LANGSUIR JALAN PUNCAK ALAM

5/01/2015 08:08:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Bagi memartabatkan hantu tempatan maka aku up lagi story seram berkaitan cerita mistik yang ada di tanahair. Lokasi pilihan kali ni adalah Jalan Puncak Alam.. Aku tak kisah kalau ada blogger menjadikan blog aku sebagai inspirasi untuk depa pun share kisah seram. Sebab aku bukan blog pertama yang share kisah2 seram ni cuma sebab aku minat maka terdetik di hati nak share kisah seram kat blog melekit aku ni.Takde hak nak halang semua tu pilihan masing2. Cuma jadilah blogger berhemah. Jangan copy paste bulat2 entri orang. Boleh ambil cerita yang sama dengan olahan & gaya penulisan sendiri.


Sebab tertengok iklan filem seram terbitan MiG Jalan Puncak Alam terus aku google. Apakah kisah seram yang berlaku kat jalan Puncak Alam sehingga di adaptasi untuk filem. Susah jugak nak cari kisah2 seram yang di ceritakan berlaku kat Jalan Puncak Alam ni.. Tak banyak sangat kot orang tulis pasal tu tapi demi kegigihan aku yang nak tau jugak kisah seram macam mana pernah berlaku kat situ aku tak putus asa. Harus memburu sehingga ke asap kemenyan terakhir katanya.. Amboi mistik sangat kan ayat. hahahaha

Antara kisah seram yang aku jumpa kebanyakkan jumpa spesis pontianak & langsuir la kot sebab jenis terbang2 ni. Antara kisahnya...  seorang gadis yang balik lewat malam melalui Jalan Puncak Alam, berdekatan dengan pasar malam katanya. Tengah drive tetiba dia terpandang satu makhluk serba putih bertenggek atas pokok.Sebab cuak & terkejut dia tak terus pandang makhluk tapi mengalihkan pandangan ke depan. Bila kereta dia melintas kawasan pokok tu, makhluk tu tiba2 terbang atas bumbung kereta dia sampai berbunyi seperti terhentak. Yelah sebagai manusia biasa, aku pun gigil berdepan dengan situasi macam tu maka seperti biasa apa saja ayat Al Quran yang ingat dia baca bertalu talu dengan harapan makhluk tu tak melekat la atas bumbung kereta dia. Sampai jer kat kawasan rumah dia, nampak security guard kat situ pandang kereta dia macam takde apa2 so dia anggap makhluk tu tak menumpang kereta dia la ikut balik. Sampai rumah dia cuba call mak dia tapi tak jawab, call adik dia tidur tak sedar diri. Akibat takut dia tak berani keluar kereta takut terserempak lagi dengan makhluk tu. Lepas dia dengar suara jiran dia dari luar rumah baru dia berani keluar dari kereta & masuk rumah. Sampai sekarang dia tak pasti apakah spesis hantu tu sebab katanya nampak putih terbang & macam bentuk ikan pari. Ada mata & bersayap. Aku syak langsuir kot.. entahlah. Wallahualam.

Kisah kedua yang aku baca seorang pengajar yang balik dari mengajar. Tetiba bila lalu jalan puncak alam tu macam ada benda jatuh atas bumbung kereta dia. Tapi dia ambil keputusan tak berhenti & check apa benda yang jatuh atas bumbung kereta. Dia drive terus. Tapi kereta dia rasa berat sangat selepas tu. Lebih memelikkan lagi kereta yang berselisih dengan dia asyik bagi high-beam. Rasa tak sedap hati, dia baca ayatul qursi. Selepas beberapa kali ulang baca ayat qursi tetiba kereta dia kembali jadi ringan.

Cukuplah dua kisah tu aku share. Kesimpulannya langsuir ke pontianak tak tahu la spesis apa hantu tu tapi aku syak maybe langsuir la kot sebab suka terbang. Memang jenis suka terjun atas bumbung kereta orang kot. Dia punya trademark gitu gamaknya. Asal nak menyakat terjun atas bumbung kereta orang. hahahaha

Pasal filem terbaru MiG Jalan Puncak Alam tu.. Tengok la kalau aku rasa tertarik dengan thiller dia aku beli la dvd dia nanti. Ni dok cari dvd jengka tak dapat lagi. Macam best jer.. Kena jugak support filem seram tempatan ye dak? Best kita puji melambung lambung, tak best kita kritik hingga ke titisan air liur terakhir katanya. hahahaha

Moral of the story.. Kalau dah orang kata tempat tu selalu ada makhluk lepak, kalau boleh elak, elak la. Kalau tak boleh elak sentiasa beringat bila melalui jalan tu sebab makhluk ni tak membunuh kita secara terus tapi melalaikan kita dengan cara2 menyakat macam tu yang mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan bila kita hilang fokus semasa memandu.

11 comments:

  1. ni spesies nak menumpang kereta tak nak bayar kan sis? hehehehehe..

    ReplyDelete
  2. Aku byk da lalu drpd highway guthrie. Naik ats fly over. Jalan batu arang ke puncak alam. Aku xigt da kol bpe mse tu. Dlm pg cmtu lar. Kiri kanan hutan. Jln gelap. Xsilap aku selepas uitm puncak perdana. Aku tgh bwk moto tu. Tup. Aku nmpk kelibat hitam mcm org berlari melintas at dpn aku. Aku pun..........bt xnmpk je lar.....itu pengalaman aku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tringin nk lalu jalan ni, bole tnjuk kn x lokasi nya ? Sbp aku xpena dtg slangor.. tkot sesat, aku tringin nk rasa ap yg ad kt kwsn tu.. hehe.. bole x ?

      Delete
  3. Lg 1 pengalaman aku. Aku lalu at jln sg buloh ke traffic light simpang 3 ke puncak alam. Da byk kali da. Aku otw balik ikt jln tu. Mesti aku akan mengantuk! Mse pg cmtu jugak lar. Kite lalu jugak at tepi kuil india. Ade 2 kuil. 1st kuil je aku lalu. Aku da mula mengantuk. Dlm keadaan mengantuk tu. Turun je dr fly over sebelom smpai kuil ke 2. Aku nmpk perempuan muda. Mcm budak lg remaja. T-shirt puteh. Suar jeans. Nk melintas. Lepas je cmtu. Aku terus terjaga sikit dr mengantuk. Aku tengok belakang smbl jln bwk moto. Xstop lngsng. Jadi.....ini jugak pengalaman yg ke 2 yg aku xdpt lupekan...

    ReplyDelete
  4. Salam...pengalaman hambe....jam lebih kurang 12.45 malam....menusuri Persiaran Mokhtar Dahari menuju ke jalan Puncak Alam..nak hantar anak buah balik kampus Puncak Alam yg baru tu....memula nampak kampus Puncak Perdana ok lagi, terang benderang...time tu toleh sebelah anak buah syok tdo, aku sorg je melayan Sinar FM (bajet la katakan...)..then, melintasi bukit kedua, aku nampak tasik dalam suram2 cahaya bulan.....this is not romantic at all, SERAMMM...aku teringat baru2 ni ada lori treler muatan kosong terbabas dan terjunam kat area tasik tu, mengorbankan pemandu treler tu...terus mood jadi seram sejuk....tapi ok lagi...melepasi beberapa deretan gudang besar yang amat tinggi tu, aku dah mula makin seram, sebab terperasan ada semacam bayangan hitam berlegar di sekitar kawasan rumah kedai dalam pembinaan (atau mungkin terbengkalai, entahlah).....pemikiran dan mata asyik tertumpu ke arah kawasan gelap tu walaupun tengah memandu...perasaan bercampur baur..nasihat saya, berhati2 memandu, jangan leka...walau di mana sahaja (anti-climax). Sekian. -Anonymous S-

    ReplyDelete
  5. Pernah kena juga di jalan puncak alam ni..lebih kurang 11 tahun yg lepas..masa tu tinggal kat puncak alam.belum ada perumahan baru, uitm puncak perdana bagai tu..kire memang hutan belantara.. selepas hantar adik kat area UM..dalam pukul 12.30 mlm..kami suami isteri balik ke rumah...elok jer naik bukit lepas uitm puncak perdana sekarang ni..tiba2 ada lembaga putih berpusing2 melintas depan kereta..adusss kami terdiam...tak cakap apa...dalam hari..tuhan aje yang tahu..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Dulu saya selalu lalu jalan tu lewat pagi. Alhamdulillah tak pernah nampak tapi saya pernah accident dekat dengan gudang2 besar tu. Saya naik motor dengan kawan nak ke saujana. Time tu rasa mengantuk yg teramat. Tapi nasib baik la member yang bawak motor. Lepas je lalu dekat gudang tu, rasa mcm kaki kena tolak . Tolak ke mana ? Haa ke dalam rim tayar motor. Habis koyak kulit kaki. Kuku kaki pun patah. Habis pucat muka member. Time tu memang dah jerit dah sebab kaki dah termasuk. Lepas kes tu, dah jarang lalu situ.

    ReplyDelete
  7. Aku tringin nak lalu jalan ni, ad sesapa bole tnjuk kn x jalan nya ? Tgk map kurang faham.. sbp nk sngt rasa kehadiran makhluk2 tu...

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan. bulan puasa takde hantu kuar malam kann ;p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com