Showing posts with label asid. Show all posts

AWAS! KENA TAHU KENAPA NAJIS BURUNG BAHAYA PADA KERETA

AWAS! KENA TAHU KENAPA NAJIS BURUNG BAHAYA PADA KERETA. Sebut najis ni macam skema pulak yer.. Macam nak tulis karangan bahasa melayu kat sekolah. Senang sebut tahi je la. takde la nampak macam ikut format karangan sangat kan. almaklum la konsep entri blog lekatlekit.com ni santai2 bawah pokok jer.. kekdahnya tulis entri macam borak2 kosong. Hahaha... Awas! adik adik jangan guna format santai ni dalam karangan bahasa melayu kat sekolah ok kalau korang tak nak kurang nombor pada kertas soalan nanti.


walaupun aku ni tak pandai drive apatah lagi memiliki kereta hatta kereta mainan pun aku takde koleksi... Yang banyak koleksi skincare dengan dvd filem seram je. gamaknya akan datang benda tu sesak2 boleh jual tak? hahahaha... Tapi aku suka jugak membaca pasal kereta terutama tip2 penjagaan kereta ni. yelah.. boleh tumpang jaga kereta suami yang aku dok lenjan selalu. Jadi penumpang sebelah pemandu jer.. At least kita boleh share tips ni kan dengan suami agar kereta hak milik bersama tu kurang sikit kos nak merepair bila kita tahu macam mana nak jaga dengan baik.

Tengah2 dok baca tips penjagaan kereta ni secara tak sengaja pulak terbaca bahaya najis burung pada kereta. Nak2 orang yang suka sangat cari port bawah pokok konon nak park kereta tempat teduh sikit. Jaga2 bawah pokok hangpa park kereta atas pokok ada burung tengah parking. Burung ni dia nak berak takde dia cari tandas awam bagai.. mana dia bertenggek situ la jamban dia. Nasib la time dia lepak2 atas dahan pokok tetiba dia rasa nak membuang hajat. Kebetulan kereta hangpa parking bawa tu.. Maka tersadai la sisa2 kumuhan burung tu atas kereta hangpa. Nak2 lagi kalau parking dekat dengan BSN sungai buloh yang terkenal tempat pengumpulan gagak hitam. Memang kalau balik tak bawa bersama cenderahati dari gagak hitam tak sah la. Hahahaha

Ada orang malas nak cuci dia biar je taik burung bercorak atas kereta dia.. Katanya.. alah taik burung je bukan ada bau sangat. tak masuk kereta pun. Tapi dia tak tau kesan biarkan tahi burung melekat kat kereta dia lama lama. tahukah korang bahaya biarkan tahi burung lebih dari 48 jam melekat pada kereta anda. Nak tahu kenapa bahaya meh baca kat sini. tentu korang tak sangka >> Ini sebab kenapa Perlu bersihkan dengan segera Najis Burung yang melekat di kereta <<

Moral of the story.. Yang bernama tahi ni tak elok la di simpan lama lama.. walaupun tahi hidung. Yang namanya tahi ni takde satu pun yang menarik lebih2 tahi burung yang melekat atas kereta. Jadi jangan malas sangat...

AWAS! PAKAIAN BARU DI BELI SANGAT BAHAYA DI PAKAI

AWAS! PAKAIAN BARU DI BELI SANGAT BAHAYA DI PAKAI. Ramai antara kita selalu suka pakai baju baru beli tanpa basuh dulu. Dulu ada pernah sepupu aku cakap dia nak basuh baju baru beli untuk anak dia tapi husband dia tegah.. Katanya jangan tu semangat duit. Erkk... aku pelik mana datang mitos baju baru beli ada semangat duit. Yang aku tau nak beli baju baru semangat nak keluar duit je. hahahaha..

Gambar Sumber Dari Google

Baju baru beli ni standard la ada bau kedai katanya.. Macam sayang je nak hilangkan bau tu. Jadi sesetengah orang ambil keputusan pakai dulu kemudian baru basuh. Lagipun dengan condition baju yang nampak bersih tu ramai yang confident baju tu benar benar bersih tapi awas!!

Mungkin baju hangpa beli tu mungkin pernah dicuba orang lain. Orang tu maybe ada kudis kat badan, panau kurap bagai. Orang tu maybe masa cuba badan dia berdaki.. Orang tu masa cuba mungkin badan dia tengah berpeluh. Tu kalau baju yang korang beli yang display kat hanger. Kalau baju baru dalam plastic pun ada bahayanya kerana...

Baju baru yang tidak di cuci terlebih dahulu mengandungi bahan kimia toksik dalam pemprosesan pakaian yang boleh menyebabkan alahan dan risiko lain terhadap kesihatan.
Ini kerana Pakaian dari bahan kain rayon atau serat sintetik dibuat dengan menggunakan bahan-bahan kimia. Pengeluar kain di Asia kebanyakan menggunakan bahan kimia beracun dalam pemprosesan serat kain sehingga proses pembungkusan pakaian. Selepas pakaian siap dihasilkan, pengeluar biasanya menambah formaldehid untuk menjaga pakaian dari berkedut dan mencegah kulat selama dalam proses penghantaran.

Selain itu kalau pakaian baju di beli di pakai sebelum di basuh kemungkinan menjadi penyebaran penyakit berjangkit seperti kudis. Ada jugak kes kutu pada baju baru di beli.
baju baru boleh membawa bakteria yang berbahaya bagi pernafasan, kawasan alat sulit wanita, cendawan pada kulit, dan lain sebagainya. Menurut kajian yang telah dilakukan, bakteria-bakteria tersebut biasanya akan ditemui di kawasan ketiak, paha bahagian atas, atau juga leher.

Pakaian berwarna hitam dan yang menggunakan pewarna untuk bahan kulit sering mengandungi p-phenylenediamine (PPD), yang dapat menyebabkan alergi. Sebatian organik meruap dan produk pemutih juga banyak sekali digunakan oleh industri tekstil. Baca label pakaian terlebih dahulu sebelum membelinya dan elakkan bahan-bahan sintetik seperti rayon, nilon, poliester, acrylic, asetat atau triasetat sebanyak mungkin.

Moral of the story.. walau namanya baju baru bukan bermakna ia bersih, hokay! Di sebalik kesucian yang terpamir rupanya ada 1001 noda yang terpalit macam manusia la jugak tengok muka je licin lip lap lip belum tentu badan dia tak berpanau. Macam tu jugak nak mengayakan sesuatu tu. Bukan semua boleh hentam keromo je kita pakai. Kadang2 yang simple itu lebih menawan. hehehehe

P/S : aku dulu2 suka buat perangai macam tu jugak sejak kawen laki aku jenis takkan pakai baju baju yang belum basuh aku pun terus mengamalkan konsep basuh baju baru beli sebelum pakai. Lebih2 lagi baju anak aku.

UPLOAD MUKA BLUR MAYA MATAHARI KENA UGUT DI SIMBAH ASID

Hari ni nampaknya weekend kat rumah je la sebab robot masuk wad maka makhluk 2 kaki jadi patah sayap la pulak. Takpe sekali sekali berjimbaraya di rumah sendiri pada hari minggu yang berbahagia ni.

Sambil lepak2 depan tv tengok jalan2 cari makan kat tv3 jenjalan la kat IG. Ternampak satu gambar retis yang dulu popular dengan lagu matahari.. Maya upload satu gambar katanya kat majlis tahlil. Gambar tu dia dengan artis vateran Rohana Jalil kalau tak silap. Caption dia dia la tulis pasal muka blur. Tetiba je sorang mamat ni macam tak puas hati terus komen yang boleh macam cari nahas jer.


Hati2 dik Ooi.. nak tunjuk samseng even kau tak berniat nak buat pun. Statement macam tu pun boleh jadi kes polis jugak. Dah nampak macam ugutan. Tup tup tetiba berlaku benda tu kat orang yang kau hamburkan kata kata tu even kau tak buat pun confirm kau tersenarai sebagai suspek jugak.


Lepas si Maya reply balik kata kalau merasa nak pergi balai buat la statement macam tu.. reti pulak dia delete komen dia. Tau pun takut. Ingat taiko sangat rupanya  setakat tahap adudu watak jahat dalam kartun boboiboy jer. hahaha

Moral of the story.. Zaman sekarang nak cakap apapun berhati hati. Silap cakap see U in balai la. Kalau tak suka just unfollow dari sakit mata kau tengok lepas tu mulut mula nak cakap bukan - bukan. Bukan ada sesapa paksa kau follow sesapa pun.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com