KISAH PENGALAMAN SERAM NAIK TEKSI BERHANTU
KISAH PENGALAMAN SERAM NAIK TEKSI BERHANTU. Akibat cerita seram di blog lekatlekit.com berjaya di senaraikan dalam artikel says haritu maka semangat nak memomokkan pembaca blog lekatlekit semakin melekat lekit katanya. Maka malam ni segmen seram serik lekatlekit nak share satu kisah yang jarang2 kita dengar atau baca kat memana. Selalunya orang dok cerita driver teksi terbawa penumpang hantu la, pontianak la tapi kali ni pengalaman penumpang pulak ternaik teksi hantu katanya. Alkisahnya bermula...Sumber Google. Sekadar Hiasan |
Kisah dua adik beradik ni balik dari membeli belah. Tiba2 sampai di satu jalan kereta depa rosak. Almaklum la orang perempuan ni. Dia tau bawa kereta je.. Nak tengok apa yang rosak memang tak reti la. Kadang2 masalah simple pun depa memang tak boleh selesaikan kalau berkaitan kereta. Almaklum la kepakaran seorang perempuan tak berapa kearah otomobil katanya. Jadi sebab depa pun tak tau nak buat apa.. cuba call abang depa tapi si abang pulak kerja malam tak boleh nak tolong jemput depa. Maka terpaksa survive la jalan kaki & tunggu teksi. Kereta rosak terpaksa di tinggalkan dulu tepi jalan.
Nak di jadikan cerita seramnya.. bila dah penat berjalan dua beradik ni berhenti la rehat sekejab & berharap ada teksi yang lalu di kawasan tu. Tapi sampai sejam.. jangankan teksi.. bekas tayar teksi pun tak nampak atas jalan. Tu dia punya nak bagitau kelibat teksi pun tak lalu time tu. Dalam keadaan letih & bosan tiba2 sebuah teksi muncul depan depa dua beradik. Pelik jugak.. yelah takde pulak depa tahan. macam mana nak tahan tak nampak pun teksi tu datang dari arah mana tiba2 je macam magic muncul kat depan depa.. Ni kalau magic dengan sebiji teksi macam ni memang pelik jugak la. Nak kata David Copperfield ada buat show dekat2 area situ takde la pulak sebab david je boleh buat magic hilangkan kenderaan besar. Kalau kapal terbang dia boleh hilangkan apalah sangat dia nak buat magic munculkan teksi memalam buat, kan? Ops termelalut pulak. Kita teruskan cerita
Sebab dah sangat buta malamnya.. (tengah malam) dua beradik ni malas nak fikir bukan2 sangat. Dah ada teksi depan hidung tak payah banyak soal siasat sangat la dari mana dia datang tiba2 je muncul. Rupa teksi kot.. takde rupa keranda ke hapa. Maka naiklah dua beradik tu tanpa was was. Dasar perempuan kan.. masuk teksi terus borak tak ingat. Bila sedar macam lama sangat je depa dalam teksi si adik tu tengok la jam. Baru dia sedar yang depa dah duduk dalam teksi tu hampir satu jam tapi tak sampai2 jugak ke destinasi. Sepatutnya perjalanan ke tempat yang dituju tak ambil masa lama macam tu. Selalunya 20 minit jer. Sebab macam pelik je jalan yang pemandu teksi tu bawak si adik ni cuit la si kakak. Kakak faham apa yang adik maksudkan maka di suruh adik ambil langkah keselamatan dengan membaca apa saja ayat2 Al quran sebagai pendinding.
Si kakak beranikan diri tanya pemandu teksi tu kat mana dia bawa depa dua beradik sedangkan depa nak pergi tempat lain. Pemandu teksi tu cuma angguk je tak cakap apapun. Semakin takut la dua beradik ni sebab tengok suasana sepanjang jalan memang lain sangat. Mereka terus membaca ayat2 suci al quran. Tiba tiba je teksi tu macam keluar dari satu alam lain. Teksi tu membelok ke tempat yang dua beradik ni nak pergi tanpa perlu depa tunjuk arah. Dengan tanpa di beritahu teksi tu berhenti betul2 depan block rumah depa. Kau rasa depa nak tunggu beramah mesra dengan pemandu teksi tu lagi ke? Mungkin tidak la lepas melalui perjalanan yang agak panjang & menakutkan. Rasanya kalau boleh lompat ikut tingkap tak jadi juara lompat kijang pun tetiba boleh melompat macam pelompat profresional katanya. Tapi dah naik teksi tetap la kena bayar walau ko takut tahap parkinson menggigil. Si adik tu bagi la pakcik teksi tu RM10. Masa dia nak bagi duit dia nampak pemandu teksi tu tua setua tua manusia. Kedut tak payah cakap. Tapi tetap tak nampak wajah sebenar dia. Duit yang di beri, di tolak pemandu teksi tu tanpa bersuara sepatah pun. Dalam keadaan bingung, takut & kelam kabut si kakak cepat2 suruh adik dia keluar dari teksi. Tak sampai beberapa tapak dua beradik ni melangkah tiba2 teksi tu terus ghaib.
Lepas teksi tu hilang si kakak mula buka cerita lepas adik dia keluar dari teksi.. tiba2 kakak dia nampak teksi yang dorang naik tu bertukar jadi kereta buruk. Time tu dah pukul 11.30 malam.. perjalanan 20 minit mereka menjadi 3 jam hanya kerana ter naik teksi berhantu.
Kemusykilan aku sejak dari dulu.. kenapa kalau hantu je mesti berkaitan benda buruk, usang bagai. Taste hantu memang benda2 buruk je ke? baju buruk.. kerete buruk.. & banyak lagi la benda buruk berkaitan hantu termasuk muka buruk & buruk perangai. hehehehe
Moral of the story... Pada yang suka naik teksi malam2 tu berhati2.. kalau teksi berhantu ok lagi. Paling2 dia bawak round2 alam ghaib je 2 3 jam je lepas tu dia hantar balik. Tu kalau dia nak hantar balik la tapi kalau naik teksi yang pemandunya perangai macam hantu tu yang paling seram. Silap2 dia hantar kita terus ke alam barzakh.
Sumber : Koleksi Kisah Seram