ENTRI TAK BEST SAPA NAK KOMEN

9/15/2015 12:06:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

ENTRI TAK BEST SAPA NAK KOMEN. Komen kat blog. haritu baca kat blog kat diana ada kupas kupis isu ni. baca jugak la pandangan2 orang2 berkomen kat entri tu. Ada yang rasa tak kisah orang komen ke tidak.. ada yang memang pentingkan komen pada setiap entri dia tulis sebab tu dia sentiasa bagi rewards kepada top komentar setiap bulan. Baru2 ni pun aku menang RM50 dari blog Denaihati sebab menjadi 5 pengomen terawal di salah satu entri beliau tapi hadiah tu belum dapat lagi. jadi kita boleh nampak kat situ kalau kita nak sesuatu kita kena bagi sesuatu jugak.

Sumber Google

Aku?? Suka bila ada yang sudi komen. Sangat2 aku hargai pada pengomen setia & pengomen singgah kat blog aku. Sapa tak suka orang respond apa yang kita tulis kan tapi takde la sampai aku down teruk kalau ada entri aku yang takde komen langsung. Setiap kali aku tulis entri bukan komen target utama aku tapi adalah views. Sebab bagi aku views la yang menentukan samada penulisan kita ada orang baca atau tidak even yang datang kadang2 baca tajuk je.

Banyak faktor bila blog kurang orang komen tak semestinya sebab apa kita tulis tu tak menarik. Tapi tak di nafikan salah satu faktor entri takde komen adalah sebab entri kita tak best sapa nak komen.  Antara faktor lain populariti & pengaruh jugak. Kadang2 aku tengok blogger yang popular & berpengaruh entri memang totally boring pun ada orang komen even satu patah perkataan je dia komen. Kita jarang komen blog orang lain pun juga salah satu punca blog kita kurang dapat komen. Sebab dalam dunia blog sekarang ada Trend "blogwalking". Blogwalking @ BW ni selalunya bukan dia cari entri yang best dia nak baca tapi dia akan cari sebanyak mungkin blog yang boleh dia tinggalkan jejak kat komen. Sebab tu kadang2 kita nampak ada post kat FB.. nak BW sila tinggalkan link blog anda. (tapi bukan aku kata yang suka BW ni tak baca entri tapi tinggalkan komen yer walau ada ramai yang buat macam tu)

Tapi kalau apa kita tulis kurang dapat respond di kotak komen tak perlu la down teruk sangat. benda tu buat spoil mood berblogging. Kenapa perlu spoil mood berblog hanya kerana perkara remeh. Selagi ada views entri kita tu Insya Allah ada orang baca. Nak tahu entri kita menarik ke tidak try tulis iklan special 8share (Kalau yang belum signup boleh tengok apa yang best dengan 8share kat sini >>DENGAN 8SHARE SETIAP BULAN BOLEH CASHOUT <<). walau kadang2 entri iklan 8share aku buat takde komen tapi rewards penuh jugak dengan earning. Tu tanda apa kita tulis menarik untuk orang baca seterusnya tahu apa ada di sebalik link yang kita kongsi

Dan jangan sesekali anggap kita akan dapat komen sebanyak followers yang kita ada. Mustahil sangat sebab followers yang follow blog kita bukan semua suka baca entri kita. Kadang2 sekadar follow back atau harap orang follow back. Tapi penting jugak jumlah followers tu sebab ada manafaat untuk blog. So, tak kisah la followers banyak tapi tak baca entri kita sebab kita tak boleh paksa orang untuk baca apa dia tak minat. Nak orang baca tulis la benda menarik. Tapi tetap Dia ada fungsi dia tersendiri kat situ kalaupun dia tak berfungsi untuk meramaikan pengomen di entri kita. Jumlah followers juga main peranan untuk kita dapat offer2 best dari berblogging. Contoh advertorial, review bagai tu. Jadi tak payah pertikai follow tapi tak pernah beramah mesra kat entri kita. Kadang2 ada yang jenis silent reader macam aku. hahahaha. Mustahil la kalau kita ada 2k followers kita confirm dapat 2k komen setiap hari. Aku yang ada 2k++ followers pun nak dapat 200 komen sehari pun susah.

Nak enjoy berblog kadang2 kita perlu ignore benda2 remeh macam takde orang komen bagai tu, Yang perlu kita ambil serius kalau tak ada orang baca. Kita kena cari pembaca dulu baru kita boleh dapat pengomen. Kalau pembaca kurang.. peluang nak dapat pengomen banyak pun memang tipis la. So, peringkat awal dalam berblog yang penting untuk kita adalah pembaca. Tanpa pembaca tak mungkin ada pengomen. Ingat tu!! Terus menulis walau hari ni penulisan kita tak best tapi Practice makes perfect bak kata omputih. Tapi orang sawo matang macam aku cakap bunyi tak berapa putih sangat la. hahahaha. Kata kuncinya...  jangan sikit2 nak giveup atau acah2 merajuk dengan blog. Jangan ok! Orang nampak kita blogger yang takde kekuatan so orang jadi kurang respect sebab takde benda yang orang boleh kagum dengan kita.

Moral of the story.. Nak orang ramai komen kat blog ada dua contoh blogger yang suka serang bertubi2 kat kotak komen aku.. Dulu Mummydearie sekarang dah jadi dua kak Malinda. Depa kalau sekali datang tsunami kotak komen aku. Habis semua entri2 aku yang depa terlepas depa telaah umpama cerita dalam blog aku masuk dalam kertas soalan SPM. hahahaha... Kalau korang memang rajin macam dua orang akak blogger ni Insya Allah entri korang penuh la dengan komen. Dan ramai lagi sebenarnya geng2 suka komen kat entri aku ni. nanti la free aku buat entri penghargaan pada top2 komentar kat blog aku.

Kesimpulannya.. tetap kena rajin kalau nak apapun dalam hidup.

8 comments:

  1. saya selalu kalau kena blog orang jual produk, tak tahu nak komen apa
    tapi saya ada juga perangai baca, tapi tak rajin tinggal komen
    lebih lagi kalau kena phone bila BW...mmg datang baca aje. komen dak

    tapi saya setuju dengan suria.
    tok sah dok pikirlah pasal orang komen ke idak. follower ramai ke idak
    janji pageview ada perubahan
    sekarang ni saya pun dah mula nampak kepentingan pageview
    dah mula serapkan sikit ayat2 mesra seo

    tapi pada saya kalau kita menulis sebab minat
    apapun jadi kita tak akan down...sebab kita minat =)

    ReplyDelete
  2. Ya.

    Kalau artikel tak best, memang malas nak komen.

    ReplyDelete
  3. saya happy bila baca entry blogger2, pastu tinggalkan komen..
    kalau entry saya pulak..saya sangat hargai komen yg ditinggalkan..tp klu orang tak nak komen pun takper..ai tak kecik ati pon...hehe..insyaallah saya ikhlas berblogging..:)

    ReplyDelete
  4. Hai, takut tsunami ke? Kalau takut tsunami jangan bina blog di tepi sungai cetek gitu *_*

    Eh, lah tak tahu ke? Memanglah kita orang rajin blogwalking dan tinggalkan komen berkoyan sebab kita orang dah tak tahu nak buat apa dengan masa 24-7 ni tau! Super E sangat sampaikan banyak alahai masa free gitu ^_^

    Pssstttt...terharu baca komen Kak Diana tau... dia kata kalau blogger popular tulis sikit pun berdesup orang komen tapi spesies blogger tak popular ni yang rajin mengomen banyak. Huhuhu...Kak Diana... sampai hati depa kata lagu tu tau!

    ReplyDelete
  5. Memang kena kreatif cipta entry kalau nak org komen... Tak kisah org komen ke tak, asalkan ada org baca melalui view post yg kita boleh tengok tu kan... Kadg entry kita taip hari ni.. Org tak tengok... Tapi bertahun nanti org akan cari semula...

    Pasal mummydearie tu.. Hehe... Memang dia suka komen panjang-panjang.. Termotivasi betul bila dia dtg komen... Tapi ramai juga blogger yg blogwalking ke blog sy jenis komen pukal... Sekali dtg komen memang berderet. Hehe...

    Eh.. Terasa macam panjang pula komen kali ni...

    ReplyDelete
  6. Nah.. kite ni baru belajar nak mengomen dekat sini.. biasa kita singgah baca tak komen.. ri ni memang kita tengah rajin + nak cuba jadikan rutin mengomen.. hehehe.. macam MD dengan Kak Malinda tu..

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn entri lekat lekit yg ni... hehehe pada saya org komen ka tak komen ka xde hal... sebab writing is my passion. Saya mmg suka menulis...

    Tang pageview tu yang paling penting buat blogger sebenarnya... dr entri pageview kita boleh tahu bentuk penulisan yg macam mana org suka dan biasa orang cari...

    Tang MD dgn kak malinda tu mmg betul la... sekali depa dtg blog kita abis semua entri depa komen... hahhahaha ai is terharu! Ramai juga blogger2 yg rajin mcm depa... dah la komen banyak entri... lps tu komen panjang2 pulak tu... tah mana depa dpt idea tulis komen panjang2...

    Eh, komen saya pun terpanjang jugak! (^_^)¥

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com