SAYANG VS SUKA YANG MANA PILIHAN JIWA?
Kat FB sekarang ramai yang mula share benda ni.. Benda apa?? Alah benda tu la... "jangan meninggalkan orang yang menyanyangi kamu untuk bersama orang yang kamu suka kerana tidak mustahil orang yang kamu suka itu pula akan meninggalkan kamu untuk pergi kepada orang yang dia suka." lebih kurang macam tu la ayatnya. Salah sikit tu kira halal lah yer..Sang lekit macam kurang sokong kata2 macam ni sebabnya soal Jodoh pertemuan @ perpisahan ni bukan kita yang tentukan. Kita takkan tahu siapa jodoh kita sehingga sah lafaz akad.. Kita takkan tahu sampai mana jodoh kita selagi takde istilah/ucapan cerai tak kira bercerai hidup mahupun mati. Semua ni kita takkan tahu sampai ianya berlaku. Setuju @ tak dengan kenyataan melekit takde sapa boleh menyangkal sebab itulah hakikat yang tak boleh kita ubah.
Kalau dah jodoh kita dengan orang yang kita suka bukan orang yang sayang kita takkan sebab tu kita seolah diugut dengan kenyataan tak mustahil dia akan tinggalkan kita untuk pergi pada orang yang dia suka jugak. Siapa kita yang nak bagi jaminan orang yang sayang kita takkan tinggalkan kita. Bagi sang lekit la siapapun pilihan kita tak kira kita memilih orang yang kita suka @ orang yang sayangkan kita berpokok pangkal dari penerimaan kedua2 belah pihak jugak. Dan juga cara kita membentuk & menjalani hubungan tu. Siapapun jodoh kita, dah tertulis sejak azali & sampai mana jodoh kita pun Tuhan dah tetapkan cuma sebagai manusia kita di tuntut berusaha, berdoa & bertawakal supaya ianya menjadi satu pertalian/hubungan yang terbaik dalam hidup kita & berkekalan hendaknya.
Yang mana satu pilihan kalbu, tak mau yang gagah, kurus bukan aku mencari biar berpada asal di hati dapat berkenan. ewah...(gambar carian google)
P/s : Kalau dia benci kita takkan dia nak kawen dengan kita lak kan?? Lain la kawen paksa.. ini kawen suka sama suka tak logik la kalau suka sama suka tapi dalam hati membenci sepenuh jiwa.
P/S : entri ni adalah pendapat peribadi tak merujuk atau menyindir mahupun berkias2 kepada mana2 pihak. Bagi yang terasa hati tu bagus.. sebab tandanya korang masih normal & mampu terasa kepada perbuatan yang korang ter'lakukan' dengan sengaja ataupun tak. Peace No war..