SAYANG VS SUKA YANG MANA PILIHAN JIWA?

3/09/2012 03:28:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Kat FB sekarang ramai yang mula share benda ni.. Benda apa?? Alah benda tu la... "jangan meninggalkan orang yang menyanyangi kamu untuk bersama orang yang kamu suka kerana tidak mustahil orang yang kamu suka itu pula akan meninggalkan kamu untuk pergi kepada orang yang dia suka." lebih kurang macam tu la ayatnya. Salah sikit tu kira halal lah yer..

Sang lekit macam kurang sokong kata2 macam ni sebabnya soal Jodoh pertemuan @ perpisahan ni bukan kita yang tentukan. Kita takkan tahu siapa jodoh kita sehingga sah lafaz akad.. Kita takkan tahu sampai mana jodoh kita selagi takde istilah/ucapan cerai tak kira bercerai hidup mahupun mati. Semua ni kita takkan tahu sampai ianya berlaku. Setuju @ tak dengan kenyataan melekit takde sapa boleh menyangkal sebab itulah hakikat yang tak boleh kita ubah.

Kalau dah jodoh kita dengan orang yang kita suka bukan orang yang sayang kita takkan sebab tu kita seolah diugut dengan kenyataan tak mustahil dia akan tinggalkan kita untuk pergi pada orang yang dia suka jugak. Siapa kita yang nak bagi jaminan orang yang sayang kita takkan tinggalkan kita. Bagi sang lekit la siapapun pilihan kita tak kira kita memilih orang yang kita suka @ orang yang sayangkan kita berpokok pangkal dari penerimaan kedua2 belah pihak jugak. Dan juga cara kita membentuk & menjalani hubungan tu. Siapapun jodoh kita, dah tertulis sejak azali & sampai mana jodoh kita pun Tuhan dah tetapkan cuma sebagai manusia kita di tuntut berusaha, berdoa  & bertawakal supaya ianya menjadi satu pertalian/hubungan yang terbaik dalam hidup kita & berkekalan hendaknya.

Yang mana satu pilihan kalbu, tak mau yang gagah, kurus bukan aku mencari biar berpada asal di hati dapat berkenan. ewah...(gambar carian google)

Kalau gagal pun bukan pasal balasan kau tinggalkan pakwe yang sayang kau kemudian kawen dengan pakwe yang kau suka. Habis dah pakwe yang sayang kau tu asyik sayang je 4 5 tahun takde nak kawen2.. yang kau suka lak taknak tunggu lama2 kenal sekejab dah ajak kawen mana yang lebih afdal?? Sayang je tak menjamin apa2 & tak juga dengan sayang dapat menghalalkan sesuatu hubungan tu. Sayang kena di susuli tindakkan yang terbaik untuk mengeratkan lagi kasih sayang tu. kan?? kan?? kan??

P/s : Kalau dia benci kita takkan dia nak kawen dengan kita lak kan?? Lain la kawen paksa.. ini kawen suka sama suka tak logik la kalau suka sama suka tapi dalam hati membenci sepenuh jiwa.

P/S : entri ni adalah pendapat peribadi tak merujuk atau menyindir mahupun berkias2 kepada mana2 pihak. Bagi yang terasa hati tu bagus.. sebab tandanya korang masih normal & mampu terasa kepada perbuatan yang korang ter'lakukan' dengan sengaja ataupun tak. Peace No war..

13 comments:

  1. Sebab tu la skg Mr. A dan aku tgh amalkan open relationship sementara tgh tunggu confirm ke tak kawen neh... dlm masa 6 bulan nie kitorg berkenalan dgn ramai org sebab nak tgk sejauh mana kekuatan jodoh kitorg nie. Kalau dah jodoh kuat, teruskan je dgn ikatan. Kalau dah terpaut dgn org lain, bayar jela pampasan kontrak kawen pastu cari yg lain yg mungkin jodoh sebenar kita, hehehe...

    ReplyDelete
  2. betul. sayang2 saja tak cukup. kalau tak pandai bertindak fail jugak. lelaki zaman sekarang byk yg cerewet, serba tak kena. Sedangkan harga perempuan makin hari makin mahal. padan muka lelaki. hahahaha.

    ReplyDelete
  3. jodoh tu dah ditentukan oleh Allah, jadi kita kenalah bersyukur dengan jodoh itu... kalau ada terjadi apa2 dengan jodoh itu ia juga ketentuanNYA!

    ReplyDelete
  4. sayangi lah orang yg menyayangi kita dan jgn membenci org yg membenci kite :)

    ReplyDelete
  5. ajal maut dan jodoh pertemuan bukan kita yang uruskan ...terima je la apa jua ...

    ReplyDelete
  6. ya setuju.. jodoh itu kan ketentuan Ilahi...

    ReplyDelete
  7. hohoh..selalu jugak nmpk status cenggini..

    tp menarik jgk kata2 tu.. :p

    ReplyDelete
  8. semoga jodoh kita kekal ke akhir hayat sama ada dengan orang yg kita sayang atau yang kita suka.. yang menjadi jodoh kita tu...

    ReplyDelete
  9. fila fikir tentang ni, hati jadi bimbang walau orang cakap jodoh ni tak perlu dirisaukan.. huhu

    ReplyDelete
  10. ye.....setuju..saya sendiri x tau siapa jodoh saya lepas ni...enry ni sikit sebanyak ada kena mengena dgn saya..thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. Ye...terkena dekat saya..menarik...Adi

    ReplyDelete
  12. betul tu mummy..jodoh ni semua ketentuan Allah..kite cuma berusaha dan bertawakal saje..belum tentu yg kite sayang jadi milik kite kan?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com