orang dok pertikai macam tu. Takkan setiap pekerjaan dalam rumah ni aku nak kena snap pic, upload video tunjuk yang aku buat kerja rumah. Ok ok.. jangan marah mai kita semua anggap sebagai dia tak tahu bagaimana kehidupan seorang blogger surirumah ni. Kita maafkan.

Blogger surirumah jugak macam bini2 hangpa yang lain. Bagi kaum lelaki yang mempertikaikan blogger surirumah buat ke tidak kerja rumah. Bangun pagi uruskan rumahtangga, uruskan anak, uruskan semua keperluan suami. Memasak, membasuh,mengelap,mengemop bagai.. Tak ada la bangun pagi.. mengangkang depan pc/laptop/smartphone tak bergerak sampai ke malam. Habis yang dok memasak tu saka hangpa ka dok mai masak rumah aku. Lepas masak.. hantu raya hangpa ka dok mai tolong kemas. Baju anak laki aku pelesik hangpa ka dok mai tolong cuci. Atau hangpa anggap semua laki kami yang buat? laki aku kadang2 malam baru nampak rupa.

Berblog ni selain mengisi masa kat rumah.. Almaklum la surirumah kami pun bekerja mencari pendapatan sampingan untuk duit poket sendiri. Tak ada la sampai nak beli tuala wanita pun kena tunggu laki dapat gaji. At least dapat cari duit sikit2 ringan la beban suami. Duduk rumah, tulis blog, jaga rumah,jaga anak boleh bekerja dalam satu masa.. Apa lagi hangpa nak cakap banyak. Selama blog aku dah boleh jadi sumber pendapatan memang kebanyakkan apa yang aku rasa nak beli aku beli duit aku sendiri. Laki aku pun tak kisah.. sebab dia tau apa aku buat ada jugak hasil. Dia pun support jer.. Tapi tak ada pulak laki aku pakai baju tak basuh pergi kerja sebab bini dia asyik tulis blog.

Memang orang nampak blogger macam aku aktif di media sosial.. Sebab kami bekerja pun guna media sosial takkan nak suruh aku pi aktif berforum depan pintu rumah orang pulak kan. Sekarang atas tapak tangan ja orang boleh access internet. sambil masak, sambil basuh baju pun boleh online. Nak2 lagi basuh baju guna washing machine. Tak payah dok buat cempeqa tahap amazon sangat nak pelik blogger surirumah ni buat kerja rumah bila masa.

Bila kau jadi surirumah tangan kau automatik fungsi dia jadi macam sotong walau hakikatnya masih dua tangan tapi kau boleh buat banyak kerja dalam 1 masa termasuk berblog. Nak update cerita santai2 kat blog bukan lama.. buktinya isu ni baru je berlaku aku dah boleh siap tulis entri. kau hado??? hahahaha

Moral of the story.. memang bukan semua orang mampu jadi surirumah apatah lagi nak jadi surirumah yang dalam pada masa yang sama membuat kerja2 mendatangkan pendapatan. Hanya orang yang sanggup je mampu buat semua ni. Jadi kalau yang mana rasa nak jadi surirumah & meninggalkan kerjaya yang gilang gemilang mohon test dulu samada diri anda layak atau tak kat sini >> Anda Mungkin Pekerja Hebat Di Pejabat, Tapi Mampu Tak Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa? << Apa macam result layak ke tidak anda jadi surirumah. Kalau tak layak teruskan bekerja sampai pencen. Mungkin itu kepakaran anda tapi tidak pada menjadi seorang surirumah. heheheh

REZEKI TERPIJAK DARI ZALORA

REZEKI TERPIJAK DARI ZALORA. Dulu selalu dok dengar blogger2 lain cerita pasal dapat voucher shopping dari Zalora ni. tapi aku tak pernah pun dapat. Pernah jugak aku tanya macam mana nak dapat voucher shopping dari Zalora ni.. Depa kata buat post pasal Zalora nanti dapat la. Sebab aku rasa aku tak ada pengalaman membeli belah dengan Zalora so takde apa aku nak cerita pasal Zalora aku cuma tumpang gembira je kawan2 blogger lain yang selalu cerita dapat voucher membeli belah dari Zalora. Aku anggap tu rezeki depa.. Rezeki aku mungkin kearah lain dalam berblog.


Tup.. tup dah tutup pc, tutup lampu dah baring sebelah anak tetiba rajin pulak nak check email guna tab. Terpandang 1 email dari Zalora yang ajak berkerjasama. Almaklum la malam pertama bersama Zalora walau email tu di hantar 2 hari lepas. Aku pun tak faham kerjasama macam mana depa nak. So aku email balik minta penjelasan tentang kerjasama yang di tawarkan pada aku.. Sebab nama in charge tu melayu walau dia email dalam english aku bantai jawab dalam bahasa melayu jer. Ni Malaysia beb! Apa ada hal nak cakap bahasa melayu dengan sesama melayu. Kalau yang in charge tu nama bukan melayu maybe aku merangkak2 jugak speaking london. So, pada yang rasa tak expert nak jawab dalam english.. kau belasah je melayu kalau in charge tu melayu macam aku. Walaupun dia akan balas dalam English jugak. hahaha

Hari ni buka email.. Tengok dia dah reply bagitau pasal kerjasama tu.. Aku kena buat 1 post untuk bla.. bla.. & akan di beri ganjaran Voucher bernilai RM100. Dalam sambil2 dok reply email tu aku mula la taip entri kerjasama dengan Zalora ni. Jangan risau.. Insya Allah aku boleh buat entri review last minute ok! Dalam Masa setengah jam je siap. Yelah.. kena post sebelum esok jadi aku tak suka nak post last minute sangat. Bagi aku sehari sebelum due date pun dah last minute. Lepas aku dah post terus email balik link entri tu. dia puas hati terus dapat code voucher yang di janjikan. memang cepat dia bagi feedback kan? Post terus dapat. Terbaik la Zalora.

Ni betul2 rezeki yang terpijak. rezeki yang tak di jangka jangka. Rupanya nak dapat voucher shopping ni ikut nasib je. Kalau blog kita terpilih dorang akan email kita ajak collaborate.  Jadi teruskan menulis bagi mereka yang belum dapat peluang ni. Dengan kerajinan kita menghapdet blog Insya Allah akan datang rezeki2 yang tak di jangka.

Voucher RM100 ni dalam kepala hotak aku nak shopping baju jer.. Tapi nak fesyen2 yang jenis macam ni >> Rahsia Nampak Ringkas Tapi Stylo. Anda Mesti Cuba Bergaya Macam Ni << Bukan je selesa tapi nampak up to date katanya. hehehe..

Moral of the story.. Terima kasih Zalora. Kalau boleh next time offer lagi. RM100 tu pun bernilai bagi blogger picisian tepian longkang macam den ni. hehehe

BLOGGER POPULAR TAPI BLOG TAK POPULAR

BLOGGER POPULAR TAPI BLOG TAK POPULAR. Ada ke blogger lebih popular dari blog? Ada jer.. sapa cakap tak ada. Tapi ramai yang tak perasan wujudnya fenomena ni. Aku dulu pun mentaliti fikir.. sipolan tu agak di kenali kat media sosial, muka keluar majalah bagai.. Mesti blog dia traffic tinggi sampai ke langit ketujuh. Upload gambar pun beribu orang like.. Paling lekeh pun ratus jugak la like dia dapat. Kalau macam aku ni.. memang bukan saingan depa la.


Tapi kita boleh tahu sejauh mana blog tu popular ke tidak bila orang minta tolong aku untuk rekemen blogger untuk review. Sebab aku rajin jugak buat kerja2 macam ni walau aku buat takde komisyen cuma aku tolong rekemen blogger kalau ada mana2 client nak blogger untuk review. Saja buat kerja sukarela. Kadang2 orang offer aku review tapi aku akan tanya maybe dia perlukan blogger lain lagi untuk review aku boleh rekemen. Walaupun aku tak ambil apa2 upah rekemen blogger untuk depa aku percaya rezeki tu dari Allah.. Kita berkongsi rezeki dengan orang lain, Allah permudahkan urusan kita mencari rezeki. Aku anggap benda ni win win situation jer.

Bila kita buka offer untuk job review ramai la blogger akan try apply. Bila nak apply traffic blog memang perlu untuk menentukan samada layak atau tak dapat job review tu. Time tu kadang2 macam tak caya.. Rasa blogger tu macam antara mereka yang hotstuff jugak tapi traffic blog serius kadang2 ada yang pageviews tak sampai 1k per day, hokay! Tu yang ada muka keluar majalah bagai. Bukan merendahkan mereka ni cuma nak bagitau popular kat media sosial belum tentu blog dia pun popular. yang popular tuan punya blog jer.. Blog dia masih level2 biasa je la. Ada yang tengok je blogger biasa2 jer.. Traffic cecah ratus ribu. Macam tak caya.. sebab kalau dia post apa2 kat media sosial feedback dia takde la gempak sangat. Tapi bab blog memang dia power meraih traffic.

Kat situ aku belajar & tahu dalam berblog apa sebenarnya yang aku nak? Kalau setakat nak popular semua orang kenal muka kita.. keluar masuk majalah padahal blog orang malas nak clik sebab pengisian dia tak cukup menarik pun motif berblog tak sampai jugak. Kalau nak jadikan blog sumber pendapatan.. Blog harus menyerlah sebab orang nak bagi job pun bergantung pada populariti blog. Kalau blog kita takde orang clik, takde fungsi orang nak beriklan, kan?

Moral of the story.. Nak berjaya kadang2 tak perlu sangat populariti untuk diri sendiri cuma perlukan populariti apa yang kita buat & apa yang kita jual jer. Contoh macam wanita ni.. serius aku sendiri tak kenal dia tapi dia antara wanita yang berjaya dengan cara luar biasa >> Wanita Yang Sanggup Tinggalkan Kerjaya yang dah stabil Demi Nak buat semua ni <<

P/S : Aku tulis isu ni bukan bermakna aku cakap aku ni blogger tak popular tapi traffic blog meletop kebabom.. Aku pun kategori traffic blog biasa2 lagi.. tapi Alhamdulillah sejak blog mengalami transformasi ni traffic memang meningkat berganda ganda la dari sebelum di transformasikan. So,tak sia2 jugak pelaburan aku pada blog. Labur tak banyak mana.. tapi berbaloi.

CERITA SERAM LEKATLEKIT DALAM ARTIKEL SAYS

CERITA SERAM LEKATLEKIT DALAM ARTIKEL SAYS. Kalau biasa baca artikel2 di says.com maka tahulah kewujudan says ni. Dia ada relate juga dengan 8share sebab sebelum di wujudkan 8share semua artikel & iklan di letakkan kat page says.com. Tapi maybe depa rasa semak sangat kot tu yang depa pecahkan. Says.com cuma untuk artikel2 & 8share untuk iklan2 yang boleh menjana pendapatan.

Di pendekkan cerita.. ternampak tetiba dapat kat reffering site ada traffic masuk dari link says.com. Cuak jugak aku. Spy 8share ke hapa. Normally kalau pihak security 8share melawat blog ni mesti ada apa2 tak kena dengan perkongsian link 8share sebab tu walau traffic dari says pun aku cuak. Depa kan adik beradik. Manalah tau kan. Jadi aku tak suka sangat la buat spekulasi sendiri tanpa usul periksa. Satgi jadi fitnah pulak jenuh nak minta ampun katanya. hahahaha

maka edisi siasat pun bermula. Tak susah.. aku clik jer says.com. Kot2 ada apa2 yang best di link kan ke blog aku. Rupanya pasal cerita seram je. Depa ambil sumber cerita seram tu dari blog aku masukkan dalam artikel mereka yang bertajuk 10 Koleksi Cerita Hantu 'Urban Legend' Yang Menghantui Setiap Pelajar Di Asrama. Salah satu cerita seram kat di selitkan adalah dari blog aku la. Tak sangka pulak penulis says ni boleh sampai jugak kat blog picisan macam aku ni kan.


Walaupun pernah satu ketika dulu aku di sindir suka tulis cerita hantu tapi ada aku kesah?? hahahaha... aku tulis apa aku suka. Sebab aku memang suka cerita seram maka aku tulis la untuk semua yang suka baca. Yang tak suka tak ada sapa paksa letak pisau kat leher pun suruh hangpa clik blog aku. Kan?

Moral of the story.. terima kasih says sebab sudi bagi publisiti untuk blog lekatlekit.com ni. Kalau boleh lain kali bagi lagi hahaha.

CARA NAK DAPAT BACKLINK BILA ENTRI KENA COPYPASTE

CARA NAK DAPAT BACKLINK BILA ENTRI KENA COPYPASTE. Hari ni blog lekatlekit.com jadi blog tutorial sekejab. Almaklum la blog caca marba ni suka hati dia je la nak tulis apapun. niche blog hari2 bertukar katanya. Spesis blog tak ada identiti ni memang macam tu kekdahnya. Lebih senang nak update bila blog tak ada niche ni. Apa kau rasa nak tulis kau boleh tulis jer. Tak payah fikir niche ke, konsep ke, tema bagai.

Sumber Google

Alkisahnya semalam tetiba aku pelik sangat kenapa ada kat stats blog aku banyak sangat traffic masuk dari blog klon beautifulnara ni. Mula2 aku tengok ingat blog beuatifulnara rupanya blog copy paste. Jangankan entri dia copypaste sampai nama url pun dia copypaste jugak. Ni betul2 pure blog copypaste ni. Dari url sampai entri 100% copypaste katanya. Aku pun buka la mula2 tak perasan sangat. Dok cari kat sidebar kot2 dia letak aku dalam bloglist dia ke.. takde pun bloglist. Blog copypaste jarang ada bloglist. tengok entri2 dia.. ada la satu entri dia copy dari akhbar yang aku pun ada up berita tu kat blog aku tapi tak nampak pun mana entri aku yang dia copy. Rupanya aku tak perasan sebab aku tak buka readmore. Aku baca tajuk je.. Bila aku bukan readmore tu baru aku nampak atas dia copy artikel akhbar & bawah entri tu dia letak entri copypaste dari blog aku. Aku pun jadi pelik jugak la.. macam mana boleh dapat traffic dari blog dia sedangkan dia tak letak pun link dari sumber asal.

Bila dua tiga kali buka blog tu nak cari kepastian dari mana datangnya traffic yang banyak dari blog tu.. baru aku sedar rupanya link tu adalah dari tajuk entri yang aku letakkan dia permulaan entri aku pada perenggan pertama. Aku ada link tajuk entri tu dengan url entri tu & bold kan. Cara dia lepas dah publish ambil url entri yang sama kemudian link kan balik pada tajuk entri tu. Tu petua dari Abang Kamil Saleh la. Dia ajar aku untuk buat entri SEO salah satu cara macam tu. Sebab aku rasa tak merumitkan sangat perbuatan tu jadi aku pratikkan. Rupanya secara tak sengaja bagi kelebihan lain pulak. Elok la sapa2 yang entri dia selalu jadi mangsa blog copypaste ni amalkan cara tu. At Least kita dapat jugak traffic dari hasil kita mengarang kan? Nak membenteras blog copypaste ni sesuatu yang mustahil la. Jadi apa yang perlu kita buat sesuatu yang boleh kita merasa keuntungan dari pencuri entri orang ni.

Nasihat aku pada blogger yang suka curi entri blogger lain ni.. Belajar2 buat kerja senonoh sikit. Cuba jadi macam pakcik ni. Walau dia seorang anggota polis tak bermakna dia suka buat kerja haram je macam makan rasuah nak tambah pendapatan. Korang pun kalau nak cari income melalui blog banyak cara selain mencuri entri orang. Nak tau apa dia buat untuk jadi kaya raya meh tengok kat sini >> Bukti bukan semua anggota polis suka makan rasuah <<

Moral of the story.. Tak salah mengambil isu yang sama untuk di tulis dalam blog cuma jangan ambil kerja orang mengaku sebagai karya sendiri. Ingat.. curi tu dosa termasuklah curi hati orang yang dah di miliki macam aku ni hahaha.

ENTRI TAK BEST SAPA NAK KOMEN

ENTRI TAK BEST SAPA NAK KOMEN. Komen kat blog. haritu baca kat blog kat diana ada kupas kupis isu ni. baca jugak la pandangan2 orang2 berkomen kat entri tu. Ada yang rasa tak kisah orang komen ke tidak.. ada yang memang pentingkan komen pada setiap entri dia tulis sebab tu dia sentiasa bagi rewards kepada top komentar setiap bulan. Baru2 ni pun aku menang RM50 dari blog Denaihati sebab menjadi 5 pengomen terawal di salah satu entri beliau tapi hadiah tu belum dapat lagi. jadi kita boleh nampak kat situ kalau kita nak sesuatu kita kena bagi sesuatu jugak.

Sumber Google

Aku?? Suka bila ada yang sudi komen. Sangat2 aku hargai pada pengomen setia & pengomen singgah kat blog aku. Sapa tak suka orang respond apa yang kita tulis kan tapi takde la sampai aku down teruk kalau ada entri aku yang takde komen langsung. Setiap kali aku tulis entri bukan komen target utama aku tapi adalah views. Sebab bagi aku views la yang menentukan samada penulisan kita ada orang baca atau tidak even yang datang kadang2 baca tajuk je.

Banyak faktor bila blog kurang orang komen tak semestinya sebab apa kita tulis tu tak menarik. Tapi tak di nafikan salah satu faktor entri takde komen adalah sebab entri kita tak best sapa nak komen.  Antara faktor lain populariti & pengaruh jugak. Kadang2 aku tengok blogger yang popular & berpengaruh entri memang totally boring pun ada orang komen even satu patah perkataan je dia komen. Kita jarang komen blog orang lain pun juga salah satu punca blog kita kurang dapat komen. Sebab dalam dunia blog sekarang ada Trend "blogwalking". Blogwalking @ BW ni selalunya bukan dia cari entri yang best dia nak baca tapi dia akan cari sebanyak mungkin blog yang boleh dia tinggalkan jejak kat komen. Sebab tu kadang2 kita nampak ada post kat FB.. nak BW sila tinggalkan link blog anda. (tapi bukan aku kata yang suka BW ni tak baca entri tapi tinggalkan komen yer walau ada ramai yang buat macam tu)

Tapi kalau apa kita tulis kurang dapat respond di kotak komen tak perlu la down teruk sangat. benda tu buat spoil mood berblogging. Kenapa perlu spoil mood berblog hanya kerana perkara remeh. Selagi ada views entri kita tu Insya Allah ada orang baca. Nak tahu entri kita menarik ke tidak try tulis iklan special 8share (Kalau yang belum signup boleh tengok apa yang best dengan 8share kat sini >>DENGAN 8SHARE SETIAP BULAN BOLEH CASHOUT <<). walau kadang2 entri iklan 8share aku buat takde komen tapi rewards penuh jugak dengan earning. Tu tanda apa kita tulis menarik untuk orang baca seterusnya tahu apa ada di sebalik link yang kita kongsi

Dan jangan sesekali anggap kita akan dapat komen sebanyak followers yang kita ada. Mustahil sangat sebab followers yang follow blog kita bukan semua suka baca entri kita. Kadang2 sekadar follow back atau harap orang follow back. Tapi penting jugak jumlah followers tu sebab ada manafaat untuk blog. So, tak kisah la followers banyak tapi tak baca entri kita sebab kita tak boleh paksa orang untuk baca apa dia tak minat. Nak orang baca tulis la benda menarik. Tapi tetap Dia ada fungsi dia tersendiri kat situ kalaupun dia tak berfungsi untuk meramaikan pengomen di entri kita. Jumlah followers juga main peranan untuk kita dapat offer2 best dari berblogging. Contoh advertorial, review bagai tu. Jadi tak payah pertikai follow tapi tak pernah beramah mesra kat entri kita. Kadang2 ada yang jenis silent reader macam aku. hahahaha. Mustahil la kalau kita ada 2k followers kita confirm dapat 2k komen setiap hari. Aku yang ada 2k++ followers pun nak dapat 200 komen sehari pun susah.

Nak enjoy berblog kadang2 kita perlu ignore benda2 remeh macam takde orang komen bagai tu, Yang perlu kita ambil serius kalau tak ada orang baca. Kita kena cari pembaca dulu baru kita boleh dapat pengomen. Kalau pembaca kurang.. peluang nak dapat pengomen banyak pun memang tipis la. So, peringkat awal dalam berblog yang penting untuk kita adalah pembaca. Tanpa pembaca tak mungkin ada pengomen. Ingat tu!! Terus menulis walau hari ni penulisan kita tak best tapi Practice makes perfect bak kata omputih. Tapi orang sawo matang macam aku cakap bunyi tak berapa putih sangat la. hahahaha. Kata kuncinya...  jangan sikit2 nak giveup atau acah2 merajuk dengan blog. Jangan ok! Orang nampak kita blogger yang takde kekuatan so orang jadi kurang respect sebab takde benda yang orang boleh kagum dengan kita.

Moral of the story.. Nak orang ramai komen kat blog ada dua contoh blogger yang suka serang bertubi2 kat kotak komen aku.. Dulu Mummydearie sekarang dah jadi dua kak Malinda. Depa kalau sekali datang tsunami kotak komen aku. Habis semua entri2 aku yang depa terlepas depa telaah umpama cerita dalam blog aku masuk dalam kertas soalan SPM. hahahaha... Kalau korang memang rajin macam dua orang akak blogger ni Insya Allah entri korang penuh la dengan komen. Dan ramai lagi sebenarnya geng2 suka komen kat entri aku ni. nanti la free aku buat entri penghargaan pada top2 komentar kat blog aku.

Kesimpulannya.. tetap kena rajin kalau nak apapun dalam hidup.

TIPS MENULIS ENTRI UNTUK IKLAN SPECIAL 8SHARE DI BLOG

TIPS MENULIS ENTRI UNTUK IKLAN SPECIAL 8SHARE DI BLOG. Rasanya kalau yang dok rajin skodeng blog lekatlekit tahu kot isu pasal 8share tidak membenarkan 8sharer berkongsi iklan special dalam bentuk iklan. Bermakna kena buat satu artikel @ entri berkaitan iklan tersebut di blog. 1 special 8share hanya boleh di kongsi dalam 1 entri sahaja. Tak boleh 1 entri ada 2 link special 8share. Kalau tak faham boleh rujuk entri ni >>AWAS! 8SHARE SPECIAL TIDAK BOLEH DI KONGSI DALAM BENTUK IKLAN <<

Ramai yang rasa susah jugak nak tulis artikel pasal special 8share ni. Kalau share macam iklan biasa tu decription sikit kemudian link senang la. Nak tulis apa?? Mati kutu katanya... Tips yang aku boleh bagi adalah

1. Rajin - kalau malas memang kau takkan mampu dapat apa2 hasil
2. Baca dulu artikel special 8share tu. Jangan main share jer ikut caption/tajuk iklan tu tanpa memahami atau membaca isi kandungan special 8share tu. Sebelum share clik dulu special 8share yang nak korang kongsikan. Sebab kat situ korang akan dapat point2 untuk menulis special 8share di blog sebab kebanyakkan iklan 8share berbentuk artikel & info. Walau iklan tu dalam bahasa Inggeris tapi korang boleh tulis dalam bahasa Melayu. Setakat ni 8share tak cakap lagi la benda tu jadi satu kesalahan. Aku dah pernah tanya haritu.
4. Sebagai seorang penulis tak kira kau tulis apa sekalipun kau kena kreatif.

Contoh special 8share contest castrol ni...


Korang boleh tengok contoh artikel yang aku buat pasal special 8share castrol ni kat sini >> BOLEH DAPAT JAM TANGAN JENAMA APPLE SECARA PERCUMA KAT SINI <<

Tulis iklan 8share macam korang tulis entri cerita/artikel biasa. Jangan buat macam iklan sangat. Sebab kalau aku la..apa yang aku tulis kat blog target aku 2 perkara. Pembaca & traffic.. Kalau iklan special 8share jadi 3 perkara menjadi keutamaan aku. Pembaca, traffic & earning. Biar orang baca tu even tak clik link special 8share kita pun dorang ada point untuk respond di kotak komen. Tak nampak macam iklan.. macam cerita2 santai kita biasa tulis. tak dapat earning pun kita dah dapat traffic. Traffic adalah perkara penting untuk blog. dari situ nanti maybe peluang2 buat side income lain datang bila orang rasa traffic blog kita menepati sasaran pembaca.

Paling penting tajuk entri. Kena attractive.. Kalau tak menarik orang pun tak tertarik nak baca. Tulis blog bukan macam tulis diari. Kalau nak tulis blog target kita adalah pembaca. Tak tau la certain orang tulis blog memang tak nak orang lain baca. Dia tulis sekadar tu diri dia sendiri je. Tapi kalau blog macam aku ni pelik pulak kalau tulis untuk rujukan sendiri di masa akan datang. Memang blog aku untuk berkongsi apa aku tulis dengan orang lain.

Kenapa aku tetap dengan 8share even dah 2 kali earning kena reject & syarat mereka semakin ketat & cerewet?? Sebab 8share paling senang kumpul earning & paling mudah nak cashout berbanding yang lain. So, selagi rezeki aku ada dengan 8share aku teruskan je.

Bagi yang belum sign up dengan 8share berminat nak sign up boleh sign up percuma je kat sini >> Buat Duit Dengan 8share << Yang tak reti macam mana nak berkongsi iklan 8share boleh tengok tutorial kat sini >> Tutorial kongsi iklan 8share <<

Bagi yang rasa perlukan khidmat nasihat atau bantuan boleh je PM aku kat FB Suria Lekatlekit. Sedia berkhidmat untuk negara katanya. Alah.. apadahal.. kita share2 ilmu yang sedikit ni dengan orang lain. Tak luak pun rezeki kita.

Moral of the story.. Takde apa yang senang untuk cari duit. Percayalah perompak,penyamun & peragut pun pun bukan kerja mudah. tak kira cari rezeki halal atau haram.. kedua duanya tetap memerlukan usaha... tapi carilah rezeki halal. Jangan aku cakap camni ada pulak rasa kerja apapun tetap kena kerja keras jugak so takde beza kerja haram dengan kerja halal.. Ada bezanya... Sebab tu syurga & neraka pun berbeza.

P/S : Aku bukan pakar tapi cuma berkongsi sesuatu yang aku buat & mendatangkan hasil.

JADI RETIS JUGAK BLOGGER PICISAN NI

Yelah.. blogger sekarang. Kalau dah pemes tahap retis.. kadang2 sampai jadi retis. Kalau tak jadi retis dalam industri hiburan pun tetap jadi retis media sosial sebab pemes kan. Bukan sorang dua dah blogger jadi retis walau mula di kenali sebagai blogger. Yelah.. rezeki masing masing kan..


Yang blogger picisan sorang ni pun katanya tak nak kalah. Nak jadi retis jugak tapi yelah mana ada majalah, suratkhabar atau television nak tempek muka dia kan? Muka dia pun makin tak muncul dah kat dunia maya.. Dok juai penulisan je kat blog. memang tak retis la kalau tak boleh jual muka, ye dak?

Tapi di sebabkan blogger paparazi sorang ni yang up artikel pasal dia kat blog retis.. tetiba rasa macam retis sangat katanya. hahahaha... Retis sangat la kau! Pi dok ngadap cermin 7 hari 7 malam dulu la beb! Perasaan tahap dewa dewi bintang tiga.

Alahai.. aku masih sedar diri kot. Tak rasa retis pun cuma rasa terharu & berterima kasih pada blogger paparazi ni yang sudi up story pasal aku kat blog retis dia. (boleh rujuk entri ni : Suria LekatLekit Tayang Muka di Facebook) Nak tengok gambar aku yang katanya di tayang kat Facebook boleh tengok kat Blog retis tu yer... kekekkee

Apapun terima kasih pada yang sudi review pasal aku.. Aku cuma blogger picisan menumpang jaja penulisan dalam dunia blog. Bukan seorang yang hebat apatah lagi sempurna cuma melengkapi warna dunia blog agar nampak kepelbagaiannya.


ANTARA BLOGGER YANG TERSENARAI SEBAGAI TAK MALU

Blogger mana pulak ni? Sudah sudah la tu cari pasal dengan orang ye dak.. Tak abis2 dok melahar.. kau tu malu sangat ke? Malu la jugak.. nak kata tak malu langsung pun takde la sampai nak tayang kemaluan serata alam maya, ye dak? Sebab malu la sorok muka belakang skrin katanya... hehehehe..

sekadar hiasan

Tapi blogger2 ni ni memang tak malu bukan sebab tayang kemaluan di serata alam maya tapi tergamak tayang apa yang tak sepatutnya boleh sembunyi di alam maya tapi sanggup depa tayang secara berjemaah kat blog masing masing. Mesti semua suspend kan tayang apa.. Tak payah otak pulut kuning sangat la kan... Depa ni tak malu tayang tulisan tangan jer...

Untuk batch ketiga ni even tak berapa ramai dah yang sahut tapi tetap aku nak tayang blogger2 yang tak malu tayang tulisan tangan memasing.. antara yang tersenarai sebagai blogger tak malu sahut Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan Adalah...

  1. Adinda Baizura Mazlan
  2. Mek Ila Jual Vitamin
  3. khaty aiman
  4. asma langit
 Nak berkenalan dengan ramai lagi blogger tak malu boleh tengok kat entri ni >>INILAH BLOGGER TAK MALU PATUT KORANG TAHU
Dan entri ni >> ADA LAGI RUPANYA BLOGGER TAK MALU MACAM NI

Terima kasih  yang sudi menyahut cabaran berani conteng ni.. Bagi yang masih ada hati nak join cabaran ni silakan.. Takde expired date. Boleh rujuk entri ni sekiranya berminat nak jadi salah seorang blogger yang sporting & tak malu. Cabaran Menulis Entri dengan Tulisan Tangan

ADA LAGI RUPANYA BLOGGER TAK MALU MACAM NI

Ingat dah pupus rupanya ada lagi blogger2 yang tak malu macam ni. Sebab masih ada terpaksa la aku melahar jugak dalam blog yang berpuaka ni. Sapa suruh bagi isu, kan dah jadi cerita dalam blog lekat lekit. Yang rasa gud gud sangat.. baca tajuk jer terus label negative.. You saka pegi jauh jauh katanya... hahaha very the copypaste tajuk drama kan?

 Tak tau la gambaq anak dara sapa. Pinjam dari google jer

Di sebabkan mereka masih nak menunjukkan ketidak maluan mereka di blog masing - masing maka aku nak tolong canang jugak la ketidak maluan mereka kat blog aku tanda terima kasih. Mereka2 yang tak malu ni bukan la tak senonoh perbuatannya.. Tapi tak malu tunjuk tulisan tangan memasing jer.. Wah makin kreatif peserta2 cabaran menulis entri dengan tulisan tangan ni.. ada yang tulis resepi selang seli dengan gambar lagi guna tulisan tangan.. Ada yang buat cerita komik bergambar dengan tulisan tangan. memang rajin Uolls.. aku pun belum mampu rajin tahap macam tu...

Sebab kerajinan depa ni join cabaran ni tanpa hadiah.. Maka aku yakin depa ni semua rajin2 jugak bertandang kat blog orang jadi tak rugi korang rajinkan diri beramah mesra dia blog diorang...

1. Alongxp
2.  umi's cup cake
3.  Farha Kimah
4. Mrs. A
5. Adinda Baizura Mazlan
6. izzeyda
7.  Cik Ash
8. Tiga lalat

Tu dia 6 blogger yang sporting & ikhlas sebab tak perlu sogok dengan hadiah pun depa boleh join jugak. Kalau nak tengok 11 lagi peserta cabaran menulis entri dengan tulisan tangan boleh tengok kat entri ni INILAH BLOGGER TAK MALU PATUT KORANG TAHU.

Terima kasih yang sudi support cabaran ni even ada di antara kita sebelum ni tak pernah kenal di alam maya pun. Bagi yang masih nak sahut cabaran ni.. silakan sebab takde expired date pun.Boleh rujuk entri ni Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan

INILAH BLOGGER TAK MALU PATUT KORANG TAHU

Tu dia.. ni apa kes pulak sang lekit Ooi!!.. Kau ni kalau tak melahar orang memang tak senang duduk ke? Yelah... depa minta di lahar maka aku laharkan je la. Sapa suruh tak malu sangat.. saja je bagi idea aku nak menulis dalam blog. Tak tulis rasa macam merenyam sangat jari jemari aku ni, jadi terpaksa jugak tulis & dedahkan semua blogger2 tak malu ni. Baru depa ada akai katanya..

Kalau baca blog melekit kalau tak pandang negatif tak sah kan? Jahat sangat ka aku ni? Amboi.. tak baik tau. Seburuk2 aku ada jugak sisi mulianya. hehehehe.. Blogger2 tak malu yang aku nak dedahkan ni bukanlah blogger pinjam duit orang tak bayar, blogger seksi tayang lurah dendam atau blogger tulis kisah lucah.. Blogger2 tak malu ni... cuma tak malu nak tunjuk tulisan tangan depa ja kat orang lain di blog. Ingat semua orang ada confident ke nak tayang tulisan tangan depa kat dunia maya ni... Ada yang memula nak join sahut cabaran menulis entri dengan tulisan tangan, bila tulis atas kertas nampak tulisan buruk terus cancel niat nak join. Jadi yang tak malu ni kita patut salute la atas keberanian & kejayakinan mereka.

Antara blogger2 yang tak malu patut korang terjah..
  1. Kathy R'bain
  2. mama 3farhanah
  3. Maria Firdz
  4. NURUL AQIDAH AZAHAR
  5. kamil salleh
  6. yong norliza
  7. Nik Khazami Nik Aziz
  8.  Saidila Abdul Rahman
  9. salmiah awang 
  10. Yana Yani
  11. Amir Zahari
        Cabaran ni takde tarikh tutup. Sapa berani nak buat silakan.. lepas tu jangan lupa tinggalkan link entri Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan. Ni cuma peserta untuk episod pertama. Akan ada update lagi sekiranya ada penyertaan baru..

        P/S : kadang2 mentaliti manusia ni suka malu pada perkara yang tak sepatutnya malu tapi tak malu perkara yang sepatutnya malu. kekekeke Tulisan tangan je kot
        ** Tak ramai yang sahut tapi at least terima kasih yang support**


        CABARAN MENULIS ENTRI DENGAN TULISAN TANGAN

         Ini Adalah Sticky Post. Scroll Ke Bawah Untuk Baca Entri Terbaru

        Kau boleh update entri kat blog guna tulisan tangan? Boleh ke tidak? Aku boleh jer... Sebab aku tak kisah pun tulisan aku buruk untuk orang tengok.. apa nak malu sangat tulisan buruk.. perangai buruk tak rasa malu pun tunjuk kat orang. Hahahahaha.. Jom update entri guna tulisan tangan

         Boleh guna banner ni bagi yang nak join cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

        Okey lepas berbincang dengan geng Grup Mama Bloggers Malaysia aku akan mulakan dulu la post entri bertulisan tangan ni... Jangan muntah atau pitam lepas tengok tulisan tangan aku yer...


        Sapa berani sahut cabaran?? hahahaha.. ni aku guna scanner untuk scan tulisan aku. Korang nak capture guna camera pun boleh. Tapi lepas aku scan baru aku perasan aku tulis dalam keadaan buku terbalik. hahahaha.... Jom kita kembalikan zaman kegemilangan tulisan tangan. Terbuka untuk semua blogger tak kira dari group/kelab atau parti blogger mana pun. Semua boleh join

        P/S : Ayuh geng  Grup Mama Bloggers Malaysia yang kata berani sahut cabaran tu!  

        * Yang join sahut cabaran ni boleh tinggalkan link entri kat bawah kotak komen yer* 

        Yang sahut cabaran setakat ni
        1. Kathy R'bain
        2. mama 3farhanah
        3. Maria Firdz
        4. NURUL AQIDAH AZAHAR
        5. kamil salleh
        6. yong norliza
        7. Nik Khazami Nik Aziz   
        8. Saidila Abdul Rahman
        9. salmiah awang


          BLOGGER HEBAT YANG TAK POPULAR

          Sapa sokong aku kata blogger hebat tak semestinya blogger popular & yang popular tak semestinya hebat dalam penulisan blog? Ok Ok.. aku tak nampak sapa angkat tangan sapa boo... hahahaha.. Sebenarnya itulah kenyataannya. Macam retis la.. tak kira penyanyi ke pelakon ke pengacara ke.. Kadang2 popular tapi bakat setakat mampu baca skrip jer tapi disebabkan dia pandai ketengahkan diri dia untuk di kenali ramai atau kelebihan lain yang dia ada macam rupa ke penampilan ke dia tak sengaja jadi popular.. maybe dari kontroversi atau apa2 je lah buat dia jadi popular. Sekarang ni nak popular bukan susah.. buat benda memperbodohkan diri pun dah boleh jadi popular.. Yang susah nak popular ni golongan bijak pandai jer. Ambil masa sikit nak popular.. Ada orang kata kat aku.. taj mahal tak di bina dalam masa satu hari.. Bermakna sesuatu yang hebat perlukan masa yang panjang untuk di kenali.

          Sumber google

          Macam tu jugak dalam dunia blog.. Tak semestinya kau hebat dalam penulisan baru kau boleh jadi popular. Ada orang cuma boleh menulis jer pun tapi popular jugak. Malas nak cakap benda yang sama kalau nak baca tips nak jadi blogger popular boleh baca kat entri ni.>> Tips nak jadi blogger popular <<

          Dalam dunia blog ni ada antara blogger2 yang hebat dalam penulisan blog tapi nak kata tak di kenali sangat tak jugak tapi nak kata tak popular langsung agak popular la sampai di gelar sifu dalam dunia blog.. tapi cuma di kenali di kalangan blogger saja. Yang bukan blogger ni mungkin kurang kenal. Antaranya Hasrul Hassan yang mengorbankan kerjayanya untuk jadi blogger sepenuh masa. Blog Hasrul Hassan memang blog yang penuh ilmu dalam dunia blog. Tips tutorial & macam info berkenaan blog memang banyak dalam blog hasrul hassan cuma mungkin dia tak sepopular blogger yang tulis kisah2 santai. Tapi bagi aku Hasrul Hassan antara blogger yang hebat.

          Dan aku malas nak promot sangat blogger cuti panjang ni.. Tapi dia antara blogger yang memang hebat & takde populariti langsung dalam dunia blog hahaha iatu kawan aku Nyah Zulfikar Hazri. Bagi aku dia hebat dalam penulisan cerita peribadi.. Dia pandai menghiburkan orang dengan penulisan kisah2 nostalgia. Entri dia memang macam cerpen tapi serius korang akan hadap sampai noktah terakhir. Selingan lawak dia.. penulisan yang santai tapi padat & mudah di fahami.. Tak semua blogger yang tulis kisah peribadi boleh buat macam nyah sorang ni. Aku je panggil nyah tapi dia bukan mak nyah tau.. Dia berjambang & ber awek lagi tau. hahahaha

          Satu lagi blog Buasir Otak.. Aku suka penulisan dia sebab tu aku rasa dia antara blogger yang bakal hebat jugak. Penulisan yang lebih kurang macam blog aku.. Memberi pandangan pada isu2 semasa dengan yakin & berani walau kadang2 aku bukan setuju sangat dengan pendapat & pandangan dia tapi aku enjoy baca penulisan macam tu. Perbezaan pendapat tak semestinya kita hilang kagum dengan seseorang yang kita rasa berbakat, kan? So, aku rasa Buasir Otak antara blog yang hebat jugak la.

          Cukup lah tiga blogger ni aku bagi contoh. Walau mereka takde la gah sangat namanya tapi bagi aku mereka antara blogger yang hebat. Mereka menulis mungkin dari bakat & minat sebab tu menghasilkan penulisan yang berkualiti even tanpa populariti. Penulisan yang hebat, Insya Allah lebih di ingati sebab banyak ilmu yang di tulis untuk orang lain dapat manafaat.

          Tu antara blogger yang aku rasa hebat.. Ada blogger yang aku suka baca blog dia sebab penulisan dia jugak.. Macam blog Diana Rashid.. ni pun antara blogger outspoken yang aku suka tapi dia jenis banyak kias kias & blog dia macam blog aku. macam macam ada..  Selain tu blogger Mama Niza, Belog Kathy R'bain, Chekgu Azrine and Family, My Little Amazing World, Diari Seorang Mama (^_^)  EmIenAqil ~Reality & Fantasy~ Bro Framestone antara blogger yang aku suka jugak singgah & baca entri mereka selain mereka adalah antara kawan2 aku dalam dunia blog ni. Sebenarnya ramai lagi yang aku nak listkan.. tapi tu la tak terlist. hahahaha. Tunggu next episode pulak katanya. sekarang kita list blog mak mak dulu kecuali Bro Framestone je blog bapak orang. Blog adik2 nanti akak buat satu entri khas hehehe

          Hebat atau tak kita.. orang yang menilai. Selagi kita buat sesuatu atas dasar minat Insya Allah akan datang keikhlasan menulis & akan memberi hasil yang baik.


          MAKI & MENCARUT GUNA BAHASA SAINTIFIK

          Nak mencarut pun guna bahasa sains katanya. Ni maybe kategori pemaki & pencarut yang educated sikit kot.. kategori orang tak educated dengan golongan educated tak sama ke? Tak sama... sapa kata sama. Yang tak berapa pandai dia mencarut direct to the point jer. Sebut sebijik perkataan carut tu. Bahasa carut dia pun mudah di fahami oleh semua orang sebab dia guna bahasa pasar jer yang orang guna seharian tapi yang educated ni lain sikit cara dia nak maki hamun dengan perkataan carut... Kalau tak belajar sains maybe tak faham apa yang di carutkan tu. Tak caya? meh sini nak tunjuk contoh

          Sumber google

          Pagi tadi dapat komen dari Anonymous kat satu entri ni... nak gelak pun ada even aku faham la apa yang dia tulis tu sebenarnya nak maki hamun & mencarut tapi guna istilah2 sains jadi nampak macam berilmiah la sikit carutan dia. Tak nampak macam maki hamun sangat even komen dia sebenarnya kategori maki & carut jugak. Nak tau macam mana gaya komen dia.. tengok kat bawah ni


           Even kau guna bahasa saintifik pun Anon tetap komen ko tak approve kat entri tu tapi di canang kat entri ni hahahahaha

          Amboi kemain kan? mencarut pun guna bahasa saintifik gitu. Bila terlebih bijak beginilah hasilnya. Moral of the story tak kira kau guna istilah apapun untuk mencarut & memaki tetap tak elok di pratikkan.


          ENTRI PALING SERAM

          Minggu ni kita buat entri semua bergenre seram jer sudah. Sebab banyak sangat cerita berkaitan 'Seram'. Jangan muntah darah pulak bagi sesapa yang selalu follow entri2 kat blog melekit ni. Biar seram jangan suram katanya...

          Sumber google

          Semalam aku ada up pengalaman bermalam di hotel Baba house & berlaku kejadian tak di ingini kat anak aku (Boleh rujuk entri ni bagi yang belum baca PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA ) . Bila baca komen2 tu majoriti cakap tengok gambar hotel tu pun memang nampak suram & seram. Semua pelik macam mana la kami boleh pilih hotel tu. Ada akak dari Melaka katanya kat situ memang bangunan dia dah berusia beratus tahun.. So, next time jangan pilih hotel kat situ la. Yelah.. benda lama kan kadang2 ada yang menghuni kat situ beratus tahun lamanya tapi kita je tak nampak. Sebenarnya orang yang survey hotel tu refer dari website jer & terus book secara online. Aku ni ngekor jer.. Jadi next time sila baca dulu review2 dari blog sebelum book mana2 hotel @ tempat penginapan. Kalau refer dari official website depa semuanya cantik & indah2 belaka.. kekekeke

          Tapi yang paling aku rasa sedikit kelakar... Ada yang terus terang tak berani nak baca entri just baca tajuk & komen je. Sampai macam tu depa takut padahal penulisan aku ni takde la seram mana tapi aku faham sesetengah orang yang penakut ni dia punya Imaginasi tu cepat sangat terbayang benda2 yang menyeramkan. Ada antara kawan2 aku yang borak2 kosong cerita pasal ni pun terasa aura seramnya. Memang kisah berkaitan hotel tu ada aura seram kot.

          Apapun even depa takut tetap depa clik blog melekit & tinggalkan komen. Maknanya takut tapi mahu. Boleh gitu?? hahahahaha Moral of the story.. Kita semua termasuk 'Dia tu' pun makhluk Allah.. Masing2 ada kekuatan & kelemahan sendiri. Tiada yang lebih berkuasa selain Allah, jadi mohonlah perlindungan dari Allah.


          INILAH KESAN SEBAB TERLALU BANYAK PING ENTRI KAT BLOGR.MY

          Blogr.my antara tempat aku suka ping entri sebab dia antara yang banyak menyumbang traffic ke blog aku. Yelah.. blog2 tepian paya macam aku ni berapa kerat sangat blogger nak letak kat bloglist depa.. Yang biasa2 pun satu dua jer pandang apatah lagi yang popular jeling pun tak gamaknya. Hahahaha... Tapi aku tak kecik hati pun. Nak berjaya bukan setakat dok menyendeng populariti orang lain jer.. Orang yang popular sekarang pun depa usaha dari bawah jugak. Asyik nak guna kepentingan orang jer.. baik tak payah jadi blogger ye dak?

          Terbebel la pulak.. Sebenarnya aku just nak share jer kesan dari aku suka sangat ping entri sana sini termasuk kat blogr.my ni. Memang banyak la entri aku ping kat situ.. Traffic pun aku banyak jugak dapat dari situ. Sebab aku ni terlampau sangat suka ping entri kat situ.. asal update je ping.. update je ping.. Maka pihak blogr.my dapat mengesan blog aku yang asyik menyendeng je entri kat situ.


          Tak sangka pulak.. blog aku di intai dan di senarai pendekkan untuk satu kolaberasi advertorial. Kalau ada rezeki la kan.. dapat la. Kalau takde, takpe la. Tersenarai pun aku rasa cukup bertuah sebab bukan sikit blog yang dok ping pong entri kat blogr.my tu tapi aku jugak yang di pilih.


          Apapun terima kasih pada blogr.my menawarkan peluang ni pada saya.. Dan pada korang nak join ping pong entry kat blogr.my moh ler.. jangan lupa follow aku sekali kat id Suria Lekatlekit. Biar ramai sikit jemaah kat sana.. kekekekeke


          PENCURI DALAM BLOG

          Bila tak ada idea nak update blog, kita rasa macam perlu jugak update untuk maintain kan traffic blog. Untuk pastikan pageviews & unique views tak jatuh.. Padahal otak tu memang tak bermood nak fikir idea untuk menulis tapi di paksa jugak update blog walhal blog tu kalau tak update sehari dua.. tak mati pun.


          Bila jadi macam tu idea tak ada.. tapi di paksa jugak kadang2 benda tu buat kita jadi seorang pencuri dalam berblogging ni. Nak mengarang memang totally idea 0.. nak taip sebaris ayat pun tak mampu mula la merayap ke blog orang cari artikel best kemudian copy paste. Touch up sikit2.. bagi tak nampak sangat entri orang. Yelah.. kadang2 penulis ni dia ada kata nama ganti dia sendiri.. kena la edit. Kang kantoi katanya...

          Mencuri entri dengan mencuri idea orang untuk update blog adalah dua perkara berbeza.. curi idea kadang2 tu just kita ambil isu tu untuk kita komen kat blog kita & jadikan satu entri. Tu bukan namanya copy paste.. Kita just ambil isu yang sama tapi buat entri sendiri. Tapi adalah lebih bagus kalau nak buat macam tu sertakan sekali link sumber yang kita rujuk. Benda tu rasanya takde blogger nak mengamuk. Tapi yang copy sebijik2 ayat orang kemudian claim benda tu hakcipta sendiri yang tu selalunya blogger akan mengamuk.

          Menulis pun bukan benda yang senang.. Jadi bila orang penat2 karang entri kita senang cedok masuk blog sendiri & dapat hasil dari penulisan tu, tak semua orang rasa ikhlas nak halalkan atau redha tanpa sedikit pun rasa tak puas hati. Manusia kot.. bukan malaikat. Tak ada idea.. berehat. Otak yang fresh Insya Allah akan menghasilkan idea yang baik. Tak perlu paksa diri sebab berblog bukan macam kerja makan gaji dengan orang. Kalau tak mampu cari je la kerja part time lain. Tak payah berblog kalau dah memang takde bakat mengarang @ menulis.

          Menulis perlu minat baru boleh menghasilkan bakat. Sebab dengan minat je kita akan berusaha belajar sesuatu. Tanpa minat hanya sekadar ikutan.. Percayalah samada blog tu tak bertahan.. hangpa cuma jadi pencuri je dalam berblogging. Hari2 dok buru ke blog orang cari artikel nak copy paste. So,blogger kah anda? tepuk kepala tanya akal.

          P/S : Kalau nak copy paste pi copy paste berita sudah.. berita surat khabar depa tak bising sangat even berita online sekarang pun dah mula protect artikel depa. (Tapi kalau depa take action nasib hangpa la. hahahahaha) selagi tak keluar surat khabar cuma share tajuk berita jer macam harian metro. hahahahaha

          **Kalau entri korang kena copypaste korang boleh buat report google. Boleh rujuk tutorial kat sini >> Cara Report Google<< 
           

          ENTRI PALING ANONYMOUS SUKA KOMEN

          Kalau berblog takde komen dari anonymous memang rasanya bukan blog la kot. Ataupun blogger tu disable ruangan komen. Kalau publick kan blog untuk sesiapa sahaja baca, Insya Allah tak ramai sorang dua anonymous mesti sangkut kat kotak komen.

           Sumber google

          Anonymous ni kadang2 di kalangan orang2 kita kenal & tak mustahil jugak di kalangan kawan2 kita. Walau banyak Anonymous ni datang menghentam orang kadang2 tak ada kena mengena pun dengan isu yang kita tulis tapi tak semua anonymous tu pengkritik atau pengutuk.. Ada jugak Anonymous yang berhemah memberi pandangan atau komen yang baik. Pendek kita tak boleh pukul rata Anonymous tu semua nak memberi kritikkan membunuh jer..

          Sebenarnya aku nak cerita pasal entri aku yang paling banyak anonymous komen jer.. Intro panjang panjang tu cuma sesaja kononnnya pengenalan tentang anonymous dari sudut pandangan aku. Kat blog aku ada satu entri yang masih menjadi views yang tinggi & aku perasaan memang banyak komen anonymous.. sampai anonymous bergaduh sesama anonymous pun ada. Nak tau entri mana meh tengok kat sini >> ENTRI PALING BANYAK ANONYMOUS KOMEN <<

          Masing2 tak nak kalah tu.. Apapun tepuk dada tanya selera. kekekekeke


          JOM BELAJAR PERKATAAN MENCARUT KAT SINI

          Punya maju teknologi manusia pun turut jadi alien jugak tapi bukan la alien dari planet di angkasaraya sana tapi Planet Rimbaraya.. Planet dalam belantara gitu. Bila muncul alien2 ni maka muncul la jugak perkataan perkataan baru yang depa bawa untuk meng alien kan anak anak muda mahupun anak2 yang tak berapa muda sangat.

          Sumber google

          Dengar macam Up to date, stylo,catchy,urban & open minded sangat la konon.. Padahal dalam pada masa yang sama nampak murahan sangat para alien2 jadian tak kira alien lelaki atau alien perempuan bila mereka mula memasukkan perkataan2 ni dalam perbualan seharian mereka tak kira di laman sosial atau sembang kat restoran mamak mahupun cyber cafe juga kat tangga2 shopping complex.

          Nampaknya budak2 sekarang tak janggal menyebut perkataan2 lucah yang telah di alienkan ejaannya.. tak kira lelaki perempuan.. yang seksi atau bertudung. Yang nampak gud2 mahupun yang nampak noty2. Sampai tanpa segan silu menjadikan perkataan2 mencarut tu sebagai seni kreatif untuk perniagaan.

          Adik adik sekalian.. Mungkin ada adik2 yang masih tak tahu apa maksud perkataan Ale Uto, Lanjio & nokharom yang mungkin adik2 ter.. sebut masa sembang santai dengan kawan2. Sebagai akak yang ada blog dengan penuh prihatin maka akak dengan muka yang agak tebal tanpa berbedak ni akak akan jelaskan maksud perkataan2 yang memang popular di gunakan sekarang ni..

          Ale Uto Maksudnya kemaluan lelaki iatu kepala B*T*H (Sensor jugak ejaan lucah sangat hahaha)
          Lanjio Maksudnya Lanciau iatu dari perkataan bahasa cina yang bermaksud kemaluan lelaki jugak
          Nokharom Maksudnya Anak haram

          Tiga perkataan ni memang sangat popular sekarang. Sebab ada yang tanya akak.. maka akak buat la entri ni. Moga adik2 yang dah tahu jangan sebut2 lagi yer.. Yang anak dara jangan biasakan diri dok sebut2 kang ter..sebut depan bakal keluarga mertua terus tak jadi berlaki pulak. Selamat belajar yer adik adik.

          CARA MUDAH HALANG ENTRI DARI KENA COPY PASTE

          Tak habis habis isu copy paste lagi kan aku ni? Sebab kejadian2 ni la buat aku banyak belajar dari sesuatu yang aku tak pernah nak ambil tahu buat aku berminat untuk ambil tahu. Sebab tu la orang kata belajar dari pengamalan. Biasa la aku pun spesis sudah terhantuk baru terngadah.

          Walau aku tahu blog Sesawang Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris akan setia mencuri setiap entri yang aku update dengan cara auto copy paste. Kalau aku keji dia pun tetap dia post entri tu sebab dia setting auto copy paste. tapi demi kelangsungan blog katanya aku tetap kena update blog aku kalau ada benda2 best yang aku nak share.

          maybe ada spesis blogger macam aku yang selama ni tak terfikir pun nak lock entri sampai orang tak boleh copy walau 1 perkataan kat entri dia. Sebab nya dulu aku fikir.. setakat copy paste satu dua entri yang membantu orang lain apa salahnya.. tapi memandangkan blog aku semakin menjadi sasaran blog2 copy paste maka aku kena la jugak buat sesuatu sebab takut nanti kesan buruk tu berbalik pada blog aku, kan.

          Tutorial ni sekurang kurangnya boleh la protect dari newbie blogger copypaste.  kalau cara biasa copy paste tu memang tak boleh even guna ctrl c pun. Dia lock terus entri kita. Caranya senang jer... memula clik dashboard blog..

          1. cari layout & clik.. 
          2. lepas tu dalam layout tu cari kotak add gadget kemudian clik. 
          3. Selepas tu cari pulak HTML/Javascript & clik
          4. Akan keluar satu kotak. Sila copy paste code dari blog ni masuk ke dalam kotak tu>>Trik terbaik halang entri atau artikel dari di copy (plagiat)
          5. Dah copy masuk code tu sila clik save. Insya Allah entri anda dah kena lock.


           Ni tutorial bergambar untuk memudahkan sesiapa saja yang memerlukan.

          Senang tak? Senang kan? Jadi.. anda boleh buatkan untuk blog anda kalau anda sekiranya anda bukan blogger copypaste. Apapun selamat mencuba semua. Peace!

          P/S : Yang membaca entri ni dari blog Sesawang Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris meh singgah ke blog yang menjadi pemilik asal entri ni APA YANG MELEKAT LEKIT HARI NI

          P/S : aku boleh copy terus coding tu kat entri ni tapi sebab aku dapat info dari blog dia so aku rasa lebih mulia korang masuk jugak blog dia untuk ambil coding tu. Sama2 merasa traffic. ye dak?? Bukan hanya reti curi artikel orang jer macam blog Sesawang Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris


          BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

          Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

          * Review berbayar dan harga masih boleh di runding
          * Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
          * Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
          * Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
          * Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

          Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

          Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com