GADUH BOLEH MENYEBABKAN BANJIR SURUT

12/26/2014 03:10:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Bila jadi isu2 bencana alam macam ni akan muncul orang bijak pandai, orang terlebih pandai, orang buat2 pandai dan jugak orang yang memandai mandai. Tu perkara biasa la sejak wujudnya laman sosial.. Ramai orang jadi peramah, lantang & berani. Tak salah.. hak memasing nak jadi macam mana pun kat Laman sosial..

memang tak salah nak lantang ikut sedap jari menaip tapi jangan sampai jadi masalah time tu baru nampak apa yang salah. Isu banjir.. sana sini banjir nak2 lagi kawasan pantai timur. banjir yang di akui lebih teruk dari tahun tahun sebelumnya.. Akan muncul statement2 cari pasal atau statement2 pertikaian yang boleh mengundang pergaduhan atau perbalahan. Tak kurang statement yang rasa orang lain tak prihatin bila terus je beraktiviti dengan rutin harian biasa.


 Kat sini ada beberapa individu yang boleh anda lakukan sumbangan. Boleh Pm mereka kat FB

Bagi pendapat aku la.. Bukan masanya mempertikai tapi mencari penyelesaian. hangpa gaduh sampai tercabut jari pun kat laman sosial, air banjir tak surut on the spot pun. Yang dok jadi attention seekers dengan statement cari pasal & cari nahas tu.. Sudah2 la. Rasa nak popular sangat pi la Audition rancangan realiti TV.. buat perangai bodoh sikit nanti glemer la even tak terpilih pun. Yang mana mempertikaikan orang dok tayang makanan la hapa katanya tak sensitif dengan penderitaan orang.. kena tengok jugak la tujuan dia menayang. Kalau tu sumber rezeki dia.. takkan dia nak kena bercuti kot dari buat semua tu bagi menunjukkan rasa simpati & keprihatinan dia terhadap bencana yang menimpa orang lain. Hidup tetap kena terus.. kerja tetap kena kerja. Kita boleh salurkan keprihatinan kita dengan macam2 cara. Tak semestinya kita buat, kita tak prihatin. Jadi jangan kita menghakimi orang tanpa usul periksa. Tengok keperluan jugak untuk berbuat sesuatu tu. Kalau sesaja nak tunjuk semalam pi makan meatball kat Ikea sempena krismas tu.. lain la cerita. Dia dia blogger masakan.. sumber pendapatan dari blog. takkan nak suruh dia tayang gambar banjir dia je sepanjang Timelines kan? ataupun dia pengusaha produk apa2.. so promosi tetap kena terus. Mungkin dapat rezeki lebih dia boleh sedekah kat mangsa banjir.


Ramai yang berdukacita atas apa yang berlaku segelintir je yang takde rasa apa - apa. Tapi tak perlu jadi perbalahan hanya sebab perkara perkara bodoh yang jadi pertikaian. bantulah apa yang kita mampu walau dengan hanya menadah tangan berdoa kepada Allah untuk semua mereka yang sedang di uji sekarang ni. Berhenti berpedang jari di laman sosial. Tak payah tunjuk sapa lebih prihatin.. Yang penting lakukan tanda anda prihatin. Banyak atau sikit sumbangan bukan tajuk utama.. Point lebih penting adalah apa yang anda sumbang. Simple kan? Kalau nak buat jer.. tak nak takde sapa paksa cuma anda perlu diam.

P/S : tajuk entri adalah sarcasm semata mata.. bukan fakta. Kekekekke

4 comments:

  1. hehe..saya setuju bab ni suria
    senang cite tak usah menghukum
    lain orang lain cara dia, hanya kerana dia tak buat macam kita buat
    tak bermakna dia salah dak

    ReplyDelete
  2. kita simpati itu cerita lain... upload gambar citer lain... heran manusia ni... tak habis2 sensitif tak kena tempat... doakan yang terbaik buat mangsa2 banjir... semoga tabah menghadapi ~

    ReplyDelete
  3. Setuju juga..doakan buat mangsa banjir

    ReplyDelete
  4. Pelik diaorang ni. Mereka hanya pandai tulis je kat laman sosial tapi entah2 bantuan pun tak bagi. Hanya pandai cakap je.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com