Showing posts with label bosan. Show all posts

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG. Nak kata tak tengok langsung.. tengok jugak kadang2 hujung2 mata. Nak kata follow sampai tak skip episod tu tak jugak. Jadi nak kata tak tahu langsung pasal drama tu.. tahu la juga pasal kisah cinta antara seorang doktor perempuan yang dulu agak tergedik gedik dengan seorang Kapten bergelar ustaz.


semalam terbaca satu status komen pasal Drama Sayangku Kapten Mukriz tu. Katanya kerja Doktor wanita ni gamaknya terlampau banyak masa terluang sampai kerjanya asyik merajuk dengan laki & tunggu laki pujuk macam dah tak ada kerja nak buat kat hospital. Sungguh tak real drama kehidupan seorang doktor walhal semua orang sedia maklum kerjaya sebagai seorang Doktor ni kadang2 nak tengok muka laki sendiri pun tak sempat. Jangankan nak tengok muka laki.. Tidur pun jarang cukup. Tapi dalam drama sayangku Kapten Mukhriz.. Tengok memang santai sungguh Doktor pompuan tu.

Yelah.. yelah.. satgi ada yang kata nama pun drama cinta mesti la highlight kisah cinta depa. Takkan nak tunjuk kehidupan dia kat hospital jer kan. Tapi rasanya benda tu memberi gambaran tidak betul kepada kerjaya seorang doktor mungkin akan menyebabkan orang membuat persepsi yang salah terhadap kerjaya seorang doktor. Lepas ni kalau doktor silap sikit mula la aku kata.. Macam la banyak sangat kerja doktor tu.. Tengok drama sayangku kapten Mukhriz rilex je dia. Boleh selalu je ber 'romen' tika dengan laki dia selalu. Konon la sampai tak cukup tidur.

Sepanjang aku tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz ni aku tak jumpa apa moral of the story dia nak sampaikan. Dok highlight kisah cinta, jeles tak tentu pasal, orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga, perempuan lain nak take over laki dia, kapten mukhriz kena pujuk bini dia.. bla.. bla.. Kata nak highligt kehidupan seorang angkatan tentera tak nampak pun.. nak kata highlight kehidupan seorang doktor memang langsung tak ada jadi kat sini aku boleh simpulkan semata mata cerita cinta yang tak ada motif & membosankan. Kot2 la ada babak dia tengah sibuk nak merawat patient yang cedera parah tetiba laki dia pun accident teruk masa tu dia terpaksa bersikap profesional & fokus menyelamatkan patient yang tengah parah sehingga berjaya. Ataupun bini tengah sakit tapi laki terpaksa menjalankan satu misi penting waktu tu berlaku satu peperangan dalam perasaan antara tanggungjawab kepada negara & kasih sayang kepada seorang isteri. Kat situ nampak jugak la erti pengorbanan demi cinta cuba di tonjolkan. Bagaimana mereka mengawal perasaan dalam situasi penuh dilema untuk berkhidmat pada masyarakat. Tu pun ada tema cinta jugak tu. Ni sepanjang cerita dari gedik gedik nak ngorat ustaz mukhriz sampai dah kahwin tak ada apa yang mencabar pun dalam kisah cinta Kapten Mukriz & Doktor apa ntah namanya perempuan tu. Aku lupa... hahaha

Gamaknya penulis cerita ni pun dia tak study kehidupan seorang anggota tentera & seorang doktor sebab tu tak banyak dia highlight tugasan sebenar dalam kerjaya tersebut. Jalan cerita dia cuma kisah cinta semata mata.. Kalau nak highlight kisah cinta tak ada motif tukar je tajuk sayangku Mukhriz sudah. Tak payah letak kapten tu.. Sebab kerjaya dia sebagai kapten memang tak nampak langsung dalam drama ni selain pakai uniform.

Tak tau slot drama pukul 7 ni bila la nak ada anjakkan paradigma.. Bukan tak ada langsung drama best yang di tayangkan kat slot tu di TV3 tapi sikit sangat yang best dari yang sampah. Katanya permintaan stesen tv nak drama drama macam tu.. Elok la sangat TV3 kena kecam secara berjemaah dengan rakyat malaysia. Memang stesen TV takde taste. Selera sampah. hehehehe

Orang yang maybe taste dia tak berapa high demand mungkin rasa cerita macam tu dah cukup menyentuh hati & membuat dia rasa terbang ke awan biru walaupun cerita tu sebenarnya cerita yang tak ada motif sangat nak di sampaikan. Macam cerita budak sekolah bercinta je.. kejab ok kejab merajuk. Bukan semua orang bukan citarasa yang tinggi dalam menonton sesebuah drama atau filem. Kalau taste anda tahap biasa biasa.. tak pelik la korang rasa enjoy dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz ni. hehehe

Moral of the story.. sebab tu aku suka dengan cerita seram. Dah tentu memang tindakkan di luar jangkaan. Nak2 lagi filem seram Thailand ni.. Kadang2 termencarut jugak la kalau tengok hahaha. Apapun aku doakan industri perfileman & drama Melayu ni berlaku satu perubahan. Indonesia pun boleh masuk pasaran Malaysia.. drama kita masih di tonton oleh golongan2 kuat berangan je. hehehe

DAH PERNAH BUAT BENDA NI DENGAN PASANGAN ANDA?

DAH PERNAH BUAT BENDA NI DENGAN PASANGAN ANDA? Hidup berpasangan ni tak kira la yang belum kahwin atau dah kahwin kalau setiap minggu asyik buat benda yang sama pun memang bosan. Kalau dating je setakat keluar makan,shopping,window shopping,tengok wayang, jalan2 kat tepi tasik/taman.. Jemu la. Sebab tu kita kena sentiasa cuba aktiviti baru atau buat sesuatu yang baru dengan pasangan kita barulah tak rasa hidup kita macam statik je. asyik buat benda yang sama.


Nak buat benda benda macam ni tak semestinya masa tengah mood honeymoon je. Boleh jadikan rutin mingguan tak kira la hari ahad ke khamis malam jumaat ke asal ada masa terluang je boleh buat. Hidup ni kalau asyik statik buat benda yang sama dengan gaya & style yang sama pun bosan jugak kan? Rasa macam kita robot yang dah setting pulak. Ahad sampai sabtu benda sama je kita rotate. Sekali sekala perlu ubah kebiasaan baru seronok. Benda ni penting untuk pastikan kita enjoy bersama dengan pasangan kita. Takde la kita rasa dia memboringkan sangat. Muka hesem/cantik sekalipun kalau asyik dok mengadap muka je lama2 rasa tak lalu jugak nak hadap kan. Macam dah tak ada benda lebih menghairahkan & menyeronokkan lagi ke boleh buat.

Kadang2 kita di kurniakan pasangan yang jenis kurang idea untuk buat benda benda yang menyeronokkan sampai kita jadi boring dengan dia tapi sebab sayang kita still la bersama dia. Jadi inilah masa kita mainkan peranan untuk mengubah suasana boring tu jadi lebih menarik. Banyak benda kita jarang buat & boleh cuba buat mulai sekarang bersama pasangan kita. Benda ni pun nampak sweet jugak tau. Nak tau buat apa meh tengok kat sini >> Bosan buat benda yang sama setiap minggu dengan pasangan, Ini perkara yang anda boleh cuba buat. Jangan hanya bersenam atas katil jer tau <<

Jadi jangan biarkan hubungan korang nampak lemau & kusam sebab takde aktiviti yang best & boleh mengeratkan kasih sayang boleh buat bersama. Kita yang kena corakkan hubungan tu agar lebih berwarna warni bukan tunggu orang membentuk hubungan kita. Kalau orang ketiga tolong bentuk alamatnya bermadu kasih la... hehehe

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN. Aku sebenarnya malas nak tulis review pasal drama ni sebab aku bukan follow sangat pun. Kadang2 je aku tengok. Sebab hari2 masuk keywords pasal drama Kau Aku Kita ni maka biarlah aku kritik serba serbuk sikit pasal drama ni.

Sumber Google

Sebab starting tu aku tengok la jugak.. Jadi aku tahu la sikit2 macam mana bermulakan perkenalan hero & heroin drama ni. Rupanya depa ada nama yang sama. Cuma beza jantina je. Di sebabkan nama sama depa berkenalan seterusnya kawen. Kawen pun atas dasar terpaksa tapi sapa paksa & kenapa di paksa.. aku tak sure. Macam aku cakap.. aku tak follow sangat drama ni.

Malas nak follow drama2 tipikal ni.. Jalan cerita lebih kurang sama je. Kena kawen paksa.. masing2 mula2 tak suka antara satu sama lain.. lama2 jatuh cinta, hidup bahagia lepas tu mengandung & beranak. Perjalanan cerita dia pun sama.. dah tak suka masing2 tak jalankan tanggungjawab suami isteri. Bila laki nak sentuh bini dia tak nak. Sementara nak tunggu suka kira derhaka la si isteri tanpa rasa bersalah dengan alasan depa kawen sekadar nak penuhi permintaan orang lain so kawen macam tu tak jalankan tanggungjawab masing2 macam tak berdosa je. Drama yang ajar orang buat macam tu.. So, kalau berlaku dalam realiti kehidupan kita cerita kat TV salah satu penyumbang jugak.

Tak tau bila drama2 tipikal macam ni nak pupus kat TV. Dulu banyak sinetron indon pun rimas.. sekarang dah makin banyak drama melayu asyik jalan cerita sama je. Aku suka drama melayu memonopoli stesen tv tempatan tapi kalau dah drama kita pulak rasa pedih ulu hati bila tengok.. Pun susah jugak nak support. Sebab dah tak best.. Takkan nak buka cerita tu tapi buat hal lain semata mata nak naikkan rating drama melayu kat TV. Apa! Ingat bill letrik tiap2 bulan bayar pakai angin kentut je ke?

Satgi ada yang kata pulak.. Hang tu cerita seram je best. Cerita2 macam ni mana kena dengan taste hang. Hello.. aku pun layan jugak drama2 TV hokay! Dulu drama tentang Dhia & teman lelaki upahan aku follow sampai episod akhir tau. Drama tu memang best.. so aku cakap best. Kalau yang hampeh.. kenapa perlu aku cakap best semata mata nak jaga hati orang lain. Komen jaga hati dalam industri hiburan ni adalah komen yang menjahamkan je. Sebab mereka perlu komen yang jujur, berani & telus untuk memperbaiki kelemahan drama/filem tempatan ni. Baru la industri perfileman kita boleh pergi jauh. Ni bukan komen nak pujuk awek.. boleh la puji2 bohong semata2 nak bagi dia senyum.

Sudah2 la dok adaptasi cerita dari novel cinta yang membosankan ni. Gamaknya novelis sekarang pun jenis tak ada idea menulis dah kot. Serius dari aku tengok drama2 macam ni lagu bagus aku belajar main dota. 

Moral of the story.. Nak aku puji sila buat drama best2 sikit yang ada kelainan. Drama2 tipikal ni.. Orang baru kenal tv jer mungkin layan la kot. Sebab selama ni dia tak pernah tengok TV kan so mungkin dia rasa sesuatu yang baru. Tapi kalau orang dari kecik kenal TV.. drama2 macam ni jeling2 hujung mata je. Lagu bagus ulang siar drama Opah zaman 80an/90an dulu. Lagi banyak mesej yang nak di sampaikan dalam drama tu.

AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING

AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING. Sapa2 yang ada bela kucing tu sila ambil langkah berjaga jaga. Pastikan setiap hari isnin sampai khamis pukul 7 malam anda kurung kucing2 dalam rumah. Sebab time tu la drama di slot akasia akan di siarkan di tv3. Bukan apa takut nanti habis je drama tu kucing korang pun hilang atau mati. Nak tahu sebab apa.. meh baca entri ni.


Setiap hari start pukul 7 hingga 8 malam.. Isnin hingga khamis kat blog aku entri akan mendapat views banyak masa tu adalah entri pasal drama Hello Mr Perfect. Bila dah dapat views tinggi untuk entri tu keywords pun banyak la berunsur kritikkan terhadap drama tu. rata2 yang google akan menulis keywords yang mengambarkan drama tu cukup hampeh, teruk, tak best,bosan & mengecewakan. Ingat aku je rasa drama tu kategori sampah rupanya ramai lagi. Aku tengok episod mula2 jer.. sekarang memang takde nafsu nak follow. Kadang2 baca jugak update dari Boni Kacak yang cuba memperbaiki jalan cerita setiap episod yang dia tengok dengan idea dia. Aku rasa drama ni patut bagi Boni Kacak je arah.. sebab jalan cerita dia buat nampak lagi best dari jalan cerita yang di dramakan. hahahaha

Akibat menonton drama Hello Mr perfect ni aku dapat satu komen kat entri tu menyatakan betapa dia tertekan sangat setiap kali tengok drama tu. Aku tak paham kenapa dia tengok jugak walau setiap kali tengok mesti stress. Gigih sungguh kekdahnya. Maybe dia takde esteruk macam aku so tak pilihan sangat rancangan tv time2 tu. Takpe aku suggestkan kat dia lepas ni on TV alhijrah baru tenang jiwa sikit. Tapi tak sangka rupanya bahaya tengok drama di slot akasia lebih2 lagi drama Hello Mr Perfect ni..  Sampai katanya hampir2 nak bunuh kucing jiran lepas tengok drama Hello Mr Perfect ni. Tv3 sila ambil perhatian yer! Please.. selective sikit drama2 yang nak di siarkan di slot akasia tu. Setakat yang pecahkan tv sendiri tu ok lagi.. Jangan Bangunan TV3 kena pecah sebab slot akasia je tak berbaloi katanya. Hahahaha. Bukan dia je rasa stress laki aku pun kalau tertengok cerita ni cepat2 dia suruh tukar channel. Dia sendiri akui tension tengok drama tu. Kang ada yang bendul sangat tak faham apa yang nak di sampaikan ni macam2 pulak pertikaian muncul. Secara mudahnya dia nak bagitau inilah drama paling tak layak di tayangkan kat tv. Ada paham?? hehehe

Komen ni membuktikan betapa drama tu memberi tekanan yang amat besar kepada penonton hahaha

Tak boleh nak kata apa.. Semakin hari drama & filem melayu semakin banyak yang layak flush dalam jamban dari di tayangkan di pawagam atau kaca tv. Yang betul2 berkualiti & best ni boleh kira dengan jari je. Jadi jangan salahkan penonton jika lebih memilih filem luar. Orang nak tengok sesuatu yang best..

Moral of the story.. Pilihan yang kita ada kalau rasa tak best cerita tu tukar je channel lain atau tengok je dvd macam aku. Zaman sekarang nak tengok tv atas tapak tangan pun boleh tak macam dulu orang nak tengok tv pun susah sebab tu rasanya drama2 & filem dulu lebih berkualiti dari zaman sekarang walau orang dulu struggle giler macam ni semata mata nak tengok tv >> Jom Tengok Adakah Anda Sempat Tak Lalui Zaman Kesusahan Nak Tengok TV Macam Ni << Sebab sekarang semua mudah, maka pembikin drama & filem pun ambil jalan mudah je nak siapkan karya mereka dengan tagline asal boleh jual. Tu yang bersepah karya sampah kat Malaysia.

KISAH SERAM SATU MALAM DI JALAN PUNCAK ALAM

KISAH SERAM SATU MALAM DI JALAN PUNCAK ALAM. pepagi lagi dah bersiaran segmen seram serik lekatlekit katanya. Ok la tu pepagi.. Orang rasa berani sikit nak baca kisah seram kan. Kalau malam2 cuma orang tertentu je akan clik cerita seram ni. Sebab blog lekatlekit.com ni di klasifikasikan sebagai U maka kadang2 kita kena ada perikemanusiaan sesama pembaca. Sekali sekala kena jugak up entri cerita seram siang siang.


Cerita seram pasal Jalan Puncak Alam ni rasanya ramai yang pernah dengar atau terbaca dalam pelbagai versi. Kiranya cerita seram kat Jalan puncak alam ni bukan rare sangat la.port biasa hantu yang nak menyakat orang. Aku pun biasa guna jalan tu tapi siang siang hari.. Alhamdulillah takde kena momok ke hapa kat situ. Hantu pun menyampah kot tengok aku. Hahahahaha..

Kisah seram satu malam di jalan puncak alam ni berlaku pada seorang mamat ni. tengah2 malam tetiba kawan call minta tolong datang ambil. Katanya motor abis minyak kat area situ. Walaupun dia takde transport sendiri.. demi kawan merangkap abang kepada awek yang dia baru couple 4 bulan dia pinjam la kereta seorang lagi kawan. Mujur member tu ada sebiji kereta kancil kesayangan. Tu pun dalam proses pinjam tu tak tau berapa kali dia call tanya keadaan kereta kancil kesayangannya. Bila sampai kat tempat motor kawan dia rosak tu.. Yang ada motor kawan dia tu tak ada pulak. Tunggu punya tunggu dia terlelap kat situ. Dalam tidur tu di termimpi sesuatu yang menyeramkan berlaku kat situ. Bila dia terjaga tetiba kawan dia ada kat sebelah. So, depa pun mula perjalanan nak pergi beli minyak mula2. Tapi macam2 kejadian pelik berlaku dia ambil keputusan esok je la datang isi minyak motor kawan dia. Sebab dia rasa macam tak sedap hati jer. Dalam perjalanan nak balik tu macam kejadian berlaku. Sampai la berlaku tetiba kereta mati tepi jalan. Dalam keadaan kereta tak boleh start kawan dia pulak hilang. Waktu kawan dia hilang ada sebuah kereta lalu, jadi di tahan la nak minta tolong. Datang la seorang pakcik katanya baru lepas hantar anak dia ke kolej dari slim river. Lepas dia tolong kereta dah boleh start pakcik tu pun beredar. Kawan dia yang tetiba hilang tadi muncul dengan tiba2. dorang teruskan perjalanan nak balik.. dalam perjalanan kawan dia tanya macam mana kereta boleh hidup balik. dia pun cerita pasal pakcik yang tolong dia tadi. Kawan dia mula pelik.. Katanya pakcik tu baru balik hantar anak dia ke kolej tapi sekarang tengah cuti semester. Kenapa anak dia balik ke kolej semasa cuti semester. Dia dah mula cuak. dah la dalam perjalanan tadi dia nampak macam2 benda pelik termasuk satu budak kecik tak pakai baju berwajah pucat duduk bertenggek atas motor kawan dia tapi peliknya kawan dia tak nampak. Dalam kekeliruan tu.. tetiba orang yang dia nampak macam kawan dia kat sebelah tadi bertukar jadi seorang budak kecil berwajah pucat yang dia nampak bertenggek atas motor kawan dia. Dia tergamam & kaku. Sebenarnya yang naik kereta dengan dia bukan kawan dia. Kawan dia dah lama beredar dari situ lepas rasa lain macam & tunggu dia datang ambil tak sampai2. terpaksa la si kawan tolak motor. sampai ending cerita.

Walaupun filem tak best tetap aku berusaha ambil gambar secantik mungkin. Nampak sticker original tu? So, jangan ada pulak yang cakap beli dvd lanun ada hati nak kritik filem tempatan

Itulah kisah dalam filem Jalan Puncak Alam yang bagi aku tak layak langsung di filemkan. Bukan standard filem cerita ni di buat. Dengan cerita memang hanya kat jalan puncak alam tu je sampai habis. Dah tu babak dia ulang2. Setakat nak buat filem babak ulang2 untuk cukupkan masa tayangan budak sekolah pun boleh buat filem. Jalan cerita memang asal siap. Babak2 seram pun tak banyak apatah lagi babak hantu. Cerita banyak sembang sampai ending. katanya himpunan kisah seram di jalan Puncak Alam tapi yang ada cuma 1 kisah jer so perkataan himpunan tu sepatutnya banyak kisah. Atau aku yang salah faham.. cuma tu la dok bayangkan himpunan tu mengambarkan banyak kisah mistik yang di kongsikan dalam filem tu. Alih2 cerita dengan babak berulang tu je. Nak kritik banyak2 takut pengarah filem ni nangis bawah bantal pulak. Kesimpulannya.. satu soalan sampai bila Penerbit nak keluarkan filem asal siap. Asal boleh jual. Guna populariti kisah seram yang berlaku kat Jalan puncak Alam, buat filem untuk dapat untung tapi cerita layak di pam dalam lubang jamban. Sampai bila2 pun cerita melayu hanya boleh jual dalam pasaran tempatan je kalau penggiat filem jenis macam ni.

Aku rasa aku layak mengkritik sebab aku beli dvd original. Aku tengok sampai habis. So, sebagai penonton tak salah aku bagi pandangan. Nak paksa aku cakap best pada filem hampeh? Apa alasannya aku mesti cakap best kalau dah sememangnya hampeh.

Ni hasil memburu semalam. Puncak Alam done! Tak sabar nak tengok Eyes Diari Thailand horror Movie.

Jadi pada Penerbit & pengarah filem Jalan Puncak Alam.. Anda gagal dengan jayanya dari pandangan mata aku. Jangan suruh aku pulak mengarah filem sebab suka kritik.. sebab kepakaran aku cuma menonton bukan membikin filem. Nak jadi penonton tak perlu tahu cara nak buat filem cuma perlu reti menonton je so jangan tetiba ada yang dok suruh aku buat filem sendiri pulak.Bila kecewa dengan filem seram berbentuk cereka ni gamaknya nak tengok real punya seram kena tengok filem ni la kot >> Paranormal Activity 5: The Ghost Dimension << Awas! Yang penakut jangan tengok. Ni bukan level2 filem David Teoh hokay. Filem David teoh anak aku tengok pun takde effect. hahahaha

DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3

DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3. Untuk slot Akasia terbaru tv3 sedang di tayang drama terbaru Hello Mr Perfect. Aku tengok jugak la satu dua episod walau dengar tajuk je ala2 korean drama apatah theme song dia memang konsep ala2 korea jugak. Lagu pun lirik sory sory sayangku i hate u, i love you, i miss you bagai. Hahaha... memang very da korea je suka buat lagu mix bahasa ni. tengok cerita tak tau la ala2 drama korea ke tidak sebab aku bukan follower korean drama.


Sedih sangat bila tengok Drama hello Mr Perfect ni tau. Rasa nak menangis tepi tv je setiap kali dia bersiaran. Bukan sebab cerita dia menyedihkan tapi cerita macam ni pun boleh jadi drama & keluar tv ke? TV3 ni memang jenis takde taste gamaknya. aku tak tau la versi novel macam mana cerita dia tapi versi drama ni memang aku rasa macam penulis & pengarah drama ni seorang kanak kanak yang baru belajar mengarang cerita cinta dengan imaginasinya. Aku tak berani la kata pelakon tu lakonan dia membosankan sebab aku tak tau apa yang membosankan sebenarnya. Tapi aku rasa dua2 pun membosankan. Yang pelik tv3 boleh kutip tayang cerita2 murahan yang asal siap macam ni.

Antara komen di post Beautifulnara

Starting pun bosan nak mampus.. hari ni malas dah nak tengok. Kang follow episod dia mulut asyik dok mengkritik je lagi bagus tak payah tengok. Lagipun time2 maghrib waktu siaran dia bagus jugak tv3 tayang cerita2 sampah macam ni. Sebab orang yang mempunyai high taste tak layan. Yang layan mungkin kanak kanak yang baru nak belajar eja perkataan cinta. hahahaha.


Mungkin pengarah & penulis skrip drama ni dah ketandusan idea sampai perlu nak adaptasi cerita novel entah apa apa. Atau producer drama sekarang memang jenis suka cerita2 remeh yang membosankan macam ni. depa lagi suka labur modal untuk cerita bodoh dari cerita yang berkualiti. Kesian fatah amin.. kenapalah dia sanggup terima job untuk drama ni. Kemaruk nak jadi hero sangat atau takde job dah nak ambil atau asal masyuk sudah.


Cerita2 macam ni layak untuk pelakon2 amatur buat persembahan untuk hari penyampaian hadiah sekolah rendah je. tak perlu laburkan modal untuk drama2 sampah macam ni. Tak layak pun sebenarnya tayang kat tv. hahahaha


Dari layan cerita ni baik aku tengok magic show lagi enjoy walau magic ni sekadar guna trick. Sekurang kurangnya trick yang dia buat boleh buat kita terpegun. 

Moral of the story.. Nampaknya tv3 sekarang memang tak macam dulu yang selalu tayang drama2 berkualiti dari segi jalan cerita sehinggalah ke pelakon. TV3 sekarang asal benda tu jadi cerita dah cukup lulus untuk di tayangkan kat tv. Bukan takat drama sekali dengan tv3 layak humban dalam tong sampah kemudian kitar semula jadi bahan yang lebih bermanafaat. hahaha

P/S : Kritikan ini ikhlas dari blog puaka lekatlekit.com

BLOGGER JANGAN ASYIK CERITA PASAL EVENT ORANG JEMU NAK BACA

Sebenarnya aku was was jugak nak buat entri pasal ni. Satgi ada pulak yang kata aku ni jenis pedengki.. jeles sebab aku tak join apa2 event yang melibatkan blogger bagai. Ini bukan jeles pasal kelebihan korang ada sebagai blogger yang sentiasa dapat tunjuk muka kat banyak event2 yang berbayar mahupun tak. Sikit pun tak jeles ok. Tu semua rezeki masing2. Rezeki aku dalam berblog setakat ni Allah bagi hanya duduk depan pc & update blog dapat la singgit dua buat belanja diri sendiri hasil berblog tu pun aku dah bersyukur sangat dari masuk angin keluar asap & jadi jerebu jer, kan??

Sumber google

Semalam alkisah terbaca satu status sangat ringkas tapi entah kenapa aku macam paham makna tersembunyi walau tak di jelaskan secara detai dari seorang blogger yang di kenali sebagai Melastik Bintang. Status dia pendek jer.. "Be A Smart Blogger, Not Event Blogger". Aku ni memang suka panjangkan cerita pendek maka aku up pula status kat FB Wall aku sebagai kesinambungan Status pendek Melastik Bintang. Aku memang terkenal kalau up status mesti panjang lebar cerita. Korang boleh baca status aku & komen2 dari blogger lain kat bawah ni.


Macam dalam komen tu aku cakap.. Event2 yang di anjurkan untuk blogger ni memang sebenarnya banyak benefit. Aku sendiri pun boleh nampak  dengan event boleh menaikan blogger & blog dia. Tapi jangan la kau asyik pergi event blogger kau pun manjang cerita pasal event sebab orang baca blog bukan nak tau pasal event jer. Kalau dulu sebelum kita kenal event kita boleh mempelbagaikan cerita dalam blog takkan bila dah di kenali asyik cerita pasal event je. Orang muak jugak nak baca cuma tak semua orang berani menegur je.

Moral of the blogger event ni.. Hope takde yang kecik hati pasal entri ni. Aku tau aku bukan la sehebat korang dalam dunia blog.. cuma blogger tersembunyi di pinggiran longkang. Cuma tu la.. Jangan hanya di kenali sebab rajin tunjuk muka kat semua event yang di anjurkan sedangkan matlamat berblog tu dah terabai melainkan korang berblog hanya untuk di kenali & dapat income ribu riban tiap bulan tu tak tau la. Kalau cara cerita pasal event je boleh up blog korang.. teruskan la tapi ketahuilah.. Tak ramai yang enjoy sangat baca cerita pasal event je manjang.


FILEM PENANGAL HANYA SERAM PADA TAJUK

Aku ni dah macam pemburu cerita seram la pulak sekarang walau sejak dari dulu aku memang penggemar cerita seram. Sapa yang pernah rapat dengan aku dulu maybe tau la kan.. betapa aku obses dengan cerita seram ni.. lepas tu slow sikit tapi aku memang kalau ada peluang tengok cerita seram samada kat drama tv atau movie memang aku akan tengok.

Terbaru aku ada beli dvd 4 cerita seram.. pertama ghost ghost ghost!.. filem cina singapore kalau tak silap.. tapi cerita jenis cerita hantu pendek2.. agak bosan. Tak habis pun aku tengok. Kedua Mae Nak.. cerita thailand.. rasanya ramai yang tahu kisah Mae Nak ni.. Kisah lagenda seram thailand.. Kalau dulu ada filem yang mengisahkan hantu Nak ni tapi tajuk dia Nang Nak kalau tak silap.. Mae Nak ni kira versi baru. Boleh layan sampai habis walau tak berapa seram tapi jalan cerita dia tak membosankan. Nak seram kena tengok Nang Nak sebab Mae Nak tak berapa seram di bandingkan dengan filem Nang Nak. Yang ketiga filem seram aku tengok.. Long Weekend (Thoongsook 13) thailand movie jugak. Yang ni boleh tahan seram jugak la.. kiranya aku boleh layan sampai habis even sebelum continue tengok Long Weekend aku tengok Mae Nak.. Sapa2 nak tengok aku rasa Long Weekend ni best jugak. Dan yang terkini aku beli semalam.. Filem yang aku pada mulanya tak sabar sangat nak tengok sebab tajuk dia kalau di ikutkan cerita2 orang dulu hantu ni agak seram la. Pengarah dia pun aku dok bajet macam bagus sangat. Filem seram terbaru.. PENANGGAL.

Koleksi dvd bulan ni

Aku kadang2 tak paham la.. tak tau nak support filem tempatan macam mana. Haritu tengok filem paku pontinak.. Ya Allah filem seram apakah ini. Tak seram.. jalan cerita macam asal buat jer.. jadi filem sudah. merepek & ending dia rasa kalau tengok wayang nak bakar panggung. Tengok sekali menyesal seumur hidup Uolls... (boleh baca review filem tu kat sini >>ANTARA FILEM HANTU PALING GAGAL KAT MALAYSIA TERBITAN MIG PICTURE) Ok la aku layan jugak sampai habis sebab aku tengok filem tu bukan midnite kan?? Tapi filem penanggal ni.. aku tengok selepas pukul 12.. Kekonon tengok filem seram tengah malam feel la sikit kan. Hampeh jugak kalau filem seram tu bukan takat tak seram malah tak best langsung dari starting sampai pertengahan cerita... mata dah mula berat tak mampu lagi nak tunggu ending. Husband tengok starting je lepas tu dah tak pandang.. menyibukkan diri dengan gadget dia berbanding masa tengok filem Mae Nak.. dia layan jugak sampai habis. Last2 belum sampai pertengah cerita.. dia dah berdengkur.. Aku pun tak salahkan dia.. aku yg gigih tahan mata sampai pertengahan cerita pun tak mampu teruskan.

Dari Page Penanggal tengok kutipan memberangsangkan jugak. Adakah semua penonton rasa filem ni best atau depa pun macam aku dengar tajuk excited nak tengok sebab dok bajet filem ni best tapi bila tengok... sedih Uolls. -sumber gambar Page Penanggal

Gah pada tajuk. Macam seram bebeno ceritanya. Penanggal tu.. Hantu kepala dengan tali perut berjuraian.. terbang mencari mangsa iatu wanita yang bersalin untuk jadi santapan.. tapi filem penanggal ni.. heroin pun terlalu manja untuk pegang watak berat sebagai hantu penanggal.. Jalan cerita yang tak berapa suspend & bosan sangat. aku tak mampu nak tunggu ending dah.. terpaksa aku off tv & tidur.. kang aku tahan jugak mata aku nak tengok sampai ending aku rasa nak bakar tv pulak. Jadi.. jam pun masa tu dah 1.30.. masa aku pasang dvd tu pukul 12 tak silap.. kiranya aku bertahan tengok cerita bosan tu dekat 1 jam setengah jugak la dengan harapan maybe kejab2 lagi cerita tu akan jadi makin best walau ia cuma jadi harapan kosong yang tak bermakna. kekekekekeke

Antara komen2 di fanpage Penanggal

Agak serik nak tengok filem melayu ni.. Bukan nak menjatuhkan bangsa sendiri.. tapi penghasilan filem2 melayu sekarang tak kira la apa tema dia.. seram ke.. cinta ke.. lawak ke.. kadang2 kualiti cerita tu belum layak di angkat sebagai filem tapi di filemkan. Even aku cuma mampu layan dvd je kat rumah tapi aku beli dvd original jugak.. siap ada sticker perakuan B & original kpdn lagi. Beli kat selayang Mall... tak mahal sangat. Kalau tempat lain tak tau la napa harga dia lagi mahal dua kali ganda dari kat selayang Mall tu. Aku tanya amoi kat situ dia kata.. beza syarikat pencetakkan dvd tu je.. sebab tu murah. Aku tak paham sangat.. janji murah dvd pun cantik tak sangkut.. tak blur.. kira ok la tu.

So, maaf ler kak elly suriati.. Filem penanggal anda bagi saya GAGAL memberi kepuasan bila saya menonton. Tak abis pun saya tengok sebab.. kalau starting bosan.. sampai setengah cerita pun dok bosan lagi.. tak mustahil sampai habis pun tetap bosan walau di pancing Fasha sandha dalam filem tu sekalipun tetap tak best ok. Maaf la.. kalau pendapat saya tak sama macam penonton lain..

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com