BLOGGER HEBAT YANG TAK POPULAR
Dalam dunia blog ni ada antara blogger2 yang hebat dalam penulisan blog tapi nak kata tak di kenali sangat tak jugak tapi nak kata tak popular langsung agak popular la sampai di gelar sifu dalam dunia blog.. tapi cuma di kenali di kalangan blogger saja. Yang bukan blogger ni mungkin kurang kenal. Antaranya Hasrul Hassan yang mengorbankan kerjayanya untuk jadi blogger sepenuh masa. Blog Hasrul Hassan memang blog yang penuh ilmu dalam dunia blog. Tips tutorial & macam info berkenaan blog memang banyak dalam blog hasrul hassan cuma mungkin dia tak sepopular blogger yang tulis kisah2 santai. Tapi bagi aku Hasrul Hassan antara blogger yang hebat.
Dan aku malas nak promot sangat blogger cuti panjang ni.. Tapi dia antara blogger yang memang hebat & takde populariti langsung dalam dunia blog hahaha iatu kawan aku Nyah Zulfikar Hazri. Bagi aku dia hebat dalam penulisan cerita peribadi.. Dia pandai menghiburkan orang dengan penulisan kisah2 nostalgia. Entri dia memang macam cerpen tapi serius korang akan hadap sampai noktah terakhir. Selingan lawak dia.. penulisan yang santai tapi padat & mudah di fahami.. Tak semua blogger yang tulis kisah peribadi boleh buat macam nyah sorang ni. Aku je panggil nyah tapi dia bukan mak nyah tau.. Dia berjambang & ber awek lagi tau. hahahaha
Satu lagi blog Buasir Otak.. Aku suka penulisan dia sebab tu aku rasa dia antara blogger yang bakal hebat jugak. Penulisan yang lebih kurang macam blog aku.. Memberi pandangan pada isu2 semasa dengan yakin & berani walau kadang2 aku bukan setuju sangat dengan pendapat & pandangan dia tapi aku enjoy baca penulisan macam tu. Perbezaan pendapat tak semestinya kita hilang kagum dengan seseorang yang kita rasa berbakat, kan? So, aku rasa Buasir Otak antara blog yang hebat jugak la.
Cukup lah tiga blogger ni aku bagi contoh. Walau mereka takde la gah sangat namanya tapi bagi aku mereka antara blogger yang hebat. Mereka menulis mungkin dari bakat & minat sebab tu menghasilkan penulisan yang berkualiti even tanpa populariti. Penulisan yang hebat, Insya Allah lebih di ingati sebab banyak ilmu yang di tulis untuk orang lain dapat manafaat.
Tu antara blogger yang aku rasa hebat.. Ada blogger yang aku suka baca blog dia sebab penulisan dia jugak.. Macam blog Diana Rashid.. ni pun antara blogger outspoken yang aku suka tapi dia jenis banyak kias kias & blog dia macam blog aku. macam macam ada.. Selain tu blogger Mama Niza, Belog Kathy R'bain, Chekgu Azrine and Family, My Little Amazing World, Diari Seorang Mama (^_^) EmIenAqil ~Reality & Fantasy~ Bro Framestone antara blogger yang aku suka jugak singgah & baca entri mereka selain mereka adalah antara kawan2 aku dalam dunia blog ni. Sebenarnya ramai lagi yang aku nak listkan.. tapi tu la tak terlist. hahahaha. Tunggu next episode pulak katanya. sekarang kita list blog mak mak dulu kecuali Bro Framestone je blog bapak orang. Blog adik2 nanti akak buat satu entri khas hehehe
Hebat atau tak kita.. orang yang menilai. Selagi kita buat sesuatu atas dasar minat Insya Allah akan datang keikhlasan menulis & akan memberi hasil yang baik.
wah..nama belog kathy tersenarai jua..bangga sekejap..bukan mudah terlist dalam ramai2 blogger pilihan sis suria yang melekat lekit ni sebab kathy lagi tak pandai menulis. main hentam kromo aje,typo lagi satu hal.apapun,tq sis suria..moga ukhuwah kita terjalin baik walau cuma di alam maya. inshaAllah.
ReplyDeletetak semestinya kena popular kalau nak jadi hebat kan... popular dengan cara dan usaha sendiri tu lebih nikmat hehehehe
ReplyDeleteTengs puan suria lekat lekit. Blog saya taklah hebat mana pum biasa2 je, masih banyak lagi yang perlu saya belajar, tunjuk ajar ku sifu.
ReplyDeletebetul tu! ena setuju dengan kata kata akk...
ReplyDeleteBlog bapak2 pun masih bujang 3 lagi tau
ReplyDeleteSaya setuju dengan kak suria. Tak semestinya tak popular tu tak bagus blog dia. Kadang2 blog dia popular sebab penulis blog tu kacak atau cantik.
ReplyDeleteselalu gak baca blog buasir otak tu.
ReplyDeletehehe...
Popular tak semestinye hebat..hebat tak semestinye popular..awwww..hihihi..
ReplyDeleteKite popular non hado..hebat pun non hado jugak..sob sob..
biarlah tak hebat dan popular asalkan tulisan kita mampu jadi pembela di akhirat...
ReplyDeletetetiba rasa mcm bersemangat balik nak update blog, huhuuuuu
ReplyDeletenak visit blog diorang!
ReplyDeleteTetibakan akak rasa akak ni golongan bijak pandailah sebab kata-kata Suria tu - 'Yang susah nak popular ni golongan bijak pandai jer' *_* Kalau macam ni tak popular pun takpa asalkan bijak. Keh3x.
ReplyDeleteYalah, nak menulis bukan senang. Nak menambat hati pembaca sampai melekat tak ingat balik rumah, lagilah susah. Tapi asalkan kita ikhlas, tak penuh tipu muslihat, insya allah akan nampak keindahannya nanti ^_^ Eh, bercakap mengalahkan blogger jutawan pulak. Lupa pulak kita kelas bawahan sebenarnya. Hihihi.....
Makan masa juga nak jadi hebat ni kan. Kena betul-betul kuat dalam dunia blogging ni.
ReplyDeleteSetuju.....Mrs. A angkat tangan ni.. tapi sis tak nampaklahkan?
ReplyDeleteBlogger memang macam retis sungguhpun popular tapi belum tentu bagus.
Selalu jugak baca blog Hasrul Hassan dan blog buasir otak tu. Memang byk input bermanfaat dr penulisan diorang. Lebih baik x popular tp mampu beri manfaat kpd pembaca. :)
ReplyDelete