ADA LAGI RUPANYA BLOGGER TAK MALU MACAM NI

3/17/2015 03:08:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Ingat dah pupus rupanya ada lagi blogger2 yang tak malu macam ni. Sebab masih ada terpaksa la aku melahar jugak dalam blog yang berpuaka ni. Sapa suruh bagi isu, kan dah jadi cerita dalam blog lekat lekit. Yang rasa gud gud sangat.. baca tajuk jer terus label negative.. You saka pegi jauh jauh katanya... hahaha very the copypaste tajuk drama kan?

 Tak tau la gambaq anak dara sapa. Pinjam dari google jer

Di sebabkan mereka masih nak menunjukkan ketidak maluan mereka di blog masing - masing maka aku nak tolong canang jugak la ketidak maluan mereka kat blog aku tanda terima kasih. Mereka2 yang tak malu ni bukan la tak senonoh perbuatannya.. Tapi tak malu tunjuk tulisan tangan memasing jer.. Wah makin kreatif peserta2 cabaran menulis entri dengan tulisan tangan ni.. ada yang tulis resepi selang seli dengan gambar lagi guna tulisan tangan.. Ada yang buat cerita komik bergambar dengan tulisan tangan. memang rajin Uolls.. aku pun belum mampu rajin tahap macam tu...

Sebab kerajinan depa ni join cabaran ni tanpa hadiah.. Maka aku yakin depa ni semua rajin2 jugak bertandang kat blog orang jadi tak rugi korang rajinkan diri beramah mesra dia blog diorang...

1. Alongxp
2.  umi's cup cake
3.  Farha Kimah
4. Mrs. A
5. Adinda Baizura Mazlan
6. izzeyda
7.  Cik Ash
8. Tiga lalat

Tu dia 6 blogger yang sporting & ikhlas sebab tak perlu sogok dengan hadiah pun depa boleh join jugak. Kalau nak tengok 11 lagi peserta cabaran menulis entri dengan tulisan tangan boleh tengok kat entri ni INILAH BLOGGER TAK MALU PATUT KORANG TAHU.

Terima kasih yang sudi support cabaran ni even ada di antara kita sebelum ni tak pernah kenal di alam maya pun. Bagi yang masih nak sahut cabaran ni.. silakan sebab takde expired date pun.Boleh rujuk entri ni Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan

14 comments:

  1. Salam. hee malunya saya tengok tulisan sendiri kann., ;-P tanpa kawan2 yg best best sebegitu siapalah saya kanns

    ReplyDelete
  2. Aduhaiiiiii.....ingat citer pasal menda la tadi suria oiiii....laju2 akak masuk sini ti mmg betul...diorg mmg x tau malu...

    ReplyDelete
  3. ehh blog Eyda pun ada ya.. hehehe tetiba Eyda malu plak kat sini.. apapun jom tengok entry tulisan besar vs tulisan kecil.. http://izzeyda.blogspot.com/2015/03/tulisan-besar-vs-tulisan-kecil.html

    ReplyDelete
  4. haha..

    tak malu rupanya diorang. haha

    ReplyDelete
  5. saya pun nak join juga la blogger tak malu ni...

    ReplyDelete
  6. Memang nak sangat join ni. Nantikan tulisan Mek ila yang comel comot dalam entry yang akan datang.

    ReplyDelete
  7. Wah.. Dapat sambutan la sis..

    ReplyDelete
  8. Tajuk kasi gempak, memang penulis berbakat la akak lekat lekit nih... hahahaha... tapi apa pon terima kasih jugak sebab buat cabaran yang orang lain rasa mengarut ni, sebab cabaran ni dah menggerakkan balik otot2 dan motor pada tangan dan jari sampai membolehkan saya untuk melukis semula... banyak nak komen ni, buat entri la jap g hahahaha

    ReplyDelete
  9. Alaa.. kenapa tak 'jemput' personally? Akak pun teringin nak rasa betapa tak malunya diri ini. Rupanya tak expiry date cabaran ni ya. Kalau sempat, boleh juga buat skrip drama guna tangan. Very rare gitu. Eh, bila ek last time menulis guna pen/pensil ni? Rasa dah dekat seabad kotnya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com